DAP PUNYA SEMBANG 'BABI' BOLEH TERBANG - ADUN PUJUT MENIPU SPR DAN RAKYAT SARAWAK?
Dewan Undangan Negeri Sarawak telah melucutkan jawatan Adun N74 Pujut kerana dakwaan memiliki 2 kerakyatan sememangnya menjadi sensasi berita untuk politik. Wakil DAP yang mengalahkan BN ini secara tidak langsung memperlihatkan sikap sebenar DAP yang selama ini menuduh BN menipu setiap kali pilihanraya. Sebagai rekod Dr Ting Tiong Choon mengalahkan calon BN, Dato Hii King Chiong dengan majoriti 1,759 undi dalam PRN Sarawak pada 2016.
Mengejutkan bagaimana DAP yang selama ini mendakwa parti tersebut telus boleh menipu Rakyat Sarawak tanpa ada rasa bersalah. Terbukti dengan perlucutan ini, DUN Sarawak telah mengambil tindakan di landasan betul kerana amat membahayakan rahsia rahsia kerajaan negeri selagi Adun DAP ini berada dalam Sidang Dun. Jika beliau (DAP) boleh menipu sebegitu tidak mustahil kalau rahsia negeri juga tergadai.
Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng merupakan individu yang perlu bertanggungjawab sepenuhnya atas penipuan ini. Namun demikian mereka seperti biasa, tidak akan mengakui kesalahan DAP sebaliknya akan menimbulkan pelbagai alasan bagi melepaskan tengkuk masing masing. Seperti yang diketahui umum, anak beranak ini akan menuding kepada BN walau jelas taktik kotor merupakan amalan 'terpuji' dalam DAP. Bagi pentaksub DAP pula, dua individu ini adalah makhluk 'Suci' dan tidak boleh dipersalahkan dalam skandal penipuan menggemparkan politik Malaysia dan Sarawak.
Pakatan Harapan seringkali menuding BN bermain taktikal kotor hingga wujud tohamahan mengenai penipuan dalam piliharaya namun dengan kes Adun Pujut ini, rakyat akan membuka mata siapakah yang selama ini menipu mereka. Terbaru Nurul Izzah Anwar menuduh BN akan menggunakan segala teknik kotor bagi memenangi PRU14. Ternyata sebelum pembubaran parlimen dilakukan, Pakatan Harapan di dapati melakukan taktik tersebut sekaligus membuktikan pihak mereka tidak pernah telus dalam melaungkan kempen BERSIH. Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) sewajarnya memandang penipuan Blok Pakatan Harapan ini secara lebih teliti bagi mengelakkan sebarang penipuan berlaku di masa akan datang.
Pemimpin Pakatan Harapan sewajarnya di siasat kemungkinan memiliki 2 kerakyatan kerana tingkah laku mereka meragukan bilamana sering keluar negara bertemu dengan pemimpin luar bagi memburukkan Malaysia setiapkali mereka tidak.berpuashati dengan keputusan pilihanraya. Anwar Ibrahim sebagai contoh pernah meminta campur tangan Al Gore malah Wan Azizah sendiri pernah meminta pihak luar mencampuri urusan politik Malaysia, malah beberapa pemimpin Pakatan Harapan turut berbuat demikian. Tidakkah ini menimbulkan persoalan bahawa mereka juga dalam diam diam mempunyai kerakyatan negara lain dan akan meninggalkan Malaysia seandainya kalah dalam pilihanraya kelak?
Inilah sikap sebenar DAP dan Pakatan Harapan selama ini. Menipu rakyat dan mempergunakan rakyat demi kepentingan parti mereka tanpa mempedulikan nasib rakyat. Pru14 bakal menjadi 'kubur' Pakatan Harapan dan rakyat perlu menutup segala pintu untuk mereka memperbodohkan pengundi lagi sekali.
No comments:
Post a Comment