Monday, 10 July 2017
PEMBANGKANG BEREBUT 'TAHI', UMNO PULA DISALAHKAN?
Tuesday, 4 April 2017
BEBAS RASUAH JALIN KERJASAMA DENGAN PENDOKONG RASUAH???
PEMILIK KOTAK GELANDANGAN ENGGAN PULANG TIKARNYA.
Dalam bahasa mudah, kini politik penentang kerajaan semakin menghampiri tahap 'Gila' apabila sebuah parti (belum mendapat kelulusan ROS) berminat menyertai Pakatan Harapan.
Pengasas parti tersebut yang terkenal dengan 'Kotak Rahsia' merupakan seorang individu yang mampu membuat seisi negara tertawa apabila beliau bersama 'Rakan Kongsi' yang pernah bangkrap satu masa dahulu mengisytiharkan parti mereka 'Bebas Rasuah'.
Amat melucukan apabila parti tersebut telah menghantar surat 'tunjuk minat' kepada Ketua Sekreteriat Pakatan Harapan dan menyatakan hasrat agar dapat bersama demi aspirasi Parti Bebas Rasuah yang mahu memastikan Malaysia serta parti politik dan pemimpin bebas rasuah.
Adakah pengasas PBR sedar bahawa ada parti dalam PH kini sedang berhadapan dengan masalah rasuah hingga seorang Ketua Menteri daripada PH akan dihadapkan ke Mahkamah berikutan skandal rasuah pemilikan banglo di bawah harga pasaran? Itu belum lagi kisah skandal Menteri Besar dari PKR yang dikatakan bakal berhadapan dengan tindakan kerana penyelewengan dana?
Sebenarnya selepas membawa 'Kotak Kotak Doremon', pengasas PBR sudah kehilangan arah tujuan politik dan kini cuba meyakinkan bahawa beliau memang mahu membenteras rasuah. Tambah melucukan beliau hingga ke hari ini masih belum mendedahkan apa kandungan kotak pandora yang diusungnya ke hulu dan ke hilir.
Sudah hilang kewarasankah PBR menjalinkan kerjasama dengan sekutu politik yang penuh dengan kisah rasuah tersendiri? Atau lebih memilukan mereka sebenarnya mencari dahan berpaut selepas ada individu yang 'kantoi' dengan siri penipuan ketika awal penubuhan parti Bunga?
Rakyat sebenarnya sudah muak dengan lakonan 'Grammy Awards' pengasas PBR yang kini mula ditempelak sebagai 'Katak Kotak'. Mereka perlu memandang serius hasrat kerjasama dan menjalin persefahaman dengan parti yang bermasalah seperti PH.
Biarlah RAKYAT menilai apa kualiti yang ada pada pengasas PBR ini. Sampai masa dan ketika PBR akan hanya boleh di lihat dalam muzium.
Thursday, 9 February 2017
PEMIMPIN PAN PERAK KENA CEKUP KES TIPU HARTANAH?
Seorang pemimpin Parti Amanah Negara (PAN) dari Teluk Intan dipercayai telah direman oleh pihak berkuasa.
Penahanan tersebut berikutan laporan polis mengenai penipuan dalam kes penjualan hartanah dan pemimpin tersebut yang juga Naib Pengerusi 1 PAN itu dipercayai telah terbabit dalam kes.
Perintah reman telah dikeluarkan terhadap suspek dan identiti suspek masih belum diketahui.
Adakah PAN akan menjawap siapakah individu tersebut dalam masa terdekat?
Thursday, 12 January 2017
BENARKAH BERSATU, PKR SETUJU BAWA PAS KEMBALI DALAM PAKATAN HARAPAN? MANA LETAK MUKA PAN DAN DAP?
Ternyata Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merupakan sebuah parti yang tidak boleh dipercayai langsung. PAS mewakilkan Tuan Ibrahim Tuan Man dalam perasmian PPBM yang menjadi sebahagian dari Pakatan Harapan dan mampu sebaris dengan Wan Azizah selaku Presiden PKR yang pernah mengusir PAS dari gabungan pembangkang. Mana maruah PAS di mata Pakatan Harapan?
Thursday, 18 August 2016
Kerjasama Pembangkang Hancur - "Mahathirisme' Dan BERSATU Akan Jadi 'Kepala' Pakatan Harapan, DAP Bakal Hilang Kuasa?
