Sunday 28 February 2016

KKLW, ANGKASA Sedia Bantu Penglibatan Koperasi Dalam Mara Digital



Kewujudan Arked Mara Digital yang diilhamkan Dato Seri Ismail Sabri Yaakob, akan memacu ekonomi bumiputera ke arah yang lebih baik. Beliu berharap kewujudan Arked Mara Digital membuka peluang besar untuk usahawan Bumiputera bersaing dalam perniagaan berasaskan keperluan gajet masakini.

Beliau  juga mahu persaingan sihat dalam perniagaan dengan perluasan Mara Digital ke seluruh negara dan daerah dalam Malaysia dalam usaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) melibatkan penglibatan anak muda.

Dengan meluaskan Arked Digital ini akan menjana pendapatan bagi menyaingi peningkatan kos sara hidup rakyat. Di tanya mengenai bantuan kepada pekebun kecil yang merupakan golongan paling terkesan dengan kenaikan kos, Ismail mengulas Kementerian telah menyusun atur program khas untuk membantu mereka keluar dari garis kemiskinan. Di jangka seramai 50,000 penoreh getah akan di bantu KKLW untuk menjayakan priogram tersebut.

Ismail juga berkata penglibatan koperasi dalam menjayakan Arked Digital Mara sangat dialu alukan. Bahkan menurut beliau, terdapat 2 buah koperasi terlibat secara langsung dalam dalam perniagaan di Mara Digital.

Pengerusi Angkasa, Dato Fattah Abdullah  memberitahu pihak Angkasa sendiri sanggup untuk membantu koperasi yang berminat untuk memulakan perniagaan berasaskan gajet dan perkhidmatan di Arked Digital Mara dan perkara ini di persetujui secara lisan oleh Dato Seri Ismail Sabri.

Beliau berkata demikian semasa di temui dalam majlis perkahwinan Adun Luit YB Nurhidayah Shahaimi di Kg Sentosa, Maran.

Ismail Sabri juga berharap kesanggupan Angkasa membantu koperasi Bumiputera dalam perniagaan yang di monopoli oleh kaum lain akan menerima sambutan dari pihak yang berminat untuk meningkatkan pendapatan koperasi mereka melalui perniagaan baru ini.

No comments:

Post a Comment