Showing posts with label PAU2016. Show all posts
Showing posts with label PAU2016. Show all posts

Saturday, 3 December 2016

#Pau2016 - NAJIB 'TAMPAR' PEMBANGKANG

"BR1M,bukan dedak...saya buat untuk bantu rakyat..kalau tak mahu jangan ambil BR1M..kita akan naikkan hingga RM1,500 seperti kita janjikan dan akan kita serahkan dengan tangan kita sendiri"

Tamparan hebat dari Presiden Umno kepada mereka yang menuduh skim tersebut sebagai dedak dan sebagai bukti kerajaan mendengar suara rakyat beliau turut menyatakan pada masa depan bantuan ini akan diserahkan 'byhand' kepada mereka yang layak.

Projek perumahan untuk golongan muda turut diumumkan Najib sebagai tanda penghargaan kepada anak muda dan skim ini melalui cara sewa beli dan memudahcara mereka memiliki hartanah. Pelbagai pembangunan perumahan sedang di rangka oleh kerajaan untuk membantu rakyat dan ini tidak pula di sentuh pembangkang. Subsidi ini hanya diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia dan ini merupakan antara janji yang dilunaskan kepada rakyat atas keprihatinan Umno untuk rakyat.

"Bab pihak sana, mereka hanya memperkudakan rakyat demi kepentingan politik sahaja dan bukan untuk rakyat"- Najib Razak.

"Kerajaan pimpinan Umno tidak hanya beri omong kosong,tetapi kita terus memberi rakyat keselesaan hingga mencapai apa yang kita rancang dalam TN50".

Thursday, 1 December 2016

#PAU2016 - BANGKIT ATAU LEMAU, SAYAP PERLU BUKTIKAN KEMAMPUAN BANTU KEMENANGAN






SEMANGAT PRU14 MENGUASAI PAU2016 - PERWAKILAN MUNGKIN MINTA NAJIB UMUM SEGERA

Persidangan Agung Umno 2016 menyaksikan kebangkitan semangat perjuangan yang ditiupkan Presiden Umno sendiri bagi menyedarkan ahli agar bersedia untuk 'berperang' bagi mengekalkan Umno selaku parti unggul orang Melayu. Bernostalgia sebentar bagaimana liku liku yang pernah dihadapi ketika kesetiaan beliau di uji, Najib mengingatkan perwakilan betapa penting Setia kepada pemimpin selagi tidak melanggar hukum syariat. Malah menoleh sebentar ke zaman Rasulullah bagi mengambil contoh kesetiaan banyak membuka minda perwakilan dan rakyat yang mengikuti ucapan beliau secara langsung di televisyen.

Nada yang agak berbeza dalam ucapan ini seperti memberi isyarat agar Umno bersedia untuk menghadapi Pilihanraya Ke-14 yang dikatakan akan berlangsung dalam masa terdekat. Menyentuh kepentingan semua sayap parti serta memberi ingatan supaya bekerja keras, semua ini meninggalkan tanda tanya PRU14. Keupayaan Wanita Umno turut mendapat pujian dari Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak yang mahu 2 sayap Umno mengambil iktibar dari cara Wanita bekerja mendekati rakyat. Mungkin juga ini sebagai 'teguran keras' terhadap 2 sayap ini yang agak ketinggalan dalam mendekati anak muda tidak seperti pihak lawan yang sentiasa membuat program turun padang tanpa protokol mendekati serta memenangi hati anak muda.

Intipati dari ucapan Presiden juga terselit 'sindiran' tajam terhadap mantan serta ahli Umno yang kini sudah 'tidur sebantal' dengan pembangkang malah mereka boleh dikatakan lebih pembangkang dari pembangkang. Serangan bertali arus hingga kisah peribadi pemimpin di jaja Mahathir dalam siri jelajahnya serata Malaysia turut di bidas kerana sudah melupakan prinsipnya selama berkuasa 22 tahun lalu.

Secara tidak langsung amanat Presiden siang tadi meninggalkan kesan yang mendalam apabila Najib membacakan sendiri doa sebelum mengakhiri ucapan sekaligus menyentuh naluri mereka yang telah 'tersesat' dalam perjuangan parti. Meneliti ucapan Presiden yang mahu semua pihak dalam Umno kembali bangkit setelah 'bergelora' dengan hasutan dari Mahathir dan konco konconya, Najib sebenarnya sudah mula menunjukkan 'kuku politik' yang sebenar. Amaran 'Keras dalam Lembut' kedengaran seperti beliau lemah namun sebenarnya pendekatan Najib terlalu 'bijak' untuk di baca walau mentornya sendiri iaitu Tun Mahathir Mohammed.

