Sunday, 24 March 2019
PRK RANTAU - ANWAR PERSIAP DIRI AMBIL ALIH KERUSI MO1 PAKATAN HARAPAN DAN SINGKIR MAHATHIR SELEPAS PILIHANRAYA RANTAU?
Dalam kesibukan menghadapi Prk Rantau, Ahli Parlimen Permatang Pauh dari PKR menarik publisiti bila mengumumkan tidak akan bertanding pada PRU15 kelak. Papa (panggilan Nurul Izzah kepada Anwar) sudah pasti terpukul dengan kenyataan bekas Naib Presiden PKR yang berdiam diri sekian lama. Hasrat Anwar untuk berkhemah di Rantau juga kelihatan seperti tidak akan berlaku kerana sudah pasti 'Papa' perlu memujuk anaknya menyertai dan membantu menguatkan kempen bagi memastikan maruah PKR tidak tercalar seperti yang terjadi pada DAP dan PPBM pada 2 prk baru baru ini.
Anwar tampil menjelaskan sebab kekecewaan Izzah. Sebagai ahli politik yang pernah menyandang gelaran 'Puteri Reformasi', tindakan beliau mudah diterjemahkan. Walau pernah menyatakan apa yang terjadi kepada 'Papa' pada 1998 adalah luka kecil, amat mustahil baginya melupakan parut yang tertinggal. Sebalik senyuman bila berdepan dengan individu yang pernah membuat dakwaan perlakuan songsang serta menjatuhkan Anwar dari kedudukan kedua tertinggi dalam politik tanahair siapa tahu apa yang tersirat? Pemecatan Anwar dari politik negara tercatat sebagai 'Sejarah Hitam' buat seluruh keluarga dan amat mustahil bagi seorang anak melupakan saat bapanya diheret keluar dari kediaman ketika itu.
Walau bergandingan dalam Pakatan Harapan, kerjasama yang berlaku bukanlah seindah mimpi ketika mahu baligh. Kesepakatan mengangkat Tun M sebagai Perdana Menteri walau parti yang diwakilinya ada 13 kerusi dari jumlah keseluruhan yang dimenangi PH pada Pru14 hanyalah sandiwara terancang dan hakikat inilah yang perlu dihadam penyokong PKR. Selepas berkorban membenarkan Bendera PKR digunakan, Presiden PKR semasa itu hanya diletakkan sebagai orang nombor 2 sedangkan mengikut kiraan 'Sempoa', Malaysia boleh mencatat sejarah mendapat Perdana Menteri Wanita pertama namun disebabkan 'Papa' masih dibelakang 'tirai besi' hasrat tersebut dipendamkan bagi memberi laluan kepada Penasihat (bukan Presiden) PPBM. Bayangkan 'Puteri Reformasi' hanya mampu melihat sahaja individu yang memecat 'Papa' tersenyum di kerusi Perdana Menteri dan beliau (Izzah) tidak mampu berbuat apapun.
Memburukkan lagi keadaan dalam menguatkan kedudukan dalam PH, PPBM telah menerima pula ahli parlimen dan sesiapa sahaja yang berpaling tadah dari Umno. Selama hampir 20 tahun Izzah berdiri menentang Umno dan baru mengecapi hasil dengan 'menggunakan' elemen Melayu dan meyakinkan pengundi Cina dan India dalam PKR, secara tiba tiba Mahathir membuat onar dengan mengambil bekas Umno masuk ke kem PH secara 'Borong' tanpa mengambil kira 'Hati' sekutu dalam PH.
Kini 'Permainan' semakin menarik apabila retak dalam Pakatan Harapan yang cuba disorokkan selama ini semakin terbelah. Anwar sudah pasti akan menuntut janji diberikan giliran menjadi PM selepas 2 tahun namun kini sudah mulai kedengaran suara sumbang yang tidak mahukan Anwar menggantikan Mahathir berdasarkan apa yang telah beliau (Tun M) bongkarkan pada 1998. Malah kedengaran juga ada konspirasi dalam PH sendiri yang mahu menyingkirkan PPBM setelah Mahathir dilihat semakin mencengkam segala keputusan yang sepatutnya mendapat persetujuan semua pihak dalam PH. Sejauh mana konspirasi tersebut berjalan tidak pula diketahui statusnya.
