Showing posts with label MIC. Show all posts
Showing posts with label MIC. Show all posts

Sunday, 22 December 2019

GOBALAKRISHNAN PERLU BUKTI TUDUHAN TERHADAP MB PAHANG, JANGAN CARI POPULARITI POLITIK

Gobalakrishnan Perlu Hormati Kuasa Kerajaan Negeri Pahang



Tindakan seorang bekas Ahli Parlimen, Gobalakrishnan yang cuba menjadi 'Hero' pekebun kecil di Kuala Terla amat keterlaluan apabila mempersoalkan tindakan Kerajaan Negeri berkaitan hal tanah yang diterokai oleh pekebun India. Dalam satu video di Youtube, Gobalakrishnan secara jelas membuat dakwaan berniat buruk terhadap Menteri Besar Pahang apabila menyatakan tanah kebun Kuala Terla mahu diambil dan diserahkan kepada pihak lain. Bagaimana beliau boleh membuat dakwaan demikian dan adakah Gobalakrishnan boleh berikan bukti kukuh dakwaan tersebut?

Petikan Kenyataan Ketua Pemuda Umno Pahang

Suka diingatkan Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung berkaitan isu pencemaran sumber air di Cameron Highlands menjadi keutamaan kerajaan negeri dan Persekutuan. Adakah Gobalakrishnan mahu menentang Titah Tuanku dengan mempersoalkan tidakan kerajaan negeri?

Petikan kenyataan Ketua Pemuda Umno Pahang


Tindakan Gobalakrishnan yang membuat dakwaan melulu terhadap Menteri Besar Pahang amat tidak bertanggungjawab dan beliau sepatutnya memikirkan risiko ketika membuat sebelum membuat sebarang kenyataan. Adakah kenyataan beliau berkait rapat dengan kenyataan Pemuda MIC yang berura-ura mahu menuntut kembali kerusi Cameron Highlands selepas melihat kejayaan Muafakat Nasional diterjemahkan dalam Prk CH? Jika ada niat sebegitu sebaiknya Gobalakrishnan yang juga bekas Ahli Parlimen PKR satu ketika dahulu melihat demografi pengundi Cameron sebelum mahu menjadi 'Juara' isu tanah CH. Jangan disebabkan mahu memenangi hati Presiden MIC, beliau mengeruhkan keadaan di Kuala Terla. Seperkara lagi yang Gobalakrishnan perlu ingat, Cameron Highlands bukan kawasan bagi beliau cuba mencari pengaruh politik.
VIDEO GOBALAKRISNAN BIADAP

Nasihat pengundi kepada Gobalakrishnan usah cuba mengambil kesempatan bagi mempopularkan diri. Buktikan dakwaan seperti didakwanya dan kalau tiada bukti maka beliau perlu memohon maaf secara terbuka kepada MB Pahang. Belajar hormati Kerajaan Negeri Pahang serta pengundi Cameron Highlands.

Monday, 23 April 2018

SENTIMEN 'ANAK TEMPATAN' BAKAL BUAT MIC 'BUNGKUS BAJU' DI P078?

BERHADAPAN DENGAN CALON ANAK TEMPATAN BAKAL UNDANG MASALAH BUAT SIVARAJH?

Dengan prestasi yang tidak memberangsangkan ketika bertarung di Buntong pada Pru13, Sivarajh Chandran dari MIC dikatakan akan berdepan dengan krisis undi. Beliau yang dicalonkan oleh MIC sebagai calon 'Kerusi Tradisi' P078 boleh dikatakan tidak dikenali pengundi kerana kehadirannya pada Jun 2017 terlalu singkat buat pengundi kenal.

