Showing posts with label AMK PKR. Show all posts
Showing posts with label AMK PKR. Show all posts

Saturday, 22 February 2020

'THE LAST SEMURAI' AKAN 'MATI BERAGAN' JIKA MAHATHIR MUNGKIR JANJI - FAIL MERAH KEMBALI DI ATAS MEJA?

Bagaimana Jika APEC KL Tidak Diadakan, Mana 'Last Samurai' Mahu Sorok Muka?



Majlis Presiden Pakatan Harapan yang dipengerusikan Tun M selaku Perdana Menteri telah memutuskan bahawa peralihan kuasa hanya akan ditentukan beliau selepas Sidang APEC KL yang dijangkakan pada November ini. 



Kenyataan tersebut sekaligus memadam desas desus peralihan kuasa antara Mac ke Mei 2020 yang berlegar dan menjadi topik panas dalam 'Sidang Kedai Kopi Politik' negara. Bukan sahaja cakap-cakap terhenti malah pelawaan Anwar Ibrahim kepada Tun M sebagai Menteri dalam 'Kabinet' Anwar juga terus lenyap dengan persetujuan yang dicapai dalam mesyuarat Majlis Presiden PH.



Tun M yang tidak memberi tarikh spesifik bagi peralihan kuasa tersebut dilihat sudah 'Menang' dalam gelombang krisis dalaman Pakatan Harapan. Justeru itu apa sahaja perkara berbangkit mengenai peralihan kuasa selepas ini bolehlah dianggap tidak lagi relevan walau wujud tentangan dari beberapa pihak terutama penyokong Reformasi. Apa lagi yang mampu dilakukan Anwar untuk mengambil alih tampuk Putrajaya selain bersabar dan bersedia dengan apa sahaja kemungkinan tergelincir sekali lagi seperti 1998?

Baca - SEJARAH 'LIWAT' 1998 DAN PEMBONGKARANNYA


petikan dari pengakuan saksi kes Anwar Ibrahim 1998

Seperti mana pernah berlaku pada 1998, Anwar kini berada dalam tekanan dari penyokongnya yang mahukan beliau menuntut 'JANJI' Peralihan Kuasa selepas 2 tahun memberi laluan kepada Tun M. Beliau perlu berhati-hati dalam usahanya merealisasikan impian 20 tahun agar episod memalukan pada 1998 tidak dijadikan ulang-tayang bagi menghalang cita-citanya. Perlu diingatkan sehingga hari ini dakwaan Dr Mahathir terhadap moral Anwar tidak pernah ditarik balik atau dinafikan Tun M sendiri malah baru-baru ini muncul kisah seorang pemuda bernama Rawther yang mendakwa cuba di 'ehem' oleh Anwar Ibrahim. Walau awalnya Anwar seakan bersedia mengheret pemuda tersebut ke muka pengadilan namun akhirnya beliau sendiri tidak meneruskan prosiding telah menimbulkan kembali polemik serta persepsi dakwaan Dr Mahathir pada 98 itu adalah benar. Apakah politik Tanahair akan menyaksikan kembali episod 'Usung Tilam' jika Anwar terus menggasak Tun M? Moga tiada lagi kisah sebegitu dalam tahun 2020 kerana masing-masing (Anwar & Tun M) telah lanjut usia.

Baca - MAT KOTAK PERNAH KHIANAT ANWAR



Walau kenyataan Tun M telah diterima Anwar (Terpaksa atau Dipaksa) ada satu perkara agak menimbulkan persoalan. Secara tiba-tiba Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dikatakan telah menyambung mesyuarat selepas sidang media Majlis Presiden PH di sebuah hotel di Putrajaya. Sebuah portal berita telah menulis Azmin Ali dilihat bersama beberapa pemimpin berada di hotel dan dipercayai sedang bermesyuarat namun apa kandungan mesyuarat tidak diketahui langsung. Ini menimbulkan persoalan apakah dalam mesyuarat MPPH berlaku pertikaman lidah atau perbezaan pendapat yang agak kritikal. Adakah sesuatu dibelakang tabir sedang berlaku dan Tun M tidak menyedarinya atau ia memang dalam pengetahuan PM namun atas 'Restu' mesyuarat berlangsung bagi mengekang sebarang usaha dari pihak pendesak memaksa PM mengeluarkan kenyataan lain pula esoknya? 

