Sunday, 24 March 2019
PRK RANTAU - SISTEM SEMAKAN PEMILIH ROSAK ATAU DIROSAKKAN MENJELANG PENAMAAN CALON?
Gempar apabila sistem semakan daftar pengundi di laman sesawang rasmi Suruhanjaya Pilihanraya tidak dapat mengesahkan rekod pengundi yang cuba mengakses bagi mengetahui lokaliti dan tempat pengundian.
Tinjauan dalam laman facebook mendapati rata rata netizen merungut mengenai perkara tersebut. Mengapa ini berlaku dan tiada pengumuman rasmi SPR jika sistem sedang dinaiktaraf? Menjelang penamaan calon PRK Rantau, perkara ini sudah tentu meresahkan pengundi yang akan memilih calon mereka pada 13 April depan. Adakah berlaku sabotaj dalaman dan tidak disedari pihak SPR atau ia disengajakan atas arahan tertentu bagi mengelakkan maruah pihak tertentu tercalar lagi?
Saturday, 16 February 2019
PRK SEMENYIH - PROSEDUR OPERASI SPR AKIBATKAN NYAWA HILANG, MANA PENGERUSI SPR?
Al Fatihah buat Allahyarham Mamat Bin Awang 59 (Terengganu)
Suasana pencalonan PRK Semenyih menjadi heboh apabila seorang penyokong BN tiba tiba rebah semasa berarak ke pusat pencalonan. Mangsa yang rebah disahkan meninggal dunia oleh seorang doktor dari klinik berhampiran.
Apa yang menjadi kemusykilan, mana Prosedur Operasi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang sepatutnya menyediakan pasukan perubatan di kawasan perhimpunan tempat pencalonan. Ambulans yang tiba lewat hampir 45 minit bersandarkan alasan kesesakan jalanraya tidak boleh diterima. SPR yang sepatutnya tahu apabila pencalonan mana mana PRK perlu menyediakan 'Medical Team' namun ketika di Dewan Seri Cempaka tiada pasukan atau ambulans disediakan.
Timbalan Presiden yang dimaklumkan mengenai kejadian kemudian bergegas bersama Unit Amal PAS ke tempat kejadian. Ketika tiba langsung tiada pegawai kesihatan (Doktor) yang bertugas berada di tempat kejadian. Adakah Pengerusi SPR tidak peka dengan prosedur atau sengaja 'LUPAKAN' SOP yang sepatutnya diambil oleh SPR bagi sebarang kejadian melibatkan nyawa? Art Harun selaku Pengerusi SPR perlu mengambil tanggungjawab atas kehilangan nyawa kerana KEGAGALAN SPR MELETAKKAN PASUKAN PERUBATAN DI TEMPAT PENAMAAN CALON.
Thursday, 24 January 2019
PRK CAMERON HIGHLANDS - 43 TAHUN SG KOYAN WUJUD, HANYA SEBAB PRK BARU TUN M MAHU DATANG?
Kempen Pilihanraya Kecil Cameron Highlands semakin menuju klimaks kempen 14 hari yang ditetapkan SPR. Sepanjang hampir 13 hari kempen pelbagai kontroversi melanda telah mengundang pandangan berbeza dari pengundi CH. Sekonyong-konyong pemimpin DAP dan Pakatan Harapan melaungkan mahu menjadi juara kepada Orang Asli dan menuduh Barisan Nasional telah mengabaikan Kaum Pribumi itu selama 6 dekad memerintah.
Berdedailah pemimpin PH terutama DAP mendekati dan memeluk Orang Asli kononnya merekalah sebenarnya pihak yang prihatin kepada masyarakat ini. Semua kerana PRK! Sebenarnya dimanakah mereka (DAP & PH) sebelum ini? Merekakah yang selama ini menghulurkan bantuan setiap kali Orang Asli datang meminta diberikan bantuan? Terlalu banyak kelompangan PH yang boleh dicatitkan jika mereka mendabik dada bahawa Pakatan Harapanlah selama ini memperjuangkan kaum ini.