Menambah masalah Sivarajh, PAS yang belum pernah meletakkan calon di P078 kini mampu tersenyum lebar apabila mengetahui MIC akan bertanding di kerusi tersebut. Reputasi MIC yang sudah tercalar kerana sikap Presiden MIC (Palanivel) yang tidak turun padang malah ada yang tidak mengenali siapa Palanivel sama sekali menjadi tembok untuk MIC tembusi. Setelah Palanivel di pecat oleh MIC pada 2015, kebajikan pengundi India yang meletakkan harapan kepada MIC bagi membela nasib mereka terus pudar hingga memaksa Umno Cameron Highlands mengambil alih tugas tersebut sementara. Kemunculan myPPP pula banyak mengubati 'Luka' pengundi di Tanah Rata namun kerja mereka hanya dipandang sebelah mata malah MIC memandang enteng perkara tersebut dan hanya menghantar seorang penyelaras sekitar Jun 2017.

Prestasi MIC yang tidak bagus di P078 berserta kemelut 'Perang Saudara' antara MIC dan myPPP pula 'Membuka Mata' pembangkang terutama PAS. Opurtunis dalam menanti masa sesuai, PAS berjaya menghidu kemenangan 'Mudah' apabila nama Sivarajh diuar-uarkan sebagai calon P078 kerana prestasi buruk di Buntong. Dengan angka 8629 yang Sivarajh kalah, PAS melihat beliau sebagai satu karektor paling lemah yang boleh ditumbangkan dengan sentimen 'Anak Tempatan' apabila PAS meletakkan seorang anak Felda Sg Koyan sebagai lawan Sivarajh.

Melihat suasana dan 'Mood' pengundi P078 yang seperti serik dengan 'Report Card' MIC yang sangat mengecewakan, PAS memperkenalkan 'Cikgu Bulan' bagi meraih simpati bukan sahaja peneroka Felda malah Generasi Kedua Felda serta pengundi luar Dun Jelai. Belum lagi mengambilkira faktor kawan kawan yang pernah bersama Cikgu Bulan ketika masih berkhidmat sebagai guru sudah menampakkan Sivarajh bakal menghadapi masalah untuk menangkis sentimen 'Anak Tempatan'. Tinjauan penulis ke Dun Jelai menemui pengundi pula menerima kejutan apabila ada Peneroka sudah bermain sentimen berdasarkan Kaum. Terpana sebentar penulis apabila Peneroka mula menyatakan mengapa masih diberikan kepercayaan kepada MIC walau mereka terbukti hanya hadir 'Tunjuk Muka' bila mahu mengundi dan bila menang hilang begitu sahaja. Pengundi Cameron sudah serik dengan apa yang jadi pada penggal lepas dan mereka enggan 'Pisang Berbuah Dua Kali'.

Apakah Sivarajh dan MIC sudah bersedia bermain dalam 'Gelanggang' selepas penamaan calon? Semua yang terjadi di Dun Jelai adalah hasil daripada apa yang mereka tinggalkan selama 5 tahun dan MIC tidak boleh menuding jari kepada pengundi kerana kesilapan mereka sendiri. Bersediakah MIC 'Bungkus Baju' seandainya Sivarajh kalah? Dengan majoriti 462 yang dimenangi Palanivel mampukah MIC hasilkan keajaiban dengan meletakkan 'Orang Luar' menghadapi 'Anak Tempatan'?

Friday, 20 April 2018

MIC BAKAL SERAHKAN KERUSI P078 KEPADA PEMBANGKANG JIKA KEKALKAN SIVARAJH?

4 PENJURU BAKAL SAKSIKAN MIC SERAH KERUSI CAMERON KEPADA PEMBANGKANG?

Kali pertama dalam sejarah kewujudan Parlimen P078 Cameron Highlands bakal menyaksikan pertandingan 4 penjuru dengan kehadiran PAS selaku pencabar selain DAP (Pakatan), PSM dan MIC selaku penyandang kerusi tradisi.