Friday, 12 August 2016
BERSATU Bakal Jadi Kuasa Autonomi Pakatan Harapan - Siapa Akan Hilang Kuku?
Tuesday, 26 July 2016
Skandal 400 Juta Selangor - Selangor Bakal Dapat MB Baru?
Pergeseran dalam pentadbiran Selangor kembali memuncak apabila Menteri Besar Selangor, Azmin Ali mengeluarkan satu kenyataan dalam laman Tweeter miliknya memberi isyarat jeals kepada wakil dari parti lain agar menghormatinya selaku MB dan kuasa penentu kedudukan Exco Selangor.
Walau masih berdolak dalik mengenai hubungan 'diplomatik' antara Pakatan Harapan Selangor dengan PAS, Azmin dilihat cuba menjadi jambatan untuk memujuk PAS kembali ke pangkuan Pakatan. DAP yang telah berusaha menyingkir PAS bagi memberi laluan Parti Amanah Negara (PAN) menggantikan kedudukan PAS selaku salah satu kuasa penentu dasar kerajaan pastinya tidak senang dengan Azmin.
Perbalahan antara Azmin dengan Setiausaha Agung PKR menjadikan Azmin mencari sokongan mudah bagi beliau mencari jalan menyingkirkan Ahli Parlimen Pandan dari terus berada dalam kedudukan selesa di Selangor. Skandal Selangor yang masih menghantui Azmin semakin mendapat perhatian rakyat yang mula mempertikaikan ketelusan PKR mentadbir Selangor.
Satu kain rentang yang memaparkan mengenai skandal 400juta akan didedahkan oleh Rafizi Ramli pada tarikh yang tertera. Samada benar akan berlaku pendedahan sebagaimana yang di tulis di kain rentang tersebut akan berlaku atau tidak hanya Rafizi mampu menjawapnya. Rakyat pernah digemparkan dengan pendedahan beliau mengaitkan pemberian kontrak dan tender secara runding terus melibatkan seks sebagai habuan balasan satu ketika. Belum lagi kisah skandal yang telah didedahkan aktivis PKR, Chegu Bard mengenai pembaziran yang dilakukan Azmin sepanjang menjadi Menteri Besar Selangor.
Skandal Gerbang Selangor bernilai RM9.8 juta perlu turut didedahkan oleh Rafizi kerana melibatkan pendahuluan wang kerajaan kerana penderma belum lagi menyerahkan wang tersebut. Hal ini menarik minat rakyat Selangor kerana pembaziran tersebut sangat jelas apabila tiada sebarang manfaat kepada ekonomi Selangor dari projek berkenaan melainkan senarai nama penderma yang akan di ukir pada gerbang tersebut.
Persoalan mengenai PRK Sg Besar juga memberi impak kepada Azmin kerana beliau selaku MB tidak mampu memberi impak bagi membantu kemenangan Pakatan Harapan yang telah kalah dengan majoriti besar kepada Barisan Nasional. Kredibiliti beliau sebagai Panglima Perang PH turut terjejas apabila kehadirannya dalam kempen PRK terbabit tidak membawa hasil positif malah rakyat menempelak beliau yang ternyata tidak mampu menyelesaikan isu GST dalam Selangor sebaliknya menuding kepada Kerajaan Pusat.
Desas desus semakin kuat mengenai pertukarannya apabila beliau mula bekerjasama dengan Tun Mahathir dalam deklarasi rakyat yang tidak di restui Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum PKR. Azmin di anggap telah membelakangkan kepentingan perjuangan sebenar PKR apabila tidak mengendahkan amaran Anwar menegnai kelicikan Mahathir yang akan mengakibatkan PKR hilang taring dalam Pakatan Harapan.
Kedudukan Azmin yang dikatakan akan diganti oleh Presiden PKR sendiri semakin kuat bertiup apabila Rafizi turut tidak bersetuju dengan beberapa keputusan yang di buat Azmin membabitkan kepentingan PKR dalam Pakatan Harapan. Beliau dikatakan terpaksa akur dengan ketegasan DAP yang semakin menguasai segala keputusan untuk Selangor. Malah terdapat ura ura beliau mahu melenyapkan dinasti Anwar dalam PKR dengan bantuan pihak luar PKR dan perkara ini hanya di ketahui apabila pergeseran dalaman PKR memuncak.
