Showing posts with label Ezam Md Noor. Show all posts
Showing posts with label Ezam Md Noor. Show all posts

Monday, 17 February 2020

DAKWA AZMIN SABOTAJ EKONOMI MALAYSIA, BERANIKAH AZMIN SAMAN EZAM 'KOTAK'?

Azmin Sabotaj Ekonomi Negara - Ezam 'Kotak'



Timbalan Presiden PKR kini menghadapi tekanan dari Pro-Anwar yang mahukan pendirian Azmin mengenai peralihan kuasa. Agak pelik apabila Ezam Mohd Nor kini bertindak seolah menjadi jurucakap merangkap 'Pengurus Kempen' bagi proses peralihan kuasa Tun M kepada Anwar sedangkan semua tahu Ezam pernah mendakwa mempunyai berkotak fail mengenai kebejatan Anwar Ibrahim. Tidak mustahil jika beliau juga akan mendakwa turut mempunyai berkotak fail mengenai Azmin Ali sekiranya Menteri Ekonomi itu tidak memberikan sokongan buat Presiden PKR jika berlaku Undi Percaya kepada PM di Parlimen.

Baca - EZAM BAKAL DEDAH 'KOTAK FAIL'?

Adakah Ezam juga mempunyai maklumat mengenai 'Percutian Mewah' Azmin ke Jepun? Mungkin Ezam ada akses bagi mendedahkan dari mana sumber kewangan Azmin Ali yang mampu menyediakan hampir RM500 ribu hanya untuk tiket penerbangan kelas bisnes bagi keluarga Azmin. Malah mengejutkan juga selepas Jepun, percutian keluarga tersebut bersambung pula ke London. Moga Ezam dapat mendedahkan segalanya mengenai Azmin Ali sekaligus menjawap segala persoalan mengenai KESETIAAN Azmin Ali kepada PKR dan khususnya kepada Anwar Ibrahim menjelang tarikh peralihan kuasa seperti dijanjikan dan tidak menunggu sehingga Sidang Apec berlangsung. Ezam sepatutnya mendedahkan lebih banyak kelemahan Azmin bagi terus memberi tekanan buat Timbalan Presiden PKR itu agar belajar erti SETIA kepada Presiden Parti dan tidak sesekali membelakangkan kepercayaan yang selama ini diberikan Anwar kepadanya.



Undi percaya yang dicadangkan Pas sebenarnya banyak merungkai teori konspirasi dalaman Pakatan Harapan hingga menimbulkan polemik parti mana yang akan mendapat majoriti 112 (majoriti mudah) bagi membentuk kerajaan baru seperti digembar-gemburkan. Malah satu siaran dalam sebuah akhbar turut memberikan angka angka yang agak menarik namun masih belum cukup bagi mencapai objektif majoriti mudah membentuk kerajaan.



Kini Azmin kelihatan dalam dilemma samada mahu terus berada dibelakang Tun M atau berdiri bersama PKR bagi mendesak proses peralihan atau sekurangnya membawa sebanyak boleh sokongan buat Mahathir agar kekal sehingga habis penggal mandat. Laporan menunjukkan ada 26 Ahli Parlimen PKR menandatangani Akuan Bersumpah tetapi tidak mendedahkan siapa 'Broker' bagi pihak PKR. Adakah Ezam akan berjaya menelanjangkan siapa dalang dalam PKR bagi membuktikan kini beliau diperlukan Anwar Ibrahim sebagai 'Pengurus Kempen'? Jika menurut laporan The Star sokongan kepada Tun M hanyalah sekitar 73 Ahli Parlimen (PH) bermakna masih jauh kurang dari majoriti yang diperlukan. Desas desus mengenai ketegangan hubungan Anwar-Azmin sentiasa panas apatah lagi 'Orang Kuat' Azmin sudahpun memohon untuk bercuti dari tugas selaku Naib Presiden PKR selepas memerima surat tunjuk sebab dari Badan Disiplin parti. Kini percaturan makin menarik namun ianya hanyalah berkisar mengenai kuasa dan akhirnya kebajikan Rakyat, Janji kepada Rakyat, Ekonomi Rakyat hanyalah Laungan RETORIK buat mereka dalam Pakatan Harapan untuk terus berkuasa.

Saturday, 22 April 2017

EZAM 'KOTAK' TERIMA RM100 JUTA UNTUK BELI PARTI 'SECOND HAND'?

SIAPA BIAYA EZAM RM100 JUTA?

Ezam masih mahu menjadi nombor satu dalam parti dan kerana itu sanggup membeli parti bagi merealisasikan impiannya. Persoalan yang menimbulkan tandatanya, siapa yang bermurah hati memberi sehingga RM10 juta hanya untuk membeli parti 'second hand'?

