Perang Kuasa Dalam PPBM, Siapa Lebih Berkuasa?
Dalam keadaan negara yang menghadapi pandemik Covid-19, masih ada pihak berpolitik tanpa batasan. Situasi menggegarkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) semakin menampakkan keretakan apabila tular surat pemecatan Setiausaha Agung PPBM yang ditandatangani oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Presiden parti.
Bagaimanapun keputusan Muhyiddin memecat Marzuki tidak diterima oleh Tun Mahathir yang masih mengganggap dirinya Pengerusi PPBM yang berkuasa. Perselisihan kuasa antara Presiden dan Pengerusi parti semakin memuncak sejak TSMY dilantik sebagai PM Ke-8 apabila Tun M meletakkan jawatan dalam kekalutan perebutan kuasa dalam Pakatan Harapan sendiri.
Tekanan yang dikenakan sekutu PH menyaksikan jawatan Pengerusi PH disandang Anwar Ibrahim dan kemudian dicalonkan sebagai PM menggantikan Tun M. Kemelut perebutan kuasa dalam PH sendiri telah meruntuhkan kerjasama mereka dan sebagai Presiden PPBM, TSMY enggan mengambil risiko dan mengisytiharkan PPBM keluar dari PH. Drama tersebut berlanjutan hinggalah Yang DiPertuan Agong membuat keputusan selepas Mesyuarat Raja-Raja Melayu dan menemubual semua Ahli Parlimen berkaitan sokongan mereka. Walau ada cubaan saat akhir dari PH untuk memastikan Anwar Ibrahim dilantik sebagai PM, keputusan telah dibuat dan semua pihak perlu akur dengan apa yang diputuskan YDPA.
BANTAHAN PEMECATAN MARZUKI
Mengejutkan sekali apabila satu pendedahan dilakukan oleh Anwar Ibrahim terhadap Tun M. Anwar mendedahkan beliau kini TIDAK LAGI MEMPERCAYAI TUN M dalam satu wawancara dengan media luar negara.
Bagaimanapun beberapa pemerhatian dalam kumpulan 'Whatsapp' mendapati ramai yang mahu menggulingkan TSMY sebagai Presiden menjelang pemilihan PPBM yang akan diadakan kelak sebagai 'Membalas Dendam' apa yang mereka anggap sebagai 'Pengkhianatan Terhadap Tun M'. Apakah Muhyiddin hanya akan berdiam diri apabila telah diumumkan Mukhriz Mahathir akan menentangnya bagi jawatan Presiden PPBM? Sejarah mungkin bakal berulang dalam PPBM dengan pengaruh Tun M, apa yang terjadi kepada Allahyarham Tun Ghaffar Baba akan berlaku pula kepada TSMY jika pengaruh serta hasutan tidak dikawal oleh TSMY.
Apa langkah seterusnya akan dilakukan Muhyiddin bagi memastikan beliau tidak memegang rekod sebagai PM paling singkat dalam sejarah Malaysia? Setiap hari pelbagai hasutan serta gerak kerja dilakukan pihak tertentu dalam PPBM sendiri bagi menumbangkan beliau.
Siapa tahu apa pula muslihat digunakan oleh pihak tertentu bagi mengaburi mata TSMY untuk terus mempercayai beliau ada sokongan kuat kekal sebagai Presiden PPBM? 'Kuda dan Keldai' akan digerakkan dalam diam bagi memastikan Muhyiddin tumbang dan legasi Tun M diteruskan dalam PPBM?
Showing posts with label PPBM. Show all posts

Saturday, 21 March 2020
Saturday, 22 February 2020
'THE LAST SEMURAI' AKAN 'MATI BERAGAN' JIKA MAHATHIR MUNGKIR JANJI - FAIL MERAH KEMBALI DI ATAS MEJA?
Bagaimana Jika APEC KL Tidak Diadakan, Mana 'Last Samurai' Mahu Sorok Muka?
Majlis Presiden Pakatan Harapan yang dipengerusikan Tun M selaku Perdana Menteri telah memutuskan bahawa peralihan kuasa hanya akan ditentukan beliau selepas Sidang APEC KL yang dijangkakan pada November ini.
Kenyataan tersebut sekaligus memadam desas desus peralihan kuasa antara Mac ke Mei 2020 yang berlegar dan menjadi topik panas dalam 'Sidang Kedai Kopi Politik' negara. Bukan sahaja cakap-cakap terhenti malah pelawaan Anwar Ibrahim kepada Tun M sebagai Menteri dalam 'Kabinet' Anwar juga terus lenyap dengan persetujuan yang dicapai dalam mesyuarat Majlis Presiden PH.
Tun M yang tidak memberi tarikh spesifik bagi peralihan kuasa tersebut dilihat sudah 'Menang' dalam gelombang krisis dalaman Pakatan Harapan. Justeru itu apa sahaja perkara berbangkit mengenai peralihan kuasa selepas ini bolehlah dianggap tidak lagi relevan walau wujud tentangan dari beberapa pihak terutama penyokong Reformasi. Apa lagi yang mampu dilakukan Anwar untuk mengambil alih tampuk Putrajaya selain bersabar dan bersedia dengan apa sahaja kemungkinan tergelincir sekali lagi seperti 1998?
Baca - SEJARAH 'LIWAT' 1998 DAN PEMBONGKARANNYA
Seperti mana pernah berlaku pada 1998, Anwar kini berada dalam tekanan dari penyokongnya yang mahukan beliau menuntut 'JANJI' Peralihan Kuasa selepas 2 tahun memberi laluan kepada Tun M. Beliau perlu berhati-hati dalam usahanya merealisasikan impian 20 tahun agar episod memalukan pada 1998 tidak dijadikan ulang-tayang bagi menghalang cita-citanya. Perlu diingatkan sehingga hari ini dakwaan Dr Mahathir terhadap moral Anwar tidak pernah ditarik balik atau dinafikan Tun M sendiri malah baru-baru ini muncul kisah seorang pemuda bernama Rawther yang mendakwa cuba di 'ehem' oleh Anwar Ibrahim. Walau awalnya Anwar seakan bersedia mengheret pemuda tersebut ke muka pengadilan namun akhirnya beliau sendiri tidak meneruskan prosiding telah menimbulkan kembali polemik serta persepsi dakwaan Dr Mahathir pada 98 itu adalah benar. Apakah politik Tanahair akan menyaksikan kembali episod 'Usung Tilam' jika Anwar terus menggasak Tun M? Moga tiada lagi kisah sebegitu dalam tahun 2020 kerana masing-masing (Anwar & Tun M) telah lanjut usia.