Adakah Selangor bakal mendapat seorang MB dari kalangan wanita selepas Azmin digulingkan Rafizi? Sudah tentu perhatian terarah kepada Wan Azizah kerana beliau dikatakan calon yang paling layak menggantikan Azmin atas kapasitinya selaku Presiden PKR sehingga Anwar dibebaskan kerana kesalahan meliwat bekas pembantunya.Rafizi perlu melunaskan janjinya yang sering dilontarkan di hadapan penyokong PKR apabila bercakap soal intergriti dan platform pendedahan ini sepatutnya memberi impak seperti diharapkan. Beliau sering menyatakan akan membawa sesiapa sahaja yang menyalahgunakan wang rakyat akan di tentangnya habis habisan dan inilah masa yang sesuai bagi Rafizi mengotakan janjinya kepada rakyat Selangor.
Mungkin pertempuran kali ini akan menjadi 'perang saudara' dalam PKR namun hakikatnya Pakatan Harapan tidak pernah peduli nasib rakyat Selangor selama ini malah mereka hanya mahu mengaut hasil bumi Selangor bagi menjamin kelancaran parti mereka serta kantung politik pemimpin tertinggi PH.
Rakyat Selangor perlu membuka mata dan memberi isyarat jelas kepada Pakatan bahawa selepas kekalahan mereka di PRK Sg Besar, Pakatan bakal berkubur dari Selangor kerana kerakusan mereka sendiri dan janji yang tidak pernah mereka tunaikan kepada rakyat selama berkuasa.
Wednesday, 20 July 2016
KRISIS PKR SELANGOR - AZMIN AKAN KETEPIKAN AZIZAH DAN LEGASI ANWAR?
KRISIS SELANGOR BUKA MATA RAKYAT-PKR TIDAK RELEVAN LAGI
Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor yang kini menghadapi krisis dalaman sudah tidak mampu menyembunyikan keretakan hubungan pucuk pimpinan tertinggi mereka. Pergeseran dalaman ini turut menjejaskan pemerintahan Selangor apabila Rafizi Ramli dikatakan mengambil tindakan drastik melaporkan penyalahgunaan kuasa oleh individu tertentu dalam Selangor yang membabitkan wang rakyat Selangor.
Percaturan PKR yang mahu terus berkuasa di Selangor dan menimba hasil kekayaan negeri tersebut kini sudah tiba di penghujung apabila rakyat Selangor sudah mula membuka mata akan pembaziran yang telah dilakukan PKR Selangor. Bayangkan RM9.8 juta dibazirkan hanya untuk membeikpulih Gerbang yang tidak menjana ekonomi Selangor malah hanya memberi ruang kepada kroni PAS membolot tender dan seperti ada perjanjian rahsia antara kerajaan negeri dan kontraktor dalam merahsiakan siapa yang dikatakan oleh Azmin sebagai penderma bagi projek berkenaan.
Belum lagi kisah Gerbang Selangor reda, pendedahan oleh Chegu Bard selaku aktivis dan ahli seumur hidup PKR mula menggasak Azmin dengan kewujudan pelbagai lagi skandal yang dirahsiakannya dari pengetahuan rakyat. Pembaziran demi pembaziran dilakukan PKR Selangor dan ini merunsingkan rakyat yang mahu PKR Selangor telus dalam mentadbir Selangor sepertimana yang telah mereka janjikan dalam menifesto Pakatan Rakyat dalam PRU13. Kegagalan kerajaan PKR Selangor melaksanakan janji mereka kepada rakyat mula diperkatakan dan ini pasti mengundang satu lagi persoalan kepada rakyat Selangor mengenai kredibiliti PKR sebagai parti memerintah.