Menurut laporan Malaysia Today

Ezam menerima RM10 juta daripada penajanya untuk membeli lebih Parti NewGen dan mengubahnya kepada Parti Bebas Rasuah. Tetapi beliau tidak membayar pemilik apa yang dijanjikan dan kini segala-galanya dalam keadaan kucar-kacir. Apabila pengambilalihan dan pertukaran nama telah dilakukan, Ezam sepatutnya menerima lagi sebanyak RM90 juta bagi membiayai parti selama setahun sehingga pilihan raya umum akan datang. Adakah duit tersebut masih akan diberi atau sebaliknya?

Mohamad Ezam Mohd Nor mempunyai perangai yang tidak pernah berubah. Ia tidak boleh melihat wang. Apabila wang melalui tangannya ia kekal di tangannya. Dan itu adalah sebab utama kejatuhan Pergerakan Pemuda PKR pada tahun 2004.

Jika di baca laporan Malaysia Today, Ezam dijanjikan hingga RM100juta hanya untuk merosakkan negara dan semestinya penaja itu merupakan seorang yang memiliki kemampuan kewangan 'luar biasa' hingga sanggup memberi wang sebegitu banyak kepada 'Penyimpan Kotak'. Ezam yang kini bekerjasama dengan Khairuddin cuba membawa dimensi baru dengan penjenamaan semula parti yang kononnya Bebas Rasuah sedangkan beliau sendiri mengambil 'Habuan' untuk mewujudkan kekacauan politik. Inikah wajah sebenar Ezam? Berlakon seolah suci tetapi di belakang penuh 'najis'?

Ezam kini dikatakan tersepit dengan permainan sendiri apabila pihak yang membiayai pembelian parti kini menuntut kembali wang selepas Ezam memungkiri janji kepada penajanya. Penajaan sebanyak RM90 juta juga tidak diketahui status kerana Ezam tidak berani mengakui menerima apa apa wang dan mengambil tindakan berdiam diri.

Tuesday, 4 April 2017

BEBAS RASUAH JALIN KERJASAMA DENGAN PENDOKONG RASUAH???

PEMILIK KOTAK GELANDANGAN ENGGAN PULANG TIKARNYA.

Dalam bahasa mudah, kini politik penentang kerajaan semakin menghampiri tahap 'Gila' apabila sebuah parti (belum mendapat kelulusan ROS) berminat menyertai Pakatan Harapan.

Pengasas parti tersebut yang terkenal dengan 'Kotak Rahsia' merupakan seorang individu yang mampu membuat seisi negara tertawa apabila beliau bersama 'Rakan Kongsi' yang pernah bangkrap satu masa dahulu mengisytiharkan parti mereka 'Bebas Rasuah'.

Amat melucukan apabila parti tersebut telah menghantar surat 'tunjuk minat' kepada Ketua Sekreteriat Pakatan Harapan dan menyatakan hasrat agar dapat bersama demi aspirasi Parti Bebas Rasuah yang mahu memastikan Malaysia serta parti politik dan pemimpin bebas rasuah.

Adakah pengasas PBR sedar bahawa ada parti dalam PH kini sedang berhadapan dengan masalah rasuah hingga seorang Ketua Menteri daripada PH akan dihadapkan ke Mahkamah berikutan skandal rasuah pemilikan banglo di bawah harga pasaran? Itu belum lagi kisah skandal Menteri Besar dari PKR yang dikatakan bakal berhadapan dengan tindakan kerana penyelewengan dana?

Sebenarnya selepas membawa 'Kotak Kotak Doremon', pengasas PBR sudah kehilangan arah tujuan politik dan kini cuba meyakinkan bahawa beliau memang mahu membenteras rasuah. Tambah melucukan beliau hingga ke hari ini masih belum mendedahkan apa kandungan kotak pandora yang diusungnya ke hulu dan ke hilir.

Sudah hilang kewarasankah PBR menjalinkan kerjasama dengan sekutu politik yang penuh dengan kisah rasuah tersendiri? Atau lebih memilukan mereka sebenarnya mencari dahan berpaut selepas ada individu yang 'kantoi' dengan siri penipuan ketika awal penubuhan parti Bunga?

Rakyat sebenarnya sudah muak dengan lakonan 'Grammy Awards' pengasas PBR yang kini mula ditempelak sebagai 'Katak Kotak'. Mereka perlu memandang serius hasrat kerjasama dan menjalin persefahaman dengan parti yang bermasalah seperti PH.

Biarlah RAKYAT menilai apa kualiti yang ada pada pengasas PBR ini. Sampai masa dan ketika PBR akan hanya boleh di lihat dalam muzium.