Sunday, 22 September 2019
PRK P165 - FORMULA 'AIMAN TAK KISAH' JADI KEMPEN PAKATAN HARAPAN?
Prk P165 Tanjung Piai - Apa Pula Manifesto Pakatan Harapan?
Salam takziah buat waris serta keluarga Allahyarham YB Md Farid Bin Md Rafik yang meninggal dunia kelmarin. Allahyarham dilantik sebagai Timbalan Menteri di Putrajaya selepas memenangi kerusi Tg Piai dengan 21,225 undi pada Pru14 dan menewaskan calon BN yang menerima 20,731 undi.
Kekosongan ini akan membawa satu lagi Pilihanraya Kecil dalam tempoh 60 hari atau sehingga pihak SPR mengumumkannya. Dalam media sosial sudah bermula adegan 'perang-perang' kalangan netizen yang memberi cadangan parti politik mana yang perlu diberikan peluang bertanding. Tidak ketinggalan ada nama tertentu disebut mampu menjadi calon yang terbaik bagi mewakili BN/Pas. Malah nama Ketua Pemuda MCA turut berlegar di media sosial dan disebut sebagai calon paling berwibawa bagi membawa impak Muafakat Nasional. Namun seperti biasa apa sahaja keputusan pucuk pimpinan BN dan PAS akan tetap diterima oleh akar umbi.
Jika sebelum ini BN bertanding dengan sokongan komponen BN dan kerjasama Jentera PAS namun kali ini situasi agak unik selepas 14 September 2019. Termeterai Piagam Muafakat Nasional membawa lembaran baru kerjasama politik dalam 2 buah parti Melayu (Islam) terbesar negara. Prk Tanjung Piai akan jadi tapak permulaan Muafakat Nasional digerakkan menuntut komitmen setiap parti samada BN atau Pas bekerjasama dan memberi mesej jelas buat Rakyat sekaligus menepis kritikan picisan Pakatan Harapan.
Pakatan Harapan dijangkakan akan memberi tentangan terhadap BN/Pas di P165 bagi mempertahankan majoriti 524 yang diraih dahulu. Namun kini cabaran berbeza menanti PH apabila rakyat semakin sedar kebobrokan yang dilakukan PH selepas setahun memerintah. Fasa demi fasa kegagalan Pakatan Harapan tidak memberi kelebihan buat PH menjanjikan 'Bulan Bintang Matahari' buat pengundi P165. Sorakan 'Kena Kencing' pasti bergema apabila pemimpin PH mula menabur janji dalam kempen Prk ini. Apa tidaknya, lihat sendiri KEGAGALAN PH menepati manifesto mereka sendiri. Malah golongan Nelayan dan Pekebun Kecil antara yang menerima tempias paling teruk selepas era BN. Itu baru 2 kategori belum ditambah dengan kategori lain lain yang merupakan pengundi P165. Apa solusi Pakatan Harapan berdepan kempen kali ini? Mahu membawa kisah 1MDB? Kisah Najib? Kisah Zahid? Kisah TG Hj Hadi? Yang terbaru dijangkakan kisah pembangunan Kg Baru turut akan dimasukkan dalam siri kempen PH kononnya mereka menjaga kepentingan Orang Melayu?
Kita sama sama tunggu selepas penamaan calon kelak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment