Friday, 28 April 2017

PKR TUMBANG DI SELANGOR? - KERAJAAN CAMPURAN BAKAL AMBIL ALIH?


KERUSI MB SELANGOR KEMBALI BERGOLAK?

Selepas PAS mengumumkan tahaluf siyasi dengan PKR Selangor kini pemerintahan di Selangor kembali goyah dengan hanya kelebihan beberapa kerusi.

Heboh di media sosial berlaku pertukaran kerajaan dalam masa terdekat kerana ada pemimpin PKR dikatakan akan berpaling tadah kerana enggan bekerjasama dengan DAP lagi.

Mungkinkah akan berlaku kejutan dalam senario politik Selangor di kala MB Selangor dikatakan berada di luar negara? Netizen masih memerhati dengan penuh minat pergolakan ini dan tentunya episod pergolakan menarik perhatian seluruh negara. Anwar Ibrahim masih dalam penjara akibat kesalahan meliwat manakala Presiden PKR di lihat sangat lemah dalam parti. Siapakah bakal mengambil alih pentadbiran Selangor jika terjadi 'U Turn' dalam masa terdekat?

Wednesday, 26 April 2017

SELAMATKAN MALAYSIA - NAIB PRESIDEN PPBM DITAMATKAN LESEN GUAMAN?

Seorang Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah ditamatkan lesen guaman dan tidak boleh menjalankan aktiviti sebagai peguam sehingga diberitahu. Satu iklan yang dikeluarkan di akhbar menyatakan Abdul Rashid Bin Asari telah di potong dari menjalankan aktiviti guaman oleh Bar Council.

Abdul Rashid Asari yang dikatakan berjawatan Naib Presiden PPBM mempunyai isteri yang merupakan seorang ahli Wanita Umno (berjawatan) di Kapar Klang. Tidak dapat dipastikan sejauh mana dakwaan tersebut dan benarkah dakwaan bahawa beliau menggunakan isterinya sebagai sumber rujukan memburukkan Umno selama menjadi Naib Presiden PPBM.

Kebobrokan dalam PPBM ini semakin jelas apabila mereka yang mempunyai kepentingan peribadi sudah mula menunjukkan sikap sebenar politik dangkal. Selepas kehendak mereka tidak dipenuhi maka pegangan politik semakin goyah di mana akhirnya tindakan keluar parti di ambil sebagai protes terhadap kepimpinan atasan parti tersebut. Rakyat menilai kemampuan mereka ini dan menimbang samada mereka mampu menjaga Rakyat serta Menyelamatkan Malaysia seperti slogan PPBM yang selalu dilaungkan namun dengan semua konflik yang timbul ternyata slogan itu hanyalah retorik.

Jika Abdul Rashid yang merupakan seorang peguam boleh di potong nama dari BAR Malaysia bagaimana beliau mampu untuk menjadi pemimpin? Lesen guaman bukan sesuatu yang mudah untuk di dapati para peguam yang ingin menjalankan khidmat guaman. BAR Malaysia merupakan badan tertinggi dalam Institusi yang mengeluarkan lesen guaman serta boleh menggantung khidmat seorang peguam yang melanggar syarat yang ditetapkan. Dalam kes Abdul Rashid tidak dinyatakan apa kesalahan beliau hingga namanya di potong dari BAR Malaysia. Semestinya kesalahan besar telah dilakukan oleh beliau hingga menyebabkan perkara ini berlaku.

Tuesday, 25 April 2017

20RIBU SEBULAN GAJI JADI KETUA PPBM TERENGGANU?

BILA POLITIK BERLANDAS NAFSU KUASA, TERJUN PULA DALAM LOMBONG LENDIR

Politik Parti Pribumi Bersatu Malaysia sungguh pelik kerana dibarisi oleh mereka yang tamak akan kuasa serta kelihatan mahu mengumpul kekayaan segera. Wadah politik bermula dari Umno namun kemudian ada rasa 'Besar Kepala' hingga tidak boleh tersakiti menjadi sebab mengapa kebanyakan mereka memilih PPBM selepas keluar Umno.