Paling menarik perhatian ialah jadual Perdana Menteri Ke-7, Tun Mahathir yang dijangkakan akan turun berkempen di sebuah penempatan Felda buat PERTAMA KALI DALAM SEJARAH POLITIKNYA. Felda Sungai Koyan yang terdiri dari 3 rancangan adalah antara yang paling unik di Malaysia. Menghimpunkan bekas tentera zaman darurat (Tentera British kemudian diserapkan dalam ATM) di Felda Sg Koyan 2 & 3 selain penduduk asal Pahang di Sg Koyan 1, kewujudan Felda ini adalah satu-satunya Felda yang menyediakan tanah ladang seluas 14 ekar bagi setiap peneroka. Allahyarham Tun Razak menghargai jasa Tentera yang bermati-matian mempertahankan Malaysia dari perosak negara (komunis) lantas memberi keistimewaan kepada mereka. Selepas 43 tahun Felda Sg Koyan wujud hanya kerana PRK CH, Tun M akan menjejakkan kakinya ke Legasi Tun Abdul Razak! Sebelum ini adakah beliau sedar Sg Koyan itu wujud?
- adakah Tun M akan umumkan 'Durian Runtuh' buat peneroka?
- adakah Pakatan Harapan akan hapuskan HUTANG Peneroka Sg Koyan?
- adakah Pakatan akan menawarkan kediaman dengan kadar rendah buat generasi kedua Felda?
- adakah Pakatan Harapan akan bentangkan Manifesto Khas Prk CH buat peneroka Felda, generasi kedua dan pemgundi Jelai?
Menariknya apabila Mahathir yang akan turun buat kali pertama ke Sg Koyan telah mengundang persepsi penduduk tempatan. Beliau yang sering turun ke suatu tempat berkempen seperti memberi isyarat Pakatan Harapan agak goyah di Cameron Highlands dan beliau perlu turun bagi meraih undi Pengundi Melayu. Lazimnya sewaktu Mahathir masih PM Ke-4, beliau hanya menyerahkan tugas meraih undi pada Timbalan dan Pengarah Pilihanraya yang telah di lantik namun jika kawasan tersebut sukar ditembusi oleh kepercayaannya barulah dia turun sendiri. Maka akan bermulalah episod 'Sendu Berlagu Pilu' mengalahkan Seniwati Air Mata Negara Allahyarhamah Neng Yatimah. Sudah pasti Tun M akan 'berdrama' bagi meruntun hati Orang Melayu yang terkenal lembut hati dengan 'Melodrama' Sinetron Tv4 suku. Adakah Pengundi Jelai akan 'Membeli' apa yang Mahathir bakal bentangkan?
Adakah 'Lakonan' akan berjaya mempengaruhi pengundi? Mengapa hanya program bertemu rakyat dan bukan siri ceramah seperti selalu dilakukan beliau? Adakah beliau sudah menyedari bahawa Pakatan Harapan semakin di tolak rakyat selepas KEGAGALAN Pakatan menunaikan JANJI dan kini PENEROKA FELDA menjadi mangsa kerana keegoan urusniaga dengan pengimport minyak sawit terbesar negara? Masih terbayang Manifesto PH semasa PRU14 yang menggariskan akan menghapuskan Hutang Peneroka namun hingga hari ini LANGSUNG TIADA KHABAR dan 'Tukang Canang' ceritera tersebut sudahpun selesa di kerusi empuk sebuah agensi milik kerajaan.
Persoalan yang lebih menarik, BERANIKAH Tun M berceramah di Tanah Rata di mana kebanyakan pengundi kaum Cina adalah 'Penganut Tegar' DAP yang pernah beliau labelkan sebagai Parti Rasis? Di Tanah Rata kebanyakan pengundi 'otai' merupakan antara ahli parti DAP yang sekian lama menentang pemerintahan Mahathir dan ada desas desus menyalahkan beliau yang GAGAL mengurus hubungan baik pengimport hasil tanaman Cameron Highlands menyebabkan mereka (pekebun dan pengusaha sayur) kehilangan pelanggan terutama dari Singapura. Janji SST akan menurunkan kos kepada pekebun juga tidak nampak keberkesanan kerana harga barangan tetap mencanak naik manakala cukai barangan tetap dikenakan untuk pembelian keperluan kebun sayur. Manifesto apa pula akan beliau (Tun M) bentangkan kepada pengundi kaum Cina Cameron Highlands?
