Friday, 7 October 2016

Antara Keli Dan Tiang - PWTC Pilih Yang Mana?

Seorang ahli Umno berpangkat Dato sering menghamburkan pelbagai kata serta tingkah laku yang kurang sopan dalam laman media sosial. Mengakui tindakan itu sebagai salah satu cara psikologi untuk menguatkan jentera media sosial pro Umno, beliau terlalu celupar dalam menaikmuat status di facebook miliknya. Siapa yang tidak di hambur beliau jika tidak bersetuju dengan pendapatnya? Agensi kerajaan pun pernah cuba dimalukan beliau hanya kerana diberikan jawapan berupa fakta sahih namun sikap ego Dato itu beliau memilih 'berperang' bagi menunjukkan bahawa beliau sentiasa betul.

Sering mendakwa punyai kerja tetap beserta gaji yang mampu menyara kehidupan kelas menengah, individu itu juga akan memandang rendah kepada mereka yang menegur cara beliau menaikmuat statusnya. Kebiadapan beliau semakin menjadi jadi selepas dikurniakan gelaran Dato oleh Sultan Pahang selepas penyakit 'Sawan' melandanya berikutan ketiadaan nama beliau dalam senarai penerima pingat di Istana Negara. Menyerang seluruh Umno apabila mendapati namanya tiada dalam senarai, Dato itu bersungguh memburukkan kepimpinan Umno hingga melondehkan segalanya ke tahap yang tidak sepatutnya dilakukan oleh ahli Umno.

Mendabik dada akan kehebatan, beliau lupa akan kekalahan Parlimen tempatnya sendiri apabila hanya tahu menyalahkan Perdana Menteri jika terjadi kesalahan serta isu yang melanda kepimpinan Umno sendiri, malah belum lagi beliau pertahankan institusi Umno dan Presiden Umno dari serangan pembangkang. Benar beliau sudah menjejaki usia veteran dalam Umno tetapi tindakannya dalam media sosial tidak menggambarkan sikap sepatutnya.

Dikenali sebagai 'Kaki Paw' di kalangan pemimpin Umno, modus operandi Dato tersebut boleh ditafsirkan apabila beliau mula menyerang individu atau institusi tertentu tanpa henti hingga ada 'Ufti' menyusul bagi membolehkan beliau 'bernafas dalam lumpur'. Umpama Keli yang mencungap mencari udara ketika air di parit kekeringan begitulah tindakan Dato tersebut dalam upacara 'tarik duit' dari kantung pemimpin yang di hentamnya.

Terbaru Dato tersebut menaikmuat status yang membabitkan Perdana Menteri dan isteri di kediaman rasmi di Putrajaya. Mengakui menerima mesej dari seseorang berkaitan insiden yang dinaikmuat, Dato tersebut telah membuat kesimpulan bahawa Datin Seri Rosmah Mansor memiliki 'penampar sakti' hingga bunyi tamparan mampu menembusi dinding dari ruang tamu ke bahagian tpat jamuan bilamana insiden PM di tampar terjadi.

Apa ini semua? Seorang veteran Umno berpangkat Dato mempunyai mentaliti rendah hingga sanggup merendahkan maruah bagi cerita begini? Itu sahaja tahap pemikiran 'bijak' Dato yang mendakwa menerima latihan terbaik di dunia dalam segala hal bermula risikan hingga bidang patologi? Memualkan apabila seorang Dato hanya mampu 'memaki hamun' serta mengeluarkan hinaan kepada sesiapa yang tidak sealiran dengannya hingga beliau digelar 'Keli di belakang tiang' oleh netizen media sosial.

November depan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) akan menerima kehadiran seluruh wakil Umno dari serata pelusuk negara bagi Persidangan Agung Umno (PAU2016) dan ini detik yang dikatakan amat di tunggu oleh Dato bagi melaksanakan misi 'Salam Balik Tiang' yang berupa pembayaran 'Ufti' oleh pemimpin Umno bagi mengelakkan kewujudan konflik dengannya. Hingga bila Dato itu akan terus berada di balik tiang? Sampai bila Umno mahu membiarkan suara sumbing ini terus menerus biadap kepada pemimpin Umno?

No comments:

Post a Comment