Tidak kurang juga bekas ahli Umno yang sudah tinggi heraki dalam satu satu bahagian Umno. Ini sebahagian dari kisah mereka yang seperti 'kacang lupakan kulit'.

Ketua Bahagian PPBM Kuala Nerus hidup mewah diatas jasa-jasa pemerintahan BN di Terengganu khasnya dan Malaysia amnya.

Beliau yang pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Marang pada satu ketika dahulu telah menjadikan jawatan itu sebagai batu lonjatan mengaut keuntungan peribadi dan bukan parti.

Menjaja nama KP UMNO Marang sehinggakan telah menjadi orang kuat kepada Mukhriz Mahathir di bumi Terengganu sehingga kini.

Menurut sumber semasa Mukhriz bertanding KP UMNO Pusat beliau salah seorang penggerak di pantai timur dan akhirnya beliau sanggup berhabis ratusan ribu ringgit kerana mengharapkan balasan jutaan ringgit dari Mukhriz dikenali sebagai anak-beranak terkaya di Malaysia.

Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai pengerusi sebuah anak syarikat kerajaan negeri dengan gaji RM 20,000.00 sebulan tetapi tidak pernah menjalankan amanah dengan baik serta membawa keuntungan kepada syarikat tersebut.

Sumber menyatakan beliau tidak memberi tumpuan sepenuhnya semasa diamanahkan untuk menjaga anak syarikat itu dan membuang masa dengan hobinya dengan sukan kereta lasak 4 X 4.

Menjadi amalan mana-mana syarikat yang dilantik ianya akan ditamatkan kontrak lebih awal atau sebaliknya jika ahli jemaah syarikat tidak bersetuju dan membuat keputusan ditambahkan pula jika ada perbuatan menyeleweng duit syarikat.

Disebabkan itu juga beliau telah ditamatkan kontrak lebih awal dari tarikh sebenar sejak 2015 yang lalu dan selepas itu bertindak keluar daripada UMNO kononnya merajuk dan menyertai PPBM.

Sehari dua ini tular berkaitan ketua bahagian PPBM dikenakan bayaran sebanyak RM 250,000.00 tetapi pengerusi perhubungan PPBM Terengganu yang di "hijack" oleh razali dari orang yang sepatutnya.

Rata-rata pemerhati senario politik Terengganu ini telah melihat akan kecelaruan PPBM Terengganu sehinggakan untuk menubuhkan jawatankuasa bahagian amat susah dan masih belum dipenuhi jawatankuasa mereka di sesetengah antara 8 bahagian yang ada.

-sumber-

Monday, 24 April 2017

PERLANTIKAN KETUA AGENSI KERAJAAN BUKAN DI TANGAN MENTERI

RASIS TIDAK WUJUD DALAM PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

Dalam era teknologi maklumat serba pantas kini penularan sesuatu isu adakala menjadikan rakyat tertanya tanya etika penjawat awam yang diberikan amanah untuk menjaga rahsia sulit kerajaan. Kita sedia maklum dalam sebegitu ramai penjawat awam tidak semua mematuhi etika yang telah menandatangani akujanji apabila menerima tawaran berkhidmat dengan kerajaan di sektor awam.

Baru baru ini tular surat sulit yang dikatakan sebagai surat 'melobi' dari seorang menteri kepada Perdana Menteri bagi melantik Ketua Pengarah sebuah agensi kerajaan. Jika di teliti surat berkenaan bukanlah surat 'melobi' tetapi surat tersebut menyampaikan hasrat bagi PM mempertimbangkan jawatan Ketua Pengarah kepada seorang individu yang difikirkan layak untuk menduduki jawatan tersebut.

Walau bagaimanapun, terdapat kritikan dilemparkan kepada Kerajaan mengenai isu pertukaran dan perlantikan seseorang ke jabatan yang baharu. Dalam hal ini, sentimen perkauman, agama dan fahaman politik bukan menjadi asas kepada perlantikan seseorang. Sentimen itu bukan amalan dalam kerajaan Malaysia.  Amalan Kerajaan Malaysia ialah untuk memastikan perlantikan seseorang akan dapat meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan dan seterusnya negara dan rakyat akan menerima faedahnya.

Kerajaan boleh menerima cadangan daripada mana-mana pihak seperti Menteri tetapi akhirnya yang menilai dan memutuskan cadangan itu ialah YAB Perdana Menteri dan KSN selepas melihat dari semua sudut seperti sejarah perkhidmatan, latarbelakang perkhidmatan, pengalaman, tatatertib dan sebagainya. PM dan KSN sudah pasti akan memberikan keutamaan kepada rakyat dan negara dalam memutuskan sesuatu cadangan perlantikan seseorang. Oleh yang demikian rakyat diminta tidak terpengaruh dengan hasutan sesetengah pihak yang menuduh PM dan KSN tidak prihatin dalam hal ini.

Jadi tindakan mengeluarkan surat berkenaan untuk tatapan umum sangatlah tidak beretika dan seperti ada 'gerakan' tertentu menghalang perlantikan baru bagi agensi terbabit. Mengapa perlu di halang jika semua kriteria individu yang difikirkan sesuai itu melayakkan beliau menjawat jawatan tersebut? Adakah ada polemik 'politik' di sebalik bantahan yang memfokuskan bahawa jawatan selaku Ketua Jabatan perlulah dari satu kaum sebagai tradisi? Dalam mencapai kemajuan, sikap perkauman perlu dielakkan kerana Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang tidak menindas mana mana kaum serta tidak menidakkan kebolehan individu bagi mengetuai agensi kerajaan.

Adakah pihak KSN perlu memanggil mereka yang terlibat mengeluarkan surat tersebut bagi mendapatkan penjelasan mengapa dan bagaimana surat sulit boleh di tatap umum? Rakyat mahukan penjawat awam yang tahu menjaga rahsia dan etika selaku mewakili kerajaan dan tindakan membocorkan mana mana surat sulit kerajaan tidak boleh di terima sebagai cara 'membunuh' imej serta kemampuan individu yang bakal memenuhi kerusi tersebut.

Saturday, 22 April 2017

EZAM 'KOTAK' TERIMA RM100 JUTA UNTUK BELI PARTI 'SECOND HAND'?

SIAPA BIAYA EZAM RM100 JUTA?

Ezam masih mahu menjadi nombor satu dalam parti dan kerana itu sanggup membeli parti bagi merealisasikan impiannya. Persoalan yang menimbulkan tandatanya, siapa yang bermurah hati memberi sehingga RM10 juta hanya untuk membeli parti 'second hand'?

Menurut laporan Malaysia Today

Ezam menerima RM10 juta daripada penajanya untuk membeli lebih Parti NewGen dan mengubahnya kepada Parti Bebas Rasuah. Tetapi beliau tidak membayar pemilik apa yang dijanjikan dan kini segala-galanya dalam keadaan kucar-kacir. Apabila pengambilalihan dan pertukaran nama telah dilakukan, Ezam sepatutnya menerima lagi sebanyak RM90 juta bagi membiayai parti selama setahun sehingga pilihan raya umum akan datang. Adakah duit tersebut masih akan diberi atau sebaliknya?

Mohamad Ezam Mohd Nor mempunyai perangai yang tidak pernah berubah. Ia tidak boleh melihat wang. Apabila wang melalui tangannya ia kekal di tangannya. Dan itu adalah sebab utama kejatuhan Pergerakan Pemuda PKR pada tahun 2004.

