Friday, 25 November 2016

DAP TAWAR 'RASUAH' LINDUNGI 'PENGANUT' BERSIH - ARAH PENGUATKUASA MBSA TARIK BALIK LAPORAN POLIS?

Menurut laporan portal negarapakatanrakyat, ADUN Seri Kembangan dari DAP menawarkan sejumlah wang gantirugi kepada penguatkuasa MBSA yang telah dihalang dari menjalankan tugas oleh pasangan biadap. Dalam klip video yang viral dalam media sosial, pasangan tersebut jelas telah melakukan kesalahan serius terhadap penguatkuasa wanita MBSA serta mendatangkan trauma terhadapnya.

Adakah benar ADUN DAP itu menggunakan kuasa politik bagi mengenakan tekanan terhadap MBSA demi melindungi 'penganut' BERSIH yang dikenali sebagai William dan pasangannya? Jika dakwaan itu benar maka jelas sekali DAP sememangnya sebuah parti yang mengamalkan rasuah seperti mana Ketua Menteri Pulau Pinang yang menghadapi tuduhan rasuah dalam Mahkamah kerana pembelian sebuah  banglo.

Menurut laporan negarapakatanrakyat Kerajaan negeri yang di ketuai PKR pula di dakwa mendesak MBSA supaya laporan polis terhadap dua individu tersebut di tarik balik atau penguatkuasa wanita itu akan menghadapi tindakan tatatertib kerana mahu menjaga hubungan mereka dengan DAP serta BERSIH.

Adakah maruah seorang wanita yang secara jelas telah dicabuli semurah gantirugi yang ditawarkan DAP? Mengapa PKR tunduk dengan desakan tersebut? Netizen yang telah menonton video tersebut ternyata berang dengan tindakan pasangan yang juga merupakan penyokong kuat DAP. Mereka telah meluahlan kemarahan dalam laman sosial tanpa mengira bangsa kerana tidak dapat menerima tindakan biadap pasangan Cina terhadap wanita Melayu. Tidak kurang juga kaum Cina turut mengecam pasangan terbabit kerana tidak menghormati tugas seorang penguatkuasa yang hanya menjalankan tugasan yang diamanahkan.

Adakah ini sebenarnya yang rakyat Malaysia impikan? BERSIH ternyata mempengaruhi minda masyarakat agar tidak mempedulikan undang undang kerana berpendapat kebebasan adalah penting hingga membolehkan sesiapa sahaja melanggarnya atas nama 'hak kebebasan manusia'. Jelas sekali Ambiga, Maria Chin serta pemimpin pembangkang gagal mendidik pengikut mereka untuk menghormati sesama rakyat. Inilah ajaran BERSIH yang sebenarnya mahu diterapkan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Pautan kepada laporan portal boleh di akses di : http://www.negarapakatanrakyat.com/2016/11/25/video-viral-mbsa-arah-kakitangannya-tarik-balik-laporan-polis-dakwa-hanya-salah-faham-berkaitan-uniform/

No comments:

Post a Comment