Showing posts with label Pandikar Amin Mulia. Show all posts
Showing posts with label Pandikar Amin Mulia. Show all posts

Tuesday, 17 September 2019

FOTO 'INTIM' TIMBUL PERSOALAN HALUAN POLITIK AMIN MULIA DAN SALLEH KERUAK

'Terburai Di Tepi Pantai' - Mana Perjuangan Amin Dan Salleh Keruak?



Menggelikan hati apabila Anwar Ibrahim disifatkan sebagai 'Last Samurai' oleh Pandikar Amin Mulia semasa pertemuan mereka di Sabah. Gelaran tersebut menimbulkan persoalan kalangan warga net adakah ia berupa sindiran terhadap Tun M yang telah beberapa kali mengunjungi Jepun dan mendapat Bon Samurai atau isyarat supaya Tun M segera menunaikan janji peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim?



Baca - 'THE LAST TERBURAI'?

Mengapa secara tiba-tiba Pandikar Amin Mulia dan Salleh Keruak menyokong Anwar sebagai PM Ke-8 jika tiada keuntungan politik sebagai imbalan? Perlu diingatkan Salleh Keruak merupakan bekas Bendahari Umno dan Pandikar Amin pula merupakan bekas Speaker Dewan Rakyat yang masih 'Suci' dari sebarang siasatan oleh pihak berkuasa. Rakyat memerhati bagaimana Bung Mokhtar Raden yang berkeras enggan melompat kemana-mana parti selain Umno diheret ke Mahkamah atas dakwaan tertentu. Sehingga hari ini mereka berdua (Amin & Salleh) masih tiada sebarang tuduhan dan kini secara terbuka mereka berdua menyokong Anwar? Benarkah tiada 'Udang Sebalik Batu'?

Masih kekar bagaimana mereka berdua ketika berada dalam Umno begitu jelas menghentam Anwar dan Tun M sebelum PRU14 , namun segalanya berubah apabila BN tumbang pada 9 Mei 2018. Jelas sekali pendirian politik yang mudah berubah dan hanya menumpukan keuntungan imej politikus merupakan perjuangan mereka. Segalanya umpama mimpi apabila membaca kenyataan kedua-dua ahli politik ini. Adakah ini namanya 'Panglima'? Jika dikutkan langsung tidak layak menyandang gelaran tersebut kerana 'Lari dari medan pertempuran' dan bersikap bacul lantas memilih untuk mencari keuntungan tersendiri.


Kenyataan Salleh Keruak

The Last Samurai?

Adakah kedua-dua bekas pemimpin Umno Sabah ini menggunakan Anwar Ibrahim sebagai 'Perisai' bagi melindungi diri dari sebarang tindakan sekiranya ada dakwaan dibuat terhadap mereka? Umum tahu Presiden PKR telah bertegas menyatakan beliau yakin akan mengambil alih kuasa daripada Tun M mengikut perjanjian asal namun gelora dalaman PH seperti menidakkan peralihan kuasa berlaku. PKR diketahui sedang berada dalam konflik dalaman antara Anwar dan Azmin dan ini amat mencemaskan kedudukan Anwar. Memburukkan keadaan Tun M ada mengeluarkan kenyataan sekiranya ada permohonan dari Azmin untuk menyertai PPBM akan dipertimbangkan. Paling digusarkan Anwar sekiranya Azmin keluar PKR berapa ramai Ahli Parlimen akan turut serta bertukar parti dan untuk 'mematikan langkah' Anwar perlu mendapat sokongan Sabah sebagai taruhan untuk menampakkan beliau mempunyai 'Angka' sepertimana sering didakwanya. Adakah ini peranan Pandikar Amin Mulia dan Salleh Keruak seandainya mereka turut serta dalam PKR bagi membawa seberapa ramai sokongan buat Anwar Ibrahim?




Baca - SEDIA TERIMA AZMIN JIKA ADA PERMOHONAN

Ini persepsi berdasarkan foto 'Mesra' Anwar-Amin-Salleh dan mereka perlu tampil menafikan sekiranya tiada agenda kepentingan politik berlaku samada semasa atau selepas pertemuan tersebut. Bagaimanapun mengapa pilih gelaran 'The Last Samurai' untuk Anwar sedangkan beliau tidak pernah belajar menjadi Samurai? Ingat lagi apa dakwaan Tun M semasa memecat Anwar pada 1998?

Tuesday, 11 April 2017

RAFIZI 'GILA' KENA SUMPAHAN PANDIKAR AMIN MULIA?


AHLI PARLIMEN 'SAWAN' BERSIDANG

Ahli parlimen Pandan, Rafizi Ramli membuktikan beliau kini menghadapi masalah 'mental' yang kronik. Bukan sahaja beliau malah beberapa ahli parlimen lain turut akan bersama Rafizi mengisi borang kemasukan untuk mendaftarkan diri di 'wad mental'.