Jika di baca laporan Malaysia Today, Ezam dijanjikan hingga RM100juta hanya untuk merosakkan negara dan semestinya penaja itu merupakan seorang yang memiliki kemampuan kewangan 'luar biasa' hingga sanggup memberi wang sebegitu banyak kepada 'Penyimpan Kotak'. Ezam yang kini bekerjasama dengan Khairuddin cuba membawa dimensi baru dengan penjenamaan semula parti yang kononnya Bebas Rasuah sedangkan beliau sendiri mengambil 'Habuan' untuk mewujudkan kekacauan politik. Inikah wajah sebenar Ezam? Berlakon seolah suci tetapi di belakang penuh 'najis'?

Ezam kini dikatakan tersepit dengan permainan sendiri apabila pihak yang membiayai pembelian parti kini menuntut kembali wang selepas Ezam memungkiri janji kepada penajanya. Penajaan sebanyak RM90 juta juga tidak diketahui status kerana Ezam tidak berani mengakui menerima apa apa wang dan mengambil tindakan berdiam diri.

AHLI MAJLIS PERBANDARAN KAJANG TERIMA HABUAN - SPRM TIDAK MAHU SIASAT?

AHLI POLITIK DALAM MPK TERIMA 'HABUAN' - SPRM PANDANG SEPI?

Portal Penang Daily telah mengeluarkan kenyataan mengenai kelulusan Uptown Kajang yang turut di sokong oleh Ahli Majlis Mesyuarat MPK baru baru ini. Dalam kenyataan tersebut, Penang Daily mendakwa Ahli Majlis Mesyuarat MPK telah menerima habuan kerana meluluskan lesen untuk seorang penganjur berbangsa Cina.

Dalam mesyuarat tersebut seramai 9 orang Ahli Majlis Mesyuarat MPK telah menyokong kelulusan lesen Uptown Kajang sementara 3 lagi tidak memberikan sokongan. Penyokong yang terdiri dari ahli PKR dan DAP ternyata mempunyai agenda tersirat jika mengikut kenyataan Penang Daily. Sebagai rekod, Portal Penang Daily merupakan sebuah portal pro PKR dan amat mengejutkan apabila portal berkenaan bertindak membongkar ketidak telusan dalam MPK.

Seperti yang diketahui umum, PKR sedang di landa masalah apabila Ketua AMK Ampang, Adam Rosly di heret ke mahkamah kerana kesalahan di bawah akta tertentu dan akan ditentukan nasibnya pada perbicaraan akan datang. PKR selaku parti yang memegang tampuk pentadbiran Selangor sudah tentu mempunyai agenda tertentu bagi mencari seberapa banyak sumber kewangan bagi menampung kantung parti itu sebelum lebih banyak kebejatan mereka terbongkar sebelum PRU14.

Ternyata langkah MPK seperti menutup pintu rezeki buat Bumiputera di Kajang mencari rezeki apabila berlaku tidak adil dalam memberi kelulusan lesen Uptown. Penang Daily mendakwa lesen sebelum ini diberikan kepada penganjur dari kalangan orang Melayu tetapi kini lesen telah diberikan penganjuran telah diserahkan kepada kaum lain dan dikhuatiri peluang berniaga kaum Bumioutera serta penduduk setempat akan di ambil alih oleh warga asing yang sanggup membayar dengan harga tinggi bagi mendapatkan tapak perniagaan.

Dakwaan Penang Daily mengenai habuan yang telah di terima oleh Ahli Majlis Mesyuarat MPK merupakan sesuatu yang serius dan SPRM sebagai badan berkuasa perlu memandang dakwaan ini dengan teliti. Benarkah mereka menerima habuan (Rasuah) bagi meluluskan lesen Uptown tersebut? Tidak menghairankan pentadbiran PKR di Selangor amat mudah dipengaruhi unsur unsur tersebut kerana satu ketika papan iklan memaparkan wajah PELIWAT dengan mudah diluluskan oleh PBT di Selangor tanpa sebarang masalah. Hanya selepas pembiayaan serta kelulusan yang melanggar Ruu PBT diketengahkan barulah PBT bertindak menurunkan semua papan iklan gergasi.

