Tuesday, 14 February 2017

ADIK BEKAS EXCO PERAK MENIPU GUNA TEKUN?




"DIA PAKSA KAMI PENIAGA BELI BARANG DAN TEPUNG DENGAN DIA SAHAJA" - HAMIZURA DIKAITKAN DENGAN PENIPUAN PINJAMAN TEKUN


Tular dalam media sosial mengenai kisah penipuan adik bekas Exco Perak mengeksploitasi kedudukan kakaknya selaku Exco Kerajan Negeri menggunakan dana TEKUN bagi perniagaan putu bambu. Hamizura Osman dikatakan sebagai individu yang menipu peserta di bawah seliaannya bagi mendapat dana sebanyak RM6,000.00 tetapi peserta hanya menerima barangan perniagaan bernilai RM3,000.00 dan bukan wang tunai.

Menjadikan kisah ini lebih menarik perhatian netizen, individu yang menggunakan identiti Kassim Masdor mendakwa Hamizura mengarahkan peserta untuk membuat pinjaman TEKUN sebanyak RM6,000.00 dan segala bahan mentah untuk pembuatan putu bambu perlu di beli daripada beliau sahaja. Kassim turut mendakwa ramai peserta berasa tertipu dengan Hamizura yang memaksa mereka mendapatkan bekalan mentah darinya serta tidak memberi nilai penuh pinjaman TEKUN.

" Zura ni dengan suami dia memang penipu besar, kami dulu dia tipu hidup hidup...Suruh kami buat pinjaman TEKUN RM6000, dia tak bagi duit, dia bagi barang niaga sahaja yang beharga RM3000, mana pergi lesap lagi RM3000? Syarat meniaga pula tu dia paksa kami peniaga beli barang barang dan tepung semua pada dia sahaja"

Peniaga yang pernah mengalami perkara sama seharusnya membongkarkan kisah penipuan yang mereka alami jika pernah berurusan dengan Hamizura Osman. Cara seperti yang di dakwa Kassim pula jelas menunjukkan wujud penipuan oleh Hamizura serta menjadi penganiayaan kepada ushawan kecil TEKUN yang baru mahu mula berniaga.

Hamizura perlu tampil menjelaskan kebenaran dan jika beliau berasakan tidak terbabit maka tindakan dari pihak beliau perlu dilakukan ke atas penama Kassim Masdor tetapi jika beliau terlibat dengan dakwaan ini maka peniaga yang TEKUN yang pernah berurusan dengan Hamizura Osman perlu tampil membuat laporan polis mengenai salahguna Dana yang dilakukan Hamizura serta kaitan pihak yang meluluskan pinjaman tersebut waktu itu. Difahamkan ketika waktu itu kakak Hamizura merupakan Pengerusi TEKUN dan bertanggungjawab meluluskan pinjaman pemohon di bawah skim TEKUN. 


 Objektif TEKUN :



TEKUN Nasional yang dahulunya di kenali sebagai Yayasan TEKUN Nasional adalah merupakan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang diwujudkan pada 9 November 1998. Matlamat penubuhan TEKUN Nasional adalah untuk menyediakan kemudahan pembiayaan secara mudah dan cepat kepada bumiputera untuk memula dan memajukan lagi perniagaan mereka. Kini TEKUN Nasional dibawah Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani

Mulai tahun 2008, TEKUN Nasional telah membuat perubahan dan pembaharuan selaras dengan keperluan semasa dengan menjadikan institusi ini sebagai sebuah institusi pembangunan usahawan yang strategik dan tidak hanya menyediakan kemudahan modal perniagaan semata-mata. Kini TEKUN Nasional menjadi sebuah institusi yang menyediakan peluang-peluang perniagaan serta peluang-peluang menjana pendapatan, pembiayaan modal perniagaan, khidmat bimbingan dan sokongan serta Jaringan Usahawan.

Adalah diharapkan dengan Hala Tuju Baru dan Penjenamaan semula ini, TEKUN Nasional akan menjadi sebuah institusi pelaksana ( executing agency ) yang dinamik serta mampu memainkan peranannya dengan lebih berkesan bagi memenuhi matlamat penubuhannya selaras dengan hasrat kerajaan untuk membentuk Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera ( MPPB ). Dengan kejayaan MPPB ini hasrat kita untuk mengangkat martabat bangsa Melayu dan Bumiputera dalam bidang ekonomi akan tercapai.