DANA RM 1.2 BILLION DARI ISRAEL, BERANIKAH DAP HERET RAZALI KE MAHKAMAH?
Persoalan oleh Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dalam Roketkini.com mengenai isu 1MDB yang mengaitkan Perdana Menteri Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Low Taek Jho amat menarik untuk dibicarakan netizen.
Ahli Parlimen Gelang Patah kini cuba mengalih perhatian rakyat terhadap isu skandal anaknya Lim Guan Eng dari terus diperkatakan rakyat serta beberapa isu dalam DAP sendiri yang tidak mampu disorokkan. Malah Kit Siang sendiri tidak berani menjawap persoalan mengenai Dana Israel RM1.2 billion yang di dakwa oleh bekas ahli DAP sendiri. Kemana hilangnya wang tersebut atau Kit Siang menyorokkan kebenaran dakwaan Mohammad Razali mengenai segala dakwaan dalam bentuk audio visual?
Sudah tentu DAP mempunyai wakil dalam PAC dan telah diperakui Najib tiada kaitan dengan isu 1MDB namun beliau masih tidak berpuashati dengan penjelasan oleh Ahli Parlimen Kepong kepada media selepas puashati dengan segala prosedur siasatan yang dilakukan.
Cuba mengaitkan dakwaan Loreeta Lynch mengenai tindakan DOJ yang memfailkan saman sivil terhadap 1MDB bagi merampas aset yang dikatakan bernilau lebih AS$1 billion, Kit Siang pasti akan mendesak Najib untuk memberi penjelasan di parlimen kelak. Dokumen yang menggunakan istilah 'Malaysia Official 1' yang DAP percaya merujuk kepada Najib merupakan satu persepsi yang cuba disematkan DAP kepada pemikiran rakyat.
Kit Siang yang sampai ketika ini sendiri tidak berani bercakap mengenai skandal yang melanda Ketua Menteri P.Pinang yang juga merupakan Setiausaha Agung DAP sebenarnya sudah tidak mempunyai modal untuk berpolitik melainkan bermain persepsi buruk untuk menanam kebencian rakyat terhadap kerajaan. Malah beliau juga tidak berani mengheret Razali yang pernah mendakwa DAP menerima latihan perisikan dari Israel serta pernah berjanji untuk memberi sebidang tanah di Port Dickson sebagai pertukaran sekiranya memenangi PRU.
Beranikah Kit Siang mengulas hal berkaitan isu yang melanda DAP sendiri? Beliau hanya memanipulasi ruang yang dibuat oleh DOJ terhadap Perdana Menteri tetapi tidak berani bercakap bila hal yang berkaitan ketelusan DAP sendiri. Jika beliau berani maka tindakan membawa Razali ke Mahkamah merupakan tindakan yang sepatutnya dilakukan namun hingga kini DAP masih berdiam diri setiap kali diajukan persoalan mengenai Dana RM1.2 billion.
Kit Siang yang kini sedang bekerjasama dengan Tun Mahathir dalam usaha menjatuhkan Najib pasti akan mengambil apa sahaja peluang bagi menaikkan imej DAP yang semakin merudum selepas kekalahan besar di PRN Sarawak dan juga kisah mengaitkan Lim Guan Eng. Baginya apa yang penting ialah survival politik DAP dalam memastikan undi Melayu berpecah dan melihat peluang bercakap isu dakwaaan DOJ merupakan peluang terbaik bagi mengalih isu DAP sendiri.
Apa yang lebih penting bagi DAP dan Kit Siang adalah memastikan kelancaran kerjasama dengan Mahathir serta sebilangan kuncunya bagi merampas Putrajaya. Bagi DAP, kestabilan rakyat bukanlah keutamaan kerana yang penting adalah menjatuhkan Najib dan kerajaan yang telah di pilih rakyat dalam PRU13. Untuk memastikan semuanya berjalan lancar, DAP tidak teragak agak untuk menggerakkan kempen demonstrasi haram seperti BERSIH4.0 yang dianjurkannya sekligus mem'bodoh'kan rakyat.
Persoalan juga timbul bila berkaitan kempen BERSIH4.0 yang dianjurkan. Dari mana datangnya dana DAP untuk berbuat demikian? Rakyat juga perlu tahu mengenai kewangan DAP yang terlibat dalam hampir kebanyakan demo haram sekitar Ibu Negara. Adakah sumber itu datangnya dari Dana RM 1.2 billion dari Israel seperti dakwaan Razali? Beranikah Kit Siang menjawap persoalan rakyat yang memperkatakan mengenai sambutan 'Hari Lahir'nya yang dikatakan sangat 'Mewah'? Wang siapa pula digunakan oleh DAP bagi meraikan Kit Siang?
Beranikah Kit Siang dan DAP heret Razali ke Mahkamah bagi membuktikan mereka tidak menerima dana tersebut? Bagi rakyat yang bakal mengundi dalam PRU14, segala tindakan DAP hanyalah sekadar mencari pubisiti 'murahan' dalam hal menjadi 'jaguh' rakyat. "Kain sendiri koyak tidak nampak,sibuk cakap kain orang lain koyak".