Apa sahaja boleh berlaku di Selangor asal mereka boleh memberi 'Habuan' buat PBT dan kepada ahli politik seperti di dakwa Penang Daily. Siapa tahu berapa jumlah yang mereka terima bagi meluluskan lesen Uptown tersebut? Walau MB Azmin di minta campur tangan tetapi beliau seakan tidak terusik dengan isu yang dibangkitkan Penang Daily.

Inilah PKR yang sebenar. Waktu mereka melaungkan mereka menjaga kebajikan rakyat dan kesejahteraan rakyat Selangor dalam masa sama mereka seperti 'berpakat' memberi lesen serta apa sahaja peluang mengaut Wang Rakyat kepada sesiapa yang mampu memberi 'tawaran' kepada mereka. Rakyat bukan keutamaan PKR serta sekutu dalam Pakatan Harapan sebaliknya hanya laungan retorik bagi menyakinkan rakyat.

Wednesday, 19 April 2017

'MUSANG' TUNJUK BELANG SEBENAR - POLITIK HANYA DEMI KUASA


PPBM BAKAL BERKUBUR - DRAMA ATAU SUDAH SEDAR?

Tidak mengejutkan apabila Kamarul Azman Habibur Rahman umum keluar dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang beliau dakwa diasaskannya. Dalam sidang media tengahari tadi, beliau yang juga penggerak GKCM melepaskan semua jawatan serta keluar dari PPBM kerana kecewa dengan kepimpinan tertinggi yang diterajui Mahathir Mohammad selaku penasihat parti.

Umum tahu GKCM telah menarik sokongan terhadap PPBM sebelum ini dan kemelut dalaman boleh dijangkakan apabila beberapa siri 'keluar parti' terjadi. Malah di Perak turut menerima tempias sama namun kerana ego yang tinggi mereka yang dipinggirkan masih terus berada bersama Muhyiddin namun segalanya sudah boleh di hidu apabila tersebar satu keratan kekecewaan seorang pemimpin PPBM Perak yang menyesal menarik orang ramai mendaftar sebagai ahli parti itu.

Mungkin mereka baru sedar matlamat sebenar PPBM hanyalah fokus kepada kedudukan serta perebutan jawatan dalam kerajaan selepas mereka jatuhkan BN dari Putrajaya. Apabila di asak apakah perancangan PPBM kepada Rakyat terutama penyokong, ternyata tiada jawapan konkrit mampu diberikan samada dari Presiden, Timbalan Presiden hinggalah Penasihat Parti. Apa yang penting bagi 3 individu ini hanyalah jatuhkan Najib dan bekerjasama dengan parti sekular sosialis yang pernah di kritik hebat Mahathir ketika berkuasa.

Kerjasama antara Mahathir dengan PELIWAT yang masih meringkuk dalam penjara juga mengelirukan kebanyakan ahli PPBM. Adakah Mahathir akan memberi kejutan dengan pengakuan segala yang dilakukan terhadap Anwar Ibrahim semasa masih Timbalan Perdana Menteri merupakan konspirasi beliau bagi memastikan kedudukannya sebagai PM terus kukuh? Walau isteri Anwar kelihatan mesra dengan isteri Mahathir, riak wajah mereka ternyata bercerita perkara sebaliknya.

Penglibatan kerjasama dengan Lim Kit Siang juga menjadi faktor goyahnya pendirian ahli PPBM yang selama ini memandang DAP sebagai penghalang utama kerakusan nafsu politik mereka. Malah pendirian Mahathir yang berubah 360° membingungkan kebanyakan ahli tetapi kerana taksubkan dengan 'Karamah' Mahathir mereka berdiam diri. Mungkin sudah tidak tahan dengan permainan politik, Kamarulzaman mengambil langkah drastik hari ini.