Prk Rantau yang dijadikan medan pertarungan 'Maruah' Presiden PKR tentu akan memberi impak negatif jika mereka (PKR) kalah di tangan BN buat kali ketiga berturut selepas kekalahan Dap dan PPBM. Anwar tentunya mahu dilihat sebagai individu paling layak mengambil alih jawatan PM sekiranya Pkr menang namun natijah akan menanti jika kalah. Secara automatik Anwar akan dilabelkan sebagai tidak layak menjadi PM dan kekal bergelar 'Bakal PM' kalau calon mereka kalah pada 13 April 2019. Jadi apakah solusi terancang Anwar bagi memperlihatkan beliau masih mempunyai aura politik seperti 20 tahun lampau?
Untuk menuding secara terus kerakusan Mahathir menerima ahli parlimen yang melakukan 'Lompat Katak' adalah mustahil kerana mampu menjejaskan peluangnya menggantikan Tun. Adakah tindakan Izzah mengeluarkan kenyataan berbaur kecewa dengan tindak tanduk Mahathir dipergunakan Anwar bagi menyerang PM bagi menjatuhkan imej Mahathir? Tidak mustahil apa sahaja boleh berlaku dalam politik kalau tidak masakan Anwar boleh berlakon mengenakan pendakap leher dan berkerusi roda ke Mahkamah bagi meraih simpati rakyat. Politik 'Kewayangan' yang dilakonkan serta naratif perjalanan cerita politik Anwar sudah boleh dibaca. Untuk mencapai impian apa sahaja boleh dilakukan asalkan ia kelihatan 'Halal' kepada rakyat.
Pengundi Rantau perlu dikejutkan agar tidak lagi tertipu dengan adegan 'Sebabak' PH bagi mengalih perhatian pengundi dari manifesto PH yang GAGAL TOTAL sejak 10 bulan lepas. Teknik mengalih serta mengajak pemikiran rakyat terutama pengundi secara susun atur skrip kini tidak lagi relevan. Rakyat terutama pengundi PH berharapkan semua manifesto ditunaikan namun apa yang berlaku adalah sebaliknya dan natijahnya telah terbukti!
Friday, 21 December 2018
RAFIZI BAKAL BERTANDING DI P078 CAMERON HIGHLANDS MENGGANTIKAN CALON DAP?
Mantan Setiausaha Agung PKR Bakal Calon PRK Cameron Highlands?
Dikejutkan dengan perletakan jawatan Naib Presiden PKR serta Pengerusi Perhubungan Negeri PKR, pertemuan antara Rafizi Ramli, Nurul Izzah dan Khairy Jamaluddin mencetuskan persoalan baru menjelang Pilihanraya Kecil P078 Cameron Highlands. Foto mereka bertiga menikmati minum petang tular di media sosial seterusnya mengundang pelbagai polemik komentar netizen.
Dengan alasan mual dan muak dengan proses pasca PRU14 yang menyaksikan acara 'Lompat Katak' oleh Ahli Parlimen, Izzah mula mempersoalkan tindakan Penasihat Pengerusi Pakatan Harapan Tun M yang dikaitkan mahu menguatkan kedudukan PPBM di dalam Parlimen dan bukan memberi fokus untuk agenda sebenar Pakatan Harapan. Gelora dalam PH bermula apabila tindakan Tun M menerima beberapa AP untuk duduk di bangku Parlimen sebagai wakil PPBM. Bagi mengekang penguasaan PPBM maka sesuatu perlu dilakukan untuk memberi isyarat kepada Tun M agar memberhentikan tindakan beliau. Malah Lim Kit Siang turut dikatakan memberi 'Amaran' bahawa DAP akan menarik diri keluar dari Pakatan Harapan sekiranya PH terus menerus menerima kemasukan 'Katak Katak' ini.