Baca - MAT KOTAK PERNAH KHIANAT ANWAR
Walau kenyataan Tun M telah diterima Anwar (Terpaksa atau Dipaksa) ada satu perkara agak menimbulkan persoalan. Secara tiba-tiba Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dikatakan telah menyambung mesyuarat selepas sidang media Majlis Presiden PH di sebuah hotel di Putrajaya. Sebuah portal berita telah menulis Azmin Ali dilihat bersama beberapa pemimpin berada di hotel dan dipercayai sedang bermesyuarat namun apa kandungan mesyuarat tidak diketahui langsung. Ini menimbulkan persoalan apakah dalam mesyuarat MPPH berlaku pertikaman lidah atau perbezaan pendapat yang agak kritikal. Adakah sesuatu dibelakang tabir sedang berlaku dan Tun M tidak menyedarinya atau ia memang dalam pengetahuan PM namun atas 'Restu' mesyuarat berlangsung bagi mengekang sebarang usaha dari pihak pendesak memaksa PM mengeluarkan kenyataan lain pula esoknya?
Apa pula akan berlaku hari-hari seterusnya? Apakah 'Plan B' yang diuar-uarkan akan berlaku? Mungkinkah ada isyarat lain kepada satu pihak untuk terus 'Bermain Catur Politik' bagi mengekalkan kedudukan Tun selaku PM hingga habis penggal? The Last Samurai kini jelas hanya wujud sebagai MITOS dan gambaran bahawa Anwar Ibrahim adalah The Last Samurai ternyata meleset jauh dari realiti apabila beliau sendiri mengakui menyerahkan segala keputusan ke tangan Tun M. Adakah sebab ada 'Ref File' atas meja sebagaimana yang pernah beliau lalui pada zaman PM Ke-4?
Majlis Presiden Pakatan Harapan yang dipengerusikan Tun M selaku Perdana Menteri telah memutuskan bahawa peralihan kuasa hanya akan ditentukan beliau selepas Sidang APEC KL yang dijangkakan pada November ini.
Kenyataan tersebut sekaligus memadam desas desus peralihan kuasa antara Mac ke Mei 2020 yang berlegar dan menjadi topik panas dalam 'Sidang Kedai Kopi Politik' negara. Bukan sahaja cakap-cakap terhenti malah pelawaan Anwar Ibrahim kepada Tun M sebagai Menteri dalam 'Kabinet' Anwar juga terus lenyap dengan persetujuan yang dicapai dalam mesyuarat Majlis Presiden PH.
Baca - SEJARAH 'LIWAT' 1998 DAN PEMBONGKARANNYA
![]() |
| petikan dari pengakuan saksi kes Anwar Ibrahim 1998 |
Seperti mana pernah berlaku pada 1998, Anwar kini berada dalam tekanan dari penyokongnya yang mahukan beliau menuntut 'JANJI' Peralihan Kuasa selepas 2 tahun memberi laluan kepada Tun M. Beliau perlu berhati-hati dalam usahanya merealisasikan impian 20 tahun agar episod memalukan pada 1998 tidak dijadikan ulang-tayang bagi menghalang cita-citanya. Perlu diingatkan sehingga hari ini dakwaan Dr Mahathir terhadap moral Anwar tidak pernah ditarik balik atau dinafikan Tun M sendiri malah baru-baru ini muncul kisah seorang pemuda bernama Rawther yang mendakwa cuba di 'ehem' oleh Anwar Ibrahim. Walau awalnya Anwar seakan bersedia mengheret pemuda tersebut ke muka pengadilan namun akhirnya beliau sendiri tidak meneruskan prosiding telah menimbulkan kembali polemik serta persepsi dakwaan Dr Mahathir pada 98 itu adalah benar. Apakah politik Tanahair akan menyaksikan kembali episod 'Usung Tilam' jika Anwar terus menggasak Tun M? Moga tiada lagi kisah sebegitu dalam tahun 2020 kerana masing-masing (Anwar & Tun M) telah lanjut usia.
Baca - MAT KOTAK PERNAH KHIANAT ANWAR
Walau kenyataan Tun M telah diterima Anwar (Terpaksa atau Dipaksa) ada satu perkara agak menimbulkan persoalan. Secara tiba-tiba Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dikatakan telah menyambung mesyuarat selepas sidang media Majlis Presiden PH di sebuah hotel di Putrajaya. Sebuah portal berita telah menulis Azmin Ali dilihat bersama beberapa pemimpin berada di hotel dan dipercayai sedang bermesyuarat namun apa kandungan mesyuarat tidak diketahui langsung. Ini menimbulkan persoalan apakah dalam mesyuarat MPPH berlaku pertikaman lidah atau perbezaan pendapat yang agak kritikal. Adakah sesuatu dibelakang tabir sedang berlaku dan Tun M tidak menyedarinya atau ia memang dalam pengetahuan PM namun atas 'Restu' mesyuarat berlangsung bagi mengekang sebarang usaha dari pihak pendesak memaksa PM mengeluarkan kenyataan lain pula esoknya?
Apa pula akan berlaku hari-hari seterusnya? Apakah 'Plan B' yang diuar-uarkan akan berlaku? Mungkinkah ada isyarat lain kepada satu pihak untuk terus 'Bermain Catur Politik' bagi mengekalkan kedudukan Tun selaku PM hingga habis penggal? The Last Samurai kini jelas hanya wujud sebagai MITOS dan gambaran bahawa Anwar Ibrahim adalah The Last Samurai ternyata meleset jauh dari realiti apabila beliau sendiri mengakui menyerahkan segala keputusan ke tangan Tun M. Adakah sebab ada 'Ref File' atas meja sebagaimana yang pernah beliau lalui pada zaman PM Ke-4?
Monday, 17 February 2020
DAKWA AZMIN SABOTAJ EKONOMI MALAYSIA, BERANIKAH AZMIN SAMAN EZAM 'KOTAK'?
Azmin Sabotaj Ekonomi Negara - Ezam 'Kotak'
Timbalan Presiden PKR kini menghadapi tekanan dari Pro-Anwar yang mahukan pendirian Azmin mengenai peralihan kuasa. Agak pelik apabila Ezam Mohd Nor kini bertindak seolah menjadi jurucakap merangkap 'Pengurus Kempen' bagi proses peralihan kuasa Tun M kepada Anwar sedangkan semua tahu Ezam pernah mendakwa mempunyai berkotak fail mengenai kebejatan Anwar Ibrahim. Tidak mustahil jika beliau juga akan mendakwa turut mempunyai berkotak fail mengenai Azmin Ali sekiranya Menteri Ekonomi itu tidak memberikan sokongan buat Presiden PKR jika berlaku Undi Percaya kepada PM di Parlimen.
Baca - EZAM BAKAL DEDAH 'KOTAK FAIL'?
Adakah Ezam juga mempunyai maklumat mengenai 'Percutian Mewah' Azmin ke Jepun? Mungkin Ezam ada akses bagi mendedahkan dari mana sumber kewangan Azmin Ali yang mampu menyediakan hampir RM500 ribu hanya untuk tiket penerbangan kelas bisnes bagi keluarga Azmin. Malah mengejutkan juga selepas Jepun, percutian keluarga tersebut bersambung pula ke London. Moga Ezam dapat mendedahkan segalanya mengenai Azmin Ali sekaligus menjawap segala persoalan mengenai KESETIAAN Azmin Ali kepada PKR dan khususnya kepada Anwar Ibrahim menjelang tarikh peralihan kuasa seperti dijanjikan dan tidak menunggu sehingga Sidang Apec berlangsung. Ezam sepatutnya mendedahkan lebih banyak kelemahan Azmin bagi terus memberi tekanan buat Timbalan Presiden PKR itu agar belajar erti SETIA kepada Presiden Parti dan tidak sesekali membelakangkan kepercayaan yang selama ini diberikan Anwar kepadanya.
