Showing posts with label Ketua Setiausaha Negara. Show all posts
Showing posts with label Ketua Setiausaha Negara. Show all posts

Monday, 24 April 2017

PERLANTIKAN KETUA AGENSI KERAJAAN BUKAN DI TANGAN MENTERI

RASIS TIDAK WUJUD DALAM PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

Dalam era teknologi maklumat serba pantas kini penularan sesuatu isu adakala menjadikan rakyat tertanya tanya etika penjawat awam yang diberikan amanah untuk menjaga rahsia sulit kerajaan. Kita sedia maklum dalam sebegitu ramai penjawat awam tidak semua mematuhi etika yang telah menandatangani akujanji apabila menerima tawaran berkhidmat dengan kerajaan di sektor awam.

Baru baru ini tular surat sulit yang dikatakan sebagai surat 'melobi' dari seorang menteri kepada Perdana Menteri bagi melantik Ketua Pengarah sebuah agensi kerajaan. Jika di teliti surat berkenaan bukanlah surat 'melobi' tetapi surat tersebut menyampaikan hasrat bagi PM mempertimbangkan jawatan Ketua Pengarah kepada seorang individu yang difikirkan layak untuk menduduki jawatan tersebut.

Walau bagaimanapun, terdapat kritikan dilemparkan kepada Kerajaan mengenai isu pertukaran dan perlantikan seseorang ke jabatan yang baharu. Dalam hal ini, sentimen perkauman, agama dan fahaman politik bukan menjadi asas kepada perlantikan seseorang. Sentimen itu bukan amalan dalam kerajaan Malaysia.  Amalan Kerajaan Malaysia ialah untuk memastikan perlantikan seseorang akan dapat meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan dan seterusnya negara dan rakyat akan menerima faedahnya.

Kerajaan boleh menerima cadangan daripada mana-mana pihak seperti Menteri tetapi akhirnya yang menilai dan memutuskan cadangan itu ialah YAB Perdana Menteri dan KSN selepas melihat dari semua sudut seperti sejarah perkhidmatan, latarbelakang perkhidmatan, pengalaman, tatatertib dan sebagainya. PM dan KSN sudah pasti akan memberikan keutamaan kepada rakyat dan negara dalam memutuskan sesuatu cadangan perlantikan seseorang. Oleh yang demikian rakyat diminta tidak terpengaruh dengan hasutan sesetengah pihak yang menuduh PM dan KSN tidak prihatin dalam hal ini.

Jadi tindakan mengeluarkan surat berkenaan untuk tatapan umum sangatlah tidak beretika dan seperti ada 'gerakan' tertentu menghalang perlantikan baru bagi agensi terbabit. Mengapa perlu di halang jika semua kriteria individu yang difikirkan sesuai itu melayakkan beliau menjawat jawatan tersebut? Adakah ada polemik 'politik' di sebalik bantahan yang memfokuskan bahawa jawatan selaku Ketua Jabatan perlulah dari satu kaum sebagai tradisi? Dalam mencapai kemajuan, sikap perkauman perlu dielakkan kerana Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang tidak menindas mana mana kaum serta tidak menidakkan kebolehan individu bagi mengetuai agensi kerajaan.

Adakah pihak KSN perlu memanggil mereka yang terlibat mengeluarkan surat tersebut bagi mendapatkan penjelasan mengapa dan bagaimana surat sulit boleh di tatap umum? Rakyat mahukan penjawat awam yang tahu menjaga rahsia dan etika selaku mewakili kerajaan dan tindakan membocorkan mana mana surat sulit kerajaan tidak boleh di terima sebagai cara 'membunuh' imej serta kemampuan individu yang bakal memenuhi kerusi tersebut.

Monday, 13 February 2017

PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN SPR PERLEKEH TN50 - RELA JADI JENTERA PARASIT ROSAK IMEJ KERAJAAN




"SEKARANG TENGOK MUKA NAJIB PUN RASA BERDOSA" -PENJAWAT AWAM KECAM TN50

Media sosial merupakan medium yang paling berkuasa dalam menyampaikan maklumat samada benar mahu pun salah di waktu ini. Penerimaan berita mahupun perdebatan dalam komentar dalam media sosial adakala menampakkan kecenderongan politik mereka yang menyebarkan maklumat.

Bagaimanapun sebagai penjawat awam yang mempunyai akujanji mentaati kerajaan sering diketepikan oleh segelintir dari mereka kerana berfikir komen atau kritikan terhadap dasar kerajaan yang mereka lakukan dalam media sosial hanyalah di permukaan dan tidak merosakkan pandangan rakyat yang mengikuti lontaran pemikiran mereka. Perlu diingatkan kepada penjawat awam, mereka mewakili kerajaan dan dasar dasar yang di rangka untuk membawa kemajuan kepada rakyat agar pemahaman tidak terpesong dan hanya menuding jari kepada kerajaan semata mata.

Berhadapan dengan tindakan tatatertib terhadap penjawat awam yang tidak menepati akujanji sebelum diserapkan ke jawatan kini tidak memberi kesan kerana pembangkang membayangkan suara mereka merupakan hak kebebasan yang perlu diberikan dan akhirnya penjawat awam yang agak ' BODOH' akan termakan hasutan dan menjadi sebahagian dari jentera parasit yang merosakkan imej kerajaan itu sendiri atau bahasa muda mereka wajar meletak jawatan jika tidak mampu mendukung dasar dasar kerajaan dan hanya mahu menjadi agen kepada pembangkang dalam merosakkan pemikiran rakyat.