Pertemuan 6 mata antara ahli politik yang 'Mewakili' Anak Muda di sebuah restoran MUNGKIN berkisar siapa calon yang mampu diketengahkan bagi mewakili PH walaupun kerusi Cameron Highlands ditandingi oleh DAP sejak persempadanan semula dilakukan yang mewujudkan Parlimen Cameron Highlands. PKR sudah tentu mahu menampilkan kekuatan mereka dan mengimbangi jumlah kerusi dalam Parlimen dikalangan sekutu PH seterusnya menghalang PPBM daripada menambah kekuatan mereka. Sepertimana diketahui umum, perjanjian dalam pembentukan PH adalah 'Menyintuk Limau' Anwar sebagai Perdana Menteri selepas 2 tahun PH berkuasa namun jika Tun M berjaya beroleh jumlah kerusi yang menyokongnya sebagai Perdana Menteri, Anwar bakal mencatat sejarah sebagai 'Bakal Perdana Menteri' paling lama di dunia.
Jika BENAR Rafizi akan bertanding mewakili PH adakah DAP akan bersetuju selepas Manogaran bersusah payah memastikan kemenangan BN dibatalkan? Politik itu seni dan jika melihat kepada peratusan pengundi di 2 Dun dalam Parlimen CH, kaum Melayu menguasai dengan 33% diikuti Cina, Orang Asli dan India. Sejarah Rafizi pula sebagai bekas Ahli Parlimen Pandan menyaksikan beliau mampu memenangi undi dari ketiga tiga kaum dengan mudah dan ini sudah tentu akan dipertimbangkan sebagai faktor memenangkan PH di PRK CH kali ini. Politik yang ditentukan dengan angka lebih memberi kelebihan jika Rafizi Ramli menjadi calon kerana pengalaman beliau dalam Parlimen sangat diperlukan Anwar untuk memastikan PKR terus mengukuhkan kedudukan kerusi Parlimen, bagaimanapun semua ini terpulang kepada percaturan PH sendiri. Apa yang pasti, pergolakan dalaman PH akan menjadi penentu siapa calon mereka kelak di PRK CH pada 12 Januari 2019.
Mungkinkah Rafizi bakal mencipta sejarah memecah dominasi DAP sebagai calon tradisi kerusi Cameron Highlands? Hanya PH mampu menjawap teka teki tersebut.
Wednesday, 20 July 2016
KRISIS PKR SELANGOR - AZMIN AKAN KETEPIKAN AZIZAH DAN LEGASI ANWAR?
KRISIS SELANGOR BUKA MATA RAKYAT-PKR TIDAK RELEVAN LAGI
Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor yang kini menghadapi krisis dalaman sudah tidak mampu menyembunyikan keretakan hubungan pucuk pimpinan tertinggi mereka. Pergeseran dalaman ini turut menjejaskan pemerintahan Selangor apabila Rafizi Ramli dikatakan mengambil tindakan drastik melaporkan penyalahgunaan kuasa oleh individu tertentu dalam Selangor yang membabitkan wang rakyat Selangor.
Percaturan PKR yang mahu terus berkuasa di Selangor dan menimba hasil kekayaan negeri tersebut kini sudah tiba di penghujung apabila rakyat Selangor sudah mula membuka mata akan pembaziran yang telah dilakukan PKR Selangor. Bayangkan RM9.8 juta dibazirkan hanya untuk membeikpulih Gerbang yang tidak menjana ekonomi Selangor malah hanya memberi ruang kepada kroni PAS membolot tender dan seperti ada perjanjian rahsia antara kerajaan negeri dan kontraktor dalam merahsiakan siapa yang dikatakan oleh Azmin sebagai penderma bagi projek berkenaan.
Belum lagi kisah Gerbang Selangor reda, pendedahan oleh Chegu Bard selaku aktivis dan ahli seumur hidup PKR mula menggasak Azmin dengan kewujudan pelbagai lagi skandal yang dirahsiakannya dari pengetahuan rakyat. Pembaziran demi pembaziran dilakukan PKR Selangor dan ini merunsingkan rakyat yang mahu PKR Selangor telus dalam mentadbir Selangor sepertimana yang telah mereka janjikan dalam menifesto Pakatan Rakyat dalam PRU13. Kegagalan kerajaan PKR Selangor melaksanakan janji mereka kepada rakyat mula diperkatakan dan ini pasti mengundang satu lagi persoalan kepada rakyat Selangor mengenai kredibiliti PKR sebagai parti memerintah.