Pemerhatian yang dilakukan selama hampir 2 minggu mendapat reaksi berbeza daripada pengundi. Mereka mahukan perubahan namun dalam masa sama perubahan dari Manifesto PRU14 masih jauh dari pencapaian dan ini menyebabkan mereka berfikir 2 kali sebelum memberikan undi kepada Pakatan Harapan. Pengusaha kebun yang menjadi pengguna setia Diesel amat terasa dengan 'PENURUNAN HARGA' bahan bakar yang dijanjikan Pakatan Harapan pada 9 Mei lepas. Pada mereka Pakatan Harapan tidak membawa apa apa perubahan langsung kepada ekosistem ekonomi mereka kerana bagi mereka (pekebun) yang penting kos dikurangkan sekaligus menjana keuntungan yang lebih sedikit tetapi HARAPAN TINGGAL HARAPAN!
Bagi pengundi P078 siapa juga yang bakal menang perlu sensitif dengan keperluan dan kehendak sebenar pengundi CH dan bukan hanya berpolitik 24 jam seperti yang berlaku dalam Kerajaan Pakatan Harapan sekarang. Masa untuk pandang kedepan dan mencari laba dari usaha keras mereka perlu diutamakan. Pengundi dari kedua-dua DUN samada Tanah Rata mahupun Jelai memerhati dan menilai pihak mana yang membantu mereka sejak dahulu dan bukan yang hanya TUNJUK MUKA bila ada PRK.
Dijangkakan pilihanraya kali ini sengit dan sebagai sebuah negara yang mengamalkan Demokrasi Berparlimen, biarlah Rakyat tentukan pada 26 Januari 2019 SIAPA YANG MENIPU MEREKA SELAMA 9 BULAN pertukaran Kerajaan di Putrajaya.
Sunday, 20 January 2019
PRK CAMERON HIGHLANDS - FUZIAH SALEH 'BERCAKAP DEPAN CERMIN' , TERBUKTI PAKATAN HARAPAN SALAHGUNA ASET KERAJAAN NEGERI PAHANG
Semalam tersebar sekeping foto sebuah kenderaan milik Pejabat Hutan Daerah Raub bertampal lambang 'HARAPAN' digunakan oleh seorang Ahli Parlimen PH bagi berkempen dalam PRK CH.
Carian yang dilakukan mendapat pengesahan kenderaan tersebut merupakan aset kerajaan dan dipinjamkan kepada YB dari Pakatan Harapan bagi kegunaan selaku Timbalan Menteri namun ia telah disalahgunakan menjadi kenderaan mempromosi parti politik.
Pengesahan oleh SUK -
Terbukti individu tersebut selaku Timbalan Menteri Pakatan Harapan menggunakan kedudukannya untuk kepentingan parti dan mencemar nama baik Kerajaan Pahang yang 'bermurah hati' meminjamkan kenderaan tersebut bagi kegunaan rasmi. Apa yang menariknya apabila Fuziah menuduh Menteri Besar Pahang, Dato Sri Wan Rosdy menggunakan aset kerajaan bagi kempen namun ternyata (Timbalan Menteri dan Pakatan Harapan) yang sebenarnya bertindak demikian. Inilah cara pemikiran Pakatan Harapan apabila mahu 'MENGHALALKAN' apa sahaja tindakan dan kemahuan mereka selagi memberi 'Politic Mileage' kepada pihak PH.
Suka untuk memberitahu kepada Fuziah usah 'Kuat Bentak' kalau wajah sendiri bercoreng arang bontot kawah. Lihat kelemahan PH dahulu dan lihat apa tindakan PH menyalahgunakan segala agensi di bawah kerajaan baru bercakap soal Intergriti Pakatan Harapan.
Bak kata bidalan "Cakap Siang Pandang Pandang, Cakap Malam Dengar Dengar". Sekarang siapa yang 'KESIPUAN' sendiri?
Saturday, 19 January 2019
PRK CAMERON HIGHLANDS - TOK BATIN DI BAWA OLEH KENDERAAN JAKOA, BENARKAH DISIMPAN DI SEBUAH HOTEL CAMERON HIGHLANDS UNTUK PROGRAM PARTI POLITIK?
![]() |
| Foto kenderaan JAKOA mengambil Tok Batin - sumber netizen di Pos Sinderut |
Foto kiriman seorang netizen yang kebetulan berada dalam Pos Sinderut menunjukkan beberapa kenderaan milik Jabatan Kemajuan Orang Asli sedang mengambil Tok Batin. Dipercayai mereka 'Diarahkan' pihak tertentu supaya mengikuti rombongan ke Cameron Highlands bagi menghadiri program sebuah parti politik yang dijangkakan akan mengadakan ceramah umum sempena Pilihanraya Kecil P078 Cameron Highlands.
