Thursday, 18 February 2016

DAP Terdesak Isu Dana RM1.2 Billion, Damian Sibuk Alih Perhatian


Democratic Action Party (DAP) yang sering membuat helah dengan mencampuri urusan Umat Islam Malaysia sudah melampaui batasan. Kenyataan dari Ahli Jawatankuasa DAP Melaka, Damian Yeo Shen Li yang mempertikaikan kepercayaan Islam berkaitan Tanah Suci Mekah perlu disiasat pihak berkuasa kerana menimbulkan keresahan kepada keharmonian dan kebebasan beragama seperti terkandung dalam Perlembagaan Malaysia.

Damian yang membuat kenyataan "Bolehkah dosa kita dihapuskan jika menjejak kaki ke Mekah?" di laman sosial Facebook miliknya dipercayai ditujukan kepada Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Sharizat Jalil berkaitan isu NFC.

Tindakan Damian sengaja membuat kapsyen begitu mengundang persepsi buruk terhadap kepercayaan Umat Islam seluruh dunia. Dalam kekalutan 'Islamphobia' yang dimomokkan dunia barat terhadap Umat Islam, ahli DAP itu tidak menghormati sensitiviti agama di Malaysia.

Sebelum Damian, Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming turut membuat kenyataan buruk terhadap Tabung Haji. Beliau mendesak Tabung Haji di audit kononnya penyata kewangan institusi tersebut mengalami kerugian sebanyak RM351 juta dan ini menjejaskan nama baik Tabung Haji di mata rakyat.

Bagaimanapun Tabung Haji telah mengumumkan keuntungan bersih TH selepas zakat meningkat sebanyak 19% dari RM2.98 billion pada 2014 ke RM3.53billion pada 2015. Ini sekaligus menafikan dakwaan Nga terhadap Tabung Haji.

DAP yang kini dilanda skandal dana RM1.2 billion dari Israel sebenarnya cuba mengalih perhatian rakyat terhadap isu yang berkaitan dengan parti sekular tersebut. Ketua Pembangkang DAP, Lim Kit Siang hingga kini masih tidak berani membawa pembongkaran Razali Mohammad mengenai dana tersebut dan juga dakwaan perjanjian antara DAP dan Israel seandainya mereka menguasai Putrajaya.

Razali dalam siri pembongkaran skandal DAP turut mendakwa DAP akan memberi sebidang tanah di Port Dickson kepada pihak penderma dan bakal dibangunkan sebagai pengkalan tentera asing. Beliau turut mendakwa meyertai latihan tertentu yang dikendalikan Israel dalam menyebarkan doktrin fahaman DAP terhadap rakyat. Turut didakwanya penglibatan beberapa nama besar dalam DAP yang turut menerima latihan tersebut.

Ketua Menteri Pulau Pinang pula berhadapan kontroversi pengmbilan tanah rakyat secara tidak adil dan menerapkan konsep 'pecah perintah' di Pulau Mutiara. Lebih mengejutkan, penjualan tanah bagi projek terowong dasar laut dikatakan tidak melibatkan tunai dan hanya sebagai pertukaran. Nilai hartanah yang telah DAP ambil untuk projek berkenaan tidak dijelaskan kepada rakyat.

DAP yang mendabik dada kononnya efisien dalam menguruskan kewangan negeri terpaksa meminta bantuan dari kerajaan Persekutuan kerana tidak mampu mentadbir dengan perbelanjaan negeri.  Rakyat Pulau Pinang juga dibebankan dengan kenaikan cukai oleh kerajaan DAP sejak diambil alih dari Barisan Nasional pada 2008.

Damian sepatutnya mendesak agar Suruhanjaya Siasatan DiRaja ditubuhkan untuk menyiasat dana RM1.2 billion dari Israel serta salah laku pemimpin DAP sendiri daripada mencampuri urusan keagamaan kaum lain di Malaysia.


No comments:

Post a Comment