Kisah penyalahgunaan kuasa oleh PKR Selangor dalam isu kelulusan papan iklan gergasi yang melanggar peraturan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) turut mendapat perhatian rakyat. Bagaimana sebuah parti yang mendabik dada sebagai sebuah parti yang tidak menyalahguna kuasa telah membuat papan iklan menyokong seorang banduan yang secara jelas melanggar norma hidup manusia normal dan mendapat tempat paling tinggi di dalam PKR itu sendiri, malah mereka seakan mempromosikan kehidupan di luar tabie manusia di Malaysia. Walau isu tersebut akhirnya berkubur apabila papan iklan berkenaan diturunkan dengan perintah Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sikap keras kepala PKR mengundang tandatanya kepada rakyat. Adakah mereka ini selaku kerajaan memerintah menggunakan pengaruh untuk memberi kelulusan kepada iklan tersebut.Mengapa Wan Azizah selaku Presiden PKR tidak berani bersuara sedangkan kedudukannya membolehkan beliau membuat teguran terhadap Timbalan Presiden PKR? Adakah beliau mahu memastikan perjalanan pentadbiran PKR terus lancar tanpa ada penentangan terbuka jika berselisih pendapat dalam pentadbiran negeri sedangkan beliau juga berhak bersuara atas kapasiti Adun. Mungkin Azizah takut dengan kebangkitan Azmin yang kini memperoleh sokongan dari Mahathir selaku sekutu terbaru Pakatan Harapan?
Ketua Umum PKR yang kini menjalani hukuman penjara 5 tahun kerana kesalahan meliwat bekas pembantunya sudah tentu tidak akan berdiam diri melihat kedudukannya terancam. Mungkin melalui proksinya di luar penjara, Anwar menekan pimpinan PKR agar mengambil langkah drastik bagi mengekang pengaruh Azmin dari terus memusnahkan parti anak beranak yang diusahakannya selama ini. Apakah Azmin telah menjadi 'trojan horse' kepada Mahathir dalam usaha menghancurkan pengaruh Anwar dalam PKR dan perancangan itu sudah hampir pasti akan terlaksana sebelum Anwar dibebaskan kelak.
Pertembungan antara dua nama besar dalam PKR sudah seperti tidak dapat dielakkan lagi apabila ternyata Azizah tidak senang dengan kerjasama Pakatan dengan gerakan Mahathir, malah beliau tidak mengiktiraf bekas PM itu apabila tidak hadir dalam mana mana majlis pembangkang yang melibatkan kehadiran Mahathir. Pertentangan ini amat jelas dan sedang diperhatikan rakyat dengan minat kerana semua perseteruan akan hanya terjawap apabila mereka berebut kuasa untuk menentukan kedudukan kerusi yang akan ditandingi dalam PRU14.
Azizah pastinya mahu meneruskan legasi Anwar manakala Azmin mahu pembaharuan dilakukan bagi memastikan kelangsungan politik parti itu. Siapa bakal terkorban dalam perebutan ini amat menarik untuk diperkatakan. Rafizi yang mungkin mengetahui kisah sebenar skandal Azmin di Selangor sudah tentu akan menggunakan kepakarannya bagi memusnahkan pengaruh Azmin di saat akhir, tetapi pihak Azmin pula sudah bersedia dengan kemungkinan dan akan mengeluarkan peluru untuk menangkis segala serangan dari dalam PKR sendiri.
Pertempuran ini pasti menarik perhatian rakyat Selangor mengenai kemampuan sebenar PKR mentadbir sebuah kerajaan yang kaya dengan pelbagai hasil. Adakah selama ini mereka hanya menjadi mangsa penipuan PKR yang menabur pelbagai janji tanpa mempedulikan nasib rakyat Selangor? Sudah tiba masanya Selangor kembali kepada Barisan Nasional selepas diperdayakan Pakatan Harapan sejak 2 penggal lalu.
Rakyat Selangor sudah memberi isyarat jelas kepada PKR apabila memberi kemenangan luarbiasa kepada BN dalam Pilihanraya Kecil Sg Besar apabila majoriti meningkat dengan drastik. Semua ini adalah menifestasi rakyat Selangor memprotes kegagalan kerajaan PKR mentadbir Selangor yang hanya mementingkan parti mereka dan bukannya kehendak rakyat Selangor.
Friday, 15 July 2016
Skandal Selangor - Azmin Bakal Tersingkir, Wan Azizah Ganti Tempat Sebagai MB Selangor?
Azmin Bakal Terkorban Dalam Percaturan Anwar Tolak Mahathir?
Krisis dalaman PKR dengan kewujudan 2 kem yang berseteru tidak dapat disorokkan lagi. Kem yang taat setia kepada Presiden PKR dan Ketua Umum bersaing dengan kem Timbalan Presiden PKR yang sedang merangka perjalanan politik yang lebih jauh dari sasaran awal.
