Showing posts with label myPPP. Show all posts
Showing posts with label myPPP. Show all posts

Tuesday, 1 January 2019

PRK CAMERON HIGHLANDS - 'UNCLE BOND' MAHU PECAH DOMINASI DI TANAH RATA?

Kayveas Akan Buat 'Comeback' Untuk Pastikan DAP Tidak Buat Janji PRK?

Presiden MyPPP Tan Sri Kayveas masih bermain teka teki mengenai pendiriannya samada mahu bertanding atau tidak dalam Pilihanraya Kecil P078 Cameron Highlands pada 26/1/2019. Mengimbas kembali aktiviti beliau sepanjang 2017-2018 di Cameron Highlands ternyata populariti beliau mengatasi populariti bekas calon DAP M.Manogaran.

Ketika dihubungi, Kayveas enggan mengulas lanjut samada beliau mahu kembali ke arus politik perdana atau tidak tetapi desas desus yang kencang di Tanah Rata memberi gambaran beliau bakal bertanding. Menghadapi kemelut dalaman parti, Kayveas berjaya membuktikan beliau masih Presiden MyPPP yang sah dari sudut perundangan dan kini parti itu menjadi sebuah parti tunggal dan tidak bernaung bawah mana mana sekutu parti.

Rata rata penduduk Tanah Rata mengenali susuk Kayveas yang sering berada di sana menyantuni mereka sepanjang 2017-2018. Bagaimanapun selepas tidak berjaya menjadi calon BN bagi P078, kelibat beliau tetap kelihatan menyantuni rakyat Tanah Rata.

Seandainya Kayveas membuat keputusan untuk bertanding sudah tentu Pilihanraya ini akan menjadi semakin menarik. DAP yang gusar akan sokongan kaum India kepada mereka pastinya tidak senang duduk kerana bekas calon DAP pada PRU14 tidak mampu mengatasi penerimaan penduduk Tanah Rata kepada Kayveas selama ini. Apa yang lebih dramatik, pertembungan dalam PRK ini sudah tentu menjadi Aras Penentu sokongan Kaum India kepada Pakatan Harapan selepas mereka GAGAL memenuhi Manifesto PH walau Adun Tanah Rata merupakan wakil DAP. Malah masalah tempatan turut menghantui DAP kerana tidak berjaya diselesaikan oleh Adun DAP biarpun DAP merupakan sebahagian daripada Kerajaan sekarang.

Mungkinkah akan berlaku kejutan dari 'Uncle Bond' pada PRK CH ini? Semua hanya akan terjawap pada hari penamaan calon dan bersediakah bakal calon parti lain berdepan dengan pertembungan epik yang menjadi perhatian seluruh negara?

Tuesday, 17 April 2018

UNDUR DIRI ATAU KELUAR BN - KEPUTUSAN KAYVEAS DINANTIKAN DENGAN DEBARAN

FOTO  MENYENTUH JIWA BAKAL JADI KENANGAN TERAKHIR KAYVEAS DI CAMERON HIGHLANDS?

Kejutan semasa pelancaran Manifesto myPPP di Cameron Highlands oleh Tan Sri Kayveas menjadi berita paling panas sepanjang minggu. Melepaskan kekecewaan beliau, Kayveas berubah nada apabila memperkatakan mengenai kesetiaan beliau dan myPPP selama ini seperti 'Melukut Di Tepi Gantang'.

Meneliti komen netizen di laman rasmi Kayveas, ramai yang bersimpati dan tidak kurang yang cuba menyakinkan beliau dan myPPP akan lebih bersinar di luar Barisan Nasional. Namun segala keputusan hanya akan diketahui seusai Mesyuarat Khas Ahli Majlis Tertinggi myPPP di Ibu Pejabat myPPP Jalan Kg Attap hari ini.

Lihat sahaja foto yang diambil tanpa Kayveas sedari sudah cukup memberi makna betapa eratnya hubungan beliau dengan rakyat Cameron Highlands. Adakah foto itu akan menjadi 'Kenangan Terakhir' Kayveas? Adakah Kayveas akan masih kekal bersama BN atau beliau akan bawa myPPP keluar BN?

Nantikan sidang media khas myPPP petang ini.

Tuesday, 20 February 2018

"BIAR PM TENTUKAN CALON PALING SESUAI DI P078 CAMERON HIGHLANDS" - KAYVEAS


Kenyataan Rasmi Tan Sri Kayveas Berkaitan Dakwaan Dato S.Subramaniam Atas Kerusi P078 Cameron Highlands.

Saya telah menggerakkan gerak kerja bagi mendekati warga Cameron Highlands sejak September 2015 lagi. Semua gerak kerja yang saya lakukan adalah dengan menggunakan wang sendiri tanpa mengharapkan bantuan dari BN pusat semata-mata.

Semua ini dilakukan atas rasa kesetiaan saya kepada BN dan keinginan kuat saya untuk membantu di samping mendekati rakyat tanpa mengira apa jua kaum, agama dan idealogi politik.