Hasil pemantauan penulis selama 7 bulan di Cameron Highlands menampakkan penolakan pengundi terhadap MIC yang telah mengabaikan pengundi sejak 2015 selain beberapa isu berkaitan Cameron yang tidak diselesaikan oleh MIC walau wakil mereka menjadi Ahli Parlimen di kawasan tersebut selama 3penggal (2 setengah penggal - kiraan tepat). Bukan sahaja Ahli Parlimen MIC (Palanivel) tidak endahkan pengundi Tanah Rata, pengundi Jelai turut terasa diabaikan selama ini sekaligus mewujudkan isu menolak calon MIC dalam PRU14. Malah pada satu ketika wujud satu kempen dengan menggunakan 'HashTag' menolak bekas wakil MIC yang pernah menjadi Ahli Parlimen CH selama 2 penggal.

Pertemuan spontan antara penulis dan pengundi di P078 telah membawa satu perspektif baru dalam pola pengundian dalam PRU14. Mereka kini sudah tidak memandang pada lambang parti tetapi usaha kerja keras bakal calon dan sikap calon kepada rakyat sebelum dan selepas pengundian. Apabila di soal mengenai MIC, kebanyakan mereka secara jelas menolak calon MIC kerana SERIK dengan pengalaman wakil MIC yang langsung tidak 'nampak muka' selepas menang dengan majoriti 462 undi.

Apabila MIC mula menghantar seorang penyelaras parlimen MIC ke Cameron Highlands, pengundi boleh dikatakan tidak mengenali langsung siapa beliau walau kedudukannya sebagai Ketua Pemuda MIC Pusat. Pernah kalah dengan calon DAP ketika bertanding di Buntong dengan marjin 8629 undi, MIC dengan lantang mendakwa kerusi P078 sebagai kerusi tradisi MIC dan hanya MIC layak bertanding di tempat tersebut. Tanyalah kepada pengundi Jelai samada mereka kenal Sivarajh atau tidak dan pastinya jawapan mereka akan mengecewakan. Bagaimana mahu kekalkan kerusi tradisi bila pengundi tidak kenal anda?

Kehadiran PAS yang diwakili seorang Guru dikenali sebagai Cikgu Bulan menjadikan suasana kali ini lebih panas. MIC akan menghadapi seorang calon yang sememangnya Anak Tempatan dari Felda Sg Koyan dan mendapat sokongan kuat dari PAS Jelai malah ada pengundi luar telah menyampaikan sokongan buat Cikgu Bulan. Jangkaan pertarungan kali ini lebih menjadi medan 'Siapa Anak Tempatan' dan 'Anak Tempatan Lebih Tau', MIC perlu bersedia dari sudut mental dan fizikal memandangakan PAS dikenali sebagai sebuah parti yang mempunyai jentera kuat. Bagaimana MIC mahu pertahankan Kerusi Tradisi mereka dengan penolakan pengundi di Jelai dan Cameron Highlands?

Cabaran daripada DAP (Pakatan) dan PSM tidaklah sekuat PAS kerana DAP mengemukakan 'Calon Luar' apabila DAP Cameron telah menghantar surat kepada Pusat bagi menukar calon di CH namun dipercayai tidak dilayan. PSM pula hanya berkisar sekitar kaum India dan tidak mampu mengatasi masalah Cameron Highlands malah mengejutkan mereka masih menyokong PKR walau mahu bertanding sebagai sebuah parti lain (tidak guna lambang PKR).

Pengundi Cameron Highalnds akan memilih wakil mereka pada 9 Mei 2018. Adakah KERUSI TRADISI MIC akan kekal atau mereka akan serahkan kepada pembangkang kerana faktor penolakan calon MIC itu sendiri?

Thursday, 19 April 2018

BELUM BERKUASA SUDAH HINA PENGUNDI SEBAGAI BODOH - SIVARAJH TUNJUK PERANGAI SEBENAR

MAMPUKAH MIC TAWAN P078 DENGAN CALON BUKAN 'ANAK TEMPATAN'? http://yusmanzaharizakaria.blogspot.com/2018/04/mampukah-mic-tawan-p078-dengan-calon.html

Ketua Pemuda MIC, Sivarajh telah menggelarkan penulis sebagai BODOH dalam satu perbualan di aplikasi whatsapp kerana tidak berpuashati dengan penulisan yang diterbitkan.

