Wednesday, 6 March 2019
'TAIKO' DAP BERSUARA MENGENAI MELAYU, MANA SUARA PPBM YANG MAHU BELA MELAYU?
Setiausaha Agung DAP mengeluarkan kenyataan agak keras mengenai kerjasama Umno-PAS yang bersidang semalam di PWTC. Lim Guan Eng dalam kenyataan yang dikeluarkan Malaysiakini menyebut kerjasama politik Umno - PAS akan mensasarkan bukan Melayu dan bukan Islam sebagai 'mangsa' alasan penyatuan dua parti politik terbesar Melayu.
Kenyataan sebegini sebenarnya seolah mengajak golongan selain Melayu dan Islam agar menjauhkan diri dari Orang Melayu Islam jika tidak mahu menjadi sebahagian permainan politik parti Umno dan PAS. Menteri Kewangan juga menggambarkan persefahaman ini bakal menjadi 'peperangan' terhadap bukan Melayu sekaligus mewujudkan ketidakselesaan antara kaum berlaku. Inikah sikap seorang bergelar Menteri? Semua tahu DAP bersifat Cauvinis dan tidak pernah membuka ruang jawatan UTAMA dalam DAP kepada orang Melayu kecuali untuk di'KELDAI'kan, jadi tidak hairan jika parti yang memperjuangkan konsep Malaysian Malaysia ini akan mengambil pendekatan 'BERMUSUH' dengan mana mana parti politik Pro Melayu waima seandainya sekutu mereka PPBM bertukar kepada Pro Melayu maka mereka turut akan 'Diperangi'.
Nada Guan Eng yang masih 'Trauma' dengan KEKALAHAN DAP di Prk Cameron Highlands turut digambarkan beliau, malah kerjasama UMNO-PAS di Semenyih juga dijadikan asas kenyataan yang disiarkan portal tersebut. Adakah Lim cuba memberi isyarat terhadap PPBM agar kembali melihat perjanjian asal kerjasama mereka dalam Pakatan Harapan dan mahu Tun M bertindak ke atas Umno dan Pas agar penyatuan ini tidak menjejaskan kedudukan DAP? Sebagaimana semua maklum dalam PH hanya PAN sahaja yang menumpahkan 'Taat Setia' mereka kepada DAP manakala PPBM pula menerusi Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengeluarkan kenyataan parti itu akan menjaga kepentingan Melayu dan perkara ini kurang disenangi DAP. Bagi sebuah parti yang teguh menjunjung Deklarasi Setapak, kenyataan Muhyiddin ibarat 'bom jangka' yang mampu meruntuhkan PH dari dalam manakala PKR pula tidak boleh diharapkan apatah lagi dengan kemelut dalaman yang melanda parti itu.
Berita Penuh Kenyataan Guan Eng - 'War' On Non Malays
Bukankah kenyataan sebegini mampu mewujudkan ketegangan antara kaum? Inikah taraf seorang Menteri Kanan yang dilantik Tun M mengetuai kewangan negara? Terlalu 'BIADAP' apabila kenyataan sebegini di buat hanya kerana mahu menGAGALkan kerjasama Umno-Pas yang telah berjaya menumbangkan PH dalam 2 PRK dan bakal menumbangkan PH sekali lagi di Rantau.
Adakah ini petunjuk Pakatan Harapan bakal berkubur dan Mahathir terpaksa membubarkan Parlimen?
Paling kelakar Lim Guan Eng telah mengubah kenyataan beliau apabila mula dikecam.
Thursday, 14 February 2019
PRK SEMENYIH - DEDAH SYARIKAT JUDI TAJA PERBELANJAAN, SABOTAJ DALAMAN PAKATAN HARAPAN UNTUNGKAN PENGUNDI SEMENYIH?
Pendedahan Menteri Kewangan mengenai perbelanjaan Delegasi PDRM ke Istanbul selama seminggu menimbulkan tandatanya ramai. Kurang dari 48 jam penamaan calon pada PRK Semenyih, pendedahan 'Berani Mati' MoF disifatkan netizen seperti ada 'Udang Sebalik Batu', malah ada juga desas desus berlegar mengatakan pihak tertentu dalam Pakatan Harapan sendiri melakukan sabotaj dalaman. Sejauh mana kebenaran khabar itu tidak dapat dipastikan kerana hingga hari ini pihak tertinggi Kerajaan (Perdana Menteri) belum membuat sebarang ulasan.
Klik - https://www.malaymail.com/news/malaysia/2019/02/13/mof-da-ma-cai-funded-cops-istanbul-trip/1722638?utm_source=FBdlvr&utm_medium=facebook
Amat mengejutkan pendedahan ini membabitkan sebuah syarikat yang terkenal sebagai syatikat perjudian. Walau Menteri berkaitan menjelaskan perbelanjaan itu mendapat kelulusan namun Rakyat mahu tahu apa rasional syarikat judi menaja perbelanjaan tersebut. Malahan ada yang membandingkan kes tajaan 1MDB bagi Jemaah Islam menunaikan Haji dituduh sebagai 'Haram' manakala tajaan Da Ma Cai pula di'Halal'kan. Adakah Menteri Kewangan akan memberi penjelasan konkrit mengenai tajaan ini atau beliau akan membiarkan pihak PDRM menjawap isu yang menarik perhatian Rakyat Malaysia.