Difahamkan juga terdapat khabar menyatakan penginapan sebanyak 30 bilik bagi 27 orang Tok Batin disediakan di salah sebuah hotel di Brinchang namun pihak mana yang menempah tidak diketahui. Sejak dari pagi kenderaan JAKOA sudah kelihatan datang dari Dun Jelai melalui Lembah Bertam dan dipercayai turut membawa Tok Batin dari beberapa buah perkampungan Orang Asli.
Benarkah perkara ini berlaku? JAKOA perlu tampil menjawap kesangsian Rakyat apabila dipersoalkan mengenai penglibatan agensi Kerajaan kerana ada parti sebelum ini menyatakan mereka TIDAK AKAN MENGGUNAKAN AGENSI KERAJAAN ATAU APA APA ASET BERKAITAN bagi kempen pilihanraya.
Apa yang difahamkan kini tindakan agensi terlibat seolah 'DIARAHAKAN' pihak tertentu untuk terlibat secara langsung dalam kempen dan semua aset agensi dikerahkan bagi memudahkan 'Arahan' tersebut. Tidakkah ini melanggar apa yang digariskan SPR? Tidakkan tindakan membawa dan menyediakan penginapan serta beberapa kemudahan lain itu berniat 'MEMBELI UNDI'? Mahu diletakkan bawah kategori apa pula jika tindakan sedemikian adalah 'HALAL'? Pasukan yang menilai perjalanan kempen PRK CH perlu melihat perkara ini dengan lebih teliti kerana dikhuatiri ada 'UNSUR UNSUR RASUAH' terjadi apabila Tok Batin 'DIARAHKAN' pihak tertentu bagi kepentingan politik dan secara kebetulan JAKOA akan di'Kambing Hitam'kan untuk menutup kesalahan parti politik.
PRK CAMERON HIGHLANDS - "KALAU KALAH PILIHANRAYA INI, SIAPLAH JAKOA", TEKANAN DIGUNAKAN UNTUK KEPENTINGAN PARTI POLITIK?
Desas desus telah berlegar di media sosial mengenai tindakan bertukar tempat kerja dalam tempoh 24jam dikenakan terhadap seorang pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) gara gara orang kampung tidak sambut kehadiran pemimpin kerajaan dalam program yang diaturkan.
Sebagaimana yang diketahui umum, Orang Asli kini bukan lagi kaum yang boleh diperbodohkan dengan pelbagai JANJI MANIS dan mereka bukan lagi masyarakat yang ketinggalan trend terkini dalam penggunaan gajet melibatkan carian internet. Mereka juga tahu MANIFESTO PRU yang dibentangkan oleh satu parti adalah PALSU DAN HINGGA KINI TIDAK DILAKSANAKAN!
" Kalau kalah siaplah JAKOA" - pemimpin X
Lebih teruk lagi ada juga kedengaran AMARAN TERHADAP JAKOA dikeluarkan oleh seorang pemimpin parti politik. Dikatakan ayat berbaur ugutan terhadap agensi yang selama ini bertanggungjawab menjaga kebajikan dan kemajuan Orang Asli. Adakah benar perkara ini? Semakin mendekati hari pengundian semakin hebat segala usaha menakutkan Orang Asli dilakukan. Adakah ini cara sihat bersaing dalam Pilihanraya?
Apa semua ini? Adakah ini cara Malaysia Baru? Rakyat akan menghukum sesiapa yang MENGGUGUT RAKYAT!!!
Thursday, 17 January 2019
PRK CAMERON HIGHLANDS - ADA PIHAK MAHU BAWA 'PENGUNDI HANTU' UNTUK BANTU KEMENANGAN PIHAK TERTENTU?
Seorang pelayar media sosial dikenali sebagai Ramesh Rao mendakwa kertas undi yang sepatutnya hanya dikeluarkan pada hari pengundian telah dikeluarkan lebih awal. Beliau menaikmuat foto kertas undi tersebut di Facebook miliknya.
Pautan Facebook - https://www.facebook.com/1339233629/posts/10218249438450923/
Timbul persoalan adakah ini perancangan pihak yang sering mendakwa wujudnya 'Pengundi Hantu' setiap kali parti mereka mengalami kekalahan dalam Pilihanraya. Tentu ramai ingat insiden yang mendebarkan hingga Bas yang membawa penumpang turut jadi mangsa kononnya membawa pengundi hantu bagi membantu kemenangan Barisan Nasional namun sehingga kini dakwaan tersebut langsung tidak mampu mereka (Pakatan) buktikan.
