Pandangan Warga Emas Terhadap Calon Prk Semenyih - Zakaria Lebih Dikenali Berbanding Aiman
Seorang warga emas yang ditemui memberikan pandangan neutral terhadap isu pilihanraya kecil N24 Semenyih. Beliau secara spontan menyatakan Calon BN, Zakaria Hanafi lebih dikenali berbanding calon Pakatan Harapan Aiman Zainali. Menyifatkan calon berpengalaman dan matang menjadi pilihan beliau, Pn Sharifah juga menyentuh isu keGAGALAN Pakatan Harapan menangani isu berbangkit berkaitan manifesto PH. Apa yang penting, Pengundi Semenyih perlu membuat pilihan yang tepat dan berikan mesej jelas kepada PH jika mahu suara rakyat (Pengundi) didengari dalam Dewan Undangan Negeri (DUN). Siapapun yang akan menjadi pilihan Semenyih perlu memastikan kebajikan Rakyat Semenyih disuarakan.
Bila Calon Pakatan Harapan Ikut Cara Pemimpin PH BerJANJI, Bersedialah Pengundi Kena 'Kencing' Lagi
Calon Pakatan Harapan dari PPBM, Aiman Zainali sekali lagi mengulangi Manifesto PH pada PRU14 apabila berJANJI akan menunaikan semua aduan yang dikemukakan kepada beliau sepanjang 6 hari berkempen. Penuh yakin Aiman bercakap depan audien di samping Presiden PPBM bahawa semua masalah akan diselesaikan pada 3 Mac 2019 jika beliau menang PRK pada 2 Mac 2019. Beliau yang kemudiannya ditegur Setiausaha dan Presiden PPBM kelihatan 'Malu Kucing' kerana kurang BIJAK dalam berucap. Mungkin Aiman LUPA, Selangor selama 3 penggal telah ditadbir oleh Pakatan Rakyat kemudiannya bertukar kepada Pakatan Harapan dan masalah tidak juga diselesaikan oleh Kerajaan Negeri. Inikah calon yang dikehendaki Pengundi Semenyih? BERJANJI BULAN dan BINTANG akhirnya akan jadi seperti kerajaan sekarang, menuding salah orang sampai lupa kain sendiri berlubang. Pengundi Semenyih bukan 'Bodoh' untuk terima JANJI apatah lagi KEGAGALAN PH selama 9 bulan diperhatikan dan diperkatakan Rakyat.
Video Penafian Pas Mengenai Dakwaan Jentera Tidak Membantu BN
Susulan dakwaan mengenai jentera PAS yang dikatakan 'Ghaib' oleh sebuah portal, Naib Ketua Jentera Pas Kantan Permai tampil menafikan perkara tersebut.
Haji Ahmad Rizal Arshad menjelaskan perkara sebenar semasa ditemui semalam. Beliau turut mempelawa pihak media ke Program 'Santai Bicara Bersama Pengundi PDM Kantan Permai' pada 22 Feb 2019 di Bilik Gerakan Pas Kantan Permai bagi menyaksikan sendiri kerjasama mereka membantu gerak kerja BN dan calon. Pihak yang kini 'Panas Punggung' sudah pasti tidak akan berdiam diri melihat kerjasama ini berjalan. Siapakah mereka ini dan apakah sebabnya mereka tidak henti menyerang Penyatuan yang diusahakan BN bersama PAS? Pengundi Semenyih akan memberi jawapan dan isyarat sejelas-jelasnya pada 2 Mac 2019 dan kali ini pasti akan berlaku 'tsunami sokongan' yang dahulunya memihak kepada PH namun kini akan berkalih.
PANAS!!! Pendedahan layanan Pakatan Harapan terhadap Rakyat yang selama ini dipendamkan. Adakah ini kerajaan yang baik untuk Rakyat? Dengarkan sendiri luahan mereka yang merupakan PENGUNDI DUN N24 SEMENYIH.
'Supermoon' Kelihatan Di Semenyih, Isyarat BN Boleh Menang Hasil Kerjasama Erat PAS
Kerjasama erat jentera BN dan Pas telah menimbulkan fenomena 'Supermoon' hingga Pakatan Harapan kehabisan modal kempen selain hanya mampu mengimbau kisah lama. Tidak kurang juga secara tiba tiba Menteri Kewangan mengumumkan BaSaH (Bantuan Sara Hidup) bagi golongan Bujang sebanyak RM100 akan diberikan.
Adakah Lim Guan Eng tertekan dengan pertanyaan Dato Sri Najib mengenai BaSaH yang tidak lagi memperuntukkan bantuan bagi golongan Bujang? Nampak gayanya Menteri Menteri Pakatan Harapan kini terperangkap dengan apa yang pernah mereka lemparkan terhadap BN ketika Najib masih memerintah. Amat memalukan taraf sebagai Menteri masih belum mampu berfikir mengenai KEBAJIKAN RAKYAT sebaliknya memilih bermain politik persepsi dan ini memualkan Rakyat.
Tatkala kempen PRK Semenyih rancak berjalan, ada desas desus tersebar Pakatan Harapan kini berada dalam fasa 'Bersalin' selepas 9 bulan 'Mengandung' namun masih belum mampu 'Melahirkan' lantaran terlalu banyak KAJIAN yang dilakukan tidak kurang pusingan U dilakukan para Menteri Kabinet. Apa nasib rakyat Semenyih jika mereka (Pakatan Harapan) tidak diberikan isyarat jelas oleh Rakyat yang mahukan semua JANJI DITUNAIKAN. Sudahlah calon PPBM berJANJI akan membina sebuah Hospital di Semenyih namun dinafikan oleh Menteri Kesihatan, apa lagi calon tersebut mampu JANJIKAN dalam kempen kali ini? Naikkan kadar BaSaH setaraf BR1M? Mampukah?
Aiman Cuba 'TIPU' Pengundi? Tiada Cadangan Bina Hospital Semenyih - Menteri Kesihatan
Aiman Zainali 'KANTOI' apabila hasrat beliau mahu membina sebuah Hospital di Semenyih dinafikan oleh Menteri Kesihatan. Terbukti calon PPBM ini bercakap seperti Manifesto PH tanpa berfikir panjang hanya kerana mengejar populariti dikalangan pengundi.
Jika inilah calon PPBM yang dikemukakan bayangkan apa lagi alasan yang akan ditebarkan bila Hospital yang Aiman JANJIKAN TIDAK DIBINA, siapa akan dipersalahkan? Tidak cukup dengan keraguan kelulusan akademik, 'Aiman Tak Malu' sanggup menabur janji yang belum pasti. Secara tidak langsung, calon PPBM menampakkan betapa terdesaknya beliau memenangi PRK ini. Apakah ada 'Udang Sebalik Batu' kegigihan Aiman menabur JANJI?
Sepatutnya jika Aiman benar-benar mahu berjuang untuk Rakyat Semenyih, beliau perlu menegur Kerajaan Pakatan Harapan mengenai JANJI JANJI YANG MASIH TIDAK DITUNAIKAN dan bukannya MEMBUAT JANJI BARU.