Monday, 10 August 2015

Adakah Plan C Masih Berjalan Atau Kita Beralih Kepada Plan X?

Adakah Plan C Masih Berjalan Atau Kita Beralih Kepada Plan X?

Sah Ketua Pemuda Meroyan

Khairy Jamaludin hari ini mengesahkan sememangnya beliau terlibat dalam komplot menjatuhkan Presiden Umno.Berdasarkan petikan ucapan ini beliau sebenarnya hanya mahu mencari populariti dan bukan berkhidmat untuk rakyat.

Dengan kenyataan sebegini Kj sebenarnya hanya mahu menaikkan imej beliau dan memberi isyarat bahawa beliau mampu menjadi Naib Presiden Umno kelak.

Malangnya tindakan dangkal ini bakal membuat rakyat amnya dan ahli Umno khususnya..dapat melihat bahawa KJ tidak setia.Ini sangat buruk buat seorang KP.Kalau sekarang pun dia tidak mampu setia dan teguh dengan Presiden apatah lagi kalau beliau jadi Naib Presiden.Pasti ada yang akan ditikam belakang.

Ahli Umno mahu mereka yang bakal mengambil alih tugas selaku Presiden haruslah seorang yang jujur serta ada semangat setia.
Malangnya KJ tiada itu.

Jadi tak perlu KJ tunggu lebih lama.Keluarlah dan buat parti baru anda KJ.


Sunday, 9 August 2015

Giliran Puteri Pula Tanggal Kain

Hari ini Puteri Umno Pasir Gudang melakar sejarah dengan penyerahan memorandum kepada YAB Presiden Umno selepas perasmian persidangan.

Antara kandungan memorandum itu meminta Dato Sri Najib Razak bercuti selagi siasatan terhadap isu yang ditimbulkan belum selesai.

Penulis agak bangga dengan semangat waja Puteri tersebut.Namun penulis juga ingin bertanya sejauh mana Puteri Umno menangkis serangan terhadap Presiden Umno.

Tidak kelihatan Puteri Umno mengambil inisiatif untuk bersemuka dengan Presiden dan bertanya sendiri tentang isu
isu tersebut.Malah Ketua Puteri Umno Malaysia YB Emi tidak menampakkan kesetiaan dan berdiri teguh disamping Presiden tatkala diserang.

Mana unit unit media Puteri Umno?Mana unit unit Penerangan Puteri Umno? Mereka jelas tidak menjalankan tugas dan hanya leka dengan "selfie".Mana "Team Semut" Puteri Umno?

Tidak membantu dalam menerangkan kepada akar umbi Puteri berkaitan isu yang menimpa UMNO.Yb Sabrina main wayang?Atau Ketua Penerangan Puteri main wayang?

Tidak membantu tapi hanya menuding sahaja.Inikah Puteri Umno yang kononnya berSOLIDARITI untuk Umno?

YB Ketua Puteri bersama Ketua Penerangan Puteri tidak jalankan tugas dengan efisien.Hanya menjaga protokol dan tiada arahan mempertahankan Presiden Umno diberi kepada unit unit media dan penerangan Puteri.

Puteri Umno Malaysia kini mengikut jejak Pemuda Umno.Adakah Puteri turut sama dalam siri khianat???

Kisah Sebenar 13Mei DiSorokkan

Kejadian berlaku disebuah daerah di Pahang.Ketika itu pembikinan jalanraya dipantau oleh seorang mandur.
Buruh yang berkerja pula diambil dari tanah besar cina.
Berlaku pertelingkahan antara mandur dan pekerja buruh ditempat kejadian.
Kebetulan mandur itu seorang sikh atau dikenali sebagai benggali.
Antara penyebab utama kejadian itu berlaku adalah kerana pertikaman lidah antar mandur dan buruh.

Mandur- apek...lu apa bikin sana?
Buruh- lobang gali
M- oii apek...lu kasi cakap elok laaa..
B- butut maaaa lobang gali..
M- apek lu kasi cerita elok elok..lu apa      
     bikin sana?saya report sama sir sikijap
     lu taw nanti..(marah)
B- aiyaaaaaaa...wa cakap butut lohhh
     lobang gali laaaaaa mandur

Mandur tidak berpuashati lalu menyerang apek itu.Rentetan serangan itulah antara punca sebenar 13mei 1890.Kejadian ini disorok kerana waris waris mereka malu mengaku bahawa mereka dari keturunan yang menjadi punca 13mei 1890.

๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€Diharap tuan tuan jangan marah
   Cerita ini hanya dongengan membuat
   senyuman.

Asyik serius je baca..sesekali bergurau.

Konspirasi Sulit Yang Perlu DiJawap

Bergoyang dahan ditiup khabar yang mantan Timbalan Pm ada buat perjumpaan sulit bersama Lim Guan Eng dan Azmin Ali.

Sejauh mana sahihnya berita itu tidak dapat dipastikan kerana mungkin perjumpaan itu berdasarkan jawatan pada ketika itu.

Namun persoalan yang timbul adakah pertemuan itu ada hubungkait dengan cubaan menjatuhkan Dato Sri Najib Razak?

Berdiam diri dan enggan mengulas tidak akan membuat khabar ini tenggelam.Rakyat juga mahu tahu intipati pertemuan yang dikatakan itu.

Adakah benar perjumpaan sulit itu terjadi dan adakah benar pertemuan itu mengatur sebuah plot konspirasi?Sejauh mana kebenaran itu hanya boleh yang terlibat menjawap.

KJ HILANG TELUR???

Adakah Khairy Jamaluddin cukup berani berhadapan dengan pembangkang yang menyerang Umno?Apa yang nampak kini Khairy lebih kepada menyerang Presiden Umno dan yang mempertahankan Presiden.

Apa sebenarnya kemahuan Khairy dalam politik? Semestinya heraki tertinggi dalam parti.Namun tindak tanduk beliau kebelakangan ini seperti memperjudikan kariernya.

Adakah lakonan ini hanya untuk meraih simpati dari rakyat netizen untuk mengangkat imej beliau?

Isu siasatan SPRM dan kenyataan beliau yang kononnya sanggup hilang jawatan dalam kabinet dalam lakonan mempertahankan dua pengarah SPRM yang ditukarkan atas masalah displin.

Penulis ingin melihat sejauh mana lakonan Khairy dalam opera meraih simpati netizen dan ahli Umno.Apakah akan berjaya skrip mudah ini atau tidak akan seperti dijangka.

Beranikah Khairy meletak jawatan dalam kerajaan dan parti???

Saturday, 8 August 2015

Khairy Khianat

Ketua Pemuda Umno hari ini secara sinis menganggap apa yang Polis DiRaja Malaysia lakukan dengan serbuan keatas SPRM seperti menganggu siasatan.

Adakah Yb Khairy tidak jelas dengan perbuatan membocorkan maklumat oleh pengkhianat dalam SPRM.Atau Khairy hanya berpandukan laporan dalam media
media sosial sahaja.

Amat memalukan jika beliau hanya sekadar berpaksikan laporan berat sebelah oleh portal pembangkang.Atau sememangnya ada siri pemberontakan oleh Pemuda Umno dalam diam.Bersekongkol dengan pembangkang dan ingin menjadi juara kononnya.

Khairy sepatutnya lebih memahami maksud Solidariti dan bukannya menjadi juara kepada isu yang akan membuat kerosakan kepada parti Umno.
Media Pemuda pula kini menjadi bisu dan lesu dalam menangkis isu yang ditimbulkan pembangkang.

Apa yang Pemuda dan Khairy mahu sebenarnya?Atau Khairy ada niat lain dan
demi mencapai maksud sanggup menikam Umno bukan dari belakang tapi dari segenap sisi.

Presiden Umno merupakan tonggak kepada Parti.Jika tidak boleh membantu parti adalah lebih baik Khairy tidak mengeluarkan komen yang hanya merosakkan.

Rampasan Kuasa Puteri Umno

Salah satu sayap dalam Umno Malaysia ialah Puteri Umno Malaysia.Hebatnya mereka ini dalam gerak kerja membantu Umno tidak dinafikan.

Namun tenang air bukan tiada gelodak.Perebutan kuasa dalam puteri terlalu jelas kelihatan namun Ketua Puteri mengambil sikap pejam mata.Mengapa YB Mas hanya berdiam diri? Adakah beliau merestui perkara tersebut atau memilih kronisme dalam menyusun atur memastikan kedudukan beliau kukuh?
Dimana Puteri bila Presiden Umno diserang luar dalam?

Penerangan Puteri lesu dalam menangani isu yang membabitkan Presiden.Dimana peranan biro media mereka? Difahamkan "team media" diletakkan dibawah satu biro iaitu biro ICT dan diketuai oleh Yb Dato Sabrina Mohd Noor yang hanya AJK Lantikan.

