Friday, 7 August 2015

Muhyiddin Yasin Khianati Presiden Umno???

Sejak digugurkan dari kabinet tempohari Tan Sri Muhyiddin Yasin seakan bertindak membelakangi Presiden Umno.Perlukah TsMY berbuat demikian setelah berada diluar kabinet.

Tidak terdengar suara dari beliau untuk meminta penyokongnya bersama sama dengan Presiden Umno untuk mempertahankan Umno dari siri serangan.Kedudukan beliau selaku Timbalan Presiden Umno juga tidak dimanfaatkan untuk membantu menerangkan isu isu semasa.

Hanya mendesak supaya Presiden iaitu Dato Sri Najib untuk menjelaskan isu jelas menampakkan beliau terlupa bahawa beliau pernah ada dalam kabinet BN.Masakan seorang Timbalan Perdana Menteri tidak peka dengan apa yang berlaku sewaktu masih dalam senarai kabinet?

Seharusnya TsMY selaku orang nombor 2 dalam UMNO perlu lebih tegas untuk mententeramkan penyokongnya dan meminta semuanya bersatu kembali demi perjuangan UMNO.Bukan dengan sinis menyerang orang nombor 1 parti.Apa maknanya jika hanya berada dalam parti tapi tidak sehaluan dan tidak bersama teguh mengharung isu isu nasional.

Sewajarnya TsMY lebih bijak kerana rekod beliau agak baik dalam UMNO. Apakah beliau juga terpana dengan kekeliruan yang disogok oleh pembangkang lantas bersuara senada dengan mereka.

Moga TsMY tiada agenda tersembunyi yang akan menghancurkan UMNO dari dalam.Tentu beliau memahami maksud SOLIDARITI UMNO dengan lebih jitu.Hilangkan resah penyokong dan ahli Umno yang memerhati.Kembali sebagai Timbalan Presiden Umno dan teguh berdiri disamping membantu Presiden dalam menangani isu serta menghadapi PRU14.

Besar harapan agar Tan Sri Muhyiddin Yasin terus berbakti kepada UMNO dan Malaysia.