Undi percaya yang dicadangkan Pas sebenarnya banyak merungkai teori konspirasi dalaman Pakatan Harapan hingga menimbulkan polemik parti mana yang akan mendapat majoriti 112 (majoriti mudah) bagi membentuk kerajaan baru seperti digembar-gemburkan. Malah satu siaran dalam sebuah akhbar turut memberikan angka angka yang agak menarik namun masih belum cukup bagi mencapai objektif majoriti mudah membentuk kerajaan.
Kini Azmin kelihatan dalam dilemma samada mahu terus berada dibelakang Tun M atau berdiri bersama PKR bagi mendesak proses peralihan atau sekurangnya membawa sebanyak boleh sokongan buat Mahathir agar kekal sehingga habis penggal mandat. Laporan menunjukkan ada 26 Ahli Parlimen PKR menandatangani Akuan Bersumpah tetapi tidak mendedahkan siapa 'Broker' bagi pihak PKR. Adakah Ezam akan berjaya menelanjangkan siapa dalang dalam PKR bagi membuktikan kini beliau diperlukan Anwar Ibrahim sebagai 'Pengurus Kempen'? Jika menurut laporan The Star sokongan kepada Tun M hanyalah sekitar 73 Ahli Parlimen (PH) bermakna masih jauh kurang dari majoriti yang diperlukan. Desas desus mengenai ketegangan hubungan Anwar-Azmin sentiasa panas apatah lagi 'Orang Kuat' Azmin sudahpun memohon untuk bercuti dari tugas selaku Naib Presiden PKR selepas memerima surat tunjuk sebab dari Badan Disiplin parti. Kini percaturan makin menarik namun ianya hanyalah berkisar mengenai kuasa dan akhirnya kebajikan Rakyat, Janji kepada Rakyat, Ekonomi Rakyat hanyalah Laungan RETORIK buat mereka dalam Pakatan Harapan untuk terus berkuasa.

Wednesday, 22 January 2020
DESAKAN PERALIHAN KUASA - 'TROJAN HORSE' DALAM PKR AKAN MUNCULKAN DIRI ATAU AKAN ADA MENTERI KENA PECAT?
Anwar PM Ke-8, Siapa Bakal Ganti TPM?
Nampaknya semakin serius gerakan Reformis mahu peralihan kuasa berlaku pada 2020. Sekeping poster dijumpai berlegar dalam media sosial dengan tertera 'AMK SELANGOR' mahu menunjukkan Tun M 'Jalan Keluar' sekiranya masih berdegil menjelang 9 Mei 2020. Sejauh mana kesahihan poster berkenaan dikeluarkan oleh AMK SELANGOR sebagaimana tertera tidak dapat dipastikan.
Bagaimanapun transmisi peralihan kuasa yang digembar-gemburkan ini menarik banyak persoalan samada netizen mahupun rakyat biasa. Ada atau tidak perkara dibawah terlintas dalam fikiran pembaca?
![]() |
| Sahih Atau Palsu? |

- Apa impak peralihan kuasa terhadap ekonomi negara?
- Berubahkah polisi pentadbiran apabila berlaku peralihan kuasa?
- Siapa akan dilantik sebagai TPM sekiranya Anwar PM?
- Akan tertunaikah manifesto PH pada PRU14?
- Adakah Tun M bersara atau dilantik sebagai Menteri Kanan seperti Mendiang Lee Kuan Yew?
Paling menarik adakah Azmin akan kekal bersama PKR sekiranya beliau menerima surat tunjuk sebab dalam masa terdekat? Percaturan politik sering berubah mengikut keperluan kuasa dan tidak mustahil Tun M akan meminta bantuan Azmin memihak kepada beliau sekiranya ada usul undi tidak percaya dibawakan dalam Sidang Parlimen setelah semua jalan penyelesaian bagi mengekalkan kedudukan sebagai PM hingga habis mandat menemui jalan buntu.
![]() |
| Kenyataan SUA PKR |
AZMIN ALI sebelum ini secara terbuka menyatakan sokongannya kepada Tun M dan mencabar mana mana pihak memberi bukti wujud perjanjian peralihan kuasa selepas PH berkuasa 2 tahun. Menghampiri tarikh 9 Mei 2020, genaplah 2 tahun Tun M memegang tampuk pemerintahan Pakatan Harapan sebagau Perdana Menteri. Masih ingat cadangan mereka (PH) yang mahu jawatan PM dipegang tidak lebih dari 2 penggal? Malangnya cadangan itu tidak terpakai dalam konsensus peralihan kuasa yang dipersetujui semua parti dalam Pakatan Harapan sebelum ini.
Baca - AZMIN CABAR BUKTIKAN PERJANJIAN PERALIHAN KUASA

Negara bakal mencipta sejarah sekiranya Anwar dilantik menjadi PM apabila TPM merupakan isteri beliau. Lakaran sejarah dunia akan berlaku pasangan suami isteri memegang tampuk tertinggi sistem demokrasi berparlimen Malaysia. Tetapi ia adalah mustahil sekali untuk direalisasikan seandainya Tun M menggunakan kuasa penuh beliau bagi menukar TPM dalam waktu terdekat memandangkan Wan Azizah bukan lagi Presiden PKR selepas Anwar mengambil alih teraju PKR daripadanya. Tiada yang mustahil boleh terjadi sekiranya Tun M mengambil langkah drastik menyekat semua desakan dan tekanan yang diberikan terhadapnya. Justeru itu Anwar atau Wan Azizah perlu bersedia dengan segala kemungkinan yang mendatang sekiranya berlaku pembelotan dari dalam PKR itu sendiri. Jika Maszlee Malik selaku MP PPBM boleh 'Dinasihatkan' agar meletakkan jawatan, apalah sangat dengan Wan Azizah yang sudah tiada jawatan dalam parti sendiri.
Baca - DAP AKAN SINGKIR PPBM DARI PAKATAN HARAPAN?
Masalah terbesar Anwar perlu fikirkan ialah menyingkirkan 'Trojan Horse' Tun M yang masih berada rapat dengan kedudukan beliau. Siapakah individu tersebut? Hanya Anwar ada jawapannya. Bak kata seorang pelawak tanahair "Lu Pikirla Sendiri".

Tuesday, 21 January 2020
ZURAIDA SUDAH, AZMIN BILA PULA MAHU DIKENAKAN TINDAKAN SURAT TUNJUK SEBAB ATAU ADA 'EHEM EHEM' KAH?
Azmin 'Kebal' Dari Tindakan Tatatertib PKR Sebab Pegang Sesuatu?
