Showing posts with label Bubar Parlimen. Show all posts
Showing posts with label Bubar Parlimen. Show all posts

Saturday, 22 February 2020

'THE LAST SEMURAI' AKAN 'MATI BERAGAN' JIKA MAHATHIR MUNGKIR JANJI - FAIL MERAH KEMBALI DI ATAS MEJA?

Bagaimana Jika APEC KL Tidak Diadakan, Mana 'Last Samurai' Mahu Sorok Muka?



Majlis Presiden Pakatan Harapan yang dipengerusikan Tun M selaku Perdana Menteri telah memutuskan bahawa peralihan kuasa hanya akan ditentukan beliau selepas Sidang APEC KL yang dijangkakan pada November ini. 



Kenyataan tersebut sekaligus memadam desas desus peralihan kuasa antara Mac ke Mei 2020 yang berlegar dan menjadi topik panas dalam 'Sidang Kedai Kopi Politik' negara. Bukan sahaja cakap-cakap terhenti malah pelawaan Anwar Ibrahim kepada Tun M sebagai Menteri dalam 'Kabinet' Anwar juga terus lenyap dengan persetujuan yang dicapai dalam mesyuarat Majlis Presiden PH.



Tun M yang tidak memberi tarikh spesifik bagi peralihan kuasa tersebut dilihat sudah 'Menang' dalam gelombang krisis dalaman Pakatan Harapan. Justeru itu apa sahaja perkara berbangkit mengenai peralihan kuasa selepas ini bolehlah dianggap tidak lagi relevan walau wujud tentangan dari beberapa pihak terutama penyokong Reformasi. Apa lagi yang mampu dilakukan Anwar untuk mengambil alih tampuk Putrajaya selain bersabar dan bersedia dengan apa sahaja kemungkinan tergelincir sekali lagi seperti 1998?

Baca - SEJARAH 'LIWAT' 1998 DAN PEMBONGKARANNYA


petikan dari pengakuan saksi kes Anwar Ibrahim 1998

Seperti mana pernah berlaku pada 1998, Anwar kini berada dalam tekanan dari penyokongnya yang mahukan beliau menuntut 'JANJI' Peralihan Kuasa selepas 2 tahun memberi laluan kepada Tun M. Beliau perlu berhati-hati dalam usahanya merealisasikan impian 20 tahun agar episod memalukan pada 1998 tidak dijadikan ulang-tayang bagi menghalang cita-citanya. Perlu diingatkan sehingga hari ini dakwaan Dr Mahathir terhadap moral Anwar tidak pernah ditarik balik atau dinafikan Tun M sendiri malah baru-baru ini muncul kisah seorang pemuda bernama Rawther yang mendakwa cuba di 'ehem' oleh Anwar Ibrahim. Walau awalnya Anwar seakan bersedia mengheret pemuda tersebut ke muka pengadilan namun akhirnya beliau sendiri tidak meneruskan prosiding telah menimbulkan kembali polemik serta persepsi dakwaan Dr Mahathir pada 98 itu adalah benar. Apakah politik Tanahair akan menyaksikan kembali episod 'Usung Tilam' jika Anwar terus menggasak Tun M? Moga tiada lagi kisah sebegitu dalam tahun 2020 kerana masing-masing (Anwar & Tun M) telah lanjut usia.

Baca - MAT KOTAK PERNAH KHIANAT ANWAR



Walau kenyataan Tun M telah diterima Anwar (Terpaksa atau Dipaksa) ada satu perkara agak menimbulkan persoalan. Secara tiba-tiba Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dikatakan telah menyambung mesyuarat selepas sidang media Majlis Presiden PH di sebuah hotel di Putrajaya. Sebuah portal berita telah menulis Azmin Ali dilihat bersama beberapa pemimpin berada di hotel dan dipercayai sedang bermesyuarat namun apa kandungan mesyuarat tidak diketahui langsung. Ini menimbulkan persoalan apakah dalam mesyuarat MPPH berlaku pertikaman lidah atau perbezaan pendapat yang agak kritikal. Adakah sesuatu dibelakang tabir sedang berlaku dan Tun M tidak menyedarinya atau ia memang dalam pengetahuan PM namun atas 'Restu' mesyuarat berlangsung bagi mengekang sebarang usaha dari pihak pendesak memaksa PM mengeluarkan kenyataan lain pula esoknya? 

Apa pula akan berlaku hari-hari seterusnya? Apakah 'Plan B' yang diuar-uarkan akan berlaku? Mungkinkah ada isyarat lain kepada satu pihak untuk terus 'Bermain Catur Politik' bagi mengekalkan kedudukan Tun selaku PM hingga habis penggal?  The Last Samurai kini jelas hanya wujud sebagai MITOS dan gambaran bahawa Anwar Ibrahim adalah The Last Samurai ternyata meleset jauh dari realiti apabila beliau sendiri mengakui menyerahkan segala keputusan ke tangan Tun M. Adakah sebab ada 'Ref File' atas meja sebagaimana yang pernah beliau lalui pada zaman PM Ke-4?

Monday, 20 January 2020

BORANG ZURAIDA MOHON MASUK PPBM TERSEBAR - BAU PEMBUBARAN PARLIMEN SEMAKIN KUAT?

Zuraida Keluar PKR Kerana Surat Tunjuk Sebab?


Foto Borang Yang Berlegar Di Media Sosial

Benarkah Ahli Parlimen Ampang akan menyeberang parti selepas menerima surat tunjuk sebab dari PKR?