Apa pula akan berlaku hari-hari seterusnya? Apakah 'Plan B' yang diuar-uarkan akan berlaku? Mungkinkah ada isyarat lain kepada satu pihak untuk terus 'Bermain Catur Politik' bagi mengekalkan kedudukan Tun selaku PM hingga habis penggal?  The Last Samurai kini jelas hanya wujud sebagai MITOS dan gambaran bahawa Anwar Ibrahim adalah The Last Samurai ternyata meleset jauh dari realiti apabila beliau sendiri mengakui menyerahkan segala keputusan ke tangan Tun M. Adakah sebab ada 'Ref File' atas meja sebagaimana yang pernah beliau lalui pada zaman PM Ke-4?

Wednesday, 22 January 2020

DESAKAN PERALIHAN KUASA - 'TROJAN HORSE' DALAM PKR AKAN MUNCULKAN DIRI ATAU AKAN ADA MENTERI KENA PECAT?

Anwar PM Ke-8, Siapa Bakal Ganti TPM?





Sahih Atau Palsu?

Nampaknya semakin serius gerakan Reformis mahu peralihan kuasa berlaku pada 2020. Sekeping poster dijumpai berlegar dalam media sosial dengan tertera 'AMK SELANGOR'  mahu menunjukkan Tun M 'Jalan Keluar' sekiranya masih berdegil menjelang 9 Mei 2020.  Sejauh mana kesahihan poster berkenaan dikeluarkan oleh AMK SELANGOR sebagaimana tertera tidak dapat dipastikan. 

Bagaimanapun transmisi peralihan kuasa yang digembar-gemburkan ini menarik banyak persoalan samada netizen mahupun rakyat biasa. Ada atau tidak perkara dibawah terlintas dalam fikiran pembaca?


  • Apa impak peralihan kuasa terhadap ekonomi negara?
  • Berubahkah polisi pentadbiran apabila berlaku peralihan kuasa?
  • Siapa akan dilantik sebagai TPM sekiranya Anwar PM?
  • Akan tertunaikah manifesto PH pada PRU14?
  • Adakah Tun M bersara atau dilantik sebagai Menteri Kanan seperti Mendiang Lee Kuan Yew?

Paling menarik adakah Azmin akan kekal bersama PKR sekiranya beliau menerima surat tunjuk sebab dalam masa terdekat? Percaturan politik sering berubah mengikut keperluan kuasa dan tidak mustahil Tun M akan meminta bantuan Azmin memihak kepada beliau sekiranya ada usul undi tidak percaya dibawakan dalam Sidang Parlimen setelah semua jalan penyelesaian bagi mengekalkan kedudukan sebagai PM hingga habis mandat menemui jalan buntu. 


Kenyataan SUA PKR

AZMIN ALI sebelum ini secara terbuka menyatakan sokongannya kepada Tun M dan mencabar mana mana pihak memberi bukti wujud perjanjian peralihan kuasa selepas PH berkuasa 2 tahun. Menghampiri tarikh 9 Mei 2020, genaplah 2 tahun Tun M memegang tampuk pemerintahan Pakatan Harapan sebagau Perdana Menteri. Masih ingat cadangan mereka (PH) yang mahu jawatan PM dipegang tidak lebih dari 2 penggal? Malangnya cadangan itu tidak terpakai dalam konsensus peralihan kuasa yang dipersetujui semua parti dalam Pakatan Harapan sebelum ini.

Baca - AZMIN CABAR BUKTIKAN PERJANJIAN PERALIHAN KUASA

Negara bakal mencipta sejarah sekiranya Anwar dilantik menjadi PM apabila TPM merupakan isteri beliau. Lakaran sejarah dunia akan berlaku pasangan suami isteri memegang tampuk tertinggi sistem demokrasi berparlimen Malaysia. Tetapi ia adalah mustahil sekali untuk direalisasikan seandainya Tun M menggunakan kuasa penuh beliau bagi menukar TPM dalam waktu terdekat memandangkan Wan Azizah bukan lagi Presiden PKR selepas Anwar mengambil alih teraju PKR daripadanya. Tiada yang mustahil boleh terjadi sekiranya Tun M mengambil langkah drastik menyekat semua desakan dan tekanan yang diberikan terhadapnya. Justeru itu Anwar atau Wan Azizah perlu bersedia dengan segala kemungkinan yang mendatang sekiranya berlaku pembelotan dari dalam PKR itu sendiri. Jika Maszlee Malik selaku MP PPBM boleh 'Dinasihatkan' agar meletakkan jawatan, apalah sangat dengan Wan Azizah yang sudah tiada jawatan dalam parti sendiri.

Baca - DAP AKAN SINGKIR PPBM DARI PAKATAN HARAPAN?