Seperti ada 'Double Standard' dalam PKR apabila Zuraida Kamaruddin diminta menjawap surat tunjuk sebab dalam tempoh 14 hari. Mengapa hanya Zuraida? Azmin Ali yang turut terlibat dalam konflik dalaman PKR seakan kebal dari tindakan tatatertib parti itu walau mengeluarkan perkataan "Kepala Bapak Engkau" yang dipercayai ditujukan kepada Presiden PKR ketika sepentas dengan Zuraida di sebuah hotel.
Mungkinkah ini penyebab tersebar borang palsu Zuraida memohon menyertai PPBM semalam? Segalanya seakan tidak mustahil dalam zaman Pakatan Harapan apabila perebutan kuasa menjadi agenda paling penting dalam memastikan kelangsungan karier politik mereka.
Azmin Ali yang kini boleh menarik nafas lega selepas siasatan PDRM tidak dapat mengenal pasti siapa pasangan Haziq dalam video kontroversi adegan seks luar tabi'e.
Bagaimanapun selaku Menteri Ekonomi yang juga memegang portfolio menjaga kepentingan Felda dan Peneroka Felda, Azmin terlepas satu perkara besar yang kini menjadikan Malaysia dalam dilemma.
Baca - INDIA KURANGKAN IMPORT HASIL SAWIT MALAYSIA
Satu tamparan besar terhadap Azmin jika rakan sejawat dalam kabinet GAGAL membuat rundingan dengan antara negara pengimport terbesar komoditi yang juga punca pendapatan Felda dan Peneroka Felda. Malah ada SURAT TERBUKA kepada Kerajaan khususnya Menteri Ekonomi berkaitan kekhuatiran berlaku BOIKOT oleh India. Secara jelas Azmin Ali GAGAL menjaga kebajikan serta kepentingan Felda dan Peneroka sekiranya perkara ini berlanjutan dalam tempoh panjang. Mungkinkah KEGAGALAN ini akan digunakan bagi menggugurkan nama Azmin dari Kabinet apabila Anwar mengambil alih tampuk pemerintahan dari Tun M dan dijadikan pembalasan 'Infiniti' oleh Presiden PKR kepada Azmin agar tahu meletak kepentingan, taat setia kepada Presiden dan parti ditempat sepatutnya?
Azmin Ali boleh memilih 'Keluar Baris' dari PKR jika berasakan kedudukannya sudah tidak selamat lagi tetapi kemana beliau boleh pergi? Alternatifnya hanya PPBM yang ada untuk jadi dahan berpaut namun apa pula kata 'Supremo' PPBM yang lain? Sudahlah Presiden PPBM seperti tidak berkuasa langsung kerana segala keputusan parti perlu mendapat 'Perkenan' Dr M?
Kini Azmin juga dalam keadaan tersepit membawa haluan sekiranya mahu terus kembangkan kerjaya dan laluan politiknya. Memang nampak tenang di permukaan namun di dasar siapa tahu? Bagai teratai di tasik akar tak jejak ke tanah jadinya Azmin Ali kini apabila Zuraida yang menerima tempias awal.

Monday, 20 January 2020
KERAJAAN SEPENGGAL - TUN M BERI ISYARAT BUBAR PARLIMEN JIKA TERUS DIDESAK PERALIHAN KUASA?
Desakan Peralihan Kuasa Makin Kuat, Tun M Hanya Ada 1 Pilihan
PAKATAN HARAPAN KERAJAAN SEPENGGAL
Apabila Naib Presiden PKR diminta menjawap surat tunjuk sebab tidak hadir dalam mesyuarat tertinggi PKR seakan memberi isyarat ada sesuatu perkara besar bakal berlaku samada dalam PKR sendiri atau dalam Pakatan Harapan. Zuraida Kamaruddin, Menteri KPKT diberikan tempoh 14 hari bagi menjawap surat tersebut. Berita tersebut seakan mengesahkan kini Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah sedia untuk berpecah dan PH pula akan menghadapi konflik terburuk namun hanya kepimpinan mereka sahaja yang tahu perkara sebenar.
DESAKAN PERALIHAN KUASA
Dipercayai surat tunjuk sebab kepada Zuraida ada kena mengena dengan isu 'Peralihan Kuasa' dari Tun M kepada Anwar dalam tempoh terdekat. Setiausaha Agung PKR pula mengesahkan ada persetujuan dalam Pakatan Harapan pada 2018 dan Anwar Ibrahim dinamakan sebagai Perdana Menteri Ke-8.
Kekalahan proksi Pakatan Harapan iaitu Warisan di Kimanis menguatkan lagi desas desus tempoh peralihan kuasa berlaku namun tarikh sebenar masih belum diputuskan Majlis Presiden Pakatan Harapan. Tekanan yang diberikan terhadap Tun M telah menyebabkan beliau mengeluarkan kenyataan akan berundur seberapa segera jika itu yang Majlis Presiden Pakatan Harapan mahukan namun kumpulan Pro-Mahathir enggan beliau menurut desakan dari pihak tertentu dalam PH. Dalam pada itu, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang dikatakan sedang 'disintuk limau' sebagai pengganti Mahathir selaku PM terus mendiamkan diri selepas siasatan PDRM berkaitan satu video intim songsang tidak dapat membuktikan beliau adalah individu yang dinamakan Haziq sebagai pasangannya. Begitu menghairankan mengapa Zuraida dikenakan tindakan surat tunjuk sebab dan Azmin yang turut tidak hadir mesyuarat tertinggi PKR tidak pula dikenakan sebarang tindakan. Adakah Anwar ada perancangan tertentu bagi menyekat kemaraan Azmin Ali?
Tonton - PEMBONGKARAN MENGENAI AZMIN ALI OLEH REFORMIS
Tidak mustahil akan berlaku perpecahan besar dalam PKR sedikit masa lagi jika 'Tangan Ghaib' terus memainkan peranan dalam PKR sendiri. Adakah Anwar sedar beliau semakin hilang kepercayaan di kalangan ahli parti atau beliau juga berpandukan kepada sorakan apabila berjumpa ahli parti?
Kekuatan Anwar telah diuji ketika turun kempen di Kimanis dan ternyata beliau sudah hilang 'Aura' sebagai pemimpin sekaligus merumitkan lagi cita-cita untuk menjadi PM. Azmin juga hilang punca apabila kempen beliau tidak mampu membawa kemenangan kepada Warisan di Kimanis jadi nama mereka berdua sudah tentu dikeluarkan dari senarai peralihan kuasa. Nama siapa sebenarnya yang berada paling atas dalam senarai Tun M? Hari ini Tun pula mengeluarkan kenyataan bahawa Pakatan Harapan perlu bersedia menjadi Kerajaan Sepenggal dan semestinya menjadi tandatanya kepada seluruh rakyat Malaysia mengapa beliau berkata demikian sedangkan sebelum ini beliau amat yakin PH akan kekal menguasai Putrajaya selepas PRU15. Adakah ini isyarat bahawa Tun M bersedia membubarkan Parlimen bagi mengelakkan peralihan kuasa kepada Anwar berlaku? Siapa tahu permainan politik Tun M?

