Thursday, 18 August 2016

Realisasi Hasrat Mahathir Jatuhkan Najib - Muhyiddin Sanggup Melutut Di Kaki DAP?







DULU 'UMNO TOTOK', KINI HANYA 'PAK ANGGUK' - MUHYIDDIN SUDAH HILANG AURA, SANGGUP KERJASAMA DENGAN DAP DEMI KUASA?


"Saya Umno totok"- Muhyiddin Yassin berkata demikian semasa masih Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden Umno sebelum di pecat. Pengakuan itu di buat oleh Muhyiddin sendiri semasa mesyuarat Majlis Tertinggi Umno (MT) pada 9 September 2015. Beliau turut dikatakan mengaku sebagai pejuang kaum Melayu dan bermusuh dengan Democratic Action Party (DAP) ketika masih berada dalam Umno. Mungkin dalam ceramahnya beliau pernah melabelkan DAP sebagai parti rasis kerana sikap kepimpinan dan penindasan yang dilakukan DAP P.Pinang terhadap kaum Melayu.


Namun demikian nadanya telah berubah setelah di pecat dari Umno kerana melanggar etika parti Umno apabila menyokong gerakan Tun Mahathir menjatuhkan kerajaan di bawah pentadbiran Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak. Dalam satu kenyataannya kepada Mynewhub, beliau membuat dakwaan bahawa DAP bukan sebuah parti rasis seperti dakwa Umno.

Kenyataan ini hanya dibuat oleh Muhyiddin selepas mendaftarkan parti Pribumi Bersatu Malaysia sebagai sebuah parti politik dan akan bekerjasama dengan pihak pembangkang untuk menjatuhkan Najib dengan segala usaha.

Saya sedia maklum bahawa inilah taktik kotor yang akan digunakan untuk menakut-nakutkan orang Melayu. DAP bakal dijadikan 'hantu' yang paling menggerunkan orang Melayu untuk mengalih perhatian orang Melayu"

"Mereka akan terus berkata bahawa DAP adalah musuh utama orang Melayu sambil mengajak orang Melayu untuk terus mempertahankan Najib".

Baca sepenuhnya di http://www.bicara.news/


Kenyataan Muhyiddin sebenarnya menunjukkan betapa beliau terdesak mencari sokongan rakyat bagi merealisasikan hasrat Mahathir yang merupakan penasihat BERSATU. Dalam usaha yang telah memakan masa yang lama segala perancangan Mahathir menumbangkan Najib dan BN tidak mendatangkan kesan malah rakyat sudah mula muak dengan segala dakwaan dari pihak Muhyiddin dan Mahathir yang hanya menuduh tanpa mengemukakan bukti kukuh.

Dengan kontroversi tandatangan 'Deklarasi Rakyat' yang dikatakan menggunakan 'data base' orang mati, gerakan ini sudah menemui jalan buntu apabila Muhyiddin tersentak setelah di pecat dari Umno, begitu juga dengan mantan Menteri Besar Kedah yang ternyata sudah tidak setia kepada parti. Muhyiddin juga berhadapan dengan kontroversi satu kes di Mahkamah dan ini menimbulkan persepsi buruk penyokongnya kepada imej 'bersih' bekas Menteri Besar Johor itu.

Muhyiddin yang sering membangkitkan isu 1MDB dalam siri jelajahnya, tidak pernah memberi bukti kukuh dengan segala dakwaan beliau terhadap Najib. Penafiannya mengenai pengetahuan perjalan 1MDB merupakan satu penfian yang sukar diterima akal. Bagaimana seorang Timbalan Perdana Menteri tidak mengetahui kronologi 1MDB dan beliau juga mendakwa tidak mendapat penjelasan penuh, sedangkan setiap mesyuarat kabinet beliau hadir. Adakah semasa mesyuarat berlangsung Muhyiddin tidur di kerusi? Atau beliau bermain aplikasi dalam telefon bimbitnya hingga mengaku tidak tahu menahu mengenai apabila isu 1MDB diperjelaskan dalam mesyuarat kabinet?


Dengan penubuhan BERSATU, jelas sekali Muhyiddin tidak pernah berpaksi kepada kenyataannya dalam membela Melayu. Hanay kerana mahukan kuasa dan kedudukan, beliau sanggup bersekongkol dengan parti yang tidak pernah mahu mengiktiraf Bumiputera dan orang Melayu sebagai 'Tuan Tanah Malaysia'. Bagi DAP konsep Malaysian Malaysia merupakan matlamat sebenar mereka dan ternyata sekali konsep ini dilaksanakan di P.Pinang. Banyak perkampungan Melayu telah dirobohkan dan di tolak untuk memberi laluan kepada pembinaan dan hak kaum Melayu untuk berniaga turut dinafikan DAP. Sudah banyak kisah penindasan DAP terhadap Melayu terpampang di dada akhbar utama namun Muhyiddin masih mahu berdakap dengan parti itu.

Jelas sekali pendirian Muhyiddin akan berubah hanya kerana mahu membalas dendam terhadap Najib dan Umno. Adakah penyokongnya menerima pendirian Muhyiddin sekiranya bertanding dalam PRU14 dan bekerjasama dengan parti yang di labelkan sebagai rasis? Rasional mentaliti penyokong akan mengikut acuan pemimpinnya yang mahu berkuasa tanpa peduli nasib rakyat. Walaupun cuba memberi bayangan bahawa penubuhan parti itu untuk memperjuangkan 'Hak rakyat' namun sebenarnya ia hanyalah retorik ciptaan BERSATU. Selama dalam kebinet dan dalam pentadbiran BN, Muhyiddin boleh berjuang untuk rakyat tetapi tidak berbuat demikian ketika masih punyai kuasa berbuat perkara tersebut.

Inikah ciri ciri pemimpin yang akan di sokong rakyat? Apakah hanya dengan menuduh tanpa bukti mampu memenangkan BERSATU jika mereka bertanding kelak? Masih terdapat persoalan besar kepada BERSATU apabila tiba PRU nanti. Mahukah PKR,DAP,AMANAH memberikan kerusi mereka sebagai laluan kepada parti Muhyiddin ini hanya kerana kerjasma politik? Mereka juga tidak mahu melepaskan kerusi yang telah dimenangi hanya kerana nama 'Muhyiddin'.