Tuesday, 23 February 2016
Mat Sabu Dan PAN Terima Tempias RM1.2 Biliion DAP?
Parti Amanah Negara (PAN) ditubuhkan oleh Mat Sabu setelah kecewa semasa bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS. Hakikat sebenar yang tidak diketahui umum, Mat Sabu telah lama berada dalam PAS sebagai pendukung fahaman liberal yang jauh menyimpang dari prinsip PAS. Malahan wujudnya PAN adalah 'facelift' dari satu parti yang tenggelam dari arena politik perdana apabila Presiden 'Parti Pekerja Pekerja Malaysia', Ganga Nayar kalah bertanding dalam Pilihanraya Umum 1978.
Sebelum kewujudan PAN, Mat Sabu terlebih dahulu mewujudkan Gerakan Harapan Baru namun telah ditukar kepada PAN pada 8 September 2015. Namun begitu timbul tanda tanya apa kaitan PAN dan DAP dalam Pakatan Harapan (PH) yang juga mengalami 'facelift' daripada Pakatan Rakyat. Kerjasama erat antara Mat Sabu dan DAP ketika PH mengumumkan penyingkiran PAS dari Pakatan Rakyat(PR) menimbulkan persoalan adakah PAN menerima sumbangan dana daripada DAP untuk melicinkan pentadbiran parti tersebut.
Sebuah parti baru yang masih belum diluluskan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) sudah mampu memiliki bangunan sendiri dan amat mustahil jika mendakwa semua itu datang dari penderma yang bersimpati dengan Mat Sabu. Dengan menampilkan muka muka liberal dari PAS, PAN tanpa segan silu tunduk kepada arahan DAP dan sedia berjuang untuk kepentingan DAP apabila skandal melanda parti sekular sosialis itu.
DAP yang dikaitkan dengan skandal rakyat di Pulau Pinang semestinya mahukan sebuah parti 'muka Melayu' untuk membantu mereka mendepani kaum Bumiputera apabila timbul isu berkaitan Melayu dan melalui PAN, segalanya menjadi mudah buat DAP.
Mungkinkah PAN turut menerima tempias yang DAP terima daripada National Endowment of Democracy melalui dana yang disalurkan kepada pembangkang Malaysia dalam program yang di bantu National Democracy Instittute?
Adakah PAN terlibat sama dalam Dana Israel berjumlah RM1.2 billion hingga menyebabakan Mat Sabu rela dipergunakan DAP untuk memecah undi kaum Melayu PAS dan PKR?
Tidak mustahil DAP hanya menggunakan watak 'Melayu' PAN untuk meraih sokongan rakyat menghadapi Pru14. DAP yang tersepit dengan pelbagai kontroversi melibatkan wang rakyat sedar mereka perlu mencari alternatif lain bagi mengekalkan momentum sokongan kerana telah tergugat dengan kebangkitan Barisan Nasional kebelakangan ini.
Hakikat yang perlu ditelan penyokong PAN, mereka hanyalah pencacai DAP yang akan berguna bila pilihanraya sahaja dan tidak akan diberikan kedudukan istimewa jika DAP memerintah. Hanya Mat Sabu yang akan menerima jawatan dalam kabinet DAP apabila angan angan merampas Putrajaya terlaksana.
Malah PKR yang memerintah Selangor tidak memberi apa apa keistimewaan kepada wakil PAN didalam Dewan Undangan Negeri apabila kehadiran wakil mereka ternyata tidak disenangi wakil PAS yang menguasai kelebihan kerusi di Dewan Undangan Selangor.
Manakala di Pulau Pinang kehadiran wakil PAN hanya dianggap langau oleh penyokong tegar DAP. Mereka tidak disenangi kerana berbeza ideologi dengan DAP yang memperjuangkan negara sekular dan sosialis manakala halatuju PAN tidak di ketahui.
PAN hanya akan kekal sebagai 'peminta sedekah' DAP dan menjadi kumpulan 'pom pom' untuk DAP. PAS pula akan memandang sinis PAN yang telah memasang angan anagan untuk bertanding di setiap kerusi Parlimen milik PAS bagi membuktikan kesetiaan mereka terhadap DAP.
Kemana sebenar tujuan PAN dalam politik Malaysia? Mat Sabu yang 'syok sendiri' apabila berasakan punyai DAP di belakang mereka akan sedar sebenarnya mereka hanyalah boneka di pentas politik DAP. Mungkin masa itu sudah terlambat buat Mat Sabu dan kepimpinan tertinggi PAN menyedarinya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment