Wednesday 20 June 2018

PEMILIHAN UMNO 2018 - DEMOKRASI DIMATIKAN DEK 'TANGAN GHAIB' OLEH INDIVIDU TERTENTU?

PERLEMBAGAAN UMNO DIROSAKKAN 'TANGAN GHAIB' UNTUK SELAMATKAN KEDUDUKAN SIAPA?

Pemilihan Umno Sessi 2018 - 2021 penuh warna warni apabila semua jawatan dipertandingkan dan dibuka kepada semua ahli yang LAYAK BERTANDING.

Bagaimanapun apabila senarai nama pencalonan dikeluarkan, agak pelik apabila ada sesetengah nama yang digugurkan walau mempunyai kelayakan serta pengalaman yang mampu memberi kelebihan kepada Umno. Terdapat juga beberapa nama yang tidak dikenali mencuba nasib untuk jawatan tertentu, malah tidak mengejutkan jika ada individu 'ditaja' sebagai proksi bagi memecahkan undi perwakilan yang akan memilih.

Tidak dinafikan senarai calon Umno kelihatan seperti 'CacaMarba' apabila menimbulkan ketidakpuasan hati dikalangan penyokong mereka yang bertanding. Ada khabar telah bertiup, senarai nama telah ditentukan oleh 'Tangan Ghaib' yang tidak mahu beberapa nama yang dikatakan mampu menggegarkan kedudukan individu tertentu dalam Umno. Siapa 'Tangan Ghaib' masih tidak diketahui namun telah ada 'Muncung' kepada individu tertentu.

Adakah demokrasi Umno kali ini digunakan untuk menyelamatkan individu yang memainkan peranan dalam menyenaraikan nama yang disukai dan menggugurkan nama yang tidak digemarinya? Usah demi 'Empuk Kerusi' demokrasi Umno dijadikan Sarkis oleh individu tertentu. Seandainya demokrasi kali ini dimainkan sebegini hebat maka Umno perlu sedar hayat Umno tidak akan lama dalam arus politik perdana.

Dimanakah letaknya kredibiliti dan Integriti Jawatankuasa Pemilihan Umno yang telah menimbulkan kesangsian apabila nombor calon dikeluarkan terlebih dahulu sebelum calon calon dimuktamadkan kelayakan mereka. SIAPAKAH YANG MENENTUKAN INI SEMUA?

No comments:

Post a Comment