Apa yang Sivarajh tidak ketahui, penulis merupakan pemgundi di P078 selama 3penggal berturut dan pernah membantu calon MIC sebelum ini dalam 3 PRU lepas.

Memalukan apabila seorang Ketua Pemuda sebuah parti komponen tidak mempunyai daya tahan mental yang kuat apabila berdepan dengan penulisan berdasarkan pemerhatian penulis yang melakukan kerja belakang tabir setiap PRU selama 3 penggal berturut.

Jika beginilah perangai seorang individu yang cuba diangkat MIC sebagai calon P078, maka seeloknya difikirkan semula kerana ternyata Sivarajh tidak sensitif dengan perkataan terhadap pengundi P078 Cameron Highlands.

Penulis boleh menerima kutukan Sivarajh yang menggelarkan penulis sebagai BODOH dan Ambil Duit KVS tetapi apa pula kata pengundi lain yang membaca kutukan Sivarajh di garismasa media sosial penulis? Inikah kriteria bakal calon MIC? Belum berkuasa sudah memandang rendah serta menghina pengundi apatah lagi kalau berkuasa kelak?

Mungkin pengundi lain akan memberi reaksi terhadap kutukan Sivarajh terhadap penulis dan beliau perlu bersedia dengan kritikan daripada pengundi P078 jika benar benar mahu bermain ombak.

MAMPUKAH MIC TAWAN P078 DENGAN CALON BUKAN 'ANAK TEMPATAN'?

Majoriti 462 Jadi Taruhan MIC Bila Letak 'Orang Luar' Di Cameron Highlands.

Bukan sahaja tidak dikenali di Dun Jelai, ada pengundi di Tanah Rata juga tidak mengenali siapa Sivarajh. Malah mereka mencebik bila tahu Sivarajh mewakili MIC kerana serik ditinggalkan 'tidak bertali' sejak Palanivel di pecat dari MIC pada 2015.

Mula di hantar ke Cameron Highlands pada Jun 2017, Sivarajh seorang bekas calon Pru13 di Buntong (kalah tempat sendiri) terkapai mahu memulakan langkah hingga terbit kontroversi beliau merampas (hijack) satu program Dato SK Devamany di Pos Betau. Belum masuk kisah kontroversi beliau membekalkan barang lusuh kepada Orang Asli di Kg Gelnas Pos Menson konon atas sebab orang kampung mahu menggunakan peralatan (khemah, kerusi, meja) dengan segera hingga pihak lawan (pembangkang) mendapat perkhabaran tersebut.

Baca - https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1513259768790272&id=792264390889817

Perkara ini memberi gambaran MIC tidak tahu adab apabila berdepan dengan masyarakat Orang Asli Cameron Highlands. Malah Sivarajh sendiri yang menandatangani 'Buku Pelawat' serta memberi peralatan tersebut. Ini sangat memalukan Barisan Nasional kerana sebelum ini Presiden MIC (Palanivel) yang mewakili BN pernah membuat perbuatan yang agak menghina Orang Asli. Adakah mereka memandang rendah komuniti ini dan hanya akan mencari apabila mahu undi sahaja?

Baru baru ini negara dikejutkan dengan dakwaan bahawa Sivarajh masih ahli sebuah parti lain dan beliau telah tampil menafikannya namun apabila wartawan bertanya mengapa tiada tindakan di ambil jika perkara itu palsu, Sivarajh baru perasan myPPP adalah komponen BN apabila menyebut perkara ini boleh diselesaikan dalam Barisan Nasional.

Sebagai 'Orang Luar' dan KALAH, Sivarajh sebenarnya tidak layak untuk menjadi calon Parlimen P078. Adakah kerana kedudukan beliau selaku Ketua Pemuda MIC maka diberikan keistimewaan dan laluan begitu mudah setelah MIC tidak mengambil peduli hal ehwal rakyat sejak 2015 hingga 2017? Kemanakah mereka ketika itu? Dalam gua mana mereka menyorok? MIC sendiri mengisytiharkan kerusi tersebut sebagai kerusi bebas selepas memecat Palanivel tetapi pada 2017 mereka dakwa itu kerusi tradisi? Lupakah mereka bahawa jika di ikut populasi pengundi, kaum Melayu menguasai pola undian dan Umno Cameron Highlands pernah mengusulkan menolak Devamany (MIC) dari mendapat kembali kerusi berkenaan.

