Friday, 7 August 2015

PEMUDA TIDUR LAGI

Bersediakah Sayap Umno untuk menghadapi pilihanraya dalam masa kurang 2tahun.Pencarian undi dari golongan sasar tidak agresif kelihatan.

Umno mempunyai 2sayap utama dalam pencarian ini namun lesu.Dimanakah kehebatan Pemuda Umno kini? Adakah mereka sedar bahawa golongan pengundi muda kini memerhati dengan minat parti mana yang bakal menjaga kepentingan mereka selaku pengundi.

Program program anjuran Pemuda juga lesu dengan hanya memfokuskan golongan sediada.Tidak ada inisiatif dari Pemuda Umno untuk mendekati golongan muda dan menjemput mereka menjadi pengundi.

Berbeza dengan pihak lawan yang sangat agresif dalam memastikan kelangsungan undi yang memihak kepada mereka.Siapa yang harus memikul tanggungjawap ini?

Kebanyakan anakmuda kini berada dalam arus profesional dan pastinya kehadiran mereka dalam Umno amat diperlukan namun ada tanggapan negatif bahawa mereka bakal merampas kedudukan orang lama dalam Umno.

Mengapa perlu kiasu jika Presiden sendiri mahu meremajakan parti? Berilah mereka ruang untuk jadikan Umno sebagai platform menyampaikan hasrat dan sama sama membangunkan negara.

Ketua Pemuda Umno seharusnya memandang serius tentang peralihan pola undian anakmuda yang tidak boleh dinafikan memihak kepada lawan.Wujudkan inisiatif untuk mereka bergerak bersam dalam Umno.

Barisan Exco Pemuda juga perlu membantu YB KJ dalam hal ini.Bukan berteleku dan memikirkan projek untuk mengisi kantung.Bersamalah dengan Presiden Umno untuk menghadapi pilihanraya akan datang.

Tunjukkan Solidariti Pemuda untuk Umno.Pastikan dalam Pru14 anakmuda kembali kepada UMNO.

Thursday, 6 August 2015

Agenda Tersembunyi Dap

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini menerima 'kunjungan' sokongan dari parti pembangkang yang diketuai Lim Kit Siang di ibu pejabatnya.

Apa Agenda Tersembunyi Dap bila membuat "kunjungan" sokongan itu?

Lupakah bahawa mereka menyalahkan SPRM atas kematian Beng Hock satu masa dulu.Sehingga Badan Siasatan DiRaja ditubuhkan untuk menyiasat punca kematian itu masih tidak diterima oleh mereka.

Adakah Dap dan pembangkang bermain wayang kerana ingin menjatuhkan kerajaan yang dipilih rakyat atau mahu menjatuhkan Dato Sri Najib Razak.

Atau Dap dan sekutu mahu memastikan mata SPRM ditutup dalam isu dana untuk parti mereka? Mengapa kini mereka beriya iya menyokong SPRM.

Tentunya mereka khuatir bilamana Dato Sri Najib Razak dengan beraninya memberi laluan kepada SPRM menyiasat sumber dana untuk UMNO dan pembangkang tidak punyai ketelusan itu.

Apa jua alasan Dap dan sekutu penulis hanya nampak satu perkara.Dap dan sekutu akan cuba mengalihkan isu siasatan sumber dana dan hanya menuding kepada UMNO.

Jelas sekali Dap khuatir akan disiasat oleh SPRM.Maka "kunjungan"sokongan perlu dibuat segera sebelum mereka disiasat.Mereka bersikap opportunist dalam sesuatu isu yang tidak memihak kepada mereka.

Inilah Dap dan sekutu.Sentiasa mencari jalan menyalahkan kerajaan Barisan Nasional dan UMNO.

Perbualan Tersebar..Umno Johor Ada Tangan Ghaib

Seorang pegawai kepada Menteri Besar Johor mendakwa telah dipecat oleh Menteri Besar Johor.
Alasan yang digunakan hanyalah kerana MB tersebut tidak mahu mendengar penjelasan dari beliau dalam isu isu nasional yang hangat.

Setelah Tan Sri Muhyiddin Yasin digugurkan dalam rombakan kabinet Umno Johor sepertinya memandang sinis kepada kepimpinan Pusat.Apakah ini siri api dalam sekam yang bakal membakar Umno Johor?

Kenyataan dari MB Johor juga seakan tidak dipatuhi oleh segelintir Umno Bahagian dan telah diterjemahkan oleh Pemuda Labis dalam mesyuarat agung tempoh hari.
Apakah Dato Khaled Nordin juga bermain tarik tali dan hanya bermanis muka.

