Showing posts with label Sarawak Report. Show all posts
Showing posts with label Sarawak Report. Show all posts

Friday, 3 January 2020

ROMBAKAN KABINET BAKAL MELANDA KEMENTERIAN EKONOMI AKIBAT 'PERCUTIAN MEWAH'?

Bakal Bertukar Portfolio Atau Senasib Maszlee?


Selepas pembongkaran percutian 'Mewah' Azmin Ali, masih tiada respon daripada mana mana pihak telah menimbulkan sedikit persoalan. Adakah beliau bakal menerima nasib seperti YB Maszlee Malik yang telah melepaskan jawatan Menteri selepas menerima nasihat Perdana Menteri? Agak mengejutkan bagi seorang yang mengisytiharkan aset sekitar RM1,705,000.00 mampu menghabiskan sekitar RM500,000.00 hanya untuk tiket penerbangan kelas bisnes seperti didakwa SARAWAK REPORT.

Adakah percutian tersebut ditaja oleh pihak tertentu atau sememangnya Azmin berkemampuan lebih dari apa yang beliau isytiharkan seperti lampiran? Dengan pendapatan bulanan sebanyak RM68,186.48 kelihatan agak mustahil untuk beliau mengumpul sebanyak 1/2 juta dalam tempoh 10 bulan sepanjang 2019  jika diandaikan simpanan untuk percutian sekitar RM30,000.00 setiap bulan. Belum diambil kira kos penginapan serta lain-lain kos sepanjang keluarga di Jepun. Menteri Ekonomi perlu menjelaskan sumber kewangan yang dibelanjakan hanya untuk tiket penerbangan serta lain-lain kos sebagai menepati ikrar berlaku telus dan bebas daripada unsur negatif yang membawa kepada kemusykilan.


Tahun lepas Perdana Menteri menyeru agar rakyat dan penjawat awam 'mengikat perut' bagi membantu kerajaan memghadapi kemelut ekonomi semasa dan Azmin tidak memcerminkan komitmen sepertimana diminta Tun M. Adakah kerana beliau kini Menteri Ekonomi dan 'DiHalalkan' baginya untuk berbuat sesuatu bertentangan dengan hasrat Pakatan Harapan? Beranikah Tun M mengambil langkah dan 'Memberi Nasihat' kepada Azmin Ali sepertimana Maszlee Malik terima?


Adakah SPRM hanya akan memandang isu ini sebagai remeh? Rakyat memerhati segala tindak tanduk Pakatan Harapan dan sudah bersedia memberi 'Pengajaran' selepas Prk Cameron Highlands, Semenyih, Rantau, Tanjung Piai dan bakal berlangsung di Kimanis. Jangan pandang kecil kemampuan Rakyat apabila mereka bersuara memprotes kelakuan para Menteri dan Pakatan Harapan yang mencolok mata sepanjang memerintah hampir 20 bulan.

Thursday, 2 January 2020

RAKYAT DISERU IKAT PERUT, MENTERI BELANJA RM500RIBU BERCUTI MEWAH? - SPRM WAJAR SIASAT

Siapa 'Taja' Percutian Menteri?



Mewah! Itu yang mampu dituliskan apabila membaca pautan pautan Sarawak Report berkaitan percutian keluarga Menteri Ekonomi ke Jepun. Anggaran kos tiket sahaja mencecah RM500 ribu sudah pasti menimbulkan persoalan dari mana datangnya kemewahan sebegitu hingga membolehkan Azmin membawa 15 orang ahli keluarga dengan penerbangan 'Bussiness Class' MAS?

Dalam keadaan ekonomi yang agak teruk hingga Tun M menyeru rakyat dan penjawat awam 'Ikat Perut', Menteri Ekonomi mampu bermewahan di Jepun dan menurut portal itu lagi percutian disambung pula ke London dan hanya akan berakhir pada hujung minggu pertama 2020.

SARAWAK REPORT dalam laporan turut memuatnaik 2keping foto percutian mewah Azmin Ali dan keluarga. Persoalan besar yang bermain difikiran netizen ialah bagaimana Azmin Ali yang berpendapatan sekitar RM50ribu sebulan mampu mengeluarkan perbelanjaan agak besar bagi percutian mewah sebegini. Jika dahulu ketika masih dalam Blok Pembangkang, percutian sebegini akan dikaitkan dengan DUIT RAKYAT namun sejak Pakatan Harapan memerintah hampir tiada lagi ayat DUIT RAKYAT kedengaran dari mereka (Pakatan Harapan).

Azmin yang masih belum 'bersih' dari dakwaan Haziq berkaitan klip video intim tidak menunjukkan prihatin terhadap masalah rakyat yang kini terbeban dengan ekonomi lembab Malaysia. Belum diambil kira masalah Felda yang merupakan antara portfolio di bawah Kementerian beliau namun masih MAMPU bermewahan sebegini?

Jika dibaca komen netizen dalam portal tersebut ternyata rata rata mempersoalkan bagaimana Menteri Kabinet itu mampu berbuat demikian dalam tempoh melangkaui 2 tahun memegang jawatan. 


Laporan SR

Laporan SR

Komen netizen

 Adakah SPRM akan 'Menutup Mata' pembongkaran Sarawak Report dan memberikan alasan bagi mengaburi Rakyat? Latheefa Koya perlu mengeluarkan arahan siasatan jika benar-benar telus dan menyiasat laporan yang dilakukan Portal ini. Beranikah Latheefa Koya kerana umum mengetahui sebelum menjawat jawatan tertinggi SPRM, beliau merupakan antara 'Orang' Azmin Ali dan ini menimbulkan 'Conflict of Interest' dalam siasatan (jika berlaku siasatan) dari mana pembiayaan kewangan percutian mewah ini.