Saturday, 23 November 2019
AZMIN DAN TUN M IBARAT ORANG KELEMASAN MENGAGAU CARI PENGARUH, LELONG NAMA BN
Siapa Lelong Siapa, Siapa Kena Lelong?
Gempar apabila Presiden Pakatan Harapan - Tun Mahathir membuat kenyataan Timbalan Presiden PKR memberitahu bahawa ada kalangan pemimpin Umno yang bertemu beliau di kediamannya mengaku sudah hilang kepercayaan kepada parti (Umno). Kenyataan tersebut memberi gambaran seolah-olah ahli Parlimen BN kini bersedia untuk 'memeluk' Pakatan Harapan sekaligus menyelamatkan 'jangka hayat' Azmin Ali yang kini bermasalah dalam PKR.
AZMIN LELONG APA?
Presiden Umno ketika menjawap pertanyaan mengenai pertemuan MP BN menyatakan perjumpaan tersebut lebih kepada menyelesaikan masalah berkaitan ekonomi dikawasan masing-masing memandangkan Azmin adalah Menteri yang menjawat portfolio Ekonomi.
Melihat senario ini timbul persoalan mengapa Timbalan Presiden PKR yang sedang 'mencungap nafas' dalam parti sendiri berbuat demikian dan tidak menghormati kehadiran MP BN yang beliau sendiri jemput ke rumahnya bagi perbincangan perihal ekonomi setempat? Umum tahu Azmin kini terdesak mencari sokongan apabila beliau yang dikatakan antara 'trojan horse' semakin hilang kuku dalam PKR hinggakan beliau digugurkan dari merasmikan kongres PKR. Ini bermula apabila satu klip video seks songsang tersebar dan 'aktor' tersebut dikatakan mirip beliau. Bagaimanapun seorang lagi 'aktor' yang menjalankan tugas sebagai 'Suami' dalam klip tersebut telah membuat pengakuan siapa yang menjadi 'Isteri' dalam adegan yang dinamakan Skandal Sandakan itu. Sejak dari itu imej Timb.Presiden PKR semakin terjejas malah displin beliau dalam parti juga dipersoalkan malah dalam satu wawancara singkat beliau menempelak Presiden PKR sendiri. Tidak terhenti setakat itu, Azmin yang sedikit 'berang' turut mencabar kewujudan Perjanjian Peralihan Kuasa antara Mahathir-Anwar dimana sebelum itu Anwar telah menyatakan ada perjanjian bertulis dalam hal peralihan kuasa. Kemelut krisis antara Azmin-Anwar yang masih belum mencapai klimaks menjadi perhatian sekali lagi apabila heboh diperkatakan Azmin telah mencabar Anwar untuk memecatnya dari parti namun tiada kesahihan diperolehi setakat ini.
PERJANJIAN DAN CABARAN AZMIN
Bagaimanapun jika benar cabar mencabar telah berlaku, maka plot mengatakan MP BN hilang kepercayaan terhadap Umno boleh dikatakan sebagai 'Modal' Azmin melariskan dirinya kepada Tun M bagi memastikan kedudukannya dalam kabinet terjamin.
Sebagai orang lama dalam politik, Tun M pula sudah pasti tidak akan melepaskan apa juga peluang bagi mengalihkan perhatian KEGAGALAN PPBM di Prk Tg Piai. Kekalahan dengan jurang undi yang agak besar sebenarnya telah merobek ego Tun M yang masih percaya beliau disayangi rakyat selepas 18 bulan Pakatan Harapan memerintah. Jika diteliti secara lebih halus sentimen Anti-Mahathir antara faktor penyumbang KEKALAHAN PPBM yang mewakili PH di Tg Piai. Enggan menerima hakikat bahawa beliau semakin dibenci rakyat kerana gaya pemerintahan yang menyebabkan ekonomi terbantut serta pengenalan dasar yang menyukarkan rakyat maka Tun dalam keadaan terdesak perlu mengalih perhatian dan peluang tersebut dihidangkan Azmin ketika Tun tergapai mencari 'Pelampung'. Tanpa mengambil masa lama, peluang yang tersedia terus diambil Tun dan sehingga kini Azmin masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengiyakan apa yang Mahathir sebut berkaitan MP BN. Mengapa? Sudah nampak acara lelong melelong antara Tun dan Azmin? Terserah kepada pembaca menilai 'weight' kenyataan Tun dan Azmin kelak.
Seorang ahli Parlimen (enggan dinamakan) yang turut hadir di kediaman Azmin telah dihubungi dan beliau menafikan sekeras-kerasnya apa yang Tun nyatakan. Ahli Parlimen tersebut menyifatkan kenyataan Tun sebagai TERDESAK dan agak keterlaluan sedangkan beliau menyatakan pertemuan tersebut lebih menjurus kepada perkembangan ekonomi yang disalurkan Kementerian Ekonomi kekawasan mereka. Turut mengecam Azmin yang tidak menghormati mereka (MP BN) selepas dijemput, kehadiran tersebut dimanipulasi pula seolah mereka (MP BN) yang terdesak sedangkab Azmin tahu hal sebenar pertemuan itu. Siapa lelong siapa?
Jelas sekali 'Tsunami Besar' sudah menghampiri Pakatan Harapan dan ia sedang bersedia 'MENELAN' serta menguburkan segala Manifesto dan JANJI PH serta KEGAGALAN PH mengurustadbir negara dengan baik. Ini paling digusarkan oleh mereka (PH) kerana 'TSUNAMI' itu adalah Suara Rakyat!

Thursday, 21 November 2019
PERANG 'DUNIA' KE-5 DALAM PAKATAN HARAPAN, TUN M SEDIA ROMBAK KABINET
Kem Pakatan Harapan Goyah Selepas Kalah Tanjung Piai
Kekalahan teruk calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia di Tanjung Piai telah memberi tamparan besar buat Pakatan Harapan yang menjangkakan mereka akan menang mudah apabila meletakkan Hj Karmaine selaku calon. Dengan majoriti 15 ribu PH telah diperlihatkan suara sebenar rakyat selepas 18 bulan PH memerintah. Ini sekaligus membuatkan Tun M selaku Presiden Pakatan Harapan membuat satu sidang media petang semalam bagi meneliti sebab musabab kekalahan besar PH dan bersedia merombak kabinet bagi mencari formula baru menperkuatkan PH.
Dalam pada itu kemelut dalaman Parti Keadilan Rakyat dijangkakan turut mempengaruhi rombakan kabinet yang dicadangkan Mahathir semalam. Spekulasi beberapa nama dari PKR yang akan digugurkan turut menarik perhatian. Antara yang disebut ialah Menteri Ekonomi, Azmin Ali namun sehingga rombakan dilakukan spekulasi terus berlegar. Menarik sekali apabila Azmin yang bermasalah apabila sering tidak hadir mesyuarat PKR dikatakan telah mencabar Anwar Ibrahim memecat beliau namun sejauh mana kebenaran tidak dapat disahihkan. Peperangan kem Azmin dan Anwar semakin teruk apabila Azmin digugurkan daripada merasmikan Kongres PKR dan ia berlanjutan apabila tiada tanda perdamaian antara mereka.