Tidak dapat dipastikan sejauh mana kebenaran "chat" yang kini tersebar di media sosial.Umno Johor khususnya YAB Menteri Besar Johor seharusnya tampil dan menjelaskan mengenai kebenaran perbualan tersebut.

Diharap Umno Johor punyai SOLIDARITI yang kuat dalam mempertahankan keutuhan UMNO dan Presiden Umno.

Serpihan Sah Milik MH370

PRIME MINISTER NAJIB RAZAK STATEMENT ON MH370



On 8 March 2014, flight MH370 from Kuala Lumpur to Beijing disappeared. The days, weeks and months that followed have been a period of torment for the families of those on board.



The plane’s disappearance was without precedent. At every stage, we followed the tiny amount of evidence that existed. But, despite the efforts of 26 nations and the largest search in aviation history, from the South China Sea to the Indian Ocean, the plane could not be located.



Neither could investigations by the world’s leading aviation experts answer why MH370 veered off course and went dark. While the plane’s disappearance remained a mystery, we have shared the anguish of those who could find no comfort.



Last week, on 29th July, we were informed by the French authorities that part of an aircraft wing had been found on Reunion, the French island in the Indian Ocean.



Today, 515 days since the plane disappeared, it is with a heavy heart that I must tell you that an international team of experts have conclusively confirmed that the aircraft debris found on Reunion Island is indeed from MH370.



We now have physical evidence that, as I announced on 24th March last year, flight MH370 tragically ended in the southern Indian Ocean.



This is a remote, inhospitable and dangerous area, and on behalf of Malaysia I would like to thank the many nations, organisations and individuals who have participated in the search.



The burden and uncertainty faced by the families during this time has been unspeakable. It is my hope that this confirmation, however tragic and painful, will at least bring certainty to the families and loved ones of the 239 people onboard MH370. They have our deepest sympathy and prayers.



I would like to assure all those affected by this tragedy that the government of Malaysia is committed to do everything within our means to find out the truth of what happened. MH370’s disappearance marked us as a nation. We mourn with you, as a nation.



And I promise you this: Malaysia will always remember and honour those who were lost onboard MH370.

Wednesday, 5 August 2015

Inikah Sumber Yang Dap Sorokkan?

Democratic Action Party dikenali sebagai DAP masih mahu menyorokkan sumber sumber dana untuk keperluan parti mereka.

Ini mungkin disebabkan penyumbang mereka hanya mahu dikenali oleh pemimpin Dap sahaja.Adakah agenda tertentu yang membuat penyumbang dana mereka?

Impak yang sangat ditakuti oleh penyumbang penyumbang dana ini adalah kehilangan kontrak kontrak dari pihak tertentu.Jelas mereka mempunyai maksud tersirat untuk menumbangkan kerajaan yang dipilih rakyat dalam pilihanraya sah.

Penulis mendesak agar Dap tampil dan menyenaraikan nama nama penyumbang
dana mereka.Adakah senarai ini antara penyumbang dana DAP?

Dana Dap Dari Kelab Lumba Kuda?

Setiap parti politik mempunyai jentera yang perlu digerakkan.Oleh demikian dana diperlukan dalam memastikan perjalanan sesebuah parti lancar.
Apa yang menjadi isu hangat hari ini adalah derma dan sumbangan dari pihak tertentu untuk parti.

Apa jua bentuk derma yang disalur kepada parti politik biasanya akan digunakan sebaik mungkin dan akan dikemaskini oleh bendahari parti tanpa perlu mewar warkan kepada ahli parti dari mana sumber dana tersebut.

Hari ini dilihat Umno didesak untuk mendedahkan sumber dana untuk parti.Namun mengapa hanya Umno yang didesak? Mengapa tiada desakan untuk parti lain turut sama mendedahkan sumber mereka?

Inilah sebahagian kebijaksanaan Dato Seri Najib Razak dalam memaksa parti lain turut mendedahkan siapa penyumbang dana mereka.Kerana dimasa kini banyak yang menjadi Musang berbulu ayam.Mencari projek dengan kerajaan Barisan Nasional tapi dana disalur kepada pembangkang untuk menumbangkan Kerajaan.

Secara tidak langsung mereka yang selama ini menagih milik rakyat akan terdedah dan akan jelas nyata permainan mereka.Inilah yang Dap hendak elakkan.Bukan sahaja Dap tapiPKR juga pasti mengelakkan pendedahan ini.