Umno seharusnya tidak mengulangi kesilapan dengan keluarnya kebanyakan pemimpin utama PPBM dengan memberi 'kalungan bunga malai' dan membenarkan mereka menggunakan pentas Umno bagi menelanjangkan kelemahan PPBM. Cukuplah dengan segala pengkhianatan yang pernah Umno lalui di masa lepas apabila ternyata mereka yang 'di sintuk limau' berpaling selepas kehendak tidak dipenuhi.

Sebaiknya mereka ini diawasi segala tindak tanduk selepas keluar PPBM kerana pernah melakukan pengkhianatan terhadap parti dan mungkin juga wujud unsur drama di sebalik segala tindakan keluar parti.

'DETEKTIF CONAN' BELA AKSI INTIM DYANA DAN ZAIRIL


DYANA DAN ZAIRIL TIDAK BERDOSA KERANA MEREKA PEMBANGKANG!

Kecoh netizen apabila tular beberapa foto menunjukkan Zairil Khir Johari (wakil rakyat DAP) sedang berpelukan dengan Dyana Sofya (bekas calon DAP) dalam mood intim di meja makan. Bukan sahaja mesra malah beberapa aksi 'panas' turut di rakam lensa.

Foto tersebut menimbulkan debat yang tidak kurang menarik dengan pelbagai pandangan golongan 'professional maya'. Ada pendapat menyatakan pasangan itu sengaja membiarkan aksi mereka di rakam bagi mengalih isu isu yang semakin hangat berkaitan Pakatan Harapan. Pertikaian mengenai gaya 'bottom's up' Dyana minum dari gelas 'wain' turut di teliti seperti watak kartun 'Detektif Conan'. Perdebatan mengenai minuman dan mengapa tiada botol minuman di atas meja juga diperhalusi.

Aksi manja Zairil juga tidak kurang menarik seperti yang boleh di lihat dalam foto tersebut. Pelukan serta ciuman mesra yang kelihatan dikatakan sebagai latihan 'CPR' atau dikenali sebagai pernafasan mulut ke mulut bagi membantu mengeluarkan biji limau yang tersangkut di tekak Dyana. Selepas tular satu klip video dalam sebuah pusat hiburan, wajah seiras mereka kini lebih jelas dalam foto terbabit.

Ibu Dyana yang ternyata berang dengan 'kajian' netizen mengecam pencerobohan 'privasi' anaknya menerusi foto itu. Bila beliau mengecam bermakna secara tidak langsung ibu Dyana mengesahkan individu tersebut adalah Dyana Sofya seperti individu dalam klip video. Beliau sepatutnya berbangga anaknya masih mendapat perhatian netizen dan tidak perlu menolak promosi percuma bagi menaikkan imej 'Islamik' DAP yang selama ini diterapkan kepada anakmuda yang menyertai DAP sebagai wadah perjuangan politik.

Dyana dalam pada itu ternyata bijak apabila mengeluarkan kenyataan memohon sumbangan derma bagi menaiktaraf sebuah jeti di Teluk Intan. Disertakan nombor akaun 'Bank Islam' jelas sekali perjuangan Dyana dalam politik berteraskan pegangan 'Kukuh' beliau terhadap Islam sekaligus menunjukkan beliau menyokong Ruu355 secara senyap tanpa pengetahuan pemimpin atasan DAP? Ternyata beliau bijak bermain politik dari penularan foto intim beliau bersama Zairil Khir Johari.