Tidak akan mengejutkan akan ada perwakilan yang akan berbahas esok berbicara dalam nada keras dan tidak mengikuti teks yang tersedia kerana teruja dengan apa yang telah disampaikan Najib semasa perasmian Persidangan Agung Umno 2016. Menyahut seruan Presiden agar ahli Umno terus mara dan kembali kuat, sudah kedengaran ada perwakilan merombak kembali teks ucapan perbahasan mereka dan mahu bersama Presiden menghadapi musuh musuh Umno dalam PRU14. Besar kemungkinan perwakilan akan meminta agar PRU dipercepatkan supaya musuh tidak dapat melakukan lebih banyak kerosakan terhadap minda pengundi. Siapa tahu mungkin Najib akan terbuka hati untuk mengumumkannya sebelum PAU2016 berakhir?


Friday, 7 October 2016

Antara Keli Dan Tiang - PWTC Pilih Yang Mana?

Seorang ahli Umno berpangkat Dato sering menghamburkan pelbagai kata serta tingkah laku yang kurang sopan dalam laman media sosial. Mengakui tindakan itu sebagai salah satu cara psikologi untuk menguatkan jentera media sosial pro Umno, beliau terlalu celupar dalam menaikmuat status di facebook miliknya. Siapa yang tidak di hambur beliau jika tidak bersetuju dengan pendapatnya? Agensi kerajaan pun pernah cuba dimalukan beliau hanya kerana diberikan jawapan berupa fakta sahih namun sikap ego Dato itu beliau memilih 'berperang' bagi menunjukkan bahawa beliau sentiasa betul.

Sering mendakwa punyai kerja tetap beserta gaji yang mampu menyara kehidupan kelas menengah, individu itu juga akan memandang rendah kepada mereka yang menegur cara beliau menaikmuat statusnya. Kebiadapan beliau semakin menjadi jadi selepas dikurniakan gelaran Dato oleh Sultan Pahang selepas penyakit 'Sawan' melandanya berikutan ketiadaan nama beliau dalam senarai penerima pingat di Istana Negara. Menyerang seluruh Umno apabila mendapati namanya tiada dalam senarai, Dato itu bersungguh memburukkan kepimpinan Umno hingga melondehkan segalanya ke tahap yang tidak sepatutnya dilakukan oleh ahli Umno.

Mendabik dada akan kehebatan, beliau lupa akan kekalahan Parlimen tempatnya sendiri apabila hanya tahu menyalahkan Perdana Menteri jika terjadi kesalahan serta isu yang melanda kepimpinan Umno sendiri, malah belum lagi beliau pertahankan institusi Umno dan Presiden Umno dari serangan pembangkang. Benar beliau sudah menjejaki usia veteran dalam Umno tetapi tindakannya dalam media sosial tidak menggambarkan sikap sepatutnya.

Dikenali sebagai 'Kaki Paw' di kalangan pemimpin Umno, modus operandi Dato tersebut boleh ditafsirkan apabila beliau mula menyerang individu atau institusi tertentu tanpa henti hingga ada 'Ufti' menyusul bagi membolehkan beliau 'bernafas dalam lumpur'. Umpama Keli yang mencungap mencari udara ketika air di parit kekeringan begitulah tindakan Dato tersebut dalam upacara 'tarik duit' dari kantung pemimpin yang di hentamnya.

Terbaru Dato tersebut menaikmuat status yang membabitkan Perdana Menteri dan isteri di kediaman rasmi di Putrajaya. Mengakui menerima mesej dari seseorang berkaitan insiden yang dinaikmuat, Dato tersebut telah membuat kesimpulan bahawa Datin Seri Rosmah Mansor memiliki 'penampar sakti' hingga bunyi tamparan mampu menembusi dinding dari ruang tamu ke bahagian tpat jamuan bilamana insiden PM di tampar terjadi.

Apa ini semua? Seorang veteran Umno berpangkat Dato mempunyai mentaliti rendah hingga sanggup merendahkan maruah bagi cerita begini? Itu sahaja tahap pemikiran 'bijak' Dato yang mendakwa menerima latihan terbaik di dunia dalam segala hal bermula risikan hingga bidang patologi? Memualkan apabila seorang Dato hanya mampu 'memaki hamun' serta mengeluarkan hinaan kepada sesiapa yang tidak sealiran dengannya hingga beliau digelar 'Keli di belakang tiang' oleh netizen media sosial.

November depan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) akan menerima kehadiran seluruh wakil Umno dari serata pelusuk negara bagi Persidangan Agung Umno (PAU2016) dan ini detik yang dikatakan amat di tunggu oleh Dato bagi melaksanakan misi 'Salam Balik Tiang' yang berupa pembayaran 'Ufti' oleh pemimpin Umno bagi mengelakkan kewujudan konflik dengannya. Hingga bila Dato itu akan terus berada di balik tiang? Sampai bila Umno mahu membiarkan suara sumbing ini terus menerus biadap kepada pemimpin Umno?