Baca - ANWAR GESA AZMIN HADIR
Baca juga - SIKAP KERAS KEPALA AZMIN, ZURAIDA
Sikap Azmin yang enggan hadir mesyuarat biro politik PKR dikatakan ada kaitan dengan sokongan buat Tun M di Parlimen sekiranya berlaku undi tidak percaya terhadapnya. Mustahil dalam politik Pakatan Harapan tidak ada 'imbalan' jika Azmin memberi sokongan terhadap Mahathir namun apa 'imbuhan' sebagai balasan sokongan tidak diketahui.
Memeritkan lagi kekalahan Pakatan di Tanjung Piai apabila seorang Ahli Parlimen DAP secara terang-terangan mengaku KEGAGALAN Manifesto PRU14 sebagai punca. Ditambah kenyataan Lim Guan Eng yang enggan DAP dikaitkan dengan PPBM semasa kempen Tg. Piai, ianya memberi isyarat krisis dalaman PH semakin teruk. Adakah ini petunjuk DAP sudah mula menentang Mahathir dan akan memberi sokongan kepada Anwar sepenuhnya untuk mengambil alih kerusi Perdana Menteri? Sering diperhatikan gerak geri DAP dalam PH adakala tersekat apabila Tun M membuat keputusan yang tidak memberi 'keuntungan politik' buat DAP dan ini menjadi asbab mereka mula menggerakkan tentangan secara halus.
Hampir pasti Reformasi bakal menjelma seandainya peralihan kuasa tidak berlangsung seperti dijanjikan namun Azmin pernah mencabar kewujudan Perjanjian tersebut dan ini menambahkan lagi ada komplot tersembunyi yang dirancang tanpa pengetahuan yang lain dalam PH. Rakyat pasti ingat lagi Reformasi yang dipelopori Anwar sewaktu dipecat Mahathir dan mereka yang bergelar 'Otai' kini dimamah usia namun semangat Reformasi terus kekar dalam PKR.
PEMBERONTAKAN DALAM PKR
Mampukah Reformasi dinyatakan sekali lagi sekiranya Anwar mahu menggunakannya? Mana HAK RAKYAT yang mahu kedamaian dalam Malaysia dan suasana politik yang tenteram jika Pakatan Harapan terus bercakaran? Adalah lebih baik Tun M didesak untuk membubarkan Parlimen sebelum sebarang bentuk demonstrasi jalanan ala Reformasi berlaku sekali lagi.
![]() |
| Sidang Media PPBM |
Kekalahan teruk calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia di Tanjung Piai telah memberi tamparan besar buat Pakatan Harapan yang menjangkakan mereka akan menang mudah apabila meletakkan Hj Karmaine selaku calon. Dengan majoriti 15 ribu PH telah diperlihatkan suara sebenar rakyat selepas 18 bulan PH memerintah. Ini sekaligus membuatkan Tun M selaku Presiden Pakatan Harapan membuat satu sidang media petang semalam bagi meneliti sebab musabab kekalahan besar PH dan bersedia merombak kabinet bagi mencari formula baru menperkuatkan PH.
Dalam pada itu kemelut dalaman Parti Keadilan Rakyat dijangkakan turut mempengaruhi rombakan kabinet yang dicadangkan Mahathir semalam. Spekulasi beberapa nama dari PKR yang akan digugurkan turut menarik perhatian. Antara yang disebut ialah Menteri Ekonomi, Azmin Ali namun sehingga rombakan dilakukan spekulasi terus berlegar. Menarik sekali apabila Azmin yang bermasalah apabila sering tidak hadir mesyuarat PKR dikatakan telah mencabar Anwar Ibrahim memecat beliau namun sejauh mana kebenaran tidak dapat disahihkan. Peperangan kem Azmin dan Anwar semakin teruk apabila Azmin digugurkan daripada merasmikan Kongres PKR dan ia berlanjutan apabila tiada tanda perdamaian antara mereka.
Baca - ANWAR GESA AZMIN HADIR
Baca juga - SIKAP KERAS KEPALA AZMIN, ZURAIDA
Sikap Azmin yang enggan hadir mesyuarat biro politik PKR dikatakan ada kaitan dengan sokongan buat Tun M di Parlimen sekiranya berlaku undi tidak percaya terhadapnya. Mustahil dalam politik Pakatan Harapan tidak ada 'imbalan' jika Azmin memberi sokongan terhadap Mahathir namun apa 'imbuhan' sebagai balasan sokongan tidak diketahui.
Hampir pasti Reformasi bakal menjelma seandainya peralihan kuasa tidak berlangsung seperti dijanjikan namun Azmin pernah mencabar kewujudan Perjanjian tersebut dan ini menambahkan lagi ada komplot tersembunyi yang dirancang tanpa pengetahuan yang lain dalam PH. Rakyat pasti ingat lagi Reformasi yang dipelopori Anwar sewaktu dipecat Mahathir dan mereka yang bergelar 'Otai' kini dimamah usia namun semangat Reformasi terus kekar dalam PKR.
PEMBERONTAKAN DALAM PKR
Mampukah Reformasi dinyatakan sekali lagi sekiranya Anwar mahu menggunakannya? Mana HAK RAKYAT yang mahu kedamaian dalam Malaysia dan suasana politik yang tenteram jika Pakatan Harapan terus bercakaran? Adalah lebih baik Tun M didesak untuk membubarkan Parlimen sebelum sebarang bentuk demonstrasi jalanan ala Reformasi berlaku sekali lagi.
Sunday, 17 November 2019
PASCA TANJUNG PIAI - PAKATAN HARAPAN 'HARIMAU HILANG TARING, DICABUT KUKU' PENANGAN REFERENDUM RAKYAT
Tanjung Piai Beri Gambaran Kehidupan Rakyat Bawah Pakatan Harapan
Kekalahan Pakatan Harapan dalam Prk Tanjung Piai sememangnya diluar jangkaan semua pihak termasuk Barisan Nasional. Dengan majoriti 15,086, angka ini terlalu besar pengertiannya dalam ertikata suara rakyat Tg. Piai. Apa sebenarnya yang berlaku dalam Pakatan Harapan hingga longlai sebegini walau semua 'Big Gun' PH turun ke kawasan dan segala liputan besar-besaran diberikan oleh media arus perdana.
Dalam menerima kekalahan ini, kedengaran sudah ada tuding menuding berlaku dalam Pakatan Harapan malah lebih mengejutkan ada juga yang mahu pencapaian buruk calon PPBM ini dijadikan momentum desakan peralihan kuasa antara Mahathir dan siapa yang beliau pilih sebagai gantinya. Boleh dikatakan ini juga bakal jadi penyebab episod 'Perceraian Pakatan Harapan' akan terjadi namun sejauh mana kerosakan tersebut tidak diketahui. Kali ini mereka (PH) tidak mampu melawan suara rakyat secara total walau berbelanja besar bagi memastikan calon PPBM menang sekaligus kedudukan Tun M sebagai PM terus kukuh tanpa boleh diganggugugat dengan desakan peralihan kuasa.