Tidak keterlaluan jika diandaikan pendedahan tajaan ini merupakan satu teknik konspirasi menghadapi PRK Semenyih oleh pihak tertentu dalam Pakatan Harapan sendiri. Siapa yang bertanggungjawab hanya mereka sendiri yang ada jawapan. Adakah ini siri pembalasan kekalahan PRK lepas oleh pihak tertentu terhadap pihak tertentu? Tidak kurang juga ada persoalan timbul apabila hanya 1 pihak dari Pakatan Harapan yang benar benar 'Turun Padang' ke Semenyih manakala pihak lain sekadar di pinggiran ibarat 'Melepaskan Batuk Di Tangga'. Benarkah sedang berlaku pergolakan dalaman PH tetapi terpaksa dipendamkan kerana PRK Semenyih? Umpama 'Tenang Di Permukaan, Gelora Di Dasar' siapa yang tahu?
Wednesday, 30 January 2019
PRK SEMENYIH - KENYATAAN 'ROUNDABOUT' PERDANA MENTERI MENAMPAKKAN KELEMAHAN PENTADBIRAN PAKATAN HARAPAN
Kecoh kenyataan berbelit para pemimpin Pakatan Harapan apabila bercakap mengenai pembatalan ECRL. Bermula dengan kenyataan Menteri Ekonomi disusuli kenyataan Menteri Kewangan kemudiannya digarap Perdana Menteri di mana semua kenyataan dilihat tidak stabil dan menampakkan kelemahan komunikasi antara mereka sebagai sebuah kerajaan.
Adakah ini isyarat berlaku perbalahan dalaman Pakatan Harapan sedang berlaku? Cuba kita lihat kembali natijah pembatalan ECRL yang secara langsung telah menjejaskan hubungan baik antara Malaysia dan China selaku Blok Kuasa Ekonomi Dunia.
- eksport sawit Malaysia ke China terjejas teruk
- China berubah kepada sawit Indonesia
- Malaysia terpaksa membayar denda kepada China apabila membatalkan projek ECRL
- nilai dagangan antara kedua dua negara bakal terjejas
Inikah sebuah kerajaan yang kununnya akan membela rakyat dan melaungkan mereka sahajalah yang mampu menjaga kebajikan rakyat sedangkan disebabkan 'Kepala Batu' pemimpin PH, pengusaha serta peneroka sawit yang jadi mangsa?
Jika inilah cara mereka (PH) yang sentiasa tidak konsisten dalam membuat keputusan, apa pula nasib Pengundi Semenyih jika memberi kepercayaan kepada PH? Jawapnya pengundi Semenyih akan terus 'Kena Kencing' dek PH yang kini sepatutnya sudah 'Melahirkan Anak' selepas mengandung 9 bulan 10 hari!
Tuesday, 1 January 2019
PRK CAMERON HIGHLANDS - DAP MAHU TURUNKAN HARGA PETROL PADA HARI PENAMAAN CALON UNTUK RAIH UNDI?
Gagal Tunai Janji Turunkan Harga Petrol, DAP Mahu Turunkan Pada Hari Penamaan Calon Sebagai Bahan Kempen?
KEGAGALAN hari pertama 2019 akan jadi TITIK HITAM buat Pakatan Harapan serta Menteri Kewangan Lim Guan Eng (wakil DAP) menunaikan JANJI MENURUNKAN HARGA BAHAN BAKAR (petrol dan diesel). Beberapa hari lepas beliau dipuji oleh Rafizi Ramli kerana telah berjanji akan memperkenalkan harga baru petrol pada 1 Januari 2019 namun ternyata itu semua adalah HARAPAN PALSU.
Selaku 'Pakar U Turn' sudah tentu Lim Guan Eng akan memberi 1001 alasan tindakan mengekalkan harga minyak sama seperti 9 Mei 2018. Dalam Manifesto Pakatan Harapan, penstabilan harga minyak turut disenaraikan bagi meraih undi dalam PRU14.
Adakah tindakan Guan Eng beberapa hari lepas yang berJANJI untuk menurunkan harga minyak ada kaitan dengan Pilihanraya Kecil Cameron Highlands yang dijadualkan pada 26 Januari 2019? Tidak mustahil bagi mencari simpati berganda serta memancing undi harga minyak baru akan diperkenalkan pada hari penamaan calon PRK CH sebagai modal menarik perhatian pengundi. Selepas menyedari DAP tidak diterima pengundi kerana beberapa 'SIRI GAGAL DAN KENYATAAN BODOH' wakil rakyat mereka di Parlimen, penurunan harga minyak merupakan antara bahan kempen paling berkesan bagi menunjukkan seolah mereka (Pakatan Harapan) prihatin dengan kos sara hidup rakyat.
Jika Guan Eng berfikir untuk memberikan 'Gula Gula PRK' begini bagi mencapai matlamat memenangi PRK CH maka pengundi Cameron Highlands wajar memberi PENGAJARAN TERBAIK kepada 'Menteri Ringgek' dengan MENGALAHKAN Pakatan Harapan. Ini akan memberi isyarat jelas kepada PH tempoh 8 bulan memerintah yang sedang mereka nikmati bukanlah jaminan Pakatan akan kekal memerintah. Rakyat yang kini semakin terbeban dengan peningkatan Kos Sara Hidup turut dihantui kisah KEJATUHAN RINGGIT yang secara tidak langsung mempengaruhi kehidupan harian Rakyat.
Pengundi Cameron Highlands perlu melihat dan menilai sejauh mana PH akan menunaikan janji mereka atau JANJI HANYA TINGGAL JANJI sebelum hari pembuangan undi kelak. Sudah tentu DAP akan cuba menyakinkan pengundi di Tanah Rata serta masyarakat Orang Asli dengan pelbagai RETORIK termasuk MENURUNKAN HARGA MINYAK yang merupakan keperluan utama industri pertanian di Cameron Highlands. Adakah Guan Eng akan umumkan sesuatu berkaitan harga minyak pada hari penting penentuan hala tuju pengundi P078?
Jika Menteri Kewangan berbuat demikian maka fahamlah RAKYAT, Kerajaan Pakatan Harapan hanya akan melakukan sesuatu yang menguntungkan politik mereka dan RAKYAT HANYA AKAN DIBODOHKAN dengan JANJI PALSU! Adalah diharapkan Pengundi P078 berjaga jaga dengan sebarang kenyataan 'BADUT' samada dari DAP sendiri mahupun Pakatan Harapan yang hanya MEMENTINGKAN survival parti mereka dan Rakyat hanya berada di KEDUDUKAN AKHIR senarai kepentingan politik mereka.
Saturday, 29 December 2018
PRK CAMERON HIGHLANDS - LIM GUAN ENG AKUI HUTANG NEGARA HANYALAH RM686.8B BUKAN RM1 TRILLION.
Pakatan Harapan Masih Mahu Main Isu Hutang Negara Di Cameron Highlands?
Sebelum PRU14 heboh diperkatakan mengenai isu Hutang Negara. Segala tulisan serta ceramah oleh Pakatan Harapan menjurus kepada mempengaruhi minda rakyat seolah Barisan Nasional telah meletakkan negara dalam risiko bangkrap apabila memomokkan hutang negara mencecah RM1 trillion.
Bagaimanapun selepas PH berjaya memperdayakan rakyat dengan undian PRU14, kenyataan PH di parlimen ternyata berbeza sekali. Sidang Parlimen menyaksikan Lim Guan Eng (DAP) mengakui jumlah sebenar hutang negara tidak sebanyak yang mereka uar-uarkan selama ini. Mengejutkan sekali apabila Perdana Menteri Tun Mahathir sendiri mengakui hutang sebenar negara fakta yang dibentangkan dalam Parlimen.
Bagi rakyat yang masih berkiblatkan Pakatan Harapan penjelasan Guan Eng tidak dapat diterima kerana doktrin PH sebelum ini telah tertanam dalam fikiran mereka. Bagi mereka BN merupakan pihak yang telah 'Menjual' Malaysia kepada pihak luar terutama China bagi melunaskan hutang negara. Lebih buruk pengundi PH juga berpandangan 1MDB telah merampas wang rakyat Malaysia sedangkan hakikat sebenar semua dakwaan ternyata tidak benar.
Apa pula bahan kempen PH terutama DAP bagi menghadapi PRK Cameron Highlands apabila terbukti dakwaan mengenai hutang negara oleh mereka selama ini hanyalah satu bentuk penipuan? Secara rawak, penduduk di Tanah Rata masih mempercayai dakwaan wakil DAP mengenai hutang negara kerana SIKAP MALAS MEMBACA DAN MENGIKUTI SIDANG PARLIMEN di tambah lagi dengan omongan DAP yang terus menerus berbohong kepada rakyat berkaitan angka sebenar hutang negara.
Berikut adalah angka sebenar hutang negara yang dibentangkan dalam Parlimen.
“Dokumen rasmi kerajaan PH dalam muka surat 60 mengesahkan hutang negara sebenarnya bukan RM1 trilion tapi hanya RM686.8 bilion atau 50.8 peratus berbanding KDNK,” ujar beliau.
Sejak kerajaan PH mengambil alih tampuk pimpinan negara, mereka sering menwar-warkan bahawa kononnya hutang negara berjumlah RM1 trilion. Walaupun perkara ini dinafikan oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak namun pemimpin PH tetap meracuni fikiran rakyat dengan info yang tidak benar.
Akhirnya, pembentangan RMK11 membuktikan bahawa Barisan Nasional (BN) berada di pihak yang benar.
Wednesday, 19 December 2018
DAP HANYA PERMAINKAN RAKYAT, MANIFESTO TIDAK MAMPU DITUNAIKAN
Hanya Mencari Populariti, DAP Sanggup Permainkan Rakyat - Janjikan Sebidang Tanah Setiap Orang
Pilihanraya Kecil P078 pada 26 Januari 2019 bakal jadi medan menunaikan janji yang dilakarkan dalam Manifesto Pakatan Harapan pada PRU14 yang lepas. Bekas calon daripada DAP, Manogaran sudah tentu enggan memberi ruang kepada sekutu lain dalam PH kerana beliau adalah individu yang berhempas pulas membawa petisyen ke Mahkamah bagi membatalkan keputusan PRU14 yang dimenangi oleh Dato Sivaarajh dengan majoriti 597 undi.
Tertarik dengan satu klip video dimana Timbalan Speaker Dewan Rakyat yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming dalam siri jelajah ceramah PRU14 di Cameron Highlands di mana beliau berjanji akan memberi setiap kampung baru geran tanah kekal jika DAP menjadi kerajaan. Bagaimanapun segala janji DAP ternyata hanyalah palsu kerana hingga kini janji Nga Kor Ming tidak dapat dipenuhi walau Pakatan telah menjadi kerajaan.
Pengundi di DUN Jelai dan Tanah Rata sudah tentu memahami kegagalan DAP di DUN selama ini. Walau selama ini DUN Tanah Rata dikuasai DAP, pembangunan fizikal Cameron Highlands tidak dilakukan oleh DAP malah segala bentuk bantuan disalurkan oleh BN.
Klip video klik -
.https://youtu.be/i1rV7j2cut4
Sejak Parlimen P078 diwujudkan pada 2004, BN telah melaksanakan pelbagai pembangunan fizikal di tempat tumpuan pelancong domestik dan luar tanpa meletakkan perbezaan parti. Bukan itu sahaja, Orang Asli turut menerima pembangunan yang dibawakan seperti penempatan semula yang selesa dan pembangunan kampung setaraf dengan kemodenan negara. Manakala ADUN DAP terdahulu tidak mempamerkan prestasi terbaik untuk rakyat Tanah Rata hinggakan masalah kecil yang dihadapi penduduk Tanah Rata tidak mampu diselesaikan.
PPBM MAHU RAMPAS KERUSI DAP DI P078 CAMERON HIGHLANDS?
PPBM MAHU TAMBAH MAJORITI ELAK PENGUASAAN DAP DI PARLIMEN?
Pilihanraya Kecil Parlimen P078 Cameron Highlands yang dijadualkan pada 26 Januari 2019 bakal menjadi medan perebutan antara PPBM dan DAP?
Pecahan pengundi P078 mengikut kaum -
Melayu - 33.5%
Cina - 29.48%
Orang Asli - 21.56%
India -14.91%
Adakah calon DAP, Manogaran yang juga Timbalan Pengerusi DAP Pahang akan bertolak ansur selepas berhempas pulas memfailkan petisyen yang membawa kepada PRK CH dan akan menyerahkan kerusi 'Tradisi DAP' kepada PPBM Cameron Highlands yang baru ditubuhkan? Sanggupkah Lim Kit Siang mengorbankan cengkaman DAP selepas mereka mengenepikan Appalasamy yang pernah berjuang berhabis habisan demi DAP?
Penguasaan PPBM CH yang hanya tertumpu di kawasan Orang Asli dan tidak mendapat sambutan sudah tentu akan dijadikan kayu ukur oleh DAP sebelum membenarkan calon Pakatan diwakili oleh PPBM. Apatah lagi suara DAP di Parlimen terlalu besar untuk dipatahkan PPBM yang menang hanya 13 kerusi pada PRU14 yang lepas.
Dengan protes yang berlaku dalam Pakatan kerana tindakan Tun M selaku Presiden Pakatan menerima masuk sejumlah ahli parlimen yang melompat, DAP sudah tentu tidak akan berdiam diri. Walau Kit Siang cuba mengaburi dengan senyuman, beberapa ahli DAP telah memberi amaran dan isyarat jelas kepada PPBM agar akur dengan kekuatan DAP di dalam Parlimen.
Percaturan politik dalam Pakatan Harapan nampaknya tidak lagi membawa aspirasi Rakyat tetapi lebih kepada perebutan kuasa sesama mereka. Apakah nasib Rakyat akan terbela?
Saturday, 21 July 2018
RAKYAT SEMAKIN 'MEWAH' SEJAK BERTUKAR KERAJAAN?
Kerajaan 'Berjaya' Tunaikan Manifesto Turunkan Harga Barang Keperluan?
Dalam manifesto PRU14 yang lepas, suara rakyat yang merungut mengenai harga barang keperluan menjadi aspirasi Pakatan Harapan dalam kempen mereka.
Selepas memenangi PRU14, pelbagai 'kejayaan' manifesto telah berjaya ditunaikan oleh Pakatan Harapan dengan 'penurunan' harga barang keperluan selain 'berjaya' menurunkan harga petrol dan 'menghapuskan' kutipan tol sebagaimana dijanjikan mereka. Bagaimanapun kenyataan Penasihat PPBM yang menyatakan kesukaran menunaikan segala manifesto menjadi persoalan. Beliau yang turut sanggup menanggung 'Dosa' kerana menipu rakyat dengan pelbagai janji pilihanraya di lihat sebagai cara 'melepaskan tengkuk' bagi meredakan rungutan rakyat mengenai kenaikan mendadak harga barang keperluan seharian.
Dalam laporan oleh sebuah stesen televisyen, rata rata pengguna yang merupakan rakyat kelas pertengahan sudah mulai merungut dengan kenaikan harga yang disifatkan sebagai 'tidak masuk akal'. Bukan sahaja di medium audio visual malah di dunia media sosial, ramai netizen mula menampilkan komentar yang agak kontra dengan 'Kejayaan Besar' Pakatan Harapan.
Jika dahulu semua perkara menjadi perbualan netizen di media sosial, kini mereka yang berkempen bagi menumbangkan BN sudah mulai kendur apabila tersedar bahawa 'Manifesto Hanyalah Janji' pilihanraya. Kebanyakan mereka yang dahulu gegak gempita membawa isu kenaikan kos sara hidup serta kenaikan harga barang keperluan kini umpama 'Babi Mabuk Ketum' apabila kesipuan dengan isu harga barangan selain tiada penurunan harga barang sebagaimana dijanjikan.
Kini rakyat hanya mampu memerhati dan merunduk layu walaupun harga barang keperluan tidak seperti diharapkan. Malah pengenalan semula SST 10% membimbangkan rakyat selain 6% cukai perkhimatan yang bakal dikenakan kepada rakyat.
Apa lagi yang mampu dikatakan? Inilah kuasa memilih yang dimahukan rakyat dan semua perlu bersedia dengan pelbagai kemungkinan berkaitan ekonomi Malaysia yang dijangkakan menguncup.
Penafian - artikel ini hanyalah pandangan peribadi dan tidak menyentuh mana mana pihak.
Monday, 4 June 2018
PIALA DUNIA 2018 - GOBIND PERLU DEDAH PENAJA RM30 JUTA.
PENAJAAN PIALA DUNIA - BERAPA KEUNTUNGAN DI JANA RTM?
Kehangatan Piala Dunia 2018 Russia sudah bermula di seluruh dunia termasuk Malaysia. Astro yang mendapat Hak Penyiaran hingga 64 perlawanan secara langsung kini sudah ada pesaing. Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah berjaya mendapat penyiaran 24 perlawanan secara langsung dan baki merupakan siaran tertunda.
Menteri Komunikasi Dan Multimedia, YB Gobind Singh Deo menyatakan kos awal sebanyak RM40 juta diperuntukkan bagi membolehkan RTM membawa siaran Piala Dunia secara percuma kepada rakyat Malaysia. Bagaimanapun Menteri Kewangan menyatakan kos hanyalah RM30 juta dan sudah ada pihak penaja yang berjaya menyerap kos penajaan siaran tersebut.
Rujukan -
http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/06/03/guan-eng-penaja-serap-kos-rm30-juta-siaran-langsung-piala-dunia/
Bagaimanapun Identiti Penaja masih tidak didedahkan oleh mana mana pihak dan berapa kos penajaan sebenar juga tidak didedahkan. Bukan itu sahaja pembelian slot slot dalam siaran juga tidak didedahkan oleh Kementerian.
Slot yang terdapat dalam siaran langsung mahupun siaran tertunda -
i - Penaja Utama
ii - Penaja Bersama
iii - Penaja Segmen
iv - 'Spotby'
Adakah wujud syarikat tertentu di sebalik penajaan akan mendapat Hak menjual segmen yang tertulis di atas? Jika wujud pihak Kementerian perlu telus menamakan syarikat tersebut selari dengan apa yang Menteri Kewangan Lim Guan Eng sebut mahu mewujudkan kerajaan Cekap Amanah Telus (CAT). Selain menamakan syarikat (jika ada) pihak RTM juga perlu mewartakan berapa jumlah sebenar keuntungan yang akan di terima dari penjualan tersebut. Ini penting dibentangkan kepada Rakyat jika RTM benar benar telus dan Rakyat juga perlu tahu keuntungan yang di jana dengan penajaan tersebut.
Wednesday, 14 February 2018
'KELDAI DAP' BIADAP - POLITIKKAN KEMATIAN AHLI PARLIMEN PAYA BESAR
ZAIDI DILINDUNGI LIM GUAN ENG UNTUK MENCEMUH KEMATIAN AHLI PARLIMEN PAYA BESAR?
Dunia politik pembangkang kian terdesak dan pelbagai kaedah digunakan bagi meraih simpati serta menimbulkan persepsi buruk terhadap kerajaan.
Seorang bekas anggota TUDM yang dikenali sebagai Zaidi semalam telah menunjukkan sikap BIADAP apabila mempolitikkan kematian Ahli Parlimen Paya Besar. Dalam mesej beliau di aplikasi Whattsapp, Zaidi telah menimbulkan persepsi bahawa kerajaan yang ada sekarang 'Merompak' wang rakyat dan kematian Ahli Parlimen tersebut dalam keadaan menyokong sebuah kerajaan korup.
