Wednesday, 26 December 2018

'BELI JIWA' PRK P078 CAMERON HIGHLANDS - PAKATAN HARAPAN AKAN UMUM 'DURIAN RUNTUH' KEPADA FELDA SG KOYAN SEBAGAI MANIFESTO?

Selepas Mazlan Aliman 'Hilang Suara', Apa Pula 'DURIAN RUNTUH' Pakatan Harapan Kepada Peneroka Felda di Cameron Highlands?

Dun Jelai yang terletak dalam Parlimen Cameron Highlands merupakan antara kubu orang Melayu yang sentiasa memberikan sokongan terhadap calon Barisan Nasional selepas dipisahkan dari Parlimen Lipis. Dengan jumlah pengundi seramai 3847 sudah tentu undi dari penempatan Felda sangat penting dalam pertandingan kali ini.

Gugusan Felda Sungai Koyan yang terdiri daripada 3 penempatan - Sungai Koyan 1, Sungai Koyan 2 dan Sungai Koyan 3 sangat unik kerana boleh dikatakan peneroka berasal dari seluruh negara bermastautin di Felda ini sejak 1975. Dengan pelbagai loghat pertuturan dan latar belakang, warna warni unik ini akan menjadi tumpuan kempen sepanjang 14 hari selepas penamaan calon pada 12 Januari 2019. Perubahan demi perubahan fizikal Felda Sungai Koyan serta kemajuan ekonomi tempatan semasa pemerintahan Barisan Nasional dinikmati oleh semua peneroka malah ADUN Jelai turut memberi tumpuan kepada Felda kerana ianya sebahagian denyut nadi ekonomi negara menerusi perladangan sawit.

Sejarah politik Sungai Koyan turut menjadi keunikan dengan penguasaan 2 parti di kalangan peneroka. Walau cuba di tebak oleh parti politik lain, kebiasaannya 'Hayat Politik' parti lain tidak panjang kerana politik bermusim dan hanya menonjol ketika menghampiri PRU. Berbeza dengan dua parti politik, berbeza ideologi namun dalam kerjasama pembangunan insaniah dan fizikal Felda Sg Koyan fahaman politik diketepikan sebaliknya perpaduan diutamakan. Malah anda boleh menyaksikan sendiri apabila duduk di kedai kopi melihat Umno dan Pas semeja bergurau senda tanpa sebarang prejudis. Tidak tergamak melihat perpaduan ini berpecah hanya kerana berbeza pandangan politik. Namun senario hari ini berbeza sejak Pakatan Harapan mengambil alih Putrajaya. Isu panas seperti ICERD telah membuka mata Peneroka Felda terhadap kehadiran parti politik lain yang cuba mengembangkan sayapnya ke Felda. Sikap menunduk parti tersebut kepada 'Tauke Besar' dalam Pakatan ternyata memberi kesedaran kepada Peneroka bahawa slogan parti itu selama ini hanyalah retorik dan sekadar mengaburi mata Rakyat.

Menyentuh soal Peneroka Felda sudah tentu tidak dapat lari dari kenyataan berbaur hasutan oleh Mazlan Aliman sewaktu siri jelajah beliau ke segala ceruk Felda. Menjanjikan PELUPUSAN HUTANG PENEROKA antara dendangan utama yang direncanakan oleh Pakatan Harapan selain Manifesto yang sehingga hari ini tidak ditunaikan lagi. Bagaimanapun selepas Mazlan Aliman mendapat KERUSI EMPUK, kisah peneroka Felda serta penghapusan hutang peneroka tidak lagi kedengaran, malah Peneroka Felda dimomokkan dengan kisah peningkatan hasil sawit sebanyak 12 - 15 tan sehektar oleh Menteri di Parlimen. Malah sebelum PRU14, DAP telah menubuhkan sebuah entiti berkaitan Felda kononnya mahu membantu menyelesaikan masalah peneroka Felda tetapi selepas mereka berjaya menempatkan kerusi majoriti dalam Parlimen, kisah membantu peneroka hilang di bawa angin. Felda yang sebelum ini menjadi 'Taboo' kepada DAP telah berjaya dibolosi oleh Lim Kit Siang menerusi entiti yang diwujudkan DAP menggunakan Anak Muda.

Menghadapi PRK Cameron Highlands, ternyata DAP menggunakan PPBM bagi melebarkan pengaruh Pakatan Harapan termasuklah di Felda Sg Koyan. Jumlah undi yang agak besar dalam Felda juga menjadi tarikan kepada mereka merampas kerusi CH dari BN. Justeru itu pelbagai perancangan pasti diaturkan bagi mencari pengaruh dikalangan peneroka Felda Sg Koyan.

Sudah tentu akan ada Manifesto Khas bagi masyarakat Felda akan dijanjikan oleh PH namun Peneroka Felda bukanlah golongan yang boleh diperbodohkan PH. KEGAGALAN MANIFESTO PH akan menjadi panduan kepada Peneroka Felda di samping kesukaran yang dihadapi Peneroka selepas PH memerintah merupakan kayu pengukur undian Felda kali ini. Kejatuhan harga komoditi serta kelemahan pentadbiran PH dalam menangani isu harga sawit selain kebajikan peneroka yang semakin terhakis akan menjadi faktor Felda MENOLAK Pakatan Harapan dalam Pilihanraya Kecil Cameron Highlands. Peneroka Felda kini sudah merungut kerana keistimewaan dan kebajikan semasa zaman BN sudah tidak lagi dikecapi malah Menteri (DAP) telah melukakan hati peneroka Felda dengan kenyataan BODOH di Parlimen.

Apakah DAP akan tampil dengan Manifesto Khas bagi menarik undi Felda? Apa pula JANJI Pakatan Harapan kepada Peneroka Sg Koyan kali ini? Mungkinkah akan ada 'Durian Runtuh' untuk Peneroka Felda semasa kempen PRK CH kelak? Tidak mustahil Pakatan Harapan akan melakukan apa sahaja bagi 'MEMBELI JIWA' Peneroka Felda Sg Koyan untuk menunjukkan sikap Prihatin Kerajaan namun perlu diingatkan kepada Peneroka - MANIFESTO PRU14  adalah KEGAGALAN PH dan jangan tertipu dengan segala penawaran kerana PH terkenal dengan 'U-TURN'. Hari ini lain, esok belum tentu sama JANJI Pakatan Harapan.



No comments:

Post a Comment