Tular beberapa foto di media sosial borang Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dengan nama Menteri KPKT itu.

Bagaimanapun tiada maklumat lanjutt diperolehi mengenai perkara tersebut.



Jika benar perkara ini terjadi, tidak mustahil akan ada lagi Ahli Parlimen PKR mengikut jejak meninggalkan PKR dalam masa terdekat. Adakah mereka secara sukarela meninggalkan parti dan hilang kepercayaan terhadap Anwar Ibrahim selaku Presiden PKR atau ada 'Sesuatu' atas meja yang menyebabkan tindakan keluar parti dilakukan?



Apa reaksi Anwar Ibrahim jika beliau kehilangan sokongan PKR lebih-lebih lagi menjelang tempoh Peralihan Kuasa yang dipersetujui Majlis Presiden Pakatan Harapan?

Baca - PPBM NAFI ZURAIDA MOHON SERTAI PPBM

Bagaimanapun ada penafian telah dikeluarkan pihak tertentu dalam media sosial bagi menangkis kebenaran foto tersebut.


Penafian Dalam Media Sosia

Gayanya Anwar kena patuk dengan 'Ular' sama untuk kali kedua dan tidak mustahil akan kekal menjadi 'Bakal PM' paling lama memegang gelaran dalam sejarah politik Tanahair.

KERAJAAN SEPENGGAL - TUN M BERI ISYARAT BUBAR PARLIMEN JIKA TERUS DIDESAK PERALIHAN KUASA?

Desakan Peralihan Kuasa Makin Kuat, Tun M Hanya Ada 1 Pilihan



PAKATAN HARAPAN KERAJAAN SEPENGGAL

Apabila Naib Presiden PKR diminta menjawap surat tunjuk sebab tidak hadir dalam mesyuarat tertinggi PKR seakan memberi isyarat ada sesuatu perkara besar bakal berlaku samada dalam PKR sendiri atau dalam Pakatan Harapan. Zuraida Kamaruddin, Menteri KPKT diberikan tempoh 14 hari bagi menjawap surat tersebut. Berita tersebut seakan mengesahkan kini Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah sedia untuk berpecah dan PH pula akan menghadapi konflik terburuk namun hanya kepimpinan mereka sahaja yang tahu perkara sebenar.

DESAKAN PERALIHAN KUASA



Dipercayai surat tunjuk sebab kepada Zuraida ada kena mengena dengan isu 'Peralihan Kuasa' dari Tun M kepada Anwar dalam tempoh terdekat. Setiausaha Agung PKR pula mengesahkan ada persetujuan dalam Pakatan Harapan pada 2018 dan Anwar Ibrahim dinamakan sebagai Perdana Menteri Ke-8.



Kekalahan proksi Pakatan Harapan iaitu Warisan di Kimanis menguatkan lagi desas desus tempoh peralihan kuasa berlaku namun tarikh sebenar masih belum diputuskan Majlis Presiden Pakatan Harapan. Tekanan yang diberikan terhadap Tun M telah menyebabkan beliau mengeluarkan kenyataan akan berundur seberapa segera jika itu yang Majlis Presiden Pakatan Harapan mahukan namun kumpulan Pro-Mahathir enggan beliau menurut desakan dari pihak tertentu dalam PH. Dalam pada itu, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang dikatakan sedang 'disintuk limau' sebagai pengganti Mahathir selaku PM terus mendiamkan diri selepas siasatan PDRM berkaitan satu video intim songsang tidak dapat membuktikan beliau adalah individu yang dinamakan Haziq sebagai pasangannya. Begitu menghairankan mengapa Zuraida dikenakan tindakan surat tunjuk sebab dan Azmin yang turut tidak hadir mesyuarat tertinggi PKR tidak pula dikenakan sebarang tindakan. Adakah Anwar ada perancangan tertentu bagi menyekat kemaraan Azmin Ali?

Tonton - PEMBONGKARAN MENGENAI AZMIN ALI OLEH REFORMIS

Tidak mustahil akan berlaku perpecahan besar dalam PKR sedikit masa lagi jika 'Tangan Ghaib' terus memainkan peranan dalam PKR sendiri. Adakah Anwar sedar beliau semakin hilang kepercayaan di kalangan ahli parti atau beliau juga berpandukan kepada sorakan apabila berjumpa ahli parti? 

Kekuatan Anwar telah diuji ketika turun kempen di Kimanis dan ternyata beliau sudah hilang 'Aura' sebagai pemimpin sekaligus merumitkan lagi cita-cita untuk menjadi PM. Azmin juga hilang punca apabila kempen beliau tidak mampu membawa kemenangan kepada Warisan di Kimanis jadi nama mereka berdua sudah tentu dikeluarkan dari senarai peralihan kuasa. Nama siapa sebenarnya yang berada paling atas dalam senarai Tun M? Hari ini Tun pula mengeluarkan kenyataan bahawa Pakatan Harapan perlu bersedia menjadi Kerajaan Sepenggal dan semestinya menjadi tandatanya kepada seluruh rakyat Malaysia mengapa beliau berkata demikian sedangkan sebelum ini beliau amat yakin PH akan kekal menguasai Putrajaya selepas PRU15. Adakah ini isyarat bahawa Tun M bersedia membubarkan Parlimen bagi mengelakkan peralihan kuasa kepada Anwar berlaku? Siapa tahu permainan politik Tun M?