Tular satu klip video sekumpulan orang tidak berdiri ketika lagu Negaraku dimainkan dalam sebuah majlis. Dalam video tersebut sangat jelas mereka (pelaku) seolah tidak mempunyai perasaan langsung ketika Negaraku berkumandang. Apa yang mengejutkan apabila ada satu hantaran dalam media sosial daripada seorang individu bernama Shaow Tung Leong membuat kenyataan yang agak biadap apabila menggelar lagu Negaraku sebagai Lagu 'Perompak'.
TIDAK HORMATI LAGU NEGARAKU - LIPUTAN BERITA NTV7
Carian dalam sumber berkaitan Undang Undanh Malaysia menemukan Akta 390 yang memperuntukkan denda sebanyak RM100 atau penjara tidak lebih sebulan jika terbukti pelaku tidak menghormati Lagu Negaraku. Pihak berkuasa (PDRM) juga diberikan kuasa menahan pelaku tanpa waran jika melanggar Undang Undang tersebut.
Persoalannya kini adakah pelaku dalam klip video bebas dari sebarang tindakan Undang Undang Malaysia? Walau ada komen yang menyatakan mereka (Pelaku) dari Sarawak tidak bermakna mereka boleh terlepas dari tindakan kerana Sarawak berada dalam Malaysia dan tertakluk kepada Undang Undang yang ditetapkan. Harap PDRM segera mengambil tindakan tegas bagi menjaga Intergriti PDRM dari dipandang serong jika tidak tegas dengan pelaksanaan Undang Undang. Jelas sekali pelaku telah melakukan kesalahan dan ditambah lagi dengan komen yang menggelarakan Negaraku sebagai Lagu Perompak. Ini merupakan dakwaan serius dan perlu ditangani segera.
Adakah kejadian ini berlaku kerana ada doktrinisasi pihak tertentu atau lebih kepada kepentingan parti politik tertentu? Netizen dan rakyat memerhati setiap perlakuan yang agak 'Biadap' dan berharap agar tindakan dapat dikenakan kepada pelaku.
Hantaran terbaru oleh Shaow lebih 'keras' apabila menyatakan Lagu Negaraku bukanlah Lagu Rasmi bagi Sarawak dan beliau turut menyatakan Negaraku adalah hasil plagiat dari lagu 'Mamula Moon'. Adakah kerana beliau aktivis yang memperjuangkan Sarawak keluar dari Malaysia maka beliau bebas membuat kenyataan berunsur provokasi terhadap Undang Undang Malaysia?
No comments:
Post a Comment