Dimana letaknya sdr Mimie Harianie yang sepatutnya mengepalai "team media" Puteri? Apakah sdri Mimie yang menang dalam pertandingan merebut jawatan perlu akur kepada Yb Sabrina?

Disini perlunya Yb Mas bertindak bijak.Dua biro yg berlainan seharusnya tidak disatukan kerana tugasan yang berlainan.Mana nilai undi kepada yang menang tapi terpaksa tunduk kepada yang kalah?Atau ada unsur kronisme ketara dalam Puteri?

Yb Mas perlu buat rombakan semula dengan memisahkan biro dan siapa yang mengepalai biro tersebut secara total.Ini amat penting agar setiap biro berkesan dalam menangani setiap isu yang membabitkan Umno.

Tidak mudah untuk penerangan Puteri bergerak jika terikat dengan biro lain.Wajarlah rombakan dibuat oleh Ketua Puteri dalam isu ini.Beri kepercayaan kepada yang layak bukan atas dasar "kenyit mata".

Moga Penerangan Puteri akan lebih mantap dengan rombakan dan nafas baru.

Friday, 7 August 2015

KJ Rancang Jatuhkan PM???

Menteri Belia dan Sukan merangkap Ketua Pemuda Umno Malaysia hari ini menggesa SPRM memanggil Dato Sri Najib Razak untuk siasatan berkenaan isu dana.

Rasional dari gesaan itu dimengertikan sebagai menangkis pandangan negatif rakyat dan ahli Umno khususnya terhadap Dato Sri Najib.

Namun dibalik gesaan itu timbul persepsi bahawa Yb KJ berniat menjatuhkan Presiden Umno dengan cara halus.Apakah niat sebenar beliau? Hanya empunya diri boleh menjawap.

Adalah diharap Pemuda Umno tidak mengkhianati Umno dalam diam.Tunjukkan semangat Pemuda dalam menangkis dakwaan dan serangan terhadap Umno.

Bukan sekadar sidang akhbar dan dikelilingi Exco yang tidak berani dalam mempertahankan Umno.
Amat memalukan bila Pemuda Umno dikatakan pengecut bila berhadapan serangan pembangkang dan hanya berani bermain dalam padang sendiri.

Tunjukkan semangat Pemuda Umno yang sedia teguh berdiri disamping Presiden dan Institusi Umno itu sendiri.

Muhyiddin Yasin Khianati Presiden Umno???

Sejak digugurkan dari kabinet tempohari Tan Sri Muhyiddin Yasin seakan bertindak membelakangi Presiden Umno.Perlukah TsMY berbuat demikian setelah berada diluar kabinet.

Tidak terdengar suara dari beliau untuk meminta penyokongnya bersama sama dengan Presiden Umno untuk mempertahankan Umno dari siri serangan.Kedudukan beliau selaku Timbalan Presiden Umno juga tidak dimanfaatkan untuk membantu menerangkan isu isu semasa.

Hanya mendesak supaya Presiden iaitu Dato Sri Najib untuk menjelaskan isu jelas menampakkan beliau terlupa bahawa beliau pernah ada dalam kabinet BN.Masakan seorang Timbalan Perdana Menteri tidak peka dengan apa yang berlaku sewaktu masih dalam senarai kabinet?

Seharusnya TsMY selaku orang nombor 2 dalam UMNO perlu lebih tegas untuk mententeramkan penyokongnya dan meminta semuanya bersatu kembali demi perjuangan UMNO.Bukan dengan sinis menyerang orang nombor 1 parti.Apa maknanya jika hanya berada dalam parti tapi tidak sehaluan dan tidak bersama teguh mengharung isu isu nasional.

Sewajarnya TsMY lebih bijak kerana rekod beliau agak baik dalam UMNO. Apakah beliau juga terpana dengan kekeliruan yang disogok oleh pembangkang lantas bersuara senada dengan mereka.

Moga TsMY tiada agenda tersembunyi yang akan menghancurkan UMNO dari dalam.Tentu beliau memahami maksud SOLIDARITI UMNO dengan lebih jitu.Hilangkan resah penyokong dan ahli Umno yang memerhati.Kembali sebagai Timbalan Presiden Umno dan teguh berdiri disamping membantu Presiden dalam menangani isu serta menghadapi PRU14.

Besar harapan agar Tan Sri Muhyiddin Yasin terus berbakti kepada UMNO dan Malaysia.