Dalam laporan lain, dikatakan isteri Zairil berang dengan foto tersebut tetapi sudah tentu sebagai isteri seorang 'selebriti politik' beliau memahami hak Zairil untuk berpoligami. Mungkin mereka (Dyana dan Zairil) telah bernikah secara senyap di luar negara dan bagi 'Pejuang Islam Dap' ini tidak salah untuk bermesra di khalayak tanpa segan silu kerana hubungan mereka sudah 'Halal'. Ternyata netizen kini mempunyai pakar pakar media yang bersedia memberi pelbagai perspektif sebagai jawapan setiap kali 'Idola' mereka di serang dan jawapan perlu memihak kepada satu pihak sahaja iaitu Pakatan Harapan.

Ingat lagi serangan persepsi apabila klip video seorang menteri menari dalam satu majlis di hadapan khalayak ramai? Beliau yang menarikan tarian tradisional suku kaum yang terdapat di sebuah negeri tetapi kecaman demi kecaman dilemparkan dengan pelbagai fatwa serta hadis bagi mengutuk menteri tersebut biarpun tiada sentuhan fizikal berlaku. Berbeza dengan kes Dyana dan Zairil yang mendapat pembelaan begitu cepat dan tidak menjadi kesalahan bagi mereka mengenai aksi aksi dalam foto tersebut. Inilah cara pembangkang mempengaruhi pemikiran RAKYAT melalui perang saraf media sosial.

Ingat Pakatan Ingat Rasuah.

Tuesday, 18 April 2017

SUAMI RARA DAP KETUA UMNO CAWANGAN?


RARA TERLIBAT TERIMA RASUAH LULUS UPTOWN KAJANG?

Kekecohan yang berlaku di Kajang berikutan kelulusan lesen Uptown yang di bantah penduduk setempat menimbulkan persoalan. Antara Ahli Majlis Perbandaran Kajang terselit nama Rara yang merupakan ikon DAP yang menjadi bahan ujikaji bagi menarik perhatian anak muda.

DAP sering menyalahkan kerajaan BN sebagai tidak peka dengan suara anak muda yang mahu berniaga tetapi dalam kes uptown Kajang jelas sekali pembangkang merupakan talibarut sebenar menutup pintu rezeki anak muda. Benarkah lesen yang diluluskan turut dijadikan lesen 'Ali Baba' untuk warga asing dapatkan dengan bayaran tertentu?

Desakan rakyat tidak di ambil peduli oleh Azmin selaku Menteri Besar Selangor sebaliknya memberi kepercayaan kepada DAP untuk menentukan kelulusan lesen Uptown Kajang. Jika di teliti senarai Ahli Majlis yang mengundi bagi meluluskan lesen tersebut adalah dari DAP termasuk Rara. Beliau sepatutnya memikirkan suara rakyat dan suara anak muda tetapi demi kesetiaan kepada DAP serta sedikit keuntungan seperti di dakwa oleh portal Penang Daily, lesen tersebut diberikan walau di landa kontroversi.

Dalam pada itu, Rara telah berkahwin dengan seorang pemuda dari kalangan orang biasa namun ada khabar angin menyatakan suami beliau merupakan seorang Ketua Cawangan Umno tetapi tidak dapat dipastikan kesahihannya. Benarkah khabar tersebut dan apa motif Rara memilih seorang yang berlainan parti jika tidak menyimpan niat lain? Mungkin Rara ada jawapan dan penjelasan terbaik.

Kontroversi yang sedang melanda PKR kini seakan menjadi barah apabila seorang bekas pembantu Ahli Parlimen di tahan SPRM atas dakwaan penggubahan wang haram. Dalam satu kenyataan portal Penang Daily pula mendakwa kelulusan Uptown Kajang disertakan dengan habuan dan Ahli Majlis Perbandaran Kajang telah menerimanya sebagai tukar ganti kelulusan tapak tersebut. Benarkah dakwaan Penang Daily?

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia perlu mengambil serius dakwaan Penang Daily yang menyatakan mereka mempunyai bukti kukuh dan sanggup bekerjasama bagi membongkar unsur RASUAH di MPK. Kini rakyat sudah boleh melihat siapa sebenarnya 'KAKI RASUAH' apabila satu persatu kes melibatkan pembangkang terbongkar.