Perseteruan ini semakin jelas berlaku ketika PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar berlangsung di mana orang 'kuat' dua kem ini sering mengelak untuk bertembung dalam satu majlis. Difahamkan Setiausaha Agung PKR yang tidak senang dengan tindak tanduk Timbalan Presiden PKR mentadbir Selangor antara punca perselisihan faham berlaku.
Rakyat tahu skandal RM9.8 juta projek 'Gerbang Selangor' masih menjadi misteri apabila
kerajaan Selangor enggan mendedahkan identiti penderma kepada rakyat dan perkara ini turut menjadi perhatian seluruh negara, malah aktivis PKR sendiri mempertikaikan sikap BOROS Azmin selaku MB yang mentadbir Selangor melakukan pembaziran sesuka hati ke atas wang rakyat Selangor. Sikap Azmin yang berdegil tidak mahu akur kepada kehendak dan polisi parti supaya telus kepada rakyat telah menimbulkan prasangka yang mengaitkan beliau dengan 'salah guna' kuasa mentadbir.
Sampai bila Rafizi mahu menyorokkan identiti penderma yang dimaksudkan Azmin dan Haniza Talha? Pelbagai lagi kisah skandal pentadbiran PKR Selangor sudah mula di hidu rakyat namun Azmin tetap enggan tampil dan memberi penjelasan dan ini membangkitkan rasa kurang senang Rafizi yang sering melaungkan perjuangannya untuk kepentingan rakyat. Rafizi perlu mencabar Azmin agar tampil dengan berani untuk menjelaskan setiap kes skandal yang dibangkitkan Bard.
PKR mempengaruhi rakyat Selangor dengan mendakwa mereka adalah sebuah parti yang telus dalam pentadbiran jelas sekali tidak menepati apa juga slogan yang dijanjikan kepada rakyat Selangor. Pembaziran wang rakyat dalam beberapa projek 'sakit' turut dipertikaikan oleh ahli PKR sendiri namun mereka tidak berani bersuara kerana mungkin berdepan dengan tindakan displin oleh Timb.Presiden PKR sendiri. Che'gu Bard antara yang lantang mengkritik telah dijatuhkan hukuman dan beliau hanya kekal sebagai ahli PKR seumur hidup.
Kini setelah gabungan Pakatan bersama Tun Mahathir menjadi kenyataan kegelisahan PKR Selangor kian terdedah apabila Wan Azizah tidak tampil ketika gabungan diumumkan malah kelibat Azmin juga tidak kelihatan seolah tidak merestui kesepakatan namun demikian ahli PKR tahu bahawa Azmin merupakan salah seorang yang kuat menyokong gabungan tersebut. Enggan hadir dalam pengisytiharan itu, Azmin dikatakan mahu memperbaiki hubungannya dengan Rafizi yang keruh apabila ternyata Rafizi yang lebih mentaati Anwar Ibrahim tidak senang dengan kehadiran bekas perdana menteri itu yang jelas mengambil alih kedudukan Wan Azizah selaku Ketua Pakatan Harapan.
Malah Rafizi yang sebelum ini menggemparkan politik pembangkang dengan dakwaan skandal WANG dan WANITA dalam urusan pentadbiran Selangor turut berdiam diri bagi mengelak langkah penyingkiran Azmin dari di hidu penyokong tegar Azmin. Beliau yang menyerang kepimpinan Selangor dengan dakwaan itu cuba mengalih perhatian rakyat dari menumpukan kebenaran dari semua dakwaannya terhadap kepimpinan BN di bawah Najib Razak. Setelah menyedari kesilapan beliau melemparkan tohmahan tidak berasas terhadap Najib dan isteri, Rafizi kini beralih tumpuan kepada usaha penyingikran Azmin yang mula beralih kesetiaan kepada Mahathir.
Benarkah isu Skandal Selangor akan digunakan Rafizi bagi menjatuhkan Azmin dan melantik Wan Azizah sebagai MB Selangor yang baru sekaligus menjamin kelangsungan karier politik Anwar? Rakyat masih menanti penjelasan Rafizi serta siasatan terhadap laporan yang telah dikemukakan oleh Rafizi dan ini bakal menjadi cabaran baru kepada kepimpinan PKR Selangor untuk membuktikan ketelusan mereka mengurus tadbir wang rakyat Selangor.
