Showing posts with label Hj Hadi Awang. Show all posts
Showing posts with label Hj Hadi Awang. Show all posts

Sunday, 17 February 2019

PRK SEMENYIH - CUBAAN KELIRUKAN PENGUNDI SEMENYIH, TUN M TERSEDAK KURMA 'USOP TAIYOP'?

'BlackOps' Tun M Mengenai Kerjasama BN, PAS Gagal






Satu kenyataan yang dikeluarkan Tun M mengenai kerjasama Bn,Pas dalam menghadapi PRK N24 Semenyih menerima tamparan. Sepucuk surat arahan kepada kepimpinan PAS bagi menggerakkan jentera Prk PAS dikeluarkan Hj Abdul Halim Omar - Setiausaha Perhubungan Pas Selangor menjelaskan segalanya.



Pakatan Harapan yang melihat kerjasama ini menerima reaksi luarbiasa apatah lagi tanpa halangan dari komponen BN mulai gusar akan nasib PH  yang dijangkakan tidak mampu bertahan lebih dari sepenggal jika perkara ini diteruskan. Oleh demikian 'Langkah Kejung' perlu dilakukan segera dan Tun melihat pertemuan beliau dengan Presiden PAS merupakan 'peluang terbaik' melakukan sesuatu bagi memggagalkan kerjasama ini. Ternyata usaha penyatuan dua parti dari blok pembangkang mampu memberikan tekanan terhadap PH dengan dibantu KEGAGALAN PH melaksanakan segala JANJI mereka pada PRU14 dan ini amat ditakuti Tun dan sekutu kuat mereka.

Klik - http://www.astroawani.com/berita-politik/kerjasama-pas-umno-berjalan-seperti-biasa-idris-ahmad-198722

Dengan kenyataan yang dikeluarkan pihak PAS sendiri dapatlah dirumuskan kenyataan Tun M mungkin disebabkan beliau Tersedak 'Kurma Usop Taiyop' dan hanya mahu mengelirukan penyokong BN dan Pas. Mahathir juga mungkin melihat titik permulaan kerjasama Bn,Pas yang dimulakan dari Prk Cameron Highlands akan merebak ke Prk seterusnya sekaligus menampakkan bahawa Pakatan Harapan tidaklah sekuat mana dan boleh tergugat apatah lagi dengan masalah dalaman yang mereka hadapi kini.



Kempen PH pada Prk Semenyih nampaknya bermula dengan 'Langkah Sumbang' apabila menerima khabar calon PPBM diboikot sebahagian pengundi PH sendiri dan bagi mengalih perhatian Mahathir terpaksa membuat 'BlackOps' yang biasanya dilakukan 'Macai Macai Pakatan Harapan. Adakah kini Tun sudah mula 'Turun Pangkat' kerana kegagalan 'Macai Macai PH'?

Tuesday, 11 April 2017

MOHON MAAF - APA NIAT SEBENAR AKHBAR NANYANG SIANG PAU?


SAMAKAN SPEAKER DAN HADI DENGAN MONYET - APA NIAT SEBENAR NANYANG SIANG PAU?

Satu paparan berupa kartun dalam akhbar Nanyang Siang Pau secara jelas menghina Speaker Dewan Rakyat yang bertindak tegas semasa sidang dewan ketika pembentangan Ruu355 dilakukan oleh Presiden Pas di Parlimen tempohari. Kartun yang memaparkan imej monyet beserban yang digambarkan sebagai Hj Hadi dan seekor lagi monyet sebagai Tan Sri Pandikar Amin Mulia jelas menghina Institusi Dewan Rakyat yang merupakan dewan tertinggi negara bagi sebarang penggubalan undang undang negara.

Nanyang Siang Pau merupakan akhbar aliran perdana dan telah lama beroperasi namun demikian untuk Ruu355 mereka telah bertindak seperti 'Kera Kena Belacan'. Mengapa terjadi perkara sedemikian jika tiada kalangan 'orang dalam' yang melatah? Adakah Editor akhbar berkenaan mendapat 'arahan' dari orang tertentu untuk mengeluarkan paparan kartun dan sindiran dalam bentuk komik bagi menjatuhkan Maruah Dewan Negara? Perkara ini sama sekali sukar di terima rakyat terutama ahli Pas yang melihat perbuatan Siang Pau menyamakan Presiden mereka setaraf dengan seekor monyet.

Benar ada permohonan maaf dilakukan Nanyang Siang Pau namun kerosakan telah berlaku. Antara individu terakhir dalam proses penerbitan sesebuah akhbar, Ketua Pengarang serta Ketua Editor merupakan antara yang berkuasa untuk melepaskan atau menghalang satu artikel mahupun kartun yang tidak sesuai dari di cetak. Namun dalam hal penghinaan ini, mereka seperti menutup mata dan melepaskan imej kartun di cetak serta diedarkan kepada pembaca. Mengapa ini terjadi jika tidak ada niat lain?