Kehadiran Tun M dalam ceramah mega yang dibuat Pakatan Harapan juga GAGAL membawa momentum yang diperlukan untuk meyakinkan pengundi Tg Piai. Malah kenyataan Karmaine selaku calon juga antara yang membawa implikasi buruk kepada imej PH. Ditambah pula Pakatan langsung tidak memberi gambaran menyenangkan dalam hal ekonomi tempatan turut menjadi faktor penolakan kaum Cina Tg Piai kali ini. Rungutan rakyat selama 18 bukan dibawah Pakatan Harapan pula dijelmakan dengan alasan kerajaan masih baru dan meletakkan segalanya atas Barisan Naaional sudah tidak lagi relevan malah rakyat sebenarnya mahu melihat segala janji manifesto Pru14 dilaksanakan.
Kritikan Tan Sri Rais Yatim terhadap kenyataan pemimpin Pakatan Harapan amat pedas hinggakan ada menteri beliau gelarkan sebagai tiga suku menggambarkan keadaan sebenar yang berlegar dalam PPBM dan kerjasama dalam Pakatan Harapan sendiri. Biarpun cuba diselindungkan masakan 'Bangkai Gajah' boleh ditutup dengan nyiru? Rakyat kini telah membuka mata dan menilai antara zaman BN dan Pakatan Harapan. Perlu juga diingatkan apa yang berlaku di Tanjung Piai adalah referendum rakyat dan PH tidak akan mampu menahan gelombang kebangkitan rakyat walau cuba menyonsangkan pemikiran rakyat dengan tohmahan seperti sebelum Pru14.

| Twitter Tan Sri Rais Yatim |
Tuesday, 12 November 2019
#PrkTgPiai - SELEPAS KARMAINE 'HINA' PEKEBUN, PH SIFATKAN NELAYAN TG PIAI SEBAGAI AGRESIF?
Tanjung Piai Permulaan Kehancuran PPBM
Berbaki 3 hari sebelum pengundi Tanjung Piai mengundi pelbagai ragam kelihatan. Dengan kekuatan jentera Parti Pribumi Bersatu seluruh negara yang sudah pasti diarahkan 'turun padang' semua program Pakatan Harapan nampak meriah sambutannya. Hakikat sebenar foto yang dikeluarkan tidak menggambarkan sokongan sebenar pengundi Tg.Piai kerana calon PH sendiri mengakui pengundi Tg Piai tidak suka keluar malam. Kehidupan sebagai pekebun kecil dan nelayan tidak sama seperti kehidupan bandar besar yang mampu berjaga sambil mendengar intipati ucapan pemimpin PH.
Kontroversi turut melanda kempen PH kali ini selepas Prk Semenyih yang mempertaruhkan Aiman (PPBM) apabila calon mereka Karmaine Sardini memperkecilkan pekebun sawit di Tg Piai. Paling mengejutkan ialah kenyataan Menteri Besar Perak ketika berkempen di sebuah perkampungan nelayan Tg Piai. Kenyataan tersebut telah menimbulkan perbalahan dalaman PH apabila DAP mula mendesak tindakan dikenakan terhadap MB Perak atas kenyataan beliau namun PPBM telah bermesyuarat dan berpendapat MB Perak tidak perlu dikenakan tindakan sebaliknya MENYALAHKAN SEKUMPULAN NELAYAN YANG DIKATAKAN AGRESIF KETIKA KEJADIAN. Dalam rakaman berdurasi sekitar 6 minit 40 saat itu LANGSUNG TIDAK KELIHATAN KUMPULAN TERSEBUT AGRESIF malah masih bersalaman dengan Peja (MB Perak).
Bagaimana tuduhan berniat jahat boleh dilemparkan oleh PPBM terhadap kumpulan nelayan tersebut? Ini sekaligus menampakkan betapa 'kecilnya' kumpulan nelayan tersebut di mata pemimpin PPBM dan jika Karmaine menang Prk ini apa nasib kumpulan nelayan tersebut? Dalam video itu jelas kehadiran Karmaine disambut dengan pantun dan seorang dari kumpulan itu mempersoalkan kewajaran kenyataan Karmaine sebelum ini yang mengatakan cukup perbelanjaan sebanyak RM1000 sebulan.
PPBM jelas masih berada bawah telunjuk DAP apabila Lim Kit Siang menamakan Liew Chin Tong sebagai wakil kaum Cina di Tg Piai sekiranya Karmaine menang di Tg Piai. Kenyataan Kit Siang langsung tidak dibidas oleh pemimpin PPBM dan ini antara sebab mengapa kumpulan nelayan yang dilabelkan sebagai AGRESIF oleh PPBM berpandangan PPBM dikuasai DAP. Mengapa perlu wakil DAP sebagai perantara jika Karmaine menang? Tidakkah ini menunjukkan Karmaine juga bacul sekiranya beliau menjadi Ahli Parlimen Tg Piai atau PPBM memang LEMAH dalam berkomunikasi bersama rakyat?
Selepas Karmaine sendiri memperlekehkan pekebun kini Nelayan pula dikatakan sebagai kumpulan Agresif oleh Pakatan Harapan. Selepas ini apa pula 'gelaran' yang bakal rakyat Tg Piai terima daripada pemimpin PH?
Pengundi Tg Piai kini semakin bijak menilai kemana hala tujuan Pakatan Harapan selepas 17 bulan memerintah. Dengan perkembangan ekonomi yang lembab ditambah KEGAGALAN Manifesto PRU14 PH antara faktor penolakan pengundi terhadap Pakatan Harapan walau nama nama besar Pakatan Harapan turun berkempen. Walau bagaimanapun rakyat Tg Piai bersyukur dengan adanya Prk kali ini mereka menikmati pelbagai peruntukan 'ala mee segera' yang diluluskan oleh Pakatan Harapan dengan alasan sudah dijanjikan Ahli Parlimen terdahulu. Rakyat sudah nampak 'permainan' PH yang secara tiba tiba menjadikan Tg Piai sebagai 'Anak Emas' sepanjang tempoh berkempen dan mereka juga tahu selepas Prk ini segala JANJI hanya akan tinggal JANJI sepertimana dilakukan dalam Manifesto Pru14.
Dengan desakan dan tekanan dari sekutu Pakatan Harapan, nyawa PPBM dijangkakan tidak akan bertahan lama bila Karmaine KALAH di Tg Piai. Ini indikator untuk pihak tertentu dalam PH mendesak peralihan kuasa berlaku dalam tempoh terdekat dan PPBM hanya bergantung nyawa kepada Mahathir kerana Presiden PPBM sendiri tidak mempunyai kuasa dalam parti apabila Mahathir membayangi keseluruhan PPBM.
Monday, 11 November 2019
#PrkTgPiai - PAKATAN HARAPAN SEMAKIN GOYAH, BAKAL BERLAKU ROMBAKAN BESAR-BESARAN SELEPAS PRK?
