Thursday, 17 November 2016

SIAPA PIHAK SUMBER DANA LUAR BERSIH 5 - PENGANJUR PERLU DEDAHKAN IDENTITI DEMI KESELAMATAN NEGARA



BERSIH BERSEDIA DEDAH SUMBER DANA LUAR?


Himpunan BERSIH 5 dijadualkan akan berlangsung pada 19 November 2016 hanya akan memberi impak buruk terhadap imej Malaysia yang dikenali sebagai sebuah negara yang selamat untuk dikunjungi warga asing dalam kalendar pelancongan dunia. Apa yang di kesali adalah tindakan penganjur BERSIH 5 yang berdegil mahu meneruskan demonstrasi haram di jalanan serta mahu peserta demo 'menawan' Dataran Merdeka yang secara simbolik melambangkan mercu Negara ini.

Tuntutan BERSIH 5 yang disenaraikan untuk di bawa dalam himpunan kali ini hanyalah retorik yang didalangi parti pembangkang dan bukan sesuatu yang mengejutkan kerana memang diketahui pembangkang merupakan antara 'tulang belakang' kepada pergerakan ini. Turut menerima 'dana zionis' serta di akui oleh penganjur BERSIH 5, tanpa rasa bersalah mereka terus menabur persepsi memburukkan kerajaan walau sebahagian besar kandungan tuntutan BERSIH telah kerajaan laksanakan terlebih dahulu. 

BERSIH 5 menyenaraikan tuntutan seperti berikut 

  • pilihanraya bersih dan adil - Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang berada di bawah pentadbiran parti pembangkang sejak PRU12. Adakah ini masih belum adil dan bersih?
  • kerajaan bersih - kerajaan BN sentiasa terbuka menerima kritikan serta pujian dari segenap pelusuk dunia serta mengakui kelemahan tetapi mengambil langkah memperbaiki kelemahan itu secara berperingkat berdasarkan kemampuan.
  • memperkukuhkan Sabah dan Sarawak - kerajaan pusat tidak pernah meminggirkan Sabah dan Sarawak dari sebarang pembangunan serta tuntutan mereka di kaji semula oleh pusat demi kehendak rakyat kedua dua negeri itu. Malah segala bantuan kepada negeri tersebut diberikan samarata oleh kerajaan BN Pusat.
Apa yang sebenarnya dalam pemikiran penganjur BERSIH 5 sebenarnya? Setiap yang mereka tuntut telah dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan sebaiknya untuk rakyat tetapi NGO ini masih belum berpuashati dengan apa sahaja tindakan baik kerajaan BN Pusat. Adakah mereka ada 'VISI' lain dan menerima 'ARAHAN' tertentu dari penyumbang dana luar? Matlamat 'Tangan Ghaib' yang mahu menjatuhkan sebuah kerajaan yang di pilih sevcara demokrasi akan diteruskan selagi niat 'Kuasa Luar' belum tercapai dan BERSIH hanya menjadi alat kepada mereka?

Dalam satu temubual sebuah stesen TV swasta, seorang bekas pemimpin tertinggi DAP telah mendedahkan terdapat satu gerakan 'kuasa asing' yang memberi sejumlah dana kepada NGO tertentu bagi melaksanakan hasrat mereka menumbangkan kerajaan Malaysia yang di terajui Barisan Nasional dan Umno bagi membolehkan apa sahaja kemahuan mereka di penuhi. 

Siapa sebenarnya 'Penderma Dana' kepada gerakan BERSIH? Mereka turut melancarkan rayuan kutipan derma dari orang ramai bagi mengaburi mata rakyat kononnya segala pergerakan mereka tidak di taja namun dalam BERSIH 4, DAP secara jelas mengakui menjadi penaja bagi kempen tersebut. Adakah BERSIH menjadi alat kepada pergerakan 'Zionis' bagi melenyapkan negara yang memperakukan agama Islam sebagai Agama Rasmi?

Penganjur juga angkuh serta memperlekehkan undang undang dan amaran yang dikeluarkan pihak berkuasa seolah ada 'KUASA' yang lebih besar berada di belakang mereka bagi menjamin sebarang kemungkinan tindakan undang undang. Siapa pihak itu? Ini menimbulkan persoalan adakah BERSIH menjemput kuasa Zionis sebagai pelindung mereka dan peserta? 

Penglibatan pemimpin dari parti pembangkang turut menimbulkan tandatanya mengapa mereka konon berjuang mempertahankan demokrasi tetapi dalam masa sama 'membunuh' demokrasi dengan menyatakan pilihanraya selama ini tidak bersih sedangkan 3 buah negeri berada di bawah pentadbiran pembangkang? Adakah pembangkang mengakui bahawa mereka juga terlibat dalam melakukan 'kerja kotor' bagi memastikan terus kekal memerintah negeri yang mereka tawan selepas PRU12 dan kekal pada PRU13? 

Rakyat masih seronok menerima segala tohmahan BERSIH kerana kerajaan memberi ruang kepada pembangkang menyampaikan 'fitnah' mereka dengan sewenang wenangnya tanpa tindakan tegas di ambil. Jika pada tahun 1981 hingga 2003 pembangkang tidak sebebas ini untuk bercakap kepada rakyat kerana kekangan Akta ISA masih berkuasa namun kerajaan sentiasa bergerak mengikut revolusi semasa dan fakta ini disorokkan oleh BERSIH dan pembangkang dari pengetahuan rakyat demi kepentingan sesetengah pihak politik. Siapa sebenarnya yang bermain taktik kotor?

Rakyat perlu menolak BERSIH 5 kerana mereka sendiri tidak telus kepada rakyat berkaitan 'dana luar' yang mereka terima. Rakyat sepatutnya mendesak pemimpin BERSIH mendedahkan siapa peyumbang dana bagi pergerakan mereka yang bukan sedikit belanjanya untuk melakukan jelajah promosi ke seluruh negara. Beranikah Maria Chin mendedahkan semua hasil 'kutipan' mereka kepada rakyat? Turut perlu didedahkan siapa penderma dari luar kepada gerakan mereka tetapi seperti biasa BERSIH tidak akan berani mendedahkan semuanya kerana khuatir tidak lagi menerima dana jika berbuat demikian.

No comments:

Post a Comment