Melihat situasi hari ini, PAS yang selama 3 penggal tidak pernah meletakkan calon di Parlimen Cameron Highlands sudah menamakan seorang calon bagi mewakili PAS dalam pertarungan merebut kerusi CH. Mengapa ini boleh terjadi? Jangan terkejut calon PAS merupakan Anak Jati Felda Sg Koyan dan Sivarajh bakal hadapi satu situasi berlainan ketika KALAH di Buntong. Sentimen 'Orang Luar' pasti memberi Sivarajh masalah malah Persatuan Pekebun Sayur dan Bunga CH tidak pernah menyatakan sokongan buat MIC kerana kegagalan MIC menangani isu di CH selama 3 penggal.

Mengejutkan sekali mood pengundi di Jelai dan Cameron Highlands berkisar kepada 'Siapa Calon' dan bukan lagi parti. Pastinya Sivarajh akan mengarahkan jentera Pemuda MIC seluruh negara membantu beliau jika dicalonkan tetapi harus diingatkan, MIC tidak turun padang dan jangan terkejut jika mereka diboikot di sesetengah tempat apatah lagi calon lawan dari PAS merupakan Anak Koyan!

Tuesday, 20 February 2018

"BIAR PM TENTUKAN CALON PALING SESUAI DI P078 CAMERON HIGHLANDS" - KAYVEAS


Kenyataan Rasmi Tan Sri Kayveas Berkaitan Dakwaan Dato S.Subramaniam Atas Kerusi P078 Cameron Highlands.

Saya telah menggerakkan gerak kerja bagi mendekati warga Cameron Highlands sejak September 2015 lagi. Semua gerak kerja yang saya lakukan adalah dengan menggunakan wang sendiri tanpa mengharapkan bantuan dari BN pusat semata-mata.

Semua ini dilakukan atas rasa kesetiaan saya kepada BN dan keinginan kuat saya untuk membantu di samping mendekati rakyat tanpa mengira apa jua kaum, agama dan idealogi politik.

Bagi saya, Cameron Highlands amat dekat dihati saya kerana saya adalah anak jati Cameron Highlands dan boleh dikatakan, semua kaum dan bangsa termasuk kira-kira hampir 7,500 orang pengundi Orang Asal, turut tahu dan mengenali hasil kerja saya.

Bagi saya, kemenangan BN untuk kerusi ini harus dikekalkan dan saya berpendapat, terpulang kepada Yang Amat Berhormat, Pengerusi BN, Dato Sri  Mohd Najib Tun Abdul Razak menentukan siapa yang paling layak menjadi calon untuk kerusi P078 Cameron Highlands dalam PRU ke-14.

Seperti yang umum sedia maklum, Cameron Highlands merupakan satu kerusi yg cukup unik dari sudut sosio politik dan pendekatan yang telah saya lakukan boleh dinilai melalui sokongan terbuka yang telah dinyatakan oleh banyak pihak.

Bagi saya, saya yakin, seandainya saya dicalonkan untuk kerusi ini, dengan sokongan terbuka yg telah saya terima dan saya yakin mampu mempertahankan kerusi ini dan akan menambah jumlah majoriti yang diraih berbanding PRU ke 13 yang lalu.

Dalam satu klip video Dato Subra menyatakan beliau akan memberitahu PM supaya mengikut keputusan beliau dan saya tidak mahu ulas selain menuggu keputusan PM sendiri. Samada PM akan ikut 'Arahan' Subra atau sebaliknya maka biarlah PM sendiri yang tentukan.