Pakatan Harapan Bergolak Di Tanjung Piai
![]() |
| Ketua Pemuda MCA - NicoleWong |
Kempen Pilihanraya Kecil P165 Tanjung Piai menyaksikan pelbagai ragam pengundi dan kempen yang berlangsung bagi menarik perhatian rakyat Tg Piai. Kerja keras yang ditampilkan Pemuda MCA bersama barisan Pemuda Barisan Nasional ternyata berjaya menggoyahkan kem PH yang kelihatan agak perlahan.
Bagaimanapun kontroversi telah melanda kem Pakatan Harapan berikutan kenyataan 'PANAS!!! Menteri Besar Perak telah mencetus polemik baru dalam kempen kali ini. Berikutan kenyataan tersebut reaksi balas segera melanda Kem PH dengan tekanan dan desakan daripada DAP dan PKR terhadap MB Perak. Lebih memburukkan keadaan Setiausaha Agung DAP menyatakan DAP tiada kaitan dengan Tanjung Piai. Kenyataan tersebut sekaligus menjurus kepada jawapan mengenai krisis dalaman PH yang selama ini cuba dikaburkan.
Ternyata Prk Tg Piai akan dijadikan 'kayu ukur' kemampuan Tun M mengemudi Pakatan Harapan selepas 3 kekalahan bermula Cameron Highlands, Semenyih dan Rantau. Seandainya Tg Piai yang meletakkan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mengalami kekalahan kedua selepas Semenyih maka kedudukan Tun M dikatakan agak goyah. Dengan tekanan dari pihak tertentu untuk peralihan kuasa, Mahathir kini tersepit malah terdesak untuk memenangkan Karmaine Sardini di Tg Piai. Bagaimanapun calon PPBM Karmaine Sardini pula ternyata 'tidak layak' untuk menjadi Ahli Parlimen dengan kenyataan mengguris hati pengundi terutama pekebun sawit di Tg Piai. Pengundi Tg Piai masih tidak nampak 'Hala Tujuan' Karmaine sebagai Ahli Parlimen dengan cara serta ucapannya ketika berkempen bermula 2 November 2019. Seorang Menteri pula telah menggelarkan Karmaine sebagai arwah dan ucapan tersebut dijadikan lelucon oleh netizen.
Ternyata kehadiran Dato Sri Najib dalam kempen Prk turut memberi tekanan terhadap PH hingga Menteri Ekonomi memberi 'Nasihat' agar Bekas PM tidak turun berkempen di Tg Piai. Kekalahan dari sudut moral sudah dirasai kem PH malah ketiadaan jentera sokongan dari DAP dan PKR turut dipersoalkan. Ternyata kali ini ada sesuatu yang cuba disorokkan dalam PH mengenai krisis dalaman mereka. Adakah ketiadaan jentera PKR dan DAP adalah isyarat untuk menyingkirkan Tun M?
Tuesday, 5 November 2019
#PrkTgPiai - KARMAINE PATUT TONTON VIDEO UCAPAN DAP SEBELUM PERSOAL MUAFAKAT NASIONAL MEMILIH WEE JECK SENG
Karmaine Sardini Lupa Tonton Ucapan DAP
Calon Pakatan Harapan di Prk Tanjung Piai kelihatan terdesak apabila mempersoalkan mengapa BN tunduk dengan MCA dalam soal pemilihan calon dalam pilihanraya kecil P165 Tg Piai.
Dikenali sebagai Pak Imam, Karmaine sudahpun memulakan kempen beliau dengan satu kenyataan yang menerima kecaman pelbagai pihak terutama pekebun sawit.
Baca - "CUKUPLAH SERIBU RINGGIT, ORANG KAMPUNG BOLEH HIDUP"
Mengapa secara tiba-tiba Karmaine menyentuh pemilihan calon BN? Jika diteliti kenyataan beliau kelihatan serangan terhadap Wee Jeck Seng adalah untuk menarik perhatian pengundi Melayu Tg Piai dan mencari simpati agar undi memihak kepadanya pada 16 November ini namun beliau perlu sedar bahawa pencalonan Wee disokong oleh PAS dalam ertikata Muafakat Nasional selaras dengan Himpunan Penyatuan Ummah dimana ia turut dihadiri komponen BN yang lain. Ini antara sebab mengapa MCA diserang Karmaine dan mahu pengundi beralih arah sedangkan beliau tahu Pakatan Harapan ketandusan isu malah beliau masih belum berani meletakkan sebarang manifesto atau membawa manifesto PH semasa Pru14 ke Tanjung Piai.
TERDESAK - CALON PPBM MAIN ISU KAUM?
Mengapa PH sudah tidak berani membawa Manifesto mereka ke Tg Piai? Adakah kerana tahu rakyat semakin sedar semua manifesto itu menemui KEGAGALAN dan cuba mengalih serangan terhadap BN melalui persoalan pemilihan calon? Desas desus bertebaran Karmaine bukanlah calon kegemaran Tun M namun disebabkan Presiden PPBM memilih beliau maka mereka (PH) TERPAKSA AKUR walau ada nada sinis daripada sekutu dalam Pakatan Harapan. Dengan jentera kempen sekutu PH terutama DAP dan PKR yang dikatakan tidak bersungguh turun padang, ternyata Karmaine bukanlah orang yang direstui semua pihak dalam Pakatan Harapan. Ada juga khabar menyatakan sabotaj terhadap PH merupakan siri pembalasan malah tidak kurang khabar Tg Piai menjadi medan menguji kekuatan Tun M dan jika Karmaine kalah maka bakal berlaku perubahan suhu politik dalam PH sendiri. Sejauh mana kebenaran khabar ini tidak dapat disahihkan namun jika melihat gerak kerja kempen nyata menampakkam kelemahan jentera PH.
Secara keseluruhan meneliti kenyataan Karmaine, beliau sebenarnya berada dalam keadaan sangat terdesak dan akan memanipulasi segala kemampuan Wee Jeck Seng sebagai kelemahan BN. Apa agaknya yang akan didendangkan lagi oleh Karmaine selepas 'Kantoi' isu sawit?

Monday, 4 November 2019
#PrkTgPiai - VIDEO PANAS!!! PEKEBUN SAWIT NAFIKAN DAKWAAN CALON PAKATAN HARAPAN.
Pekebun Sawit Mengeluh Pelbagai Bantuan Zaman BN Tiada Lagi Apabila Pakatan Harapan Memerintah
Satu klip video pengakuan seorang pekebun sawit menyangkal dakwaan calon Pakatan Harapan yang mendakwa harga sawit sekarang cukup untuk menampung kehidupan pengusaha tanaman sawit.
Dengarkan sendiri pengakuan tersebut agar Karmaine Sardini mengerti apa ertinya kehidupan pengusaha kebun sawit. Beliau telah menggesa pekebun bersyukur dengan harga sawit sekarang.
Inikah ciri ciri seorang Ahli Parlimen yang dimahukan pengundi Tanjung Piai?

Subscribe to:
Posts (Atom)