Isu Ruu355 menjadi tamparan hebat kepada blok pembangkang di Parlimen terutama kepada DAP dan kepimpinan tertinggi mereka yang sedaya upaya menghalang Hadi membentangkan usul tersebut. Bukan DAP sahaja yang menghalang, malah sekutu sekutu dalam Pakatan Harapan seperti 'Keldai Suruhan' apabila turut bertindak melengahkan pembentangan usul dengan pelbagai cara. Jelas sekali satu permainan saikologi dari blok haluan kiri dimainkan ketika Hadi bangun membentangkan usul dan Speaker Dewan Rakyat terpaksa menggunakan kuasa menenangkan keadaan kecoh ketika itu. Selaku Speaker, Pandikar Amin Mulia berkuasa penuh mengarahkan mana mana ahli parlimen yang engkar denga arahan beliau supaya keluar dewan dan ini tanggungjawab Speaker telah dilaksanakan dengan begitu baik hingga mendapat pujian bukan sahaja penyokong kerajaan malah dari kalangan ahli Pas sendiri.

Persoalan yang mudah mengapa akhbar Nanyang Siang Pau tidak peka dengan sensitiviti rakyat terutama Umat Islam berkaitan isu Ruu355? Wartawan mereka mengikuti secara langsung pembentangan di Parlimen tetapi mengapa kartun penghinaan yang dikeluarkan jika tidak berniat 'songsang'? Apakah ada pengaruh dari blok pembangkang yang mempengaruhi Ketua Pengarang dan Ketua Editor akhbar berkenaan atau mereka cuba berlagak 'hero' bagi melariskan jualan akhbar? Bagaimanapun kerosakan imej telah berlaku dan Nanyang Siang Pau perlu mengambil tindakan tegas terhadap individu atas kecuaian ini bukan sekadar permohonan maaf.

Monday, 5 December 2016

HINA RAJA RAJA MELAYU - NETIZEN GESA HUBUNGAN DIPLOMATIK DENGAN MYANMAR PUTUS






FOTO RAJA RAJA MELAYU DI GANTUNG SELIPAR UNDANG KEMARAHAN RAKYAT MALAYSIA - GESA PUTUS HUBUNGAN DIPLOMATIK

Berikutan Himpunan Solidariti yang disertai oleh 2 Presiden parti terbesar orang Melayu, Umno dan Pas sebagai menunjukkan bantahan kepada kekejaman yang dilakukan ke atas etnik Rohingya di Myanmar (Burma) satu poster yang menghina Raja Raja Melayu telah diletakkan di hadapan Kedutaan Malaysia di Myanmar.

Satu poster gambar Raja Raja Melayu di kalungkan dengan selipar dan dipercayai sengaja diletakkan kerana membantah penglibatan Presiden Umno dan Presiden Pas dalam Himpunan Solidariti semalam. Tindakan ini mencetuskan perasaan marah di kalangan netizen Malaysia yang meletakkan Raja Raja Melayu di kedudukan yang tinggi dalam pemerintahan dan menjadi simbol kepada Kerajaan Malaysia di mana Yang DiPertuan Agong merupakan salah seorang daripada Raja Melayu yang di pilih sebagai Ketua Negara.

Mengapa Kerajaan Myanmar hanya berdiam diri dengan penghinaan ini? Adakah Aung San Suu Kyi memang mahu menyatakan bahawa Myanmar sedia memutuskan hubungan diplomatik dengan Kerajaan Malaysia dan keluar dari Asean? Junta Myanmar memang dikenali sebagai regim yang kejam terhadap sesiapa sahaja yang enggan menuruti kehendak mereka dan kekejaman mereka terhadap etnik Rohingya merupakan satu tindakan yang tidak boleh di terima dalam peradaban manusia.

Walau memenangi Hadiah Nobel, tindakan Suu Kyi yang berdiam diri terhadap kekejaman sami sami Budha terhadap Islam Rohingya merupakan kezaliman yang sememangnya perlu di kutuk oleh masyarakat dunia bukan sahaja Asean dan tindakan Najib dan Hj Hadi Awang semalam membuktikan persaudaraan dalam Islam mampu mengenepikan ideologi politik. Ini adalah sesuatu yang tiada di Myanmar dan mereka perlu belajar menghormati hak komuniti Islam di sana sebagaimana Malaysia menghormati Hak Komuniti Agama lain yang diberikan kebebasan di sini. Malah ramai rakyat Myanmar yang bukan beragama Islam bekerja di Malaysia tanpa sekatan dalam mengamalkan kepercayaan beragama.

Tindakan biadap menggantung selipar ke atas poster Raja Raja Melayu adalah satu tindakan yang tidak boleh di terima sama sekali dan kerajaan perlu memikirkan tindakan sesuai untuk dikenakan terhadap perbuatan biadap ini. Netizen yang mahu Kerajaan memutuskan hubungan dengan Myanmar turut memberi beberapa pandangan terhadap isu pelarian. Bagi mereka Kerajaan boleh mewujudkan 'Kem Pelarian' seperti yang pernah diwujudkan untuk pelarian Vietnam satu masa dahulu sebelum dipindahkan ke negara ketiga yang menerima kehadiran mereka dalam pelbagai sektor pekerjaan yang sesuai.

Sudah sampai masa bagi kerajaan bawah pimpinan Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak bertindak mengekang kekejaman junta Myanmar serta menyeru semua negara Asean memberi tekanan bagi memberhentikan kekejaman ini. Sekarang bukan lagi zaman 'Batu' di mana pembunuhan hanya di pandang tanpa belas kasihan. Di manakah Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB)?

Penghinaan terhadap Raja Raja Melayu perlu diberhentikan. Tindakan memanggil balik Duta Malaysia ke Myanmar perlu dilakukan dan pengusiran Duta Myanmar juga perlu di buat sebagai tanda protes terhadap penghinaan ini.