Friday, 18 March 2016

Khairy Dan Pemuda Umno Tidak Berminat Skandal Guan Eng Kerana Tiada Kepentingan Politik?



Pendedahan Ahli Parlimen Gelugor, YB Shabudin Yahaya mengenai urusniaga meragukan mengenai pemilikan hartanah oleh Lim Guan Eng di No 25 Jalan Pinhorn Pulau Pinang sememangnya mengejutkan negara. 

Harga yang di bayar oleh Guan Eng untuk memiliki haratanah terbabit hanya bernilai RM2.8 juta di mana ianya dikatakan tidak mengikut harga pasaran semasa. Menurut sumber, nilai semasa haratanah terbabit dikatakan mencecah lebih RM6 juta. 

Kaitan antara pemilik asal banglo tersebut dengan Ketua Menteri P.Pinang juga amat meragukan kerana dikatakan ada kewujudan unsur meragukan apabila Tang Li Koon (pemilik asal) banglo yang dikaitkan dengan Guan Eng merupakan seorang dari pemilik syarikat Windbond Management & Consultancy Sdn Bhd yang mempunyai kaitan dengan Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn Bhd dan mempunyai kepentingan dalam pembelian tanah Taman Manggis.

Pergerakan Pemuda Umno Malaysia mungkin menganggap perkara ini sebagai kes terpencil dan enggan mendesak Setiausaha Agung DAP menjelaskan perkara ini. Isu ini hampir menyamai kes membabitkan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Khir Toyo apabila wakil pembangkang mula membangkitkan isu berkenaan pembelian banglo di dalam Parlimen. Namun dalam kes membabitkan Lim Guan Eng, Pemuda seakan hilang 'kejantanan' dan kecut untuk mendesak SPRM menyiasat pembongkaran Shabudin.

Mana suara Khairy Jamaluddin mewakili rakyat menyoal pembaziran yang dilakukan Guan Eng? Mana barisan Exco Pemuda mendepani isu penyalahgunaan kuasa oleh pembangkang di Pulau Pinang? Adakah kerana tiada 'arahan' dari seseorang maka Pemuda boleh memandang sahaja isu ini seperti angin lalu? Tidak seperti kes membabitkan Khir Toyo di mana lantang suara Pemuda mendesak siasatan dijalankan dengan segera atas alasan mahu intergriti Umno dipulihkan kerana dikatakan mencalar kredibiliti keseluruhan UMNO.

Malah hingga artikel ini ditulis, penulis masih tidak dapat maklumat mengenai sebarang laporan polis serta desakan dari Pemuda agar pihak berkuasa menyiasat skandal Lim Guan Eng.

 Adakah kes Khir Toyo merupakan satu 'plan' tangan ghaib yang sememangnya mahu mengenakan mantan MB Selangor apabila begitu cepat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyiasat dakwaan pembangkang serta pendesak tertentu?

Bukan maksud penulis mempertikaikan keputusan Mahkamah malah penulis menghormati sistem perundangan dan akur mengenai hukuman yang telah dijatuhkan keatas Khir Toyo.

Apa yang penulis musykil ialah Pemuda Umno di bawah YB Khairy seperti tidak endah akan isu penyalahguanaan kuasa dan kedudukan yang dilakukan Lim di P.Pinang.

Adakah akan terkeluar peribahasa 'ada udang di sebalik batu' jika ada 'double standard' dilakukan Pemuda dalam kes Guan Eng berbanding kes Khir Toyo?




No comments:

Post a Comment