Kemenangan besar BN di Sg Besar turut mempengaruhi desas desus penolakan pengaruh Azmin di Selangor sekaligus memberi isyarat kepada PKR serta Pakatan Harapan bahawa 'NYAWA' mereka sebagai kerajaan negeri bakal lenyap pada PRU14. Malah KEBODOHAN wakil DAP yang juga sekutu PKR yang tidak sensitif dengan beberapa perkara melibatkan Islam turut menjadi faktor penolakan ini. Umpama 'Bulan Jatuh Ke Riba' Rafizi tentunya tidak akan melepaskan peluang ini bagi melaksanakan agenda untuk menguatkan kembali pengaruh Azizah sebagaimana yang dikehendaki Anwar selaku Ketua Umum PKR dan Rafizi adalah orang yang paling dipercayai Anwar bagi melaksanakan tugas tersebut.
Adakah PKR Selangor akan menghadapi kisah yang sama seperti DAP P.Pinang yang dilanda skandal rasuah melibatkan Ketua Menteri Lim Guan Eng? Hanya kepimpian PKR tahu dan perlu menjelaskan apa agenda mereka dalam membuktikan komitmen kepada rakyat Selangor.
Sunday, 5 June 2016
Video Sokongan Dari Pelbagai Parti Komponen BN Di Kuala Kangsar
Sokongan dari pelbagai parti komponen Barisan Nasional yang hadir semasa penamaan calon P067 Kuala Kangsar.
Dengan sokongan ini menunjukkan calon BN di terima di pelbagai peringkat dan kaum dan mereka menyatakan kesediaan untuk membantu kempen bagi memastikan kemenangan BN.
Monday, 25 April 2016
Mat Sabu Datang Ke Sarawak Melalui Laluan Tikus?
Pakatan Harapan menerima tamparan 'Kenyalang' pada hari penamaan calon Pilihanraya ke-11 Dewan Undangan Negeri Sarawak. Calon mewakili pembangkang tidak muncul di tempat penamaan calon sekaligus mengesahkan krisis dalaman Pakatan Harapan yang tidak mencapai kata sepakat.
Bagaimanapun calon Parti Amanah Negara (PAN) paling beruntung kerana berjaya 'menangguk di air keruh' berikutan sengketa antara Democratic Action Party (DAP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Calon PAN yang diiringi 'Presiden' PAN sendiri begitu yakin akan berjaya merampas kerusi dari calon Barisan Nasional.
PAN seperti yang diketahui umum hanya sekadar 'budak suruhan' kepada DAP untuk memecah undi BN dan PAS di setiap kerusi yang ditandingi mereka. Tujuan DAP meletakkan calon PAN di kerusi tertentu merupakan strategi bagi mengekang kelebihan undi kepada BN.
Presiden PAN yang dilarang masuk ke Sarawak bagaimanapun berjaya menyusup masuk melalui 'laluan tikus' dan membuat kemunculannya di hadapan penyokong PAN. Kehadiran Mat Sabu seperti memberi 'nyawa' kepada calon PAN yang begitu gentar menghadapi PRN ke-11 kali ini berikutan gerombolan penyokong BN menunjukkan solidariti yang kuat kepada kepimpinan Adenan Satem.
Bagaimana Mat Sabu berjaya melepasi pihak imegresen Sarawak tanpa di kesan? Ternyata PAN hanya menjadi bahan lawak dalam PRN Sarawak selain menjadi 'keldai' DAP.
Saturday, 23 April 2016
DAP Tamak-PKR Bakal Tersungkur Di Sarawak..PAN Ganti PKR Selaku Sekutu Kuat Pakatan Harapan
![]() |
- 2013 - DAP berebut jawatan Exco Selangor berdasarkan formula 3:3:4
- 2015 - menuduh 5 Adun PKR P.Pinang bersekongkol dengan Umno kerana berkecuali dalam usul meluluskan projek tebus tanah seluas 2600 ekar
- 2015 - gugurkan 4 dari 5 usul Adun PKR P.Pinang di Sidang DUN
- 2015 - Lim Guan Eng tuduh 5 Adun PKR bekerjasama dengan Umno P.Pinang
- 2016 - DAP berkeras bertanding di 5 kerusi PKR dalam PRN Sarawak
Pengaruh DAP di Selangor juga turut digunakan mereka untuk memastikan Menteri Besar Selangor sentiasa akur dengan apa saahaja kehendak DAP. Perebutan kerusi Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) turut di pengaruhi oleh DAP yang mahu PAN diberikan keutamaan selaku 'keldai DAP' yang terbaru selepas menyingkirkan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dari Pakatan Rakyat.
