Monday 17 February 2020

DAKWA AZMIN SABOTAJ EKONOMI MALAYSIA, BERANIKAH AZMIN SAMAN EZAM 'KOTAK'?

Azmin Sabotaj Ekonomi Negara - Ezam 'Kotak'



Timbalan Presiden PKR kini menghadapi tekanan dari Pro-Anwar yang mahukan pendirian Azmin mengenai peralihan kuasa. Agak pelik apabila Ezam Mohd Nor kini bertindak seolah menjadi jurucakap merangkap 'Pengurus Kempen' bagi proses peralihan kuasa Tun M kepada Anwar sedangkan semua tahu Ezam pernah mendakwa mempunyai berkotak fail mengenai kebejatan Anwar Ibrahim. Tidak mustahil jika beliau juga akan mendakwa turut mempunyai berkotak fail mengenai Azmin Ali sekiranya Menteri Ekonomi itu tidak memberikan sokongan buat Presiden PKR jika berlaku Undi Percaya kepada PM di Parlimen.

Baca - EZAM BAKAL DEDAH 'KOTAK FAIL'?

Adakah Ezam juga mempunyai maklumat mengenai 'Percutian Mewah' Azmin ke Jepun? Mungkin Ezam ada akses bagi mendedahkan dari mana sumber kewangan Azmin Ali yang mampu menyediakan hampir RM500 ribu hanya untuk tiket penerbangan kelas bisnes bagi keluarga Azmin. Malah mengejutkan juga selepas Jepun, percutian keluarga tersebut bersambung pula ke London. Moga Ezam dapat mendedahkan segalanya mengenai Azmin Ali sekaligus menjawap segala persoalan mengenai KESETIAAN Azmin Ali kepada PKR dan khususnya kepada Anwar Ibrahim menjelang tarikh peralihan kuasa seperti dijanjikan dan tidak menunggu sehingga Sidang Apec berlangsung. Ezam sepatutnya mendedahkan lebih banyak kelemahan Azmin bagi terus memberi tekanan buat Timbalan Presiden PKR itu agar belajar erti SETIA kepada Presiden Parti dan tidak sesekali membelakangkan kepercayaan yang selama ini diberikan Anwar kepadanya.



Undi percaya yang dicadangkan Pas sebenarnya banyak merungkai teori konspirasi dalaman Pakatan Harapan hingga menimbulkan polemik parti mana yang akan mendapat majoriti 112 (majoriti mudah) bagi membentuk kerajaan baru seperti digembar-gemburkan. Malah satu siaran dalam sebuah akhbar turut memberikan angka angka yang agak menarik namun masih belum cukup bagi mencapai objektif majoriti mudah membentuk kerajaan.



Kini Azmin kelihatan dalam dilemma samada mahu terus berada dibelakang Tun M atau berdiri bersama PKR bagi mendesak proses peralihan atau sekurangnya membawa sebanyak boleh sokongan buat Mahathir agar kekal sehingga habis penggal mandat. Laporan menunjukkan ada 26 Ahli Parlimen PKR menandatangani Akuan Bersumpah tetapi tidak mendedahkan siapa 'Broker' bagi pihak PKR. Adakah Ezam akan berjaya menelanjangkan siapa dalang dalam PKR bagi membuktikan kini beliau diperlukan Anwar Ibrahim sebagai 'Pengurus Kempen'? Jika menurut laporan The Star sokongan kepada Tun M hanyalah sekitar 73 Ahli Parlimen (PH) bermakna masih jauh kurang dari majoriti yang diperlukan. Desas desus mengenai ketegangan hubungan Anwar-Azmin sentiasa panas apatah lagi 'Orang Kuat' Azmin sudahpun memohon untuk bercuti dari tugas selaku Naib Presiden PKR selepas memerima surat tunjuk sebab dari Badan Disiplin parti. Kini percaturan makin menarik namun ianya hanyalah berkisar mengenai kuasa dan akhirnya kebajikan Rakyat, Janji kepada Rakyat, Ekonomi Rakyat hanyalah Laungan RETORIK buat mereka dalam Pakatan Harapan untuk terus berkuasa.

1 comment:

  1. Your Affiliate Money Making Machine is ready -

    Plus, getting it set up is as simple as 1, 2, 3!

    Follow the steps below to make money...

    STEP 1. Choose which affiliate products the system will push
    STEP 2. Add PUSH BUTTON TRAFFIC (this LITERALLY takes 2 minutes)
    STEP 3. Watch the system explode your list and sell your affiliate products for you!

    Are you ready??

    Click here to launch the system

    ReplyDelete