Masalah terbesar Anwar perlu fikirkan ialah menyingkirkan 'Trojan Horse' Tun M yang masih berada rapat dengan kedudukan beliau. Siapakah individu tersebut? Hanya Anwar ada jawapannya. Bak kata seorang pelawak tanahair "Lu Pikirla Sendiri".

Wednesday, 4 December 2019

KONGRES PKR TIRU IKLAN CARI HOTEL MURAH - PERASMIAN DI DUA LOKASI WAKTU YANG SAMA?

Anwar vs Azmin, Siapa Akan Ucap Selamat Tinggal Politik?



Hujung minggu ini politik negara bakal menyaksikan pertempuran 'Epik' antara 2 kem dalam Parti Keadilan Rakyat. Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang kini berpecah kepada 2 - Pro Anwar dan Pro Azmin seakan sudah 'berpatah arang, berkerat rotan' apabila masing-masing menganjurkan Kongres Sayap di 2 lokasi berbeza pada tarikh yang sama. Sudah pasti pertembungan ini akan menarik perhatian dimana Kesetiaan AMK kepada Presiden atau Timbalan Presiden akan teruji dan dikatakan mengundang risiko besar kepada PKR itu sendiri.

Berdasarkan kepada 2 poster yang beredar dalam media sosial, perasmian Kongres Sayap PKR yang akan dirasmikan oleh pimpinan PKR akan mengambil tempat di Melaka namun menurut satu lagi poster ia akan berlangsung di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Yang mana satu akan diangkat sebagai acara rasmi PKR?





Ini memberi gambaran 'Bisul' yang selama ini bengkak akan meletus pada hari tersebut. Siapa yang akan meraih sokongan? Ada ura-ura AMK akan mengusulkan undi tidak percaya terhadap Presiden namun setakat ini ia dinafikan pihak PKR. Adakah ini menunjukkan Anwar sudah hilang pengaruh dalam PKR walau mengambil alih jawatan tersebut dari Wan Azizah selepas menang PRK Port Dickson? Perhatikan bahawa Anwar hari ini tiada jawatan dalam kabinet Tun M manakala Azmin merupakan Menteri Ekonomi selain Zuraida yang menjawat jawatan Menteri KPKT. Wan Azizah pula merupakan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Wanita jadi bagaimana Anwar masih percaya beliau ada pengaruh besar dalam PKR melainkan hanya kerana Nepotisme? Reformasi yang diilhamkan Anwar semakin hambar lantaran beliau 'Bertapa' dalam Sg.Buloh untuk tempoh tertentu dan kesempatan ini digunakan Azmin untuk membina kepercayaan ahli PKR secara diam-diam. Sudahnya apabila Azmin berasakan cukup sokongan maka siapa sahaja yang menghalang cita-cita karier politiknya maka individu tersebut akan dibenamkan tatkala nama Azmin disebut-sebut akan menggantikan Tun M sebagai PM. Adakah ini bermakna Anwar sudah terperangkap dalam percaturannya sendiri? Azmin pula dalam usaha menarik seberapa banyak sokongan terpalit pula dengan video seks songsang yang dikatakan mirip wajahnya. Sebenarnya antara Anwar dan Azmin siapa yang dipermainkan? Siapa pula pemegang 'kunci permainan'?



Ternyata hanya kerana perebutan populariti tanpa mereka (Anwar & Azmin) sedari mereka telah membuat AMK berpecah sekaligus menghadirkan senyuman buat 'Pencatur Permainan' yang memang mahu menghancurkan PKR. Siapakah individu itu? 'Tepuk dinding almari pun boleh bercakap'. Kini semua mata akan tertancap pada tarikh tersebut dan menantikan episod apa dan skrip apa pula akan dipersembahkan kepada rakyat. Samada Azmin atau Anwar mereka berdua sudah 'kena main' nampaknya. Jika Azmin kalah dalam pertempuran ini maka beliau boleh ucapkan selamat tinggal politik kecuali memilih haluan berbeza dari PKR tetapi kemana? Kalau mahu ke PPBM beliau perlu hadap heraki yang lebih beranggapan jawatan PM merupakan warisan PPBM sahaja dan parti lain perlu akur kepada kepimpinan PPBM. Kalau ke parti lain akan timbul juga masalah bila 'Orang Lama' dalam parti enggan memberi ruang jadi pilihan yang Azmin ada hanyalah tumbangkan Anwar untuk terus menjadi 'Dominan' dalam PKR. Mampukah Azmin laksanakan dan adakah akan hadir sokongan buat beliau? Perlu diingatkan Anwar lebih memahami seni politik dan kejayaan paling besar Anwar (semasa dalam Umno) ialah ketika menumbangkan Tun Ghafar Baba sebelum pertarungan bermula. Malah ketika itu Dr Mahathir sendiri tidak mampu menyekat ketumbukan Anwar. 

