Tuesday 11 June 2019

KERAJAAN PAKATAN HARAPAN PERLU TUNAI JANJI KONVENSYEN ORANG ASLI, JANGAN HANYA 'LIP SERVICES' SAHAJA - AHLI PARLIMEN CAMERON HIGHLANDS

Ramli Gesa Kerajaan Pusat Bantu Orang Asli Selaras Janji Konvensyen


Negara dikejutkan dengan musibah yang menimpa 29 Orang Asli dari Suku Batek di Gua Musang Kelantan. Dari laporan awal Hospital Gua Musang mengesahkan 'Pneumonia' sebagai punca kematian 2 orang di Hospital berkenaan. 


Pecahan pesakit seperti berikut -

- 3 bayi
- 10 kanak kanak
- 16 dewasa

12 kes dirawat sebagai pesakit luar dan 17 kes dirujuk ke Hospital Gua Musang. Daripada 17 kes, 3 kes dirujuk ke Hospital Kuala Krai untuk rawatan lanjut. Mereka telah disahkan mengalami jangkitan paru-paru selepas 'Post Mortem' dilakukan terhadap 2 mangsa yang meninggal dunia. Berita ini amat menyedihkan Ramli selaku Ahli Parlimen Orang Asli kerana ada persepsi yang bermain di media sosial mengatakan punca penyakit berlaku kerana pencemaran air sedangkan tiada pengesahan dikeluarkan oleh pihak berwajib.


Ramli yang juga merupakan Orang Asli Suku Semai berpendapat Kerajaan Pusat di bawah pemerintahan Pakatan Harapan perlu bertindak segera menyelesaikan bagi menangani masalah ini kerana melibatkan nyawa dan Kementerian Kesihatan perlu memandang serius agar langkah pencegahan dapat dilakukan segera sebelum melibatkan lebih ramai mangsa. 


Ahli Parlimen Cameron Highlands juga telah merangka beberapa soalan bagi di bawa ke sidang Parlimen pada Julai ini dan mahu Menteri Kesihatan dab Menteri Alam Sekitar dan Sumber Asli menjawap mengenai musibah penyakit yang menimpa Masyarakat Orang Asli Batek di Kelantan. Ramli juga mahu kerajaan melaksanakan JANJI 'Pelan Pembangunan Masyarakat Orang Asli Nasional' yang disebut dalam Konvensyen Orang Asli di Putrajaya baru baru ini. Beliau tidak mahu kerajaan hanya memberi 'Lip Services' atau Janji Mulut sebaliknya Pakatan Harapan perlu membuktikan dengan pencapaian 'KPI'.


Ramli berkata demikian semasa ditemui dalam Program Jamuan Aidilfitri 'Mai Hik Sengoi' Dun Jelai di Pos Betau. Menteri Besar Pahang, Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail turut bersama masyarakat Orang Asli Pos Betau bagi meraikan mereka sempena Aidilfitri tahun ini. Beliau turut mengingatkan masyarakat Orang Asli Pahang agar sentiasa memantau kesihatan keluarga bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini dan mengelakkan musibah Kuala Koh dari berlaku di Pahang.

No comments:

Post a Comment