Saturday, 22 December 2018

'MANIFESTO KHAS' PRK CAMERON HIGHLANDS, HARGA TELUR DAN PETROL AKAN DIKURANGKAN HINGGA 20%?

Pru14 Manifesto Pakatan Harapan Hapuskan Tol, Apa Pula Manifesto Khas Hadapi PRK CH?


Rakyat masih ingat walau tidak semua manifesto yang dibentangkan oleh Pakatan Harapan bagi memenangi PRU14 yang lepas. Antara yang paling popular dan mendapat sambutan luarbiasa ialah menghapuskan tol, menstabilkan harga minyak (petrol) dan yang paling epik ialah menghapuskan hutang pinjaman PTPTN. Penghapusan GST juga termaktub dalam manifesto tersebut dan perkara tersebut adalah yang paling sukses dilaksanakan dengan penggantian kepada SST 10% di tambah dengan 6% cukai perkhidmatan.

Menarik sekali selepas 7 bulan, AES bertambah atas alasan mahu displinkan pemandu, harga sawit merudum, harga getah merudum, Indeks saham merudum, Indeks ekonomi merudum dan harga telur merudum 2sen. Belum lagi disenarai panjang semua manifesto PH yang terawang awang di angkasa raya tanpa diketahui status perlaksanaannya bila. Apakah nanti bila kempen dimulakan maka ada lagi janji 'Marikh dan Pluto' akan ditaburkan kepada pengundi sepertimana Nga Kor Ming pernah ucapkan semasa kempen PRU14 untuk memberi setiap pengundi sekeping tanah? Atau PH akan berjanji untuk menurunkan harga petrol dan menaiktaraf jalanraya di Cameron Highlands menjadi 'Lebuhraya' atau lebih hebat lagi membangunkan Tanah Rata dan Brinchang seperti Bell Air di Hollywood? Berkaitan ekonomi pula adakah bakal calon PH kelak akan berjanji membawa pelabur dari 'Wakanda' bagi merancakkan ekonomi setempat sekaligus peluang mengeksport hasil tanaman dari Cameron ke luar negara? Apa pula jaminan bakal calon PH untuk pengundi Melayu di Dun Tanah Rata? MUNGKIN bakal calon PH akan berjanji memastikan pengundi Melayu mendapat lebih manfaat dengan pelbagai insentif jika memilih beliau atau lebih mengagumkan bakal calon akan menawarkan diskaun 50% pembelian barang keperluan rumah dengan menunjukkan kad pengenalan bahawa pengundi adalah orang tempatan? Tidak mustahil pelbagai janji akan ditaburkan kepada pengundi tetapi harus diingat, Parlimen CH bukan hanya ada Dun Tanah Rata kerana Jelai juga terletak di bawah Parlimen sama. 

Apakah kempen bakal calon PH akan menumpukan pelupusan hutang Felda sebagaimana di'kompang' oleh Mazlan Aliman semasa PRU14? Bagaimana pula dengan harga sawit di Felda? Adakah PH akan memberi keistimewaan kepada Peneroka Felda Sg Koyan untuk menikmati harga sawit seperti sebelum 9 Mei 2018 sepanjang kempen? 

Apapun kita sama sama nantikan apakah tawaran bakal calon PH kepada Rakyat P078 Cameron Highlands.

No comments:

Post a Comment