-bersambung-

Tuesday, 26 November 2019

PLOT 'DRAMA' BARU BAKAL DITAYANGKAN UNTUK SEKAT ANWAR IBRAHIM, SIAPA AKAN 'MENYERAH KALAH'?

Sekat 'Bakal PM Ke-8, Jalan 'Semburit' Jadi Pilihan?

Azmin Kelihatan 'Suci'
Semakin menarik episod krisis dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kini memasuki episod baru apabila KETUA ANGKATAN MUDA (AMK) diserang dengan cara sama seperti modus Along minta hutang. Cat merah dan ayam bersama kertas diikat ke kaki ayam tersebut seolah memberi gambaran klimaks perpecahan PKR 'bakal memancut' lahar dalam tempoh terdekat.


Kejadian disyaki berlaku ada kaitan dengan keengganan AMK membenarkan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali merasmikan Kongres Sayap PKR walau dibantah oleh sekumpulan lagi AMK diketuai individu dikenali sebagai Hillman. 'Drama' ini dipercayai kerana lanjutan keengganan Azmin menghadiri mesyuarat parti selepas menduduki kerusi Timbalan Presiden. Sebelum itu Azmin yang telah menjemput beberapa orang Ahli Parlimen BN untuk makan malam di kediamannya dilaporkan telah memberitahu Presiden Pakatan Harapan MP BN sudah hilang kepercayaan terhadap parti mereka. Bagaimanapun MP BN telah membidas kenyataan Azmin dan Tun M serta menyifatkannya sebagai 'BIADAP' kerana tidak menghormati tetamu yang beliau sendiri jemput ke rumahnya.


Lanjutan krisis dalaman PKR yang kelihatan tidak mampu diselamatkan lagi, Azmin dikatakan akan meninggalkan PKR bersama penyokongnya namun parti mana yang beliau akan pergi belum diketahui. Ada desas desus mengatakan beliau akan menyertai Tun M dan PPBM sekiranya Anwar bertindak diluar jangkaan selepas Mac 2020 atau selewatnya Mei 2020 selaras dengan 'Perjanjian Peralihan Kuasa' yang dipersetujui sebaik merampas Putrajaya pada Mei 2018. Apakah akan berlaku satu lagi Reformasi sekiranya peralihan kuasa tidak berlaku seperti jangkaan? Dikhabarkan gerakan Reformasi 2.0 telah dihidupkan semula apabila satu klip video mengenainya tersebar. Dalam perkiraan seandainya berlaku maka Azmin dan 'Konconya' akan dinyahkan dari PKR atas alasan TIDAK SETIA kepada Presiden dan jika berlaku itu sudah terlambat bagi Azmin menyelamatkan karier politiknya. Sebagai plan tuntas maka Azmin perlu berfikir pantas dan membuat keputusan drastik bagi menjamin keuntungan politik beliau sendiri.


Berbalik kisah AMK yang diserang timbul persoalan mengapa modus operandi Cat dan Ayam dipilih? Adakah serangan ada kaitan dengan 'arahan ghaib' atau semenangnya dirancang untuk memberi amaran kepada pihak tertentu yang ada kaitan dengan Kongres PKR? Kongres PKR kali ini penuh kontroversi sehingga di Sarawak menyaksikan PENGERUSI PKR SARAWAK sendiri (Baru Bian) tidak hadir ke program tersebut. Memburukkan lagi Naib Presiden PKR, ZURAIDA KAMARUDDIN juga tidak kelihatan dan status beliau sebagai Naib Presiden PKR masih 'Laku' atau tidak. Pelbagai persoalan pasti tidak mampu merungkai perihal serangan ini namun ia akan membuka lembaran baru 'Perang Sabil' dalam PKR sendiri.

Sehingga Anwar di'tabal'kan sebagai PM Ke-8 baru konflik ini akan berakhir agaknya. Anwar secara jelas telah menolak sebarang 'Rundingan Pintu Belakang' bagi mencapai impiannya sekaligus menutup sebarang peluang yang diusahakan individu tertentu dalam PKR bagi mengekalkan kedudukan Mahathir sehingga habis penggal.

Siapa akan rugi kerana perebutan kuasa antara Kem Anwar vs Kem Azmin vs Kem Mahathir vs Kem Pintu Belakang? Rakyat akan dimangsakan kerana ketamakan mereka dan sewajarnya Rakyat menghukum Pakatan Harapan pada PRU 15 kelak.