Shah Abang Halil dikatakan menjawat jawatan sebagai Penolong Pegawai Penerangan SPR merupakan seorang penjawat awam di bawah kerajaan Malaysia dan seharunya beliau mendukung dasar dasar kerajaan namun perkara sebaliknya terjadi. Dalam laman media sosial Shah Abang Halil, beliau telah berkongsi satu pautan dari thevocket.com memaparkan tajuk 10 Rahsia Tun M 'Power' Menulis dengan memuatkan kapsyen "Najib Reti?" yang dipercayai ditujukan kepada Perdana Menteri Malaysia Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak. Malah dalan ruangan komen Shah turut membuat komen yang menggambarkan kebenciannya terhadap perancangan Najib dalam TN50.

Menyifatkan TN50 sebagai angan angan berbanding dengan apa yang Mahathir mahukan dalam 'Wawasan 2020', Shah turut menyatakan rasa berdosanya apabila melihat wajah Najib di telivisyen yang menyiarkan secara langsung diskusi mengenai TN50.

"Tn50 is stuff of dreams..memang ajal dan rezqi Allah aturkan, tapi manusia yang berakal takkan terlalu ambitious. Tun M may live way past 2020..even if he woulnd't, he didn't sugarcoat what he wanted when he came up with W2020"

"I didn't know they had it televised. sekarang tengok muka dia (Najib) pun rasa berdosa"

Adakah wajar sebagai seorang penjawat awam seperti Shah mempertikaikan perancangan jangka panjang yang direncanakan Najib untuk generasi akan datang? Malah semasa W2020 diilhamkan Mahathir, tiada siapa dapat menjangka kemajuan yang bakal berlaku pada tahun 2020 namun kini kurang daripada 3 tahun wawasan tersebut akan mencapai tempoh matang dan apa yang Mahathir bayangkan waktu itu mengenai Malaysia masih belum tercapai seperti yang dirancangkan. Adakah Shah Abang Halil sudah hilang akal apabila mengatakan Tn50 sebagai 'gula gula' Najib kepada generasi 2050 seperti yang beliau dakwa dalam komennya?

Jika inilah mentaliti seorang penjawat awam yang diamanahkan menerangkan mengenai dasar kerajaan maka tidak hairanlah rakyat semakin terpesong dari landasan sebenar yang mahu di bentuk kerajaan. Shah Abang Halil boleh dianggap sebagai agen parasit dari pembangkang yang berjaya menyelusup masuk ke sektor awam hanya untuk merosakkan kerajaan dari dalam. Sewajarnya Ketua Ketua Jabatan serta Organisasi di bawah kerajaan memeantau perkembangan yang tidak sihat ini dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana mana kakitangan awam yang menentang dasar kerajaan tetapi dalam masa sama menikmati segala kemudahan serta faedah yang disediakan kerajaan untuk kakitangan awam.

Sedikit kongsian mengenai TN50 yang sepatutnya menjadi pemacu kepada sebuah kerajaan yang lebih baik pada masa akan datang demi generasi muda sekarang.

TN50, atau Transformasi Nasional 2050, merupakan satu inisiatif pembangunan negara yang merangkumi tahun 2020 hingga 2050. Inisiatif ini akan dipacu oleh matlamat dan sasaran yang jelas selama 30 tahun, yang akan dibangunkan melalui proses perundingan dalam fasa persediaan dari tahun 2017 hingga 2019.

Matlamat dan sasaran yang digariskan dalam dokumen dasar TN50 bakal diterbitkan pada awal tahun 2020.

TN50 merupakan satu inisiatif pembangunan negara jangka panjang. Sebagai sebahagian daripada persediaan dan tahap pembangunan TN50, Perdana Menteri Malaysia Dato' Sri Najib Tun Razak telah memberi mandat kepada Kementerian Belia dan Sukan untuk memulakan proses dengan menerajui ‘Perbicangan TN50’, siri penglibatan dan aktiviti-aktiviti wacana yang bertujuan untuk mencetuskan aspirasi rakyat serta menentukan bidang untuk transformasi termasuk ekonomi, kemasyarakatan, kebudayaan dan alam sekitar.

Peringkat persediaan 2017-2019 akan menyaksikan aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan pembangunan dokumen dasar TN50 seperti penglibatan dengan pihak yang berkepentingan dasar, pakar-pakar domain dan pemimpin dalam bidang-bidang tertentu.

Adakah rakyat digula gulakan oleh kerajaan seperti dakwaan Shah Abang Halil bila di baca semula apa itu TN50? Jelas sekali Shah tidak memahami dasar kerajaan tetapi mahu menunjuk pandai dengan menaikmuat komen yang sangat tidak bertepatan dengan apa yang digariskan dalam TN50. Beranikah SPR memanggil Shah Abang Halil untuk menjelaskan mengapa beliau begitu membenci kerajaan sedangkan beliau berkhidmat dalam sektor awam. Tindakan tegas perlu dikenakan jika terbukti Shah Abang Halil merupakan agen pembangkang yang berselindung dalam kerajaan dan cuba merosakkan pemikiran rakyat dengan komen komen memperkecilkan usaha yang dilaksanakan kerajaan.