Showing posts with label Amanah Perak. Show all posts
Showing posts with label Amanah Perak. Show all posts

Tuesday, 17 September 2019

DUN PERAK BUBAR JIKA ADA YANG LOMPAT, KESAN MUAFAKAT NASIONAL BERBAHANG DI PERAK

Bakal Lompat Parti - Perak Bertukar Pentadbiran?



Sudah terdengar desas desus pergeseran dalaman Pakatan Harapan Perak semakin meruncing. Walau permukaan nampak tenang tetapi siapa tahu 'ada buaya' dibawah teratai melintas air?

Segalanya bermula dengan kes seorang Exco DAP Perak yang diheret ke Mahkamah atas dakwaan merogol pembantu rumahnya sendiri dari Indonesia. Kes ini menarik perhatian kerajaan Indonesia dan mahukan kes berjalan dengan adil mengikut lunas Undang Undang Malaysia. Malah rakyat Indonesia juga memberi perhatian khusus kes ini kerana melibatkan hubungan diplomatik dan kerjasama pekerjaan sektor bagi mereka.

Baca - BERANIKAH DAP DEDAH RAHSIA?

Melihat kedudukan penguasaan DAP di Perak amat tidak mustahil mereka mampu berbuat sesuatu sekiranya Exco Tronoh didapati bersalah oleh Mahkamah. Dengan sokongan Amanah (PAN) yang dilabelkan sebagai 'Khadam' DAP berserta sokongan 'Serpihan' PKR, jawatan MB Perak boleh menjadi milik DAP sekiranya tuntutan mereka (DAP) tidak dipenuhi.



Sebelum keluarnya ugutan ini, 2 orang ahli DAP Perak telah meletakkan jawatan dalam parti dipercayai ada kaitan dengan isu Adun Tronoh juga. Adakah mereka dalam rangka usaha merombak Kerajaan Negeri dan meletakkan 'Proksi' sebagai Menteri Besar Perak yang baru agar segala perancangan berjaya? Ketara sekali penguasaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Perak tidak lebih dari melepas batuk di tangga. Dengan hanya 2 kerusi mereka (PPBM) mendapat keistimewaan dipilih sebagai Menteri Besar malah Tun M yang menggepalai PH juga mendapat keistimewaan sama walau hanya menang 13 kerusi Parlimen (semasa 9/5/2018) dan kini Tun M terikat dengan janji peralihan kuasa antara beliau dan Anwar Ibrahim. Tidak mustahil perkara sama ada di Perak kerana bersandarkan kepada 1 kerusi (9/5/2018) mereka (PPBM) tidak mempunyai asas yang kuat sebagai teraju Kerajaan Negeri.



Suhu politik Perak sekali lagi 'PANAS' apabila Umno dan Pas mengambil langkah berkerjasama apabila menandatangani Piagam Muafakat Nasional pada 14 September 2019 sekaligus membuka mata rakyat Perak bagu menilai semula adakah berbaloi mereka memberi peluang kepada PH mentadbir negeri itu lagi. Walau cuba dinafikan kegusaran oleh YB Asmuni dari Amanah (PAN), ternyata kerjasama ini memberi kesan ketara terutama terhadap DAP. Imbau kembali kedudukan kerusi DUN Perak sekiranya berlaku kejutan.





Apa yang ditakuti PH kini ialah 'Muafakat Nasional' yang mampu merubah kedudukan penguasaan mereka dan sudah pasti DAP selaku dominan dalam Dun Perak enggan perkara ini berlaku. Bagi mengelak terjadi peralihan kuasa maka Exco DAP perlu dibuktikan 'Tidak Bersalah' dan ini berada diluar bidang kuasa Kerajaan Negeri yang dikepalai PPBM. Apa perancangan seterusnya oleh DAP sekiranya Adun Bebas menyatakan sokongan kepada 'Muafakat Nasional' hasil kerjasama Umno-Pas ini? Pembaca boleh mengira bilangan kerusi dan kemungkinan yang bakal berlaku jika MB Perak terus ditekan dengan kes Exco. Tidak mustahil apa sahaja boleh berlaku dan kisah Sidang Dun 'Ketapang' boleh terjadi sekali lagi. Persoalannya sekarang SIAPA yang akan melompat parti di Perak maka individu itulah penentu kuasa Kerajaan Perak. 

Baca - SIAPA BAKAL LOMPAT PARTI?


Wednesday, 28 August 2019

SEJARAH 'POKOK KETAPANG' BAKAL BERULANG DI PERAK GARA-GARA EXCO TRONOH?

Dun Perak Bergegar Garra-Gara Exco Rogol Amah?




Dewan Undangan Negeri Perak dikatakan 'bergegar' kerana seorang Exco Kerajaan Negeri dari DAP telah dihadapkan ke Mahkamah atas tuduhan merogol orang gajinya sendiri. Oleh demikian Menteri Besar Perak menyarankan agar Exco berkenaan bercuti sehingga kes selesai. Bagaimanapun Exco berkenaan berdegil namun akhirnya akur dan mengambil cuti tanpa diketahui tempoh cuti tersebut.

Bagaimanapun desas desus bertiup Menteri Kewangan Lim Guan Eng membuat pertemuan dengan individu tertentu berkaitan kes Paul Yong namun sejauh mana kebenaran tersebut tidak dapat dipastikan. Menurut khabar pertemuan tersebut dipercayai ada kaitan dengan kedudukan Menteri Besar Perak dari PPBM yang hanya mempunyai 2 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Perak.








Melihat kepada kedudukan dalam DUN Perak amat tidak mustahil sesuatu boleh berlaku sekiranya DAP menarik balik sokongan kepada MB Perak Yab Ahmad Faizal Azumu. DAP sendiri telah mempunyai calon yang menepati klausa Undang Undang Tubuh Kerajaan Negeri yang meletakkan syarat seorang yang dilantik sebagai Menteri Besar mestilah Beragama Islam dan Adun Tebing Tinggi menepati syarat tersebut sejak awal lagi. Apa pandangan pembaca sekiranya berlaku sesuatu diluar jangkaan? Adakah Amanah (PAN) akan kekal menyokong PPBM sebagai MB atau menyokong DAP jika ada undi tidak percaya terjadi? Bagaimana pula dengan Adun PKR? 

Apakah sejarah Pokok Ketapang bakal berulang di Perak? Sebagaimana diketahui bekas MB Perak, Nizar Jamaluddin telah kalah dalam pemilihan parti baru-baru ini. Isyarat jelas telah ditunjukkan perwakilan kepada Nizar bahawa beliau sudah 'tidak laku' untuk diangkat sebagai pemimpin dalam negeri Perak. Jadi apa percaturan DAP di Perak?