Dalam mesej tersebut juga Zaidi mempersoalkan samada syurga atau neraka tempat kekal sesiapa sahaja yang menyokong kerajaan sekarang. Sikap KURANG AJAR Zaidi telah menimbulkan kemarahan rakyat kerana KEBODOHAN beliau selaku salah seorang pegawai Ketua Menteri P.Pinang Lim Guan Eng dari DAP. Adakah Zaidi kebal daripada tindakan undang undang kerana percaya beliau dilindungi Lim Guan Eng? Perlu diingatkan Zaidi menuduh kerajaan dengan pelbagai tuduhan tanpa bukti tetapi beliau lupa bahawa Lim Guan Eng dan DAP sendiri bergelut dengan kisah skandal rasuah serta pembaziran wang rakyat P.Pinang dalam beberapa projek. Malah Setiausaha Agung DAP itu sendiri kini berdepan dengan tuduhan salahguna kedudukan dan kuasa dalam skandal Banglo Jalan Pin Horn Pulau Pinang.
Zaidi yang masih mahu dikenali sebagai Mejar sebenarnya tidak layak menggunakan panggilan tersebut kerana beliau di PECAT dari TUDM dan bukannya bersara wajib atau pilihan. Mula dikenali kerana kisah dakwat semasa PRU13, DAP tidak menunggu lama bagi mengumpan Zaidi untuk menjadi sebahagian dari 'Keldai' belaan untuk memecahbelahkan kaum Melayu. Sikap Zaidi yang BIADAP ini semakin jelas selepas berjaya dijinakkan DAP. Berapa agaknya jumlah bayaran bulanan yang di terima beliau untuk menjadi BARUA DAP?
Pautan tuduhan Zaidi terhadap kerajaan dan mengaitkan kematian Ahli Parlimen Paya Besar : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2096702630547118&id=1438654809685240
Saturday, 11 November 2017
GUAN ENG TIDAK PERLU BANTUAN ORANG LUAR?
SUKARELAWAN DAP HILANG BILA TIADA 'DEDAK'?
Kejadian banjir yang melanda Pulau Pinang mengundang rasa bertanggungjawab banyak pihak untuk membantu mangsa. Sejurus mengetahui kerosakan serta keperluan mangsa amat kritikal, pelbagai pihak tampil menghulurkan bantuan tanpa memandang sempadan ideologi politik.
Sikap ini bagaikan tradisi rakyat Malaysia apabila rakyat di timpa musibah dan kesusahan. Kerajaan Pulau Pinang di bawah Lim Guan Eng telah merayu kepada Kerajaan Pusat bagi bantuan pada jam 3.30 pagi sekaligus menunjukkan walau DAP pernah mendabik dada menyatakan mereka tidak perlu bantuan pusat dalam kejadian banjir kali ini tembok ego Guan Eng runtuh sama sekali.
Dengan pelbagai bantuan yang disalurkan dan derma yang dikutip oleh DAP (tidak terus ke akaun kerajaan negeri), mereka sepatutnya boleh menjalankan kerja kerja pembersihan secara total dengan memggerakkan sukarelawan DAP sendiri. Agak menghairankan kemana sukarelawan DAP yang selama ini mewarnai kempen serta demonstrasi jalanan mereka apabila Pulau Pinang di landa musibah. Adakah mereka hanya 'Pelakon' untuk demonstrasi atau mereka di bayar untuk memeriahkan demonstrasi anjuran DAP dan untuk 'Membantu' P.Pinang mereka perlukan 'DEDAK'?
Adakah Guan Eng sudah menyediakan pasukan pembersihan berbayar bagi membersihkan P.Pinang dari reja reja kesan banjir? Dalam beberapa rakaman foto, jelas pihak MPSP dikerahkan bagi membersihkan sampah sarap banjir. Mana kontraktor yang diberikan kontrak? Mana sukarelawan DAP? Adakah mereka sedang bersenang lenang lepak di kedai kopi 5 bintang sambil memerhatikan sahaja segala sampah di kutip oleh PBT?
Lain kali diharapkan Guan Eng jangan takbur dan bersikap besar kepala hanya kerana memerintah sebuah negeri bila akhirnya mengharapkan bantuan Pusat dan sukarelawan luar. Mana derma yang dikutip DAP? Kerah PBT dan kontraktor di lantik peluk tubuh?
Tuesday, 19 September 2017
PANAS!!! DAP DAN KILANG SG LEMBU ADA 'BELAKANG KIRA'?
Kewujudan sebuah kilang di Sungai Lembu menarik perhatian rakyat mengenai kemungkinan wujud 'konspirasi' antara Kerajaan DAP P.Pinang dan pemilik kilang tersebut. Kilang yang terletak dalam DUN Penanti itu dikatakan menjadi penyebab kanser yang menyerang penduduk berdekatan.
Bagaimanapun Kerajaan DAP di bawah Lim Guan Eng masih berteka teki mengenai syarikat berkenaan dan hingga hari ini isu kanser masih 'tersimpan rapi' walau pernah didedahkan sebelum ini di media tempatan.
Pendedahan ADUN Penanti, Dr Norlela mengenai perkara tersebut pernah membawa perkara inj ke pengetahuan Sidang Dun pada 30 April 2015, sekali lagi pada 2016 dan sekali lagi pada Mei 2017. Beliau juga difahamkan telah membuat aduan kepada Jawatankuasa Tindakan Daerah Seberang Prai Timur bagi maksud siasatan Pejabat Alam Sekitar bagi maksud samada syarikat berkenaan (kilang) mematuhi syarat dan akreditasi yang ditetapkan. Pejabat Kesihatan juga telah menyiasat aduan kanser oleh penduduk Sg Lembu dan beliau turut mahu siasatan dilakukan dalam kejadian kebakaran maut seorang pemandu lori yang jatuh dalam 'Pit Pembakaran'. Semua itu tercatit dalam Minit Mesyuarat Tindakan Daerah Seberang Prai Timur.