Walau PAS mempunyai kelebihan kerusi di Dewan Undangan Selangor sebelum insiden 'lompat katak' beberapa ahli PAS ke PAN, DAP bertegas sebarang keputusan melibatkan kepentingan DAP perlu diberikan keutamaan oleh PKR Selangor.
Perkara ini timbul apabila Presiden PKR, Wan Azizah kini dilihat tidak lagi mempunyai pengaruh dalam parti kerana gerakan Azmin dan Rafizi yang bakal merampas kedudukan penting dalam PKR telah bermula. Desas desus penyertaan Ezam Mohd Noor kembali ke pangkuan PKR bagi membantu Azizah menahan kemaraan Azmin-Rafizi menguatkan lagi tafsiran DAP bahawa PKR sekarang berada dalam keadaan palin lemah dan kesempatan ini tidak akan disia-siakan.
Anwar yang semakin hilang cengkaman terhadap rakyat pula hanya menjadi alasan DAP untuk merampas kedudukan dalam Pakatan Harapan dan mahu sekutu lain tunduk kepada mereka. Skandal yang melanda kepimpinan Azmin turut menjadi faktor mengapa DAP mampu 'mencekak' leher PKR.
Kemelut skandal banglo dan Taman Manggis yang dihadapi Lim Guan Eng pula tidak menjadi isu kepada DAP berikutan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dikatakan melengah lengahkan siasatan dan dakwaan terhadap Setiausaha Agung DAP berikutan seperti ada 'memorandum' persefahaman antara agensi tersebut dengan DAP.
Percaturan DAP di Sarawak mungkin dipengaruhi sikap tamak yang mahu bertindak sebagai kuasa utama dalam Dewan Undangan Sarawak jika berjaya merampas kuasa dari Barisan Nasional sekaligus menafikan penguasaan PKR untuk mempengaruhi apa sahaja keputusan yang akan di bawa dalam sidang DUN kelak.
25 April akan menjadi hari bersejarah terkuburnya Pakatan Harapan di Sarawak jika DAP dan PKR masih berkeras untuk bertanding berlawan sesama sendiri. PAN yang hanya berbekalkan ihsan DAP pula pasti tidak akan menyokong serta membantu PKR jika mereka masih enggan menarik diri dari berlawan dengan DAP.
Adakah DAP akan membenamkan PKR di Sarawak sekaligus menafikan kuasa PKR dalam Pakatan Harapan? Apakah pendirian PAN pula mengenai sikap 'keras kepala' DAP yang mahu semua keputusan berkaitan PRN Sarawak diputuskan mereka sahaja?
PAN hampir pasti akan membantu DAP memenangi PRN kerana mahu membalas 'budi' DAP yang berjaya mengeluarkan saingan mereka PAS dari Pakatan Harapan sekaligus memastikan PAN di angkat sebagai 'anak emas' DAP dalam mana mana Pilihanraya.
Berjayakah PAN menghancurkan ikatan dalam Pakatan Harapan? Menurut sumber bilik gerakan pembangkang di PRN Sarawak, PAN telah mula menghasut rakyat Sarawak agar tidak memberi undi kepada PKR di kawasan yang menjadi perebutan DAP-PKR. Kerja bawah tanah ini diarahkan DAP untuk PAN laksanakan sebaik mungkin dan PAN dijanjikan kedudukan di dalam Dewan Undangan jika berjaya melaksanakan 'tugasan' ini.
Terdapat juga khabar bahawa PKR pula akan melakukan sabotaj terhadap DAP di kerusi utama calon mereka bagi mengekang penguasaan DAP kali ini. Siapa tikam siapa di PRN Sarawak?
Yang pasti Barisan Nasional telah berjaya menunjukkan kesepakatan apabila tiada pertindihan calon terjadi dalam gabungan yang di ketuai Adenan Satem untuk menghadapi PRN Sarawak.






















