Thursday, 6 August 2015

Agenda Tersembunyi Dap

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini menerima 'kunjungan' sokongan dari parti pembangkang yang diketuai Lim Kit Siang di ibu pejabatnya.

Apa Agenda Tersembunyi Dap bila membuat "kunjungan" sokongan itu?

Lupakah bahawa mereka menyalahkan SPRM atas kematian Beng Hock satu masa dulu.Sehingga Badan Siasatan DiRaja ditubuhkan untuk menyiasat punca kematian itu masih tidak diterima oleh mereka.

Adakah Dap dan pembangkang bermain wayang kerana ingin menjatuhkan kerajaan yang dipilih rakyat atau mahu menjatuhkan Dato Sri Najib Razak.

Atau Dap dan sekutu mahu memastikan mata SPRM ditutup dalam isu dana untuk parti mereka? Mengapa kini mereka beriya iya menyokong SPRM.

Tentunya mereka khuatir bilamana Dato Sri Najib Razak dengan beraninya memberi laluan kepada SPRM menyiasat sumber dana untuk UMNO dan pembangkang tidak punyai ketelusan itu.

Apa jua alasan Dap dan sekutu penulis hanya nampak satu perkara.Dap dan sekutu akan cuba mengalihkan isu siasatan sumber dana dan hanya menuding kepada UMNO.

Jelas sekali Dap khuatir akan disiasat oleh SPRM.Maka "kunjungan"sokongan perlu dibuat segera sebelum mereka disiasat.Mereka bersikap opportunist dalam sesuatu isu yang tidak memihak kepada mereka.

Inilah Dap dan sekutu.Sentiasa mencari jalan menyalahkan kerajaan Barisan Nasional dan UMNO.

No comments:

Post a Comment