Benarkah kewujudan kertas undi PRK P078 Cameron Highlands ini akan digunakan bagi pihak tertentu untuk memastikan mereka menang? Seorang pemimpin dari PH pernah mengeluarkan kenyataan berkaitan PRK CH "We must win this by-election by hook or by crook". Apakah ungkapan ini hanya sekadar ungkapan atau memberi isyarat apa sahaja cara akan digunakan bagi merampas kerusi CH untuk menambah dominasi kerusi di Parlimen?
Banyak perkara pelik berlaku sepanjang 6 hari kempen berlangsung. Walau ada pihak yang berkempen awal namun dinafikan dengan alasan 'Prihatin Rakyat' malah foto pemberian 'Wang Minyak' turut di'HALAL'kan dan PENGAKUAN dilakukan seolah tidak mendatangkan kesan apa apa walau dikatakan bercanggah dengan akta SPR.
Inikah cara 'Malaysia Baru' yang diberikan platform baru untuk diimplementasikan di PRU15 kelak? Jika inilah cara 'Malaysia Baru' maka bolehlah Rakyat ucapkan Selamat Tinggal Demokrasi Berparlimen kerana apa sahaja SUARA RAKYAT AKAN DIPATAHKAN OLEH PEMERINTAH DENGAN KUASA MEREKA SEBAGAI KERAJAAN.
Tuesday, 15 January 2019
PRK CAMERON HIGHLANDS - SAKSI KES MANOGARAN DAPAT 'DUIT MINYAK HELIKOPTER'?
Pautan - http://m.utusan.com.my/berita/politik/saksi-kes-sivarraajh-hadir-di-program-ph-1.822681
Individu tersebut dikesan mengenakan baju Pakatan Harapan semasa majlis tersebut. Jika perkara ini benar maka timbul pula persoalan adakah individu tersebut menerima 'DUIT MINYAK HELIKOPTER' sebagai imbuhan menjadi saksi kes yang diheret oleh Manogaran ke Mahkamah SPR?
Pihak Berwajib perlu menyiasat perkara pemberian 'Duit Minyak' yang turut diakui oleh Lim Kit Siang kerana ada percanggahan dalam peraturan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia. Hakim bagi kes Manogaran lawan Sivaraj juga menjatuhkan hukum bersandarkan kepada pelanggaran peraturan tetapi apabila pihak Pakatan berbuat demikian pelbagai alasan tercipta bagi 'MENYUCIKAN' perbuatan mereka. Adakah ini keadilan peraturan SPR apabila kena pada pihak lain maka jatuh hukum bersalah tetapi jika kena kepada PH ianya terus dilabelkan sebagai 'Halalan Toiyiba'?
Adakah ada standard berlainan dalam perlanggaran peraturan Pilihanraya CH ini? Rakyat memerhati dengan penuh minat akan isu ini dan mahukan pihak berwajib melaksanakan JANJI untuk BERINTERGRITI dan TELUS dalam Pilihanraya ini? Adakah Ketua Pengarah SPR yang baru dilantik akan mengotakan JANJI beliau atau hanya sekadar menjadi umpama 'MANIFESTO PAKATAN HARAPAN'?
PRK CAMERON HIGHLANDS - MENGAKU BAGI 'DUIT MINYAK', PIHAK BERWAJIB TENGOK SAHAJA ATAU MATA KENA TUTUP?
Kehebatan penyokong Pakatan Harapan menayangkan 'Duit Minyak' yang disediakan menjadi topik menarik dalam kempen PRK CH kali ini.
Lim Kit Siang sendiri mengakui Pakatan Harapan membayar sebanyak RM20 sebagai 'Duit Minyak' kepada 60 individu dan cuba berhelah menyatakan pemberian itu akan dimasukkan sebagai perbelanjaan Pilihanraya. Persoalan yang timbul, adakah penerima menandatangani baucer pembayaran? Jika tiada maka perkara tersebut boleh dikategorikan sebagai 'Tumbuk Rusuk'.
Mengapa pihak berwajib yang sepatutnya menegakkan undang undang Pilihanraya seperti endah tidak endah mengenai perkara tersebut? Bekas Ahli Parlimen CH, Sivaraj hari ini telah membuat laporan kepada pihak SPRM mengenai perkara ini. Adakah tindakan akan di ambil apabila foto dan pengakuan mereka (PH) disertakan sekali? Jika tiada tindakan dari pihak berwajib dikhuatiri rakyat akan hilang kepercayaan terhadap Intergriti pihak tersebut.
