Thursday 18 August 2016

DAP Sayang 'Macai' Baru Mereka - Akan Pertahankan BERSATU Dari Sebarang Kritikan.







DAP MAIN 'WAYANG' APABILA PERTAHAN BERSATU- SESSI DRAMA MERAIH SIMPATI RAKYAT BERMULA.

Democratic Action Party (DAP)yang menuduh Umno sebagai perompak perlu berdiri di hadapan cermin bagi memerhati kondisi mereka sendiri. Menuding kepada pemimpin Umno sebagai anti-Melayu, DAP lupa konsep Malaysian Malaysia yang mereka terapkan dalam parti tersebut lebih bersikap biadap terhadap kaum Melayu.

Tuduhan tersebut dilemparkan kerana kerjasama DAP dengan parti Mahathir (BERSATU) sedang menghadapi kritikan rakyat yang sudah tidak akan lagi memberi kepercayaan kepada Pakatan Harapan di PRU14 akan datang.

Pemimpin DAP nampaknya sudah mula bermain isu berbaur perkauman apabila menyerang kritikan keras rakyat terhadap 'pelukan mesra' DAP,BERSATU kerana perkara ini amat mengejutkan berikutan Muhyiddin serta Mahathir sendiri pernah menggelar parti tersebut sebagai rasis. Walau cuba mengalih perhatian netizen terhadap cemuhan kerjasama itu, DAP cuba bermain kisah 'sandiwara' mereka yang sering menekan rakyat terutama kaum Melayu bila menyatakan Najib tidak mampu membuktikan bahawa DAP bersikap anti-Melayu.


Agak melucukan apabila DAP mengaitkan bantuan peruntukan untuk hal-ehwal Islam di Pulau Pinang yang membabitkan peningkatan dari RM13 juta (BN) ke RM 50 juta (DAP). Mereka lupa bahawa DAP sendiri mengumumkan peruntukan yang begitu besar kepada pembangunan agama lain berbanding kepada agama Islam. Apa yang cuba dilakukan DAP kini ialah mengalih perhatian kisah 'panas' membabitkan Ketua Menteri merangkap Setiausaha Agung DAP yang kini berhadapan dengan dakwaan di Mahkamah. DAP juga lupa kisah tersebut mendapat 'kutukan' dari rakyat P.Pinang yang rata rata beranggapan Ketua Menteri itu melakukan kesalahan terhadap wang rakyat P.Pinang.


Sebagai contoh 'rompakan terhormat' DAP P.Pinang, projek mengecat laluan basikal memakan sebanyak RM30 juta wang rakyat dan projek berkenaan tidak memberi sebarang manfaat kepada rakyat namun pimpinan DAP mempertahankan 'bajet luarbiasa' yang dilakukan KM P.Pinang. Belum lagi kisah kampung kampung serta perniagaan kaum Melayu yang cuba dihancurkan oleh DAP sebagai langkah 'menghalau' kaum bumiputera dari Pulau ke Tanah Besar. Isu terowong dasar laut turut membazirkan berbillion wang rakyat dan perkara ini cuba disembunyikan DAP dari pengetahuan rakyat.

Tuduhan DAP terhadap Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam isu 1MDB serta dakwaan Peguam Negara Amerika terhadap Najib cuba di manipulasi oleh DAP sedangkan perkara tersebut telah dijelaskan oleh pihak terbabit. DAP juga menyerang UMNO apabila cuba mengaitkan isu kroni dalam pentadbiran Najib tetapi mereka lupa bahawa DAP melakukan perkara tersebut apabila hanya keturuanan 'Lim' sahaja dibenarkan menjadi Setiausaha Agung parti dan semua ahli perlu 'taat' kepada perintah 'Lim'. Kenyataan Roketkini.com dalam enteri mereka pula menyatakan kerajaan terpaksa membayar hutang judi kroni Najib. Sumber mana yang di rujuk oleh Roketkini.com hingga berani melempar tuduhan tersebut?


Sikap 'pelindung' DAP terhadap BERSATU ini sememangnya telah dijangkakan kerana DAP sedar mereka tidak mampu memecah undi kaum Melayu tanpa 'macai' dan BERSATU merupakan 'macai' yang paling sesuai melakukan perkara tersebut di PRU akan datang. DAP yang sememangnya sebauh parti anti-Melayu hanya akan menggunakan pengaruh BERSATU untuk menerobos peti undi Melayu sekaligus akan tampil kononya merekalah yang  menjuarai isu Melayu selama ini. Taktik DAP ini sudah boleh di baca rakyat apabila DAP kalah teruk di PRN Sarawak. Kerjasama mereka dalam Pakatan Harapan tidak seindah yang disangkakan apabila ternyata berlaku perebutan kerusi sesama mereka sendiri hingga membawa kepada kekalahan 'memalukan'.

DAP akan terus 'berjuang' mencari pengaruh dari kaum Melayu dan bagi merealisasikan perkara tersebut maka BERSATU akan di angkat sebagai 'hero' baru mereka. Rakyat sebenarnya tidak ada dalam agenda pembangunan DAP kerana apa yang penting ialah mendapat kuasa mutlak di Parlimen dan sekutu pembangkang perlu mengikut telunjuk DAP tanpa sebarang bantahan
.

Inilah sikap sebenar DAP terhadap rakyat. Mereka hanya mementingkan kuasa dan bukan kebaikan kepada rakyat dan segala usaha dakyah memburukkan BN perlu mereka usahakan agar rakyat terus tertipu dengan 'drama' DAP. Adakah netizen akan memberi 'muka' lagi kepada DAP yang jelas tidak berjuang untuk rakyat?











No comments:

Post a Comment