Cuba menarik perhatian rakyat berkenaan ketidakpuasan hati pembangkang, Rafizi mengulangi drama 'Sidang Bawah Pokok' yang pernah berlaku di Perak satu ketika dahulu. Cuma berbeza keadaan yang di buat oleh Rafizi adalah prop serta di buat dalam bangunan berbanding di bawah pokok.

Sakit mental teruk juga rupanya ahli parlimen pembangkang selama ini? Rakyat yang memberi kepercayaan terhadap mereka perlu berfikir berkali kali sebelum memberi undi kepada 'Orang Gila' di PRU 14 kelak.

MOHON MAAF - APA NIAT SEBENAR AKHBAR NANYANG SIANG PAU?


SAMAKAN SPEAKER DAN HADI DENGAN MONYET - APA NIAT SEBENAR NANYANG SIANG PAU?

Satu paparan berupa kartun dalam akhbar Nanyang Siang Pau secara jelas menghina Speaker Dewan Rakyat yang bertindak tegas semasa sidang dewan ketika pembentangan Ruu355 dilakukan oleh Presiden Pas di Parlimen tempohari. Kartun yang memaparkan imej monyet beserban yang digambarkan sebagai Hj Hadi dan seekor lagi monyet sebagai Tan Sri Pandikar Amin Mulia jelas menghina Institusi Dewan Rakyat yang merupakan dewan tertinggi negara bagi sebarang penggubalan undang undang negara.

Nanyang Siang Pau merupakan akhbar aliran perdana dan telah lama beroperasi namun demikian untuk Ruu355 mereka telah bertindak seperti 'Kera Kena Belacan'. Mengapa terjadi perkara sedemikian jika tiada kalangan 'orang dalam' yang melatah? Adakah Editor akhbar berkenaan mendapat 'arahan' dari orang tertentu untuk mengeluarkan paparan kartun dan sindiran dalam bentuk komik bagi menjatuhkan Maruah Dewan Negara? Perkara ini sama sekali sukar di terima rakyat terutama ahli Pas yang melihat perbuatan Siang Pau menyamakan Presiden mereka setaraf dengan seekor monyet.

Benar ada permohonan maaf dilakukan Nanyang Siang Pau namun kerosakan telah berlaku. Antara individu terakhir dalam proses penerbitan sesebuah akhbar, Ketua Pengarang serta Ketua Editor merupakan antara yang berkuasa untuk melepaskan atau menghalang satu artikel mahupun kartun yang tidak sesuai dari di cetak. Namun dalam hal penghinaan ini, mereka seperti menutup mata dan melepaskan imej kartun di cetak serta diedarkan kepada pembaca. Mengapa ini terjadi jika tidak ada niat lain?

Isu Ruu355 menjadi tamparan hebat kepada blok pembangkang di Parlimen terutama kepada DAP dan kepimpinan tertinggi mereka yang sedaya upaya menghalang Hadi membentangkan usul tersebut. Bukan DAP sahaja yang menghalang, malah sekutu sekutu dalam Pakatan Harapan seperti 'Keldai Suruhan' apabila turut bertindak melengahkan pembentangan usul dengan pelbagai cara. Jelas sekali satu permainan saikologi dari blok haluan kiri dimainkan ketika Hadi bangun membentangkan usul dan Speaker Dewan Rakyat terpaksa menggunakan kuasa menenangkan keadaan kecoh ketika itu. Selaku Speaker, Pandikar Amin Mulia berkuasa penuh mengarahkan mana mana ahli parlimen yang engkar denga arahan beliau supaya keluar dewan dan ini tanggungjawab Speaker telah dilaksanakan dengan begitu baik hingga mendapat pujian bukan sahaja penyokong kerajaan malah dari kalangan ahli Pas sendiri.

Persoalan yang mudah mengapa akhbar Nanyang Siang Pau tidak peka dengan sensitiviti rakyat terutama Umat Islam berkaitan isu Ruu355? Wartawan mereka mengikuti secara langsung pembentangan di Parlimen tetapi mengapa kartun penghinaan yang dikeluarkan jika tidak berniat 'songsang'? Apakah ada pengaruh dari blok pembangkang yang mempengaruhi Ketua Pengarang dan Ketua Editor akhbar berkenaan atau mereka cuba berlagak 'hero' bagi melariskan jualan akhbar? Bagaimanapun kerosakan imej telah berlaku dan Nanyang Siang Pau perlu mengambil tindakan tegas terhadap individu atas kecuaian ini bukan sekadar permohonan maaf.