Monday, 24 July 2017

BERUBAH UNTUK LEBIH GAH - UMNO DIINGATKAN OLEH PERWAKILAN MUDA

Mesyuarat Umno Bahagian semakin rancak dan menjadi medan mengatur strategi memenangi PRU14. Dalam keghairahan mesyuarat beberapa aspek teguran dari ahli Umno perlu juga dipertimbangkan oleh kepimpinan tertinggi Umno sendiri.

Berikut adalah ucapan seorang perwakilan dalam Persidangan Umno Cameron Highlands yang boleh dikatakan merangkumi kehendak anak muda yang keliru mengenai parti politik.
Pru 14 - sebuah perjalanan yang berliku.

Kembalikan konsep asal semangat pejuang2 UMNO.

1. Berjuang kerana Allah bukan bersifat peribadi.
2. Berjuang untuk memertabatkan Agama, Bangsa dan TanahAir.
3. Tidak riak, tidak sombong, bongkak.
4. Sanggup menerima teguran dan pandangan daripada ahli2nya.

Apa yang perlu dielakkan apabila menjadi seorang pemimpin?

1. Tidak mudah lupa diri, ego. Pemimpin lahir daripada kepercayaan rakyat melalui proses pilihanraya atau pemilihan. Jangan sesekali membuat pengundi hilang rasa hormat atau hilang kepercayaan yang diberikan oleh mereka kepada pemimpin.

2. Pemimpin lain lebih sudu dari kuah. Maksudnya seseorang pemimpin disukai, menjalankan tanggungjawab dengan baik. Tetapi, semua itu musnah kerana adanya liabiliti dalam kepimpinan sesebuah organisasi. Mood pengundi akan lari akibat sikap lebih dari kuah. Keputusan yang perlu dilakukan seorang ketua pemimpin perlu meletakkan kepntingan parti daripada individu tersebut. Atau liabiliti kepada parti ini perlu mengundurkan diri untuk menyelamatkan organisasi.

3. Pemimpin lalang / loklak dalam perjuangan. Tidak konsisten dalam perjuangan. Dalam erti kata lain pemimpin ini akan melompat kemana2 jika berlaku sesuatu kepada beliau.

Anak Muda undi BN?

Ya, mereka akan memberi undi kepada BN jika prinsip urus tadbir diurus dengan penuh amanah dan bertanggungjawab. Dan plan perancangan untuk pembangunan anak muda dititik beratkan.

Pengundi luar. Pendedahan maklumat luar kawalan melalui media sosial menyebabkan kerajaan sukar mendapatkan kepercayaan daripada mereka. Persepsi negatif yang dilemparkan kepada kepimpinan, kerajaan, kos sara hidup yang tinggi serta ketidaktelusan segelintir ahli politik kerajaan hari ini menyukarkan mendapat kepercayaan anak muda.

Apa yang perlu dilakukan? Buat program bersama mereka. Berjumpa mereka. Bukan kita suruh jumpa mereka atau datang ke prog kita. Kita yang perlu ada inisiatif untuk berjumpa mereka. Adakah UMNO CH sudah mengadakannnya?

Berani Berubah.

Para perwakilan perlu berani memilih barisan kepimpinan gandingan baru dan lama bagi memertabatkan anak bangsa di CH. Jangan biarkan pemilikan jawatan dalam UMNO utk jalan pintas mendapatkan kekayaan dan pangkat. Pemimpin ini perlu ditolak serta merta.

PRU 14 semakin hampir. Inilah Pru paling getir. Masa depan bangsa melayu akan musnah jika kita tidak lagi menjadi kerajaan. Yang menjadi pemimpin diperingkat Caw dan Bhg jalankanlah tanggungjawab.

Persepsi NEGATIF kepada kerajaan mesti ditentang habis habisan. Wahai kepimpinan Pemuda dan Puteri, gunakanlah medium media sosial untuk menyebar kebaiikan kerajaan. Lawanlah segala tohmahan yang dilemparkan. Jangan jadi penakut, jangan playsafe.

Kepada Ketua Bhg, lahirkanlah pemimpin pelapis diera kepimpinan anda. Anda akan dijulang sebagai pemimpin yang hebat jika anda melahirkan lebih ramai pemimpin berbanding pengikut.

Yang menjadi liabiliti, berubahlah atau undurlah diri. Itu jalan terbaik untuk UMNO dan BN.

SEMOGA UMNO BN beroleh kemenangan lebih majoriti di setiap DUN dan Parlimen. InsyaAllah.

Perwakilan bernama Ahmad Fansuri Mohammad dari Umno Cawangan Sungai Jelapin Cameron Highlands. Ucapan ini merupakan intipati dan suara yang mewakili Anak Muda dalam Umno hari ini.