PRK CAMERON HIGHLANDS - BERI DUIT KEPADA SUKARELAWAN BERBAYAR KINI 'HALAL', SPR DAN SPRM KENA 'NASI KANGKANG'?
Pelik sekali apabila puak PH melakukan perkara tersebut, ianya seolah telah 'HALAL' selagi yang menerima 'Duit Minyak' menyokong Manogaran pada hari pemgundian 26 Januari ini.
Lebih menarik apabila perbuatan tersebut (Duit Minyak' dikatakan akan dimasukkan dalam penyata perbelanjaan Pilihanraya. Penyata perbelanjaan pilihanraya biasanya hanya ada pada Calon dan setiap penerima dari perbelanjaan perlu menandatangani serta meletakkan nama selain nombor kad pengenalan sebagai BUKTI SAH perbelanjaan dilakukan. Bagaimana Manogaran boleh menyatakan beliau tidak tahu menahu mengenai PEMBERIAN 'DUIT MINYAK' tersebut? Adakah ada pihak lain yang membayar dan perbelanjaan tidak dicatitkan secara individual tetapi langsam? Sudah tentu besar perbelanjaan 'DUIT MINYAK' yang dikeluarkan oleh pembayar tersebut. Siapa 'PAYMASTER' itu?
Siapa yang mahu dibodohkan dek PH? Mana SPR? Mana SPRM? Adakah mereka telah kena 'Mandrem' sebab kini kuasa di tangan Pakatan Harapan?
Monday, 14 January 2019
PRK CAMERON HIGHLANDS - LIM KIT SIANG 'GABRA' BILA KANTOI BAYAR RM20 BELI "KUIH"
Sah! Pakatan Harapan bayar RM20 kepada 60 orang kalangan Orang Asli Cameron Highlands kononnya 'duit minyak' dan akan dimasukkan dalam perbelanjaan pilihanraya. Lim Kit Siang mengakui perkara tersebut namun beliau cuba menjadikan isu tersebut sebagai 'suci' apabila mendesak BN mendedahkan perbelanjaan PRK CH yang telah dikeluarkan Barisan Nasional.
Seolah baru kali pertama bertanding, Kit Siang menjadi BODOH apabila mahu pihak lawan mengisytiharkan laporan perbelanjaan sedangkan beliau tahu SETIAP WANG YANG DIBAYAR KEPADA PENERIMA PERLULAH DISERTAKAN DENGAN KETERANGAN PENERIMA, NO KP DAN TANDATANGAN HENDAKLAH DITURUNKAN DALAM BAUCER PENYATA PERBELANJAAN YANG SAH.
Foto yang tular di media sosial telah menimbulkan persoalan adakah DAP kini menggunakan ILMU KEBAL 'Lambung Tak Pecah, Baling Tak Berderai'? Persoalan turut membawa kepada pemahaman kenyataan Calon DAP yang sebelum ini menyifatkan Orang Asli sebagai KUIH dan tidak akan dibeli Orang Melayu sebaliknya merekalah (DAP) yang akan membelinya dengan harga RM20? Sekali lagi PENGHINAAN dilakukan secara halus oleh DAP terhadap Pribumi. Semurah RM20 sahaja harga mereka (Orang Asli) di mata DAP? Jelas sekali DAP hanya mahukan undi dan akan mengucapkan 'CIP ABORR' kepada Orang Asli selepas mendapat apa yang mereka mahukan.
Paling mengejutkan bilamana pihak SPR menerusi Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya secara terang menyatakan mereka tidak mampu berbuat apa mengenai 'Pemberian Wang' kepada pengundi kalangan Orang Asli. Adakah pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan turut memberi kenyataan senada dengan SPR walau foto berkaitan menjadi bahan bualan netizen serta pemerhati politik tanahair?
Kejutan yang sungguh menyentuh perasaan pula datangnya dari pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia yang mengeluarkan kenyataan akan 'Memburu' individu yang menyebarkan foto tersebut. Sejak bila SKMM bertukar portfolio tugas dan mengambil alih tugas pihak lain? Semakin hari semakin 'Rasa Oren' dengan kekalutan serta pertindihan kuasa dalam Kerajaan Pakatan Harapan dan ini bukanlah sesuatu yang baik untuk Malaysia.