Kisah penyalahgunaan kuasa oleh PKR Selangor dalam isu kelulusan papan iklan gergasi yang melanggar peraturan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) turut mendapat perhatian rakyat. Bagaimana sebuah parti yang mendabik dada sebagai sebuah parti yang tidak menyalahguna kuasa telah membuat papan iklan menyokong seorang banduan yang secara jelas melanggar norma hidup manusia normal dan mendapat tempat paling tinggi di dalam PKR itu sendiri, malah mereka seakan mempromosikan kehidupan di luar tabie manusia di Malaysia. Walau isu tersebut akhirnya berkubur apabila papan iklan berkenaan diturunkan dengan perintah Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sikap keras kepala PKR mengundang tandatanya kepada rakyat. Adakah mereka ini selaku kerajaan memerintah menggunakan pengaruh untuk memberi kelulusan kepada iklan tersebut.Mengapa Wan Azizah selaku Presiden PKR tidak berani bersuara sedangkan kedudukannya membolehkan beliau membuat teguran terhadap Timbalan Presiden PKR? Adakah beliau mahu memastikan perjalanan pentadbiran PKR terus lancar tanpa ada penentangan terbuka jika berselisih pendapat dalam pentadbiran negeri sedangkan beliau juga berhak bersuara atas kapasiti Adun. Mungkin Azizah takut dengan kebangkitan Azmin yang kini memperoleh sokongan dari Mahathir selaku sekutu terbaru Pakatan Harapan?
Ketua Umum PKR yang kini menjalani hukuman penjara 5 tahun kerana kesalahan meliwat bekas pembantunya sudah tentu tidak akan berdiam diri melihat kedudukannya terancam. Mungkin melalui proksinya di luar penjara, Anwar menekan pimpinan PKR agar mengambil langkah drastik bagi mengekang pengaruh Azmin dari terus memusnahkan parti anak beranak yang diusahakannya selama ini. Apakah Azmin telah menjadi 'trojan horse' kepada Mahathir dalam usaha menghancurkan pengaruh Anwar dalam PKR dan perancangan itu sudah hampir pasti akan terlaksana sebelum Anwar dibebaskan kelak.
Pertembungan antara dua nama besar dalam PKR sudah seperti tidak dapat dielakkan lagi apabila ternyata Azizah tidak senang dengan kerjasama Pakatan dengan gerakan Mahathir, malah beliau tidak mengiktiraf bekas PM itu apabila tidak hadir dalam mana mana majlis pembangkang yang melibatkan kehadiran Mahathir. Pertentangan ini amat jelas dan sedang diperhatikan rakyat dengan minat kerana semua perseteruan akan hanya terjawap apabila mereka berebut kuasa untuk menentukan kedudukan kerusi yang akan ditandingi dalam PRU14.
Azizah pastinya mahu meneruskan legasi Anwar manakala Azmin mahu pembaharuan dilakukan bagi memastikan kelangsungan politik parti itu. Siapa bakal terkorban dalam perebutan ini amat menarik untuk diperkatakan. Rafizi yang mungkin mengetahui kisah sebenar skandal Azmin di Selangor sudah tentu akan menggunakan kepakarannya bagi memusnahkan pengaruh Azmin di saat akhir, tetapi pihak Azmin pula sudah bersedia dengan kemungkinan dan akan mengeluarkan peluru untuk menangkis segala serangan dari dalam PKR sendiri.
Pertempuran ini pasti menarik perhatian rakyat Selangor mengenai kemampuan sebenar PKR mentadbir sebuah kerajaan yang kaya dengan pelbagai hasil. Adakah selama ini mereka hanya menjadi mangsa penipuan PKR yang menabur pelbagai janji tanpa mempedulikan nasib rakyat Selangor? Sudah tiba masanya Selangor kembali kepada Barisan Nasional selepas diperdayakan Pakatan Harapan sejak 2 penggal lalu.
Rakyat Selangor sudah memberi isyarat jelas kepada PKR apabila memberi kemenangan luarbiasa kepada BN dalam Pilihanraya Kecil Sg Besar apabila majoriti meningkat dengan drastik. Semua ini adalah menifestasi rakyat Selangor memprotes kegagalan kerajaan PKR mentadbir Selangor yang hanya mementingkan parti mereka dan bukannya kehendak rakyat Selangor.
Saturday, 19 March 2016
Izzah Tanggal Baju Sebelum Bertemu Netizen?
