SUMBER DANA INVOKE DIDEDAHKAN LATEEFA KOYA?
Selepas pergolakan PPBM, kini Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula kini bergelora. Pertikaman lidah antara Rafizi Ramli dan Lateefa Koya sudah tidak dapat dilindungi. Satu salinan perbualan dalam aplikasi Whatsapp tersebar di media sosial berkaitan perbalahan antara dua pemimpin PKR itu.
Ahli Parlimen Pandan yang digelar 'Sotong' oleh netizen melempiaskan kemarahan terhadap Lateefa mengenai isu logo Pakatan yang baru. Rafizi memperkenalkan beberapa logo di media sosial untuk di pilih penyokong Pakatan dan membuka undian. Tindakan ini menimbulkan kemarahan Lateefa yang berpendapat logo yang dipamerkan mengundang kelucuan serta tidak melambangkan Pakatan Harapan.
Menariknya dalam pertikaman itu, Lateefa mendakwa Rafizi telah mengutip jutaan ringgit wang rakyat bagi merealisasikan logo PH. Adakah dakwaan tersebut berkaitan Invoke yang dipunyai Rafizi? Hingga hari ini Rafizi tidak berani mendedahkan sumber kewangan Invoke yang dikatakan mencecah ratusan ribu ringgit bagi menjalankan operasi. Boleh dikatakan dakwaan Lateefa ini agak serius kerana terang terang menyatakan Rafizi mengutip wang tanpa audit.
Adakah ini serangan bersiri dari kem Azmin Ali yang kini berdepan krisis kepercayaan berikutan pendirian PAS yang memutuskan 'hubungan diplomatik' mereka dengan Pakatan Harapan. Adakah Azmin yang sememangnya tidak selesa dengan kelancangan serta sikap 'lepas tangan' Rafizi dalam kes Adam Rosly dikatakan sudah merangka serangan berangkai bagi menyingkir Rafizi dari PKR? Jika perkara ini benar maka PKR kini berhadapan dengan kehancuran sebelum PRU14.
Ada sumber turut mengaitkan serangan ini turut didalangi PPBM yang mahu memastikan Rafizi tidak mendapat tempat lagi sebagai ahli parlimen. Benarkah wujud dakwaan itu? Rakyat boleh menilai siapa sebenarnya yang 'MEROMPAK WANG RAKYAT' dengan dakwaan Lateefa Koya terhadap Rafizi.
No comments:
Post a Comment