Apa pula 'Lawak' yang akan dihidangkan DAP dan Pakatan Harapan sepanjang kempen PRK berbaki 11 hari? Semoga tiada lagi 'Pertindihan dan Perebutan Kuasa' dikalangan Agensi Kerajaan apabila timbul isu mengaitkan DAP dan perlakuan PH sepanjang kempen. Rakyat jelak apabila mereka cuba diDUNGUkan dengan alasan alasan 'Bodoh Piang' apabila pihak DAP dan PH melakukan kesalahan semasa berkempen dan segera bertindak jika ada salahlaku dari pihak lawan mereka dalam PRK P078 CH.
Saturday, 12 January 2019
PRK CAMERON HIGHLANDS - "CIP ABORR MANOGARAN" PENGUNDI ORANG ASLI TERSINGGUNG PENGHINAAN CALON DAP DAN UGUTAN PAKATAN HARAPAN
Berikutan penghinaan calon DAP M.Manogaran terhadap Orang Asli dan Ugutan oleh Senator Bob Manolan terhadap Tok Batin, Bah Long Siang bersama sekumpulan rakan rakan dari Sg Ruil telah meluahkan kekecewaan beliau.
Bah Long Siang yang ditemui kelihatan menahan terlalu kecewa apabila di tanya mengenai perkara tersebut. Bagi beliau kenyataan yang di buat oleh Calon DAP dan Senator telah menyinggung perasaan seluruh Kaum Semai Cameron Highlands.
"Sebagai Senator, Bob patut menjaga kepentingan kami (Orang Asli) dan bukan buat kenyataan sebegitu." - Bah Long Siang
"Manogaran pula seperti mahu melagakan kami dengan Orang Melayu sedangkan kita seperti adik beradik, jelas sekali Manogaran membawa imej DAP yang rasis kepada kami dan Orang Melayu" - Bah Long Siang
Bagi sekumpulan Orang Asli yang turut ditemui pula ada pesanan khas buat Manogaran.
"Cip Aborr Manogaran, Mohd Ramli bor diterima pengundi hek mai srak.Jik akan mengundi kek" - Selamat Jalan Manogaran..Mohd Ramli diterima pengundi Semai...kami akan mengundi beliau (Ramli).
Friday, 11 January 2019
PRK CAMERON HIGHLANDS - SELEPAS CALON DAP HINA ORANG ASLI DAN MELAYU KINI PAKATAN HARAPAN UGUT TOK BATIN PULA
Calon DAP M.Manogaran yang bersikap rasis apabila melabelkan Orang Asli sebagai 'Kuih' yang tidak akan di beli Orang Melayu kini Pakatan Harapan mula menggugut Tok Batin agar memberikan undi kepada PH pada 26 Januari ini.
Baca juga -https://www.facebook.com/31373189944/posts/10151625273019945/
Pautan - https://lm.facebook.com/l.php?u=https%3A%2F%2Fwww.malaysiakini.com%2Fnews%2F459807&h=AT3MQ5OkbWtl3OEVf06nC83qFp0OJXGgmv5Nh9kwCXykIqXB8XdPzocn0Nl0eWNdQp0z531Ji1XYj8yiM52HyzJ-1XK8Up0cc_WdVgjQ-5aayelEi3uurXnodtB4eHVI_DM&s=1
Senator Bob Manolan Mohd telah mengeluarkan kenyataan Kerajaan Pakatan Harapan tidak akan teragak-agak memotong elaun Tok Batin seluruh Parlimen Cameron Highlands sekiranya kaum Pribumi tidak memberikan undi kepada calon DAP.
Adakah ini satu lagi PENGHINAAN TERHADAP KAUM ORANG ASLI apabila calon BN dipilih dari kalangan Suku Semai? Tidakkah ini melanggar akta SPR kerana unsur ugutan digunakan terhadap pengundi? Inikah ketelusan PH yang dilaungkan dan mereka mendakwa tidak akan menggunakan apa juga bentuk penindasan terhadap pengundi? Dimanakah BERSIH yang telah berdemonstrasi di jalanan apabila sesuatu yang menjengkelkan melibatkan PH?