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar sekali lagi memuat naik satu status di media sosial peribadinya dengan sedikit unsur 'lucah' apabila memulakan ayatnya dengan penceritaan membuka baju. Walau ayat itu nampak seperti tidak membawa maksud apa, Izzah memberikan fantasi kepada pembaca status itu gaya beliau apabila sampai di kediamannya.

Bercerita mengenai sekumpulan rakyat yang mengadu mengenai Pihak Berkuasa Tempatan yang tidak melayan aduan setempat. Izzah cuba menyeru pihak PBT agar menghargai penduduk yang datang mengadu perihal setempat dan tidak dinyatakan apa masalah yang membawa pertemuan spontan di hadapan kediamannya.
Izzah perlu melihat kelemahan PBT adalah kerana kelemahan kerajaan PKR yang mentadbir Selangor sejak 2008 yang mengabaikan perkhidmatan efisien kepada rakyat yang membayar saban tahun cukai perkhidmatan PBT tetapi tidak mendapat servis yang sepatutnya.
Kerajaan PKR Selangor yang di landa pelbagai skandal sejak Azmin mengambil alih pentadbiran adalah individu yang harus di pertanggungjawapkan dalam soal kelembapan khidmat PBT kepada rakyat Selangor.
Peruntukan yang tidak mencukupi oleh kerajaan PKR turut menyumbang kepada kelemahan PBT menguruskan setiap tempat pentadbiran dengan baik. Walau dalam Bajet Selangor, Azmin cuba menunjukkan peruntukan yang banyak disediakan kepada PBT namun ianya seperti tergantung apabila sesuatu PBT tidak dapat menyediakan khidmat yang baik untuk rakyat. Antara masalah utama yang menjadi igauan rakyat ialah pelupusan sampah pepejal yang seringkali mengalami kelewatan dan menyebabkan rakyat terpaksa berkongsi persekitaran kediaman dengan makhluk pembawa penyakit seperti lalat dan tikus.
Izzah perlu mendesak agar Azmin yang juga Naib Presiden PKR agar lebih memberi tumpuan kepada keperluan netizen daripada 'gila' melakukan projek yang tidak mendatangkan faedah kepada rakyat Selangor. bayangkan peruntukan yang besar terpaksa disalurkan kepada projek 'Mega' Selangor melibatkan jutaan ringgit wang rakyat yang sepatutnya dibelanjakan untuk keperluan rakyat tetapi Azmin mengutamakan projek Gerbang Selangor yang tidak mendatangkan faedah kepada ekonomi rakyat dan negeri.
Azmin juga mendahulukan wang rakyat untuk membayar kos keseluruhan projek berkenaan semenatar emantikan dana dari penderma yang didakwanya memberi ikrar untuk membiayai kos projek berkenaan namun hingga kini masih belum menampilkan diri.
Izzah juga sepatutnya mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malayisa (SPRM) menyiasat dakwaan aktivis PKR, Chegu Bard mengenai skandal balak Selangor dan projek kubah masjid Selangor yang didakwa Bard sebagai pembaziran wang rakyat.
Adakah Izzah berani mendesak perkara tersebut di dalam Parlimen sebagaimana pendedahan mengenai skandal yang melanda Ketua Menteri P.Pinang, Lim Guan Eng berkaitan pemilikan sebuah unit banglo di bawah harga pasaran.
Izzah yang pernah menggemparkan netizen apabila menerima kritikan dari beberapa komen mengenai pemakaian beliau semasa menaiki tren sepatutnya sedar setiap pergerakannya di perhatikan dan beliau sudah seperti tidak berminat dengan masalah rakyat apabila lebih menumpukan desakan terhadap kerajaan untuk membebaskan Anwar Ibrahim yang kini menjalani hukuman penjara kerana kesalahan meliwat.
Malah Izzah tidak berani mempertikaikan kelulusan PBT berkaitan 'billboard' gergasi yang jelas mengahsut rakyat menetang kerajaan. Izzah juga tidak berani mendesak SPRM menyiasat mengenai kelulusan papan tanda yang jelas melanggar peraturan Undang undang kecil PBT.
rujukan : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=141819339544160&set=a.111879015871526.1073741825.100011482836842&type=3&theater#