Tan Sri Datuk Seri M.Kayveas

Sunday, 18 February 2018

"SAYA AKAN BERITAHU PM IKUT KEPUTUSAN SAYA" - PRESIDEN MIC

SUBRAMANIAM DAKWA PM KENA IKUT CAKAP MIC?

Pilihanraya 13 pada 2013 menyaksikan MIC selaku komponen Barisan Nasional telah bertanding di 9 kerusi Parlimen dan 18 kerusi DUN di seluruh negara. Atas kapasiti komponen Barisan Nasional, Mic diberikan keistimewaan untuk bertanding di kerusi yang dirasakan boleh dimenangi.

Bagaimanapun dari 9 kerusi Parlimen, MIC hanya berjaya mendapatkan 4 kerusi sahaja dan daripada 18 kerusi DUN diperuntukkan hanya 5 sahaja yang berjaya MIC menangi. Senario kekalahan ini turut hampir meragut kedudukan Presiden MIC ketika itu G. Palanivel yang bertanding di kerusi Cameron Highlands. Memenangi hanya 462 undi, Palanivel secara tidak langsung menampakkan kelemahan MIC yang disorokkan selama ini. Krisis dalaman pada 2015  MIC pula menyaksikan Palanivel disingkirkan dari MIC sekaligus beliau kehilangan kerusi sebagai Presiden MIC dan hanya kekal sebagai Ahli Parlimen Bebas (Menyokong Barisan Nasional).

Kerusi 'panas' yang dikatakan sebagai kerusi tradisi sudah tidak lagi menjadi kubu kuat MIC sejak pemecatan Palanivel. Pengundi di P078 terutama kaum India kehilangan arah selepas itu dan mereka seperti sudah kepercayaan kepada parti komponen BN terbesar Kaum India.

Menjelang PRU14 kerusi P078 telah menarik perhatian pelbagai pihak terutama MIC yang mahu mempertahankan kerusi tersebut. Hanya pada Jun 2017, MIC telah menghantar seorang penyelaras bagi memantau perkembangan pengundi Cameron Highlands dan ura ura Palanivel masih berminat mengekalkan kerusi tersebut semakin kedengaran walau masih samar atas tiket mana beliau mahu bertanding.

Dalam satu temubual bersama Malaysiakini, Presiden MIC Datuk Subramaniam telah mengeluarkan kenyataan bahawa kerusi P078 milik MIC walau Perdana Menteri merupakan kuasa eksekutif yang menentukan calon. Jelas sekali Subramaniam seolah meninggi diri apabila menjawap persoalan wartawan apabila menyatakan PM MESTI mengikut kehendak beliau.

Pautan : https://youtu.be/rhPaZQGI0E8

"Its a Mic seat, i make the decision...i will tell him (PM) to make the same decision"

- Itu kerusi MIC, saya buat keputusan dan saya AKAN BERITAHU DIA (PM) buat keputusan yang sama - Subramaniam

Adakah ini bermakna Subramaniam berkuasa menentukan siapa yang akan jadi calon dan kerusi mana yang MIC akan peroleh? Sejak bila Presiden MIC boleh mengarahkan Perdana Menteri?

Perlu diingatkan senarai nama dan penentuan calon adalah di bawah kuasa Perdana Menteri selaku Pengerusi Barisan Nasional dan Subramaniam sewajarnya tidak memberi komen demikian kepada soalan wartawan terutama melibatkan kerusi panas yang menjadi rebutan seolah hanya itu sahaja kerusi penentu kekuatan MIC.

Kemenangan setial kerusi bagi Barisan Nasional amat penting dalam PRU14 dan sewajarnya MIC bersama sama komponen lain bekerja keras bagi memastikan kemenangan BN dan bukannya memikirkan percaturan kerusi. Biarlah PM menentukan pihak mana yang memenuhi kriteria membolehkan BN meraih kembali majoriti 2/3 dalam Parlimen. Sebagai sebuah parti yang berpengalaman, MIC perlu memandang usaha kerajaan membela nasib Kaum India sebagai kejayaan mereka bersama dan fokus kepada gerak kerja menarik pengundi agar kembali kepada BN.