Adakah mereka berani mendedahkan semuanya?
Apa sebenarnya matlamat penyumbang dana kepada pembangkang?
Moga ahli Umno dapat melihat kelicikan pembangkang yang sememangnya punyai agenda tersirat.Adakah mereka turut menerima dana dari pihak Yahudi?
Kita nantikan pendedahan pembangkang dalam isu dana untuk parti politik mereka pula.


Shafie Rasmikan Mesyuarat..Jernih Atau Keruh

Tidak menjadi kesalahan buat mana mana Umno bahagian untuk menjemput sesiapa dari kalangan MT UMNO merasmikan Mesyuarat Tahunan.Difahamkan Umno Bentong akan menjemput Dato Seri Shafie Apdal pada acara tahunan ini.

Apa yang dikhuatiri apakah akan ada siri serangan terhadap Dato Sri Najib Razak oleh perwakilan Bentong samada secara langsung atau tidak langsung.Jika ada bermakna laungan SOLIDARITI untuk Umno hanyalah sekadar laungan dan bukan tersemat dihati.

Dato Seri DiRaja Adnan Yaakob lebih memahami sosiopolitik Pahang khususnya dan tentu tidak akan mengkhianati Presiden Umno yang kebetulan dari Negeri Pahang.Apa yang diharapkan moga apa jua perselisihan dalam UMNO diselesaikan secara keluarga UMNO.

Solidariti mestilah dikekalkan untuk turut sama membantu Presiden menangani isu isu nasional dan isu isu dalaman parti agar lebih kukuh dalam menghadapi PRU akan datang.Umno Pahang harus bersedia menawan semula kerusi kerusi yang hilang kepada pembangkang dan memastikan Pahang terus menjadi kubu kuat UMNO dan Barisan Nasional.

Moga Pahang terus makmur dibawah pemerintahan Kerajaan Umno dan Barisan Nasional.


Solidariti Zahid Hamidi

Telah teruji kehebatan beliau dalam arena politik Malaysia dari dua dekad lampau.Dato Seri Zahid Hamidi bukanlah nama asing dalam kancah politik.Pernah memegang tampuk Ketua Pemuda Umno dan melalui zaman kontroversi yang penuh warna warni.

Siapa sangka hari ini beliau berdiri selaku Timbalan Perdana Menteri dalam rombakan kabinet yang dilakukan oleh Dato Sri Najib Razak.Sungguh berliku perjalanan politik beliau.

Apa yang rakyat harapkan dari Zahid Hamidi adalah ketegasan beliau selari dengan kedudukannya dalam Kementerian Dalam Negeri.Janji mesti ditepati dan beliau menunjukkan kesungguhan itu.

Disamping ketegasan itu adalah diharap DsZH selaku Timbalan Perdana Menteri membantu Dato Sri Najib Razak dalam pentadbiran negara tercinta.Kesetiaan kepada Presiden parti juga dituntut agar beliau teguh berdiri disamping Dato Sri Najib.

Diharap Dato Seri Zahid Hamidi akan terus mengembleng tenaga dan fikiran untuk mencapai agenda Negara dan seterusnya membantu Umno memenangi Pru akan datang.Moga impak dari perlantikan beliau akan merubah suhu politik Malaysia dan membuktikan kepada Presiden yang beliau boleh dipercayai dalam menaikkan kembali imej parti dan kerajaan.

Moga Dato Seri Zahid Hamidi akan terus maju dan menabur bakti buat Umno.

Tuesday, 4 August 2015

Rintihan Pejuang Maya

Dikenali sebagai seorang pejuang maya yang agak kritis Raja Mohd Shariman mengeluh akan nasib keluarga beliau.

Telah berjumpa dan mencuba untuk mencari jalan untuk memastikan anak beliau kembali sihat namun ianya seperti diketepikan.

Atas sifat kemanusiaan sesama insan amat wajar kita membantu beliau dalam memastikan anaknya kembali sihat.Ideologi politik diketepikan untuk sifat belas kita sesama insan.

Diharap ada pihak yang sudi membantu beliau.Moga dapat membantu meringankan bebanan beliau.
Hubungilah beliau untuk membantu.

Waran Tangkap Dikeluarkan

Satu waran tangkap telah dikeluarkan atas nama Clare Rewcastle Brown yang merupakan seorang Editor Sarawak Report oleh Polis DiRaja Malaysia.

Dipercayai waran itu dikeluarkan atas penulisan dan tuduhan beliau dalam isu 1MDB.

Mungkinkah akan ada lagi waran yang dikeluarkan terhadap pemfitnah yang menyalahgunakan kedudukan sebagai wartawan dalam mana mana media.

Penulis berharap PDRM tegas dalam menjalankan tugas.