Tular dalam media sosial keyakinan Pakatan Harapan merampas kedudukan sebagai pemerintah usai PRU14 kelak. Seorang pengkaji bernama 'Sofia' mensasarkan 110 kerusi Parlimen bakal dimenangi oleh PH berdasarkan 'Kajian' beliau sendiri.
- dari mana sumber tersebut
- siapa koresponden yang ditemui
- bila simulasi dilakukan
- berapa jumlah koresponden
- jumlah pengundi tiada dalam kajian
- siapa pembiaya kajian
Soalan mudah ini merupakan antara yang perlu difikirkan oleh 'Pengkaji' sebelum menularkan apa yang boleh dianggap sebagai propaganda 'BODOH' Pakatan Harapan. Tiada jawapan akan diberikan kepada soalan di atas jika di tanya kepada 'Sofia' kerana ini semua bukanlah kajian sebenar berdasarkan data data sebenar.
Begitu mudah 'Sofia' membuat kajian tanpa statistik tepat lalu merumuskan PH akan mendapat 110 kerusi berdasarkan matematik 'logaritma' ciptaan propaganda yang dipercayai dipetik dari ilham Invoke di bawah kelolaan Ahli Parlimen Pandan. Jika 'Sofia' menggunakan kaedah daripada Invoke 'Rafizi' maka tidaklah menghairankan kerana terbukti Rafizi atau dikenali sebagai 'Sotong Pandan' sememangnya seorang 'Kaki Pembelit', 'Penipu' dan seorang yang suka membuat Fitnah.
Bersorakan penyokong pembangkang dengan kajian Sofia namun jika di tebak soalan mudah pasti mereka tidak ada jawapan. Mereka sudah pasti akan mengatakan Barisan Nasional takut kalah dan akan membela kajian Sofia yang mungkin mabuk teruk ketika menjalankan kajian tersebut ataupun koresponden yang ditemui Sofia juga mabuk.
Apa lagi yang boleh diharapakan kepada orang mabuk?
No comments:
Post a Comment