Showing posts with label TEKUN Nasional. Show all posts
Showing posts with label TEKUN Nasional. Show all posts

Wednesday, 15 February 2017

ADIK BEKAS EXCO PERAK ADA FERRARI HASIL JUAL PUTU BAMBU?




FRANCAISOR PUTU BAMBOO ADA FERARI HASIL TIPU DUIT TEKUN?




Ramai kalangan pelayar media sosial tertanya tanya mengenai pembongkaran kisah penipuan seorang adik bekas Exco Perak terhadap peserta yang menyertai skim 'Francais' Putu McBamboo milik penuh sebuah syarikat. Kisah penipuan adik exco tersebut tersebar apabila beliau membuat komen mengenai ubat yang dibekalkan oleh pihak hospital kerajaan kepada pesakit.

Hamizura Osman merupakan pemilik syarikat Putu McBamboo dikatakan menipu peserta yang menyertai skim pinjaman TEKUN di bawah kendaliannya. Menurut sumber, Hamizura atau Zura telah menipu peserta yang meminjam dana dari TEKUN apabila tidak menyerahkan jumlah sebenar pinjaman yang dikemukakan kepada pihak TEKUN. Menurut sumber ketika penipuan dilakukan, bekas Exco Perak Hamidah Osman merupakan Pengerusi Tekun dan berkuasa meluluskan pinjaman kepada mereka yang layak.

Dalam kes yang di bongkar oleh Kassim Masdor, terdapat keraguan ketika kelulusan pinjaman diberikan kerana peminjam tidak menerima nilai pinjaman tetapi hanya mendapat separu dari jumlah sebenar kerana di kawal oleh Zura. Penyalahgunaan kuasa dan kedudukan oleh Pengerusi Tekun ketika itu mungkin terjadi apabila ianya melibatkan pengaruh adik beradik dalam menentukan siapa yang lulus pinjaman dan sekatan terhadap penyerahan nilai sebenar pinjaman peserta TEKUN. Malah apa yang dikhuatiri ialah penyalahgunaan pengaruh untuk meluluskan pinjaman TEKUN kepada pemilik Syarikat Putu McBamboo terjadi seperti di dakwa sumber.

Agak pelik kisah Putu McBamboo seakan tenggelam apabila boleh dikatakan usahawan yang bernaung di bawah kendalian syarikat tersebut kini tidak kelihatan lagi. Kemana kesemua peserta yang menyertai skim Francais Putu Mc Bamboo ini? Adakah mereka kecewa dengan apa yang terjadi dengan pinjaman atau mereka enggan lagi meneruskan perniagaan di bawah jenama Putu McBamboo? Tentu ada sebab mengapa mereka sudah tidak meneruskan perniagaan tersebut selepas menerima pinjaman TEKUN.

Persoalan ini menarik perhatian netizen kerana mereka juga tertanya kemana semua usahawan Putu McBamboo, adakahpeserta sudah hilang atau mereka sudah bertukar jenama dan tidak lagi bernaung di bawah syarikat tersebut? Hamizura hingga sekarang tidak berani tampil untuk membuat kenyataan berkenaan dakwaan penipuan pinjaman TEKUN. Mengapa beliau yang kononnya lantang bersuara mengenai kerajaan tetapi kini 'menikus' apabila kisah penipuan terbongkar? 

Adakah pembongkaran ini tidak mampu menarik perhatian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat kebenaran dakwaan berkaitan kehilangan wang pinjaman serta rasa kecewa dengan cara 'Diktator' pengendali peminjam TEKUN? Benarkah kekecewaan peserta dikatakan ada kaitan dengan gaya hidup adik exco tersebut yang dikhabarkan mempunyai sebuah kereta Ferari hasil dari perniagaan 'jual kepala' peminjam dana TEKUN?

Adakah beliau takut di siasat SPRM yang berkemungkinan akan membongkar lebih banyak lagi kejadian seperti di dakwa Kassim Masdor? Rakyat memerhati dan menilai hasil kerja SPRM yang telus dalam sebarang siasatan terhadap apa juga dakwaan yang mereka terima.

Tuesday, 14 February 2017

ADIK BEKAS EXCO PERAK MENIPU GUNA TEKUN?




