Monday 20 January 2020

KERAJAAN SEPENGGAL - TUN M BERI ISYARAT BUBAR PARLIMEN JIKA TERUS DIDESAK PERALIHAN KUASA?

Desakan Peralihan Kuasa Makin Kuat, Tun M Hanya Ada 1 Pilihan



PAKATAN HARAPAN KERAJAAN SEPENGGAL

Apabila Naib Presiden PKR diminta menjawap surat tunjuk sebab tidak hadir dalam mesyuarat tertinggi PKR seakan memberi isyarat ada sesuatu perkara besar bakal berlaku samada dalam PKR sendiri atau dalam Pakatan Harapan. Zuraida Kamaruddin, Menteri KPKT diberikan tempoh 14 hari bagi menjawap surat tersebut. Berita tersebut seakan mengesahkan kini Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah sedia untuk berpecah dan PH pula akan menghadapi konflik terburuk namun hanya kepimpinan mereka sahaja yang tahu perkara sebenar.

DESAKAN PERALIHAN KUASA



Dipercayai surat tunjuk sebab kepada Zuraida ada kena mengena dengan isu 'Peralihan Kuasa' dari Tun M kepada Anwar dalam tempoh terdekat. Setiausaha Agung PKR pula mengesahkan ada persetujuan dalam Pakatan Harapan pada 2018 dan Anwar Ibrahim dinamakan sebagai Perdana Menteri Ke-8.



Kekalahan proksi Pakatan Harapan iaitu Warisan di Kimanis menguatkan lagi desas desus tempoh peralihan kuasa berlaku namun tarikh sebenar masih belum diputuskan Majlis Presiden Pakatan Harapan. Tekanan yang diberikan terhadap Tun M telah menyebabkan beliau mengeluarkan kenyataan akan berundur seberapa segera jika itu yang Majlis Presiden Pakatan Harapan mahukan namun kumpulan Pro-Mahathir enggan beliau menurut desakan dari pihak tertentu dalam PH. Dalam pada itu, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang dikatakan sedang 'disintuk limau' sebagai pengganti Mahathir selaku PM terus mendiamkan diri selepas siasatan PDRM berkaitan satu video intim songsang tidak dapat membuktikan beliau adalah individu yang dinamakan Haziq sebagai pasangannya. Begitu menghairankan mengapa Zuraida dikenakan tindakan surat tunjuk sebab dan Azmin yang turut tidak hadir mesyuarat tertinggi PKR tidak pula dikenakan sebarang tindakan. Adakah Anwar ada perancangan tertentu bagi menyekat kemaraan Azmin Ali?

Tonton - PEMBONGKARAN MENGENAI AZMIN ALI OLEH REFORMIS

Tidak mustahil akan berlaku perpecahan besar dalam PKR sedikit masa lagi jika 'Tangan Ghaib' terus memainkan peranan dalam PKR sendiri. Adakah Anwar sedar beliau semakin hilang kepercayaan di kalangan ahli parti atau beliau juga berpandukan kepada sorakan apabila berjumpa ahli parti? 

Kekuatan Anwar telah diuji ketika turun kempen di Kimanis dan ternyata beliau sudah hilang 'Aura' sebagai pemimpin sekaligus merumitkan lagi cita-cita untuk menjadi PM. Azmin juga hilang punca apabila kempen beliau tidak mampu membawa kemenangan kepada Warisan di Kimanis jadi nama mereka berdua sudah tentu dikeluarkan dari senarai peralihan kuasa. Nama siapa sebenarnya yang berada paling atas dalam senarai Tun M? Hari ini Tun pula mengeluarkan kenyataan bahawa Pakatan Harapan perlu bersedia menjadi Kerajaan Sepenggal dan semestinya menjadi tandatanya kepada seluruh rakyat Malaysia mengapa beliau berkata demikian sedangkan sebelum ini beliau amat yakin PH akan kekal menguasai Putrajaya selepas PRU15. Adakah ini isyarat bahawa Tun M bersedia membubarkan Parlimen bagi mengelakkan peralihan kuasa kepada Anwar berlaku? Siapa tahu permainan politik Tun M?

No comments:

Post a Comment