Tuesday, 27 February 2018

LIM KIT SIANG PILIH CAMERON HIGHLANDS SEBAGAI TEMPAT BERTANDING?

MAHU KEKALKAN PENGUASAAN DAP  LIM KIT SIANG HANTAR SOLDADU MERISIK KEKUATAN BN DI CAMERON HIGHLANDS?

Sejak memenangi kerusi N1 Tanah Rata, Leong Ngah Ngah dikatakan hanya muncul beberapa kali sahaja sepanjang 2013 - 2017 hingga membuatkan ramai pengundi tidak mengenali wakil rakyat itu.

Gusar dengan kemungkinan kalah di Dun Tanah Rata, soldadu DAP sudah kelihatan berkeliaran di sekitar Cameron Highlands sejak malam semalam. Kehadiran Ngeh Koo Ham mengejutkan penduduk Tanah Rata malam tadi kerana ini kali pertama beliau di lihat berada di pusat pelancongan tanah tinggi di Pahang. Kehadiran Ngeh bersama beberapa lagi 'Orang Kuat DAP' seperti memberi isyarat Penasihat DAP, Lim Kit Siang bakal turun padang di Cameron Highlands, apatah lagi mengetahui gerak kerja Presiden myPPP Tan Sri Kayveas yang telah berjaya menambat hati pengundi termasuk ahli DAP sendiri.

Adakah Lim Kit Siang akan lari dari Gelang Patah dan cuba mencari kerusi empuk di Cameron Highlands? Beliau yang tahu Leong Ngah Ngah telah 'Lari' dari tanggungjawap di Tanah Rata dan besar kemungkinan berhijrah ke Parlimen Raub dikatakan memulakan gerak kerja ala 'Mee Segera'. Kehadiran Ngeh telah menaikkan suhu kemungkinan Kit Siang memilih kerusi yang beliau anggap mudah dimenangi.

Bagaimanapun jika benar Kit Siang mahu bertanding di P078, beliau perlu menerima hakikat populariti Kayveas jauh mengatasi saingan pembangkang apabila beliau mendapat sokongan dari pelbagai lapisan masyarakat terutama daripada Persatuan Pekebun Sayur dan Bunga Cameron Highlands yang berjanji memberikan undi kepada Barisan Nasional pada PRU ke-14. Gerak kerja Kayveas yang meliputi pelbagai lapisan masyarakat termasuk kubu kuat DAP di Kg Raja telah berjaya memecahkan dominasi pembangkang yang selama ini dikatakan kuat namun akhirnya layu di tangan Kayveas. Fenomena ini menakutkan DAP kerana mereka bakal kehilangan pengaruh terhadap kaum Cina Cameron Highlands apabila terbukti Adun DAP yang di pilih pada PRU lepas tidak menunaikan tanggungjawab seperti sepatutnya.

Adakah Lim Kit Siang mampu menandingi gerak kerja Kayveas yang mewakili Barisan Nasional di Cameron Highlands dengan menghantar soldadu heraki tertinggi DAP? Sudah pasti dengan rekod buruk perkhidmatan DAP di Tanah Rata menjadi pengajaran buat DAP manakala peratusan pengundi yang di lihat tidak memihak kepada DAP perlu di ambil kira. Lim Kit Siang juga perlu berfikir panjang jika berminat melawan Kayveas yang mendominasi seluruh Cameron bermula dari Blue Valley hingga perkampungan Orang Asli di Lembah Bertam dan ini merupakan cabaran besar buat DAP itu sendiri bagi mengekalkan kerusi N1 Tanah Rata.

Kesimpulannya dalam PRU14 yang akan datang rakyat sewajarnya menolak DAP dan Pakatan Harapan seterusnya memberi isyarat bahawa politik pembangkang sudah tidak relevan dengan arus kemodenan politik yang semakin baik di bawah Barisan Nasional. Rakyat menilai dan memerhati pergerakan politik pihak mana yang membela mereka selama ini, terbukti hanya BN yang menunaikan janji kepada rakyat.

No comments:

Post a Comment