Thursday 21 June 2018

UMNO PERLU TERUS BELA HAK ISTIMEWA ISLAM DAN MELAYU MALAYSIA

UMNO SENTIASA LINDUNGI KEPENTINGAN ISLAM DI MALAYSIA MENGIKUT LUNAS PERLEMBAGAAN NEGARA - TAJUDDIN RAHMAN

Umno sebagai sebuah parti yang ditubuhkan di Istana Johor sudah pasti mempunyai sejarah panjang melalui perjuangan menggerakkan Kemerdekaan Tanah Melayu dan melindungi kepentingan Melayu serta Agama Islam. Klausa melindungi kepentingan Agama, Kaum Melayu dan Pribumi termaktub dalam Perlembagaan Negara sejak 31 Ogos 1957 hingga sekarang.

Bagaimanapun selepas pertukaran kerajaan daripada Barisan Nasional ke Pakatan Harapan dalam PRU14 seperti membuka lembaran baru. Kemenangan Pakatan Harapan tidak sahaja membawa era kebebasan bersuara tetapi turut membawa desakan kebebasan beragama secara total hingga budaya hidup songsang turut di tuntut pihak tertentu. Malah keberanian tersebut telah diterjemahkan secara lisan oleh beberapa individu yang mempertikaikan Jakim, kebebasan beragama dan peruntukan untuk kepentingan Islam di Malaysia.

Calon Naib Presiden Umno, Dato Sri Tajuddin Rahman meluahkan kebimbangan tersebut semasa di temui dalam satu majlis.

"Tuduhan Ibadah Haji tajaan 1MDB dari unsur tidak halal menimbulkan polemik apabila tiada bukti kukuh diberikan. Jika mereka (Pakatan Harapan) mempunyai bukti kukuh mengenai dakwaan tersebut maka kemukakanlah kerana ini melibatkan kepentingan Islam serta jemaah yang saban tahun di taja oleh 1MDB bagi mengerjakan fardu Islam ke-5" - Tajuddin Rahman

Beliau yang turut mengingatkan bahawa agenda yang di bawa oleh sebuah parti dalam sekutu Pakatan Harapan adalah bertentangan dengan Ajaran Islam turut mempertikaikan tujuan peruntukan samarata kepada semua pergerakan Agama sedangkan Perlembagaan Negara menetapkan Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan dan ini merupakan intipati perjuangan Umno itu sendiri.

" Adakah kita akan melihat rumah ibadat agama lain tumbuh bagai cendawan sedangkan tidak ramai penganut di tempat tersebut? Apa agenda mereka sebenarnya? Adakah mereka sengaja mahu mencemarkan kesucian Islam yang diletakkan di tempat tinggi dalam peelembagaan negara?" - Tajuddin.

Tajuddin Rahman yang bertanding sebagai Calon Naib Presiden Umno sememangnya dikenali sebagai salah seorang Ahli Parlimen yang lantang memperjuangkan kepentingan Islam dan Melayu, malah beliau pernah di landa kontroversi apabila bertikam lidah semasa sidang parlimen semata mata mempertahankan Islam. Oleh kerana ketegasan Tajuddin dalam parlimen, beliau sering digambarkan sebagai 'Samseng' namun beliau menafikan dakwaan tersebut.

Menyatakan ketegasannya lagi - "Saya mempertahankan Islam dan Melayu dari terus di hina. Salahkah saya mempertahankan kepentingan tersebut? Umno sendiri meruoakan wadah bagi mengangkat martabat Islam dan Melayu dari terus dipandang serong pihak tertentu" 

"Umno akan sentiasa menjaga apa yang termaktub dalam perlembagaan termasuk kepentingan Islam, Raja dan Melayu agar tidak menjadi mangsa agenda pihak tertentu" 

Ketua Bahagian Pasir Salak itu menyeru semua pihak terutama Umno terus menentang sebarang desakan pihak luar yang melibatkan kepentingan Islam dan Melayu.


No comments:

Post a Comment