Sewajarnya ugutan ini dilihat sebagai satu unsur SALAHGUNA KUASA oleh Pakatan Harapan dalam PRK CH. Apakah respon Suruhanjaya Pilihanraya terhadap isu ini? Perlu diingatkan undi dari Orang Asli dikatakan akan menjadi penentu kalah menang PH dan mereka menekan Tok Batin dengan menggunakan pelbagai helah. Ini sesuatu yang tidak pernah terjadi semasa Barisan Nasional memerintah dan sudah nampak PH kini menjadi KERAJAAN 'KUKU BESI' dan kelihatan sudah membentuk REGIM 'Pol Pot' era baru!
Saturday, 13 May 2017
DAP MENIPU RAKYAT - ADUN PUJUT JUAL MAKLUMAT KE PIHAK LUAR?
DAP PUNYA SEMBANG 'BABI' BOLEH TERBANG - ADUN PUJUT MENIPU SPR DAN RAKYAT SARAWAK?
Dewan Undangan Negeri Sarawak telah melucutkan jawatan Adun N74 Pujut kerana dakwaan memiliki 2 kerakyatan sememangnya menjadi sensasi berita untuk politik. Wakil DAP yang mengalahkan BN ini secara tidak langsung memperlihatkan sikap sebenar DAP yang selama ini menuduh BN menipu setiap kali pilihanraya. Sebagai rekod Dr Ting Tiong Choon mengalahkan calon BN, Dato Hii King Chiong dengan majoriti 1,759 undi dalam PRN Sarawak pada 2016.
Mengejutkan bagaimana DAP yang selama ini mendakwa parti tersebut telus boleh menipu Rakyat Sarawak tanpa ada rasa bersalah. Terbukti dengan perlucutan ini, DUN Sarawak telah mengambil tindakan di landasan betul kerana amat membahayakan rahsia rahsia kerajaan negeri selagi Adun DAP ini berada dalam Sidang Dun. Jika beliau (DAP) boleh menipu sebegitu tidak mustahil kalau rahsia negeri juga tergadai.
Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng merupakan individu yang perlu bertanggungjawab sepenuhnya atas penipuan ini. Namun demikian mereka seperti biasa, tidak akan mengakui kesalahan DAP sebaliknya akan menimbulkan pelbagai alasan bagi melepaskan tengkuk masing masing. Seperti yang diketahui umum, anak beranak ini akan menuding kepada BN walau jelas taktik kotor merupakan amalan 'terpuji' dalam DAP. Bagi pentaksub DAP pula, dua individu ini adalah makhluk 'Suci' dan tidak boleh dipersalahkan dalam skandal penipuan menggemparkan politik Malaysia dan Sarawak.
Pakatan Harapan seringkali menuding BN bermain taktikal kotor hingga wujud tohamahan mengenai penipuan dalam piliharaya namun dengan kes Adun Pujut ini, rakyat akan membuka mata siapakah yang selama ini menipu mereka. Terbaru Nurul Izzah Anwar menuduh BN akan menggunakan segala teknik kotor bagi memenangi PRU14. Ternyata sebelum pembubaran parlimen dilakukan, Pakatan Harapan di dapati melakukan taktik tersebut sekaligus membuktikan pihak mereka tidak pernah telus dalam melaungkan kempen BERSIH. Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) sewajarnya memandang penipuan Blok Pakatan Harapan ini secara lebih teliti bagi mengelakkan sebarang penipuan berlaku di masa akan datang.
Pemimpin Pakatan Harapan sewajarnya di siasat kemungkinan memiliki 2 kerakyatan kerana tingkah laku mereka meragukan bilamana sering keluar negara bertemu dengan pemimpin luar bagi memburukkan Malaysia setiapkali mereka tidak.berpuashati dengan keputusan pilihanraya. Anwar Ibrahim sebagai contoh pernah meminta campur tangan Al Gore malah Wan Azizah sendiri pernah meminta pihak luar mencampuri urusan politik Malaysia, malah beberapa pemimpin Pakatan Harapan turut berbuat demikian. Tidakkah ini menimbulkan persoalan bahawa mereka juga dalam diam diam mempunyai kerakyatan negara lain dan akan meninggalkan Malaysia seandainya kalah dalam pilihanraya kelak?
Inilah sikap sebenar DAP dan Pakatan Harapan selama ini. Menipu rakyat dan mempergunakan rakyat demi kepentingan parti mereka tanpa mempedulikan nasib rakyat. Pru14 bakal menjadi 'kubur' Pakatan Harapan dan rakyat perlu menutup segala pintu untuk mereka memperbodohkan pengundi lagi sekali.





































