Sunday, 9 August 2015

KJ HILANG TELUR???

Adakah Khairy Jamaluddin cukup berani berhadapan dengan pembangkang yang menyerang Umno?Apa yang nampak kini Khairy lebih kepada menyerang Presiden Umno dan yang mempertahankan Presiden.

Apa sebenarnya kemahuan Khairy dalam politik? Semestinya heraki tertinggi dalam parti.Namun tindak tanduk beliau kebelakangan ini seperti memperjudikan kariernya.

Adakah lakonan ini hanya untuk meraih simpati dari rakyat netizen untuk mengangkat imej beliau?

Isu siasatan SPRM dan kenyataan beliau yang kononnya sanggup hilang jawatan dalam kabinet dalam lakonan mempertahankan dua pengarah SPRM yang ditukarkan atas masalah displin.

Penulis ingin melihat sejauh mana lakonan Khairy dalam opera meraih simpati netizen dan ahli Umno.Apakah akan berjaya skrip mudah ini atau tidak akan seperti dijangka.

Beranikah Khairy meletak jawatan dalam kerajaan dan parti???