Hujung minggu ini politik negara bakal menyaksikan pertempuran 'Epik' antara 2 kem dalam Parti Keadilan Rakyat. Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang kini berpecah kepada 2 - Pro Anwar dan Pro Azmin seakan sudah 'berpatah arang, berkerat rotan' apabila masing-masing menganjurkan Kongres Sayap di 2 lokasi berbeza pada tarikh yang sama. Sudah pasti pertembungan ini akan menarik perhatian dimana Kesetiaan AMK kepada Presiden atau Timbalan Presiden akan teruji dan dikatakan mengundang risiko besar kepada PKR itu sendiri.
Berdasarkan kepada 2 poster yang beredar dalam media sosial, perasmian Kongres Sayap PKR yang akan dirasmikan oleh pimpinan PKR akan mengambil tempat di Melaka namun menurut satu lagi poster ia akan berlangsung di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Yang mana satu akan diangkat sebagai acara rasmi PKR?
Ini memberi gambaran 'Bisul' yang selama ini bengkak akan meletus pada hari tersebut. Siapa yang akan meraih sokongan? Ada ura-ura AMK akan mengusulkan undi tidak percaya terhadap Presiden namun setakat ini ia dinafikan pihak PKR. Adakah ini menunjukkan Anwar sudah hilang pengaruh dalam PKR walau mengambil alih jawatan tersebut dari Wan Azizah selepas menang PRK Port Dickson? Perhatikan bahawa Anwar hari ini tiada jawatan dalam kabinet Tun M manakala Azmin merupakan Menteri Ekonomi selain Zuraida yang menjawat jawatan Menteri KPKT. Wan Azizah pula merupakan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Wanita jadi bagaimana Anwar masih percaya beliau ada pengaruh besar dalam PKR melainkan hanya kerana Nepotisme? Reformasi yang diilhamkan Anwar semakin hambar lantaran beliau 'Bertapa' dalam Sg.Buloh untuk tempoh tertentu dan kesempatan ini digunakan Azmin untuk membina kepercayaan ahli PKR secara diam-diam. Sudahnya apabila Azmin berasakan cukup sokongan maka siapa sahaja yang menghalang cita-cita karier politiknya maka individu tersebut akan dibenamkan tatkala nama Azmin disebut-sebut akan menggantikan Tun M sebagai PM. Adakah ini bermakna Anwar sudah terperangkap dalam percaturannya sendiri? Azmin pula dalam usaha menarik seberapa banyak sokongan terpalit pula dengan video seks songsang yang dikatakan mirip wajahnya. Sebenarnya antara Anwar dan Azmin siapa yang dipermainkan? Siapa pula pemegang 'kunci permainan'?
Ternyata hanya kerana perebutan populariti tanpa mereka (Anwar & Azmin) sedari mereka telah membuat AMK berpecah sekaligus menghadirkan senyuman buat 'Pencatur Permainan' yang memang mahu menghancurkan PKR. Siapakah individu itu? 'Tepuk dinding almari pun boleh bercakap'. Kini semua mata akan tertancap pada tarikh tersebut dan menantikan episod apa dan skrip apa pula akan dipersembahkan kepada rakyat. Samada Azmin atau Anwar mereka berdua sudah 'kena main' nampaknya. Jika Azmin kalah dalam pertempuran ini maka beliau boleh ucapkan selamat tinggal politik kecuali memilih haluan berbeza dari PKR tetapi kemana? Kalau mahu ke PPBM beliau perlu hadap heraki yang lebih beranggapan jawatan PM merupakan warisan PPBM sahaja dan parti lain perlu akur kepada kepimpinan PPBM. Kalau ke parti lain akan timbul juga masalah bila 'Orang Lama' dalam parti enggan memberi ruang jadi pilihan yang Azmin ada hanyalah tumbangkan Anwar untuk terus menjadi 'Dominan' dalam PKR. Mampukah Azmin laksanakan dan adakah akan hadir sokongan buat beliau? Perlu diingatkan Anwar lebih memahami seni politik dan kejayaan paling besar Anwar (semasa dalam Umno) ialah ketika menumbangkan Tun Ghafar Baba sebelum pertarungan bermula. Malah ketika itu Dr Mahathir sendiri tidak mampu menyekat ketumbukan Anwar.
-bersambung-
No comments:
Post a Comment