Bagi saya, Cameron Highlands amat dekat dihati saya kerana saya adalah anak jati Cameron Highlands dan boleh dikatakan, semua kaum dan bangsa termasuk kira-kira hampir 7,500 orang pengundi Orang Asal, turut tahu dan mengenali hasil kerja saya.

Bagi saya, kemenangan BN untuk kerusi ini harus dikekalkan dan saya berpendapat, terpulang kepada Yang Amat Berhormat, Pengerusi BN, Dato Sri  Mohd Najib Tun Abdul Razak menentukan siapa yang paling layak menjadi calon untuk kerusi P078 Cameron Highlands dalam PRU ke-14.

Seperti yang umum sedia maklum, Cameron Highlands merupakan satu kerusi yg cukup unik dari sudut sosio politik dan pendekatan yang telah saya lakukan boleh dinilai melalui sokongan terbuka yang telah dinyatakan oleh banyak pihak.

Bagi saya, saya yakin, seandainya saya dicalonkan untuk kerusi ini, dengan sokongan terbuka yg telah saya terima dan saya yakin mampu mempertahankan kerusi ini dan akan menambah jumlah majoriti yang diraih berbanding PRU ke 13 yang lalu.

Dalam satu klip video Dato Subra menyatakan beliau akan memberitahu PM supaya mengikut keputusan beliau dan saya tidak mahu ulas selain menuggu keputusan PM sendiri. Samada PM akan ikut 'Arahan' Subra atau sebaliknya maka biarlah PM sendiri yang tentukan.

Tan Sri Datuk Seri M.Kayveas

Monday, 5 February 2018

PEMBANGKANG CAMERON HIGHLANDS SOKONG KAYVEAS CALON P078

BEKAS CALON DAP NYATAKAN SOKONGAN BUAT KAYVEAS JIKA JADI CALON DI PARLIMEN CAMERON HIGLANDS

Mengejutkan sekali apabila bekas calon 5 Pilihanraya mewakili DAP menyatakan akan memberi undi kepada Kayveas sekiranya beliau dicalonkan sebagai Ahli Parlimen P078 dalam PRU14.

J.Appalasamy yang ditemui dalam program Bantuan Awal Persekolahan di SMK Kg Raja turut menyatakan mengapa beliau sanggup memberi undi kepada Tan Sri M Kayveas. Appalasamy yang pernah bertanding kerusi DUN sebanyak 3 kali dan kerusi Parlimen sebanyak 2 kali memberitahu penulis, Kayveas telah memenangi hati ramai apabila turun padang dan melakukan banyak kerja membantu rakyat selain menyelesaikan masalah berbangkit yang selama ini tidak dipedulikan oleh G. Palanivel yang mewakili MIC sebelum di pecat dari parti tersebut.

Dalam pertemuan itu, Appalasamy turut menyatakan mengapa beliau hadir dalam setiap program Kayveas dengan mengenakan pakaian rasmi DAP.

"Kayveas jemput saya, jadi saya berbesar hati menerima jemputan walau berlainan ideologi parti tetapi dia tak pandang itu semua..bagi dia (Kayveas) yang penting ialah penduduk Cameron Highlands."

"Dia (Kayveas) sering jemput saya duduk di sebelahnya dalam majlis, tetapi saya tidak akan berbuat demikian kerana saya tidak mahu di cop pengkhianat (DAP)".

"Saya hormat Kayveas dan saya telah berjanji akan undi dia(Kayveas) kalau dia jadi calon sini (Cameron Highlands".)

Appalasamy yang pernah menjadi orang nombor 2 DAP Pahang sebelum di cantas diktator DAP turut menyatakan Kayveas mampu menang besar dan jika MIC dicalonkan, beliau yakin BN akan kehilangan kerusi tersebut. Beliau menyatakan demikian berikutan rekod perkhidmatan MIC selepas Palanivel di pecat pada 2015, Cameron Highlands kehilangan tempat mengadu dan hanya sekitar Jun 2017 MIC telah menghantar seorang penyelaras mereka untuk Cameron Highlands. Perlu diingatkan Barisan Nasional tidak melantik sesiapa sebagai penyelaras Parlimen dan lantikan dilakukan oleh MIC sahaja.

Bagaimanapun tinjauan bebas yang dilakukan mendapati nama Kayveas menjadi sebutan hampir 60% penduduk Cameron Highlands berikutan kerja keras mendekati penduduk hampir setiap minggu. Tidak dilupakan Orang Asli turut didekati Kayveas menerusi pelbagai program dan bantuan yang diberikan. Malah mengejutkan sekali masyarakat Orang Asli Sg Ruil menyatakan mereka mahu Kayveas sebagai calon Parlimen dan akan memberi sokongan penuh kepadanya.

Klik :  http://watan-online.com/kaum-asli-cameron-highlands-tagih-kunjungan-pm/