"DIA PAKSA KAMI PENIAGA BELI BARANG DAN TEPUNG DENGAN DIA SAHAJA" - HAMIZURA DIKAITKAN DENGAN PENIPUAN PINJAMAN TEKUN


Tular dalam media sosial mengenai kisah penipuan adik bekas Exco Perak mengeksploitasi kedudukan kakaknya selaku Exco Kerajan Negeri menggunakan dana TEKUN bagi perniagaan putu bambu. Hamizura Osman dikatakan sebagai individu yang menipu peserta di bawah seliaannya bagi mendapat dana sebanyak RM6,000.00 tetapi peserta hanya menerima barangan perniagaan bernilai RM3,000.00 dan bukan wang tunai.

Menjadikan kisah ini lebih menarik perhatian netizen, individu yang menggunakan identiti Kassim Masdor mendakwa Hamizura mengarahkan peserta untuk membuat pinjaman TEKUN sebanyak RM6,000.00 dan segala bahan mentah untuk pembuatan putu bambu perlu di beli daripada beliau sahaja. Kassim turut mendakwa ramai peserta berasa tertipu dengan Hamizura yang memaksa mereka mendapatkan bekalan mentah darinya serta tidak memberi nilai penuh pinjaman TEKUN.

" Zura ni dengan suami dia memang penipu besar, kami dulu dia tipu hidup hidup...Suruh kami buat pinjaman TEKUN RM6000, dia tak bagi duit, dia bagi barang niaga sahaja yang beharga RM3000, mana pergi lesap lagi RM3000? Syarat meniaga pula tu dia paksa kami peniaga beli barang barang dan tepung semua pada dia sahaja"

Peniaga yang pernah mengalami perkara sama seharusnya membongkarkan kisah penipuan yang mereka alami jika pernah berurusan dengan Hamizura Osman. Cara seperti yang di dakwa Kassim pula jelas menunjukkan wujud penipuan oleh Hamizura serta menjadi penganiayaan kepada ushawan kecil TEKUN yang baru mahu mula berniaga.

Hamizura perlu tampil menjelaskan kebenaran dan jika beliau berasakan tidak terbabit maka tindakan dari pihak beliau perlu dilakukan ke atas penama Kassim Masdor tetapi jika beliau terlibat dengan dakwaan ini maka peniaga yang TEKUN yang pernah berurusan dengan Hamizura Osman perlu tampil membuat laporan polis mengenai salahguna Dana yang dilakukan Hamizura serta kaitan pihak yang meluluskan pinjaman tersebut waktu itu. Difahamkan ketika waktu itu kakak Hamizura merupakan Pengerusi TEKUN dan bertanggungjawab meluluskan pinjaman pemohon di bawah skim TEKUN. 


 Objektif TEKUN :



TEKUN Nasional yang dahulunya di kenali sebagai Yayasan TEKUN Nasional adalah merupakan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang diwujudkan pada 9 November 1998. Matlamat penubuhan TEKUN Nasional adalah untuk menyediakan kemudahan pembiayaan secara mudah dan cepat kepada bumiputera untuk memula dan memajukan lagi perniagaan mereka. Kini TEKUN Nasional dibawah Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani

Mulai tahun 2008, TEKUN Nasional telah membuat perubahan dan pembaharuan selaras dengan keperluan semasa dengan menjadikan institusi ini sebagai sebuah institusi pembangunan usahawan yang strategik dan tidak hanya menyediakan kemudahan modal perniagaan semata-mata. Kini TEKUN Nasional menjadi sebuah institusi yang menyediakan peluang-peluang perniagaan serta peluang-peluang menjana pendapatan, pembiayaan modal perniagaan, khidmat bimbingan dan sokongan serta Jaringan Usahawan.

Adalah diharapkan dengan Hala Tuju Baru dan Penjenamaan semula ini, TEKUN Nasional akan menjadi sebuah institusi pelaksana ( executing agency ) yang dinamik serta mampu memainkan peranannya dengan lebih berkesan bagi memenuhi matlamat penubuhannya selaras dengan hasrat kerajaan untuk membentuk Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera ( MPPB ). Dengan kejayaan MPPB ini hasrat kita untuk mengangkat martabat bangsa Melayu dan Bumiputera dalam bidang ekonomi akan tercapai.