Malangnya apabila JKKK Sg Lembu menghubungi pemilik syarikat kilang mereka telah menerima kejutan apabila di ancam akan di saman oleh peguam syarikat berkenaan jika terus menerus bertanyakan mengenai masalah kesihatan penduduk serta pekerja.
Menarik sekali pemilik kilang tersebut sangat berani bertindak 'ala samseng' apabila enggan bekerjasama dengan JKKK yang mengambil berat hal kesihatan penduduk Sg Lembu dan pekerja syarikat berkenaan. Adakah pemilik syarikat tersebut mempunyai kekebalan kerana ada 'Hubungan Baik' dengan pimpinan DAP Pulau Pinang hingga mahu menyaman JKKK?
Mengapa Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri tidak berani bertindak tegas kepada pemilik syarikat apabila kesihatan rakyat terancam dengan operasi kilang di Sungai Lembu? Persoalan ini akan menjadi soalan ngeri kepada DAP P.Pinang jika mereka selama ini melindungi aktiviti kilang yang mampu mengancam nyawa penduduk dan mengakibatkan kanser kepada rakyat berhampiran.
Terbukti DAP hanya pandai menabur janji serta memberi 'Gula gula' kepada rakyat demi meraih undi tetapi dalam masa sama mengabaikan nyawa rakyat kerana bagi mereka keuntungan syarikat berkenaan lebih utama dari segalanya. Mungkinkah wujud sistem 'Ufti' oleh syarikat berkenaan kepada DAP P.Pinang dan sebagai balasan operasi mereka akan dilindungi dari segala bentuk Undang Undang? Ketua Menteri perlu lebih jelas dan telus dalam hal membabitkan nyawa RAKYAT dan bukan hanya memikirkan keuntungan 'Poket DAP' dengan sumbangan tertentu dari pemilik syarikat tertentu.
Saturday, 10 December 2016
"BAPAK AYAM' TIDAK BOLEH DIHARAPKAN - AHLI DAP AKAN SABOTAJ JIKA TERUS JALIN KERJASAMA POLITIK?
Thursday, 17 November 2016
RAKYAT TERTEKAN DI BAWAH DAP PULAU PINANG - KETUA MENTERI UTAMAKAN GAYA HIDUP DARI BANTU RAKYAT
DAP UTAMAKAN 'GAYA' KETUA MENTERI DARI PENTINGKAN RAKYAT
Pulau Pinang di bawah pentadbiran DAP tidak pernah sunyi dari kontroversi demi kontroversi melibatkan pimpinan serta keputusan kerajaan negeri yang kebanyakannya memberi impak negatif terhadap pembangunan Pulau Mutiara. Bermula dengan 'skandal banglo' DAP P.Pinang terjebak dengan pembaziran wang rakyat hingga RM305 juta untuk projek terowong dasar laut dan yang terbaru kisah Pulau Jerjak yang dikatakan sudah 'berpindah milik'.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng seperti sudah menjangkakan 'hayat' karier politik beliau tidak lama turut menimbulkan kontroversi apabila tidak menamakan Timbalan Ketua Menteri sebagai penggantinya jika beliau di heret ke Mahkamah atas dakwaan rasuah. Apatah lagi pembentangan Bajet Pulau Pinang baru baru ini turut menimbulkan persoalan kebolehan DAP mengurus WANG RAKYAT kerana perbelanjaan Pejabat Ketua Menteri naik hingga 400% dari RM61.59 juta ke RM707.61 juta dan perbelanjaan mengurus naik hingga 500% dari RM280 juta pada tahun 2008 ke RM1.35 billion.
Kenaikan kos perbelanjaan ini amat mengejutkan RAKYAT Pulau Pinang kerana Guan Eng seperti tidak serius menangani masalah yang melanda negeri tersebut tetapi lebih mementingkan 'gaya mewah' kehidupan seorang Ketua Menteri yang negerinya sering di landa banjir kilat hingga menyusahkan rakyat. Apa solusi yang Guan Eng mampu berikan kepada rakyat P.Pinang selain meminta bantuan dari kerajaan pusat tetapi tetap menyalahkan Najib atas kejadian banjir?
Apa yang Guan Eng mampu lakukan hanyalah mencari populariti apabila cuba mengambil kesempatan atas tragedi penemuan mayat seorang peniaga 'rokok seludup' yang terjun dari jambatan Pulau Pinang di mana 'amanatnya' tersebar luas dalam media sosial baru baru ini. DAP menganjurkan satu program yang kononnya rakyat tertekan dan bertindak membunuh diri bagi mengelak tindakan yang bakal dikenakan atas kesalahan sendiri?
Inikah kerajaan yang boleh menjamin hidup RAKYAT P.Pinang? Beretorik dalam poltik tetapi tidak berusaha membantu kesukaran rakyat sewaktu di landa musibah selain dari menyalahkan kerajaan pusat dan Najib? Cukuplah 'drama' Guan Eng dan DAP yang tidak habis mengaburi mata rakyat Pulau Pinang selama ini, mereka tidak layak lagi untuk memerintah Pulau Mutiara itu.
Wednesday, 16 November 2016
'HANTU JAMBATAN' MAHU GIGIT LIM GUAN ENG - NOTA DI JUMPAI DI BAWAH JAMBATAN PULAU PINANG.
GEMPAR!!! ADA HANTU MAHU GIGIT LIM GUAN ENG PULA
Selepas digemparkan dengan 'nota balasan' tragedi seorang peniaga yang terjun dari jambatan Pulau Pinang, ada nota terbaru di temuidi bawah laluan jambatan sama pada hari ini. Di percayai 'Nota' kali ini ditujukan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan DAP yang mahu menganjurkan satu program mengaitkan kisah 'penerjun jambatan' yang meminta surat amanatnya diviralkan.
Antara kandungan 'Nota' tersebut, satu kecaman telah diluahkan kerana kerajaan negeri dan DAP seperti mahu mengambil kesempatan di atas tragedi yang menimpa dan di politikkan demi kepentingan DAP yang semakin sukar mempertahankan keyakinan RAKYAT berikutan kes RASUAH yang melibatkan Ketua Menteri Pulau Pinang dalam satu pembelian banglo di bawah harga sebenar.
"saya amat terkilan apabila kematian saya diperjudikan demi kepentingan parti yang memerintah Pulau Pinang. Selepas kematian saya baru baru ini,saya dapat lihat banyak kerosakan yang dilakukan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang, yang terbaru apabila saya menyelam ke Pulau Jerjak saya dapati sudah batu batu (kuari) di pulau tersebut dan dapati pulau tersebut telah tergadai dan bukan hak Pulau Pinang".
"saya amat tidak puas hati dengan kerajaan negeri yang membuat program"Tragedi Lahar Yooi" untuk kepentingan politik Lim Guan Eng. Saya mengecam Lim Guan Eng kerana membuat program akan mengaibkan saya dan keluarga dan seluruh rakyat Pulau Pinang yang menjual rokok seludup. Program ini MESTI DIHENTIKAN!"
*terimakasih kepada yang menghantar rokok JOHN baru baru ini, itu bukan rokok JOHN setan! Itu rokok ROTHMAN! Jangan sampai saya mai gigit Lim Guan Eng.

Ketua Bahagian Umno Bagan turut mengecam tindakan DAP yang mahu menggunakan tragedi yang menimpa mangsa dengan program 'Forum Tragedi Lahar Yooi' yang di jangka akan berlangsung di Dewan Muhibbah Merbau Kudong,Pulau Pinang pada 17 November 2016.
Mengapa DAP seperti tidak mempunyai keperimanusiaan apabila masih mahu menggunakan kisah tersebut untuk meraih simpati rakyat kononnya kerajaan sediada zalim?Siapa lebih zalim sebenarnya? Menggnakan tragedi untuk mencari sokongan politik secara jijik merupakan taktik DAP dan ini sering digunapakai apabila sudah terdesak. Rakyat Pulau Pinang perlu MENGHUKUM DAP pada PRU14 dengan menolak seluruh kepimpinan DAP daripada terus merosakkan negeri tersebut.
Anak muda kini telah disahkan mempunyai kehidupan yang senang oleh Ketua AMK dari PKR Ampang apabila foto sebuah banglo tersebar di laman media sosial. Kerajaan DAP sebenarnya sudah hilang taring di Pulau Pinang dan Lim Guan Eng pula seperti sudah tahu kisahnya akan berakhir di belakang tirai besi telah menamakan pengganti beliau.
Saturday, 17 September 2016
Kantoi - Lim Guan Eng Atau Jeff Ooi Yang Menipu Rakyat?
SIAPA SEBENARNYA MENIPU?
MalaysiaKini menaikmuat satu kenyataan Setiausaha Agung DAP berkaitan komen Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi mengenai Mursydul Am PAS, Allahyarham Dato Harun Din di laman Twitternya.
Kenyataan Guan Eng di petik dari Roketkini : http://www.roketkini.com/2016/09/17/dap-kesal-sifatkan-kenyataan-jeff-ooi-tidak-sensitif/
Netizen pasti akan mempersoalkan mengapa penjelasan dari Guan Eng berbeza dengan penafian Jeff Ooi.
Siapa yang menipu rakyat sekarang ini sebenarnya? Jika benar komen penghinaan Jeff Ooi itu dinaikmuat oleh beliau sendiri maka sepatutnya beliau tampil dan memohon maaf kepada waris keluarga Allahyarham.
Jelas sekali DAP sememangnya menanam doktrin "penafian" setaip kali terjerat bila melakukan kesalahan dan berharap akan dilupakan segalanya dengan 'gula gula permohonan maaf.
Rakyat perlu membuka mata mengenai sikap sebenar DAP yang tidak konsisten dalam menghormati sensitiviti agama kaum lain.


