Ingat Pakatan Harapan Ingat RASUAH.

Monday, 17 April 2017

PKR SELANGOR DI DAKWA TERIMA HABUAN - SIAPA TERLIBAT?


DARI KEPALA HINGGA EKOR - PKR PENUH 'RASUAH'

Satu pendedahan mengejutkan oleh sebuah portal pro PKR mengejutkan rakyat kerana mendakwa mereka mempunyai bukti Ahli Majlis Perbandaran Kajang menerima 'habuan' untuk meluluskan lesen penganjuran 'uptown' di Kajang. Menurut portal tersebut, awalnya lesen tidak diluluskan tetapi dalam satu mesyuarat tiba tiba kelulusan telah diberikan.

Ini menarik minat portal tersebut yang menerima aduan dari Rakyat setempat. Mereka juga tidak selesa dengan penganjuran Uptown itu kerana mewujudkan kesesakan melampau berikutan kebanjiran trafik luarbiasa setiap kali uptown dianjurkan. Malah mengejutkan dakwaan satu kongsi gelap yang menggunakan nama 'Kucing Merah' digunakan oleh pihak pengajur bagi menghalang sebarang kekacauan dari pihak berkuasa tempatan. PenangDaily mendakwa penganjur merupakan seorang berbangsa Cina serta mereka mempunyai maklumat rahsia berkaitan 'HABUAN' yang di terima selepas kelulusan diberikan.

PKR selama ini mendakwa sebagai satu parti yang mengamalkan ketelusan serta bebas dari amalan rasuah kini berdepan dengan isu penahanan Adam Rosly kini berdepan dengan satu lagi isu RASUAH. Penang Daily turut memberi amaran kepada Presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail serta Menteri Besar Selangor Azmin Ali supaya mengambil tindakan segera membatalkan lesen atau berhadapan dengan penentangan serta pembongkaran 'Skandal Habuan' di Majlis Perbandaran Kajang.

Terbukti dengan dakwaan Penang Daily, PKR bukanlah sebuah parti yang telus serta 'Bebas Rasuah' seperti yang digembar gemburkan selama ini. Rakyat Selangor terutama Kajang telah membantah kewujudan Uptown tetapi lesen diberikan apabila ada unsur 'Tumbuk Rusuk' dalam permohonan lesen tersebut. Adakah selama ini PKR memang akan memberikan kelulusan kepada penganjur untuk berbuat apa sahaja selagi menerima habuan? Rafizi Ramli pernah mendedahkan kewujudan 'Skandal Rasuah Seks' dalam pentadbiran PKR Selangor namun ianya sepi begitu sahaja walau Rafizi telah membuat laporan kepada SPRM.

Portal berkenaan juga menawarkan kerjasama kepada mana mana media pro kerajaan jika kehendak mereka supaya lesen Uptown di tarik balik oleh pihak Majlis Perbandaran Kajang. Seperti ada permainan tarik tali antara Portal berkenaan dengan kerajaan PKR Selangor apabila secara rela mahu memberikan kerjasama membongkar isu ini. Mengapa pihak Portal tidak melaporkan kewujudan RASUAH kepada SPRM tetapi mahu pihak media pro kerajaan mendedahkannya? Tidakkah ini seperti ada 'Udang Sebalik Batu'? Adakah Portal tersebut juga mahu sedikit habuan dengan cara begini? Moga rakyat Selangor serta penyokong tegar PKR nampak selama ini RASUAH bukan sahaja wujud dalam pentadbiran Kerajaan Negeri tetapi turut menular hingga ke media pro PKR.

Pihak SPRM sewajarnya memandang serius dakwaan portal berkenaan dan menyiasat kebenarannya serta mengambil tindakan segera jika wujud unsur RASUAH